Scaling Gigi Tak Sakit Pun..

2013-05-03 12.35.28

Antara benda yang paling aku takut nak buat ialah kalau nak buat scaling gigi.. hoho fobia masa kat sekolah dulu masih terpahat dalam jiwa rasa sanubari.. masa sekolah dulu kalau scaling mesti sampai tersedak-sedak air liur tambah air pelincir yang doktor curah ikut paip kecik tu.. kekadang pembantu doktor ni malas sikit bukan nak buat keje betul-betul..

Tapi tidak di Klinik Pergigian Syafeera.. actually aku baru 1st time pergi klinik gigi ni sebab utama klinik ni dekat je dengan rumah aku lebih kurang 10 minit naik kereta. Dok baca entry-entry blog orang lain pasal klinik ni semua cerita pasal benda yang baik-baik dan ada yang cakap klinik ni bagus..

So lepas terpengaruh dengan komen-komen orang lain, aku pun saja lah nak try buat scaling gigi kat sini. Yang bestnya doktor Syafeera ni cun orangnya.. lemah lembut, cakap pun sopan je.. itu benda yang paling utama untuk jadi seorang doktor gigi.. sebab kalau cakap marah-marah nanti pesakit pun fobia nak datang lagi kan..

Disebabkan gigi aku ni ada beberapa problem serius. Jadi masa untuk buat scaling ambil masa dekat 1 jam.. kelengkapan yang ada kat Klinik Pergigian Syafeera ni memang tip top. Lengkap semuanya.. dia buat scaling pun tak sakit dan ada seorang pembantu bersama doktor ni dok bedah mulut aku haha..

Harga untuk buat scaling antara RM60 – RM150 ikut jam yang diperlukan dan kerosakan gigi. Rasanya harga tu kira murah la kan sebab ada klinik gigi harga minimum sampai RM80. Customer kat klinik ni memang ramai jadi kalau korang nak try datang sini sebaiknya buat lah temujanji dulu ye.. jangan main redah je macam aku buat hari tu.. tak pasal-pasal tengah scaling kena stop kejap sebab ada client doc yang datang sebab dia dah buat temujanji awal..

2013-05-03 12.37.02

Masa balik dapat kit pembersih gigi ni dari pembantu doktor.. hoho.. thanks.. tak yah nak beli utk sebulan… Kalau nak try mai la datang kat Klinik Pergigian Syafeera ni.. betul-betul depan Jusco Mahkota Cheras.. Klinik Pergigian Syafeera® 31-1, Jalan Temenggung 21/9, Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras, Selangor. Tel: 03-9075 6909.

Posted in Diriku | Tagged , , , , , , , , , , , , , | Add A Comment

Hiburan Tanpa Henti Bersama DiGi Deezer

DiGi Deezer

Muzik tanpa henti. Muzik tanpa batas. Muzik dimana-mana saja bila-bila masa… Muzik itu sendiri universal sesiapa sahaja berhak menikmati alunan muzik kegemaran masing-masing sama ada Rock, Pop, R&B, Hip Hop, Indie dan banyak lagi. Wow itulah yang menarik sebenarnya bila aku dapat tahu bahawa DiGi merupakan syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia menjalinkan hubungan kerjasama bersama Deezer yang menawarkan perkhidmatan aliran muzik global dalam talian kepada semua.

Bertempat di D’House Shah Alam khamis lepas, aku sempat menghadirkan diri ke majlis DiGi Deezer Media Launch dimana pada majlis itu DiGi telah mengumumkan kerjasama bersama pihak Deezer dan merupakan sebahagian daripada strategi berterusan untuk memacu gaya hidup internet mudahalih kepada pelanggan. Antara yang menarik, para pelanggan DiGi berpeluang menikmati langganan Deezer Premium+ ini secara percuma dengan pakej terpilih.

Aku sendiri merupakan pelanggan setia DiGi yang menikmati Deezer Premium+ secara percuma dan secara peribadi aku rasa perkhidmatan muzik mudahalih seperti Deezer ini sangat bagus. Bayangkan kini aku boleh dengar muzik kegemaran melalui telefon pintar, komputer dan juga tablet secara online dan offline.

DiGi Deezer

Pengalaman mendengar muzik kini tanpa sempadan. Pelanggan DiGi berpeluang menikmati lebih 20 juta lagu dan lebih 30,000 saluran radio di dalam talian Deezer dengan kualiti bunyi tinggi, bebas iklan, tawaran ciri mixing desk dan boleh membina senarai lagu (playlist) sendiri. Melalui kerjasama ini mereka menawarkan langganan secara percuma Deezer Premium+ selama 3 bulan pelanggan boleh memilih diantara DG SmartPlan 88 atau DG SmartPlan 148 untuk telefon pintar dan pelan jalur lebar pascabayar. Pelanggan yang melanggan pakej kontrak juga boleh menikmati langganan Deezer Premium+ secara PERCUMA sepanjang tempoh kontrak.

Menarik tak? memang bestlah DiGi Deezer ni.. rugi siapa tak cuba.. bukan itu saja, DiGi juga menyediakan satu lagi pakej khas yang dipanggil “Deejay Package” dimana pelanggan boleh menikmati Deezer Premium+ dan CallerTunes dengan kadar RM8/sebulan dengan menghantar “DEEJAY” melalui SMS ke 2016.

DiGi Deezer pakejUntuk maklumat lanjut sila ke http://www.digi.com.my/deezer

1-DSC_0313

Ketua Produk Internet & Perkhidmatan DiGi, Praven Rajan dan Clement Gosse Pengurus Pembangunan Perniagaan Asia Pasifik Deezer bersama Aizat Amdan menunjukkan aplikasi Deezer. Menurut Praven, dalam usaha memanafaatkan muzik tempatan, DiGi berhasrat memperkenalkan bakat-bakat tempatan Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui platform global Deezer. Sehubungan itu melalui Sahabat DiGi, mereka membawakan Aizat Amdan yang merupakan artis pertama dibawah sokongan mereka dimana pelanggan DiGi khususnya akan menjadi pendengar pertama lagu-lagu terkini dari album terbaru Aizat.

Aizat amdan digi deezer

Aizat Amdan turut membuat persembahan 2 buah lagu pada majlis ini :) wow semakin macho abang aizat kita ni ye.. aku pun baru je download lagu-lagu terbaru Aizat di Deezer.. anda semua bila lagi.. jom dapatkan Deezer bersama DiGi sekarang juga.

1-DSC_0351

“Discover new music and the other side of you”.. yeaahhh.. masa untuk berubah.. ceriakan hidupmu dengan DiGi Deezer..

1-digi deezer adv1

Aplikasi Deezer boleh dinikmati melalui PC atau dimuat turun ke telefon pintar, tablet, tv, HiFi disini http://www.deezer.com/en/devices

1-digi deezer adv-001Aku boleh share lagu-lagu kegemaran aku kepada semua rakan melalui social media (Twitter/Facebook) dan berkongsi lagu-lagu kegemaran yang lain melalui platform Deezer. Bestkan.. atleast aku tahu kawan-kawan aku suka lagu apa :)

1-digi deezer adv2

Boleh dengar lagu secara online dan dan offline. Jadi kalau tak ada internet pun masih boleh menikmati lagu-lagu kegemaran. Tengok lah lagu-lagu dalam playlist aku tu .. kalau berminat follow lah aku di Deezer ye.

1-digi deezer adv3

Dalam aplikasi Deezer ni ada 20 juta lagu pilih je mana nak dan dengar bila-bila masa ikut kesesuaian sendiri. Boleh juga tengok di What’s Hot dimana disini ada senarai lagu-lagu terkini dan paling ramai orang dengar. Yang paling best lagu kegemaran aku Breakaway dari Kelly Clarkson pun ada.. huhu hari-hari dengar ni beb..

Jadi apa tunggu lagi.. jom dapatkan Deezer bersama DiGi sekarang.. maklumat lanjut sila layari www.digi.com.my/deezer

Posted in Sponsored Post | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Add A Comment

Jom Sertai Peraduan Astro On-The-Go Unstoppable Explorer

Hari ini semua benda boleh dapat dalam sekelip mata, nak cari barang keperluan, nak shopping, nak beli kereta, semua boleh beli secara online. Termasuk juga nak tengok cerita-cerita best pun boleh dibuat secara online.

Bagi aku yang merupakan seorang pekerja dan blogger separuh masa ni, masa untuk menonton TV memang tak ada. Kalau ada pun mesti masa nak tengok tv tu mak aku sibuk dengan cerita telenovela dia haha. Mujur ada Astro On-The-Go (AOTG), sekarang masa menonton cerita kegemaran aku pada bila-bila masa tak kira tempat tak kira waktu, siang dan malam. Paling syok AOTG ini boleh menonton saluran Astro terpilih dan Video On Demand (VOD) berulang kali.

AOTG-Nuffnang

Bukan alasan lagi bagi aku dan anda semua yang bekerja 24 jam sehari untuk tanpa hiburan, tanpa informasi kerana dengan AOTG ini semua alasan tu boleh tolak ketepi. Melalui langganan Astro-On-The-Go kita boleh menonton siaran secara langsung, blockbuster movies, drama hebat, siaran pendidikan kanak-kanak dan banyak lagi Disini!

Serius hari ini aku dapat satu berita baik lagi bahawa di Nuffnang mereka sedang menjalankan satu peraduan “Explorer-On-The-Go contest” bersama Astro dimana semua Glitterati Nuffnangers layak untuk menyertainya. Peserta yang terpilih akan diberikan beberapa cabaran dalam menguji minda dan cabaran social media.

WOW HEBAT SANGAT NI… Aku sendiri tak sabar nak join peraduan ni sebab hadiah yang ditawarkan sangatlah lumayan. Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

sgfsgsdfsdf-1024x837

Grand Prize
2 x Samsung Galaxy S4 + (Bonus: RM800 cash each IF you are an *Astro-On-The-Go subscriber)

1st Runner Up
2 x Apple iPad Mini + (Bonus: RM800 cash each IF you are an *Astro-On-The-Go subscriber)

2nd Runner Up
2 x Nexus 7 + (Bonus: RM800 cash each IF you are an *Astro-On-The-Go subscriber)

Bonus prize for top-tweeting team
RM500 cash + (another RM800 cash if you are an *Astro-On-The-Go subscriber)

Bonus Lucky Draw (for ALL Astro-On-The-Go subscribers ONLY)
1 x Apple iPad Mini

*Click here to subscribe to Astro-On-The-Go. The service is available to all Malaysians, even non-Astro subscibers!

Best Buzz Bloggers (Post-event)
1 x Apple iPhone 5
1 x Apple iPad Mini
1 x Nexus 7
Bonus: A mystery prize awaits all post-event buzzers!

Menarikan hadiah yang ditawarkan?.. sangatlah lumayan… Jom lah join sekarang peraduan ni, aku sendiri akan datang masa event ni nanti untuk support anda yang terpilih nanti :) Untuk dapatkan jemputan ke Explorer-On-The-Go event pada 18 May 2013 (Sabtu). Anda perlulah menulis blog dengan tajuk blog I Am The Unstoppable Explorer.

Senang je sebenarnyakan.. tulis kenapa anda gelarkan diri anda sebagai “unstoppable explorer” dan apakah ciri-ciri penjelajahan anda. Apakah cabaran yang anda hadapi dalam pengembaraan baru-baru ini? Dan bagaimana anda mengatasinya? Pada pendapat anda, apakah alat penting yang anda boleh harapkan dalam pengembaraan anda? Telefon mudah alih? Tablet? Kamera?.

Tulis juga kenapa Astro-On-The-Go  membolehkan anda meneroka dan menonton program kegemaran yang terbaik daripada Astro pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Maklumat lanjut berkenaan peraduan ini boleh semak di : http://blog.nuffnang.com.my/2013/04/18/astro-on-the-go-are-you-an-unstoppable-explorer/

sdfsfsdfsdfsf

Jangan lupa letakan juga gambar diatas dalam entry blog anda bersama hyperlink – www.astroonthego.com. Tarikh tamat untuk menyertai peraduan ini adalah 13 May 2013 (Isnin) 3.00pm.

Maklumat Event:-
Explorer-On-The-Go contest
Tarikh : 18 May 2013 (Sabtu)
*Masa dan tempat akan diberitahu kepada blogger yang telah disenarai pendek.

Opsss… bagi anda yang masih blur dan tak ada idea hehe.. mari aku share kat anda semua contoh blog post aku nanti :-

“Saya merupakan seorang pekerja yang berdedikasi, melakukan tugasan harian tanpa kenal erti penat 24 jam sehari. Saya juga merupakan seorang blogger separuh masa yang gemar menjelajah ke luar negara menikmati panorama indah alam semulajadi. Jangan tak tahu saya pernah melakukan terjunan bungy dan Canyon Swing di New Zealand yang bagi saya itu merupakan cabaran paling getir yang pernah saya lakukan. Tapi semua ketakutan itu dapat diatasi dengan menonton saluran pendidikan di Astro On-The-Go bagaimana teknik-teknik terjunan yang selamat. Paling menarik ketika melancong pun boleh tengok Astro tau.. dengan Astro On-The-Go lah..”

Huhu ok tu sebagai contoh je.. anda karanglah cerita yang paling best yang pernah anda harungi dalam penjelajahan anda pula.. Okey kalau nak info lebih lanjut sila semak di http://blog.nuffnang.com.my/2013/04/18/astro-on-the-go-are-you-an-unstoppable-explorer/. Cepat sertai ya.. jumpa anda nanti :)

Posted in Sponsored Post | Tagged , , , , , , , , , , , , , | Add A Comment