Weather for Kuala Lumpur, MY

Current Conditions:
Mostly Cloudy, 79 F
Nuffnang Ads
Mohdzaid.com Fan Page
CITCAT


Popular Posts Archives
Tags Pelawat Mohdzaid.com
Pelawat Hari Ini: 199 orang







  • MTV Worldstage Gah Sekadar Nama

    Salam semua kawan-kawan budiman, apa khabar hari ni? Zaid doakan korang semua sihat-sihat hendaknya. Hari ni Zaid penat sungguh satu hari. Dari pagi pergi kerja sampailah malam ke konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2010 yang telah berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon Resort malam tadi. Petang tadi lepas balik dari kerja aku terus ke Sunway untuk ambil 4 tiket yang aku menang kat twitter@MTVAsia, sebenarnya aku ada 7 tiket untuk ke konsert ni, 2 tiket adalah tiket XZone yang aku memang dari contest Celcom Facebook, lagi 5 tiket tu aku bagi Tianchad.com dan kawan-kawannya.. aku pulak dah janji untuk bagi dia tiket tu masa konsert tadi sebab tiket tu kena ambil dari pukul 3 petang hingga 5 petang kat Hotel Sunway Pyramid.

    Disebabkan jalan terlalu sibuk dan parkir kereta semuanya penuh aku terkandas kat tengah-tengah jalan menghala ke bandar Sunway. Memang dah cuak dah takut tak dapat bagi Tianchad tiket tu, kesian pula kat dia sebab kawan-kawan dia dah ada kat Sunway. Aku nekad kalau tak dapat ambil tiket tu dari MTV aku akan kasi 2 tiket Xzone aku tu kat dia. Biarlah aku hilang tiket janji aku tak hilang kawan tul tak.. hehehe.. Tapi nasib aku baik, aku sampai kat Hotel Sunway Pyramid jam 5.10 petang dan kaunter tiket masih dibuka. Mungkin pihak MTV tahu yang jalan kat luar sana memang sesak dan tak ada parking. Terima kasihlah kat pihak MTV yang faham situasi ini sebab aku teramat cuak sebab tak dapat bagi kawan aku tu tiket.. :P Sampai je kat Sunway Pyramid hari terus hujan lebat, ishhh tak bestlah kalau tengok konsert terbuka ni kalau waktu hujan. Tapi aku suka je sebab sejuk sikit kat dalam konsert tu nanti tak la bahang panas. Nasib baiklah pihak penganjur menyediakan baju hujan (poncho) untuk penonton kalau tak basah kuyuplah kami semua hihihihi..

    Kalau dengar je nama MTV mesti korang sure ingat konsert yang gilang gemilangkan. Ya! memang hebat sungguh persembahan artis-artis yang terlibat malam tadi antaranya Bunkface, Wonder Girls, Tokio Hotel dan Katy Perry yang sangat lincah diatas pentas. Wonder Girls yang dianggotai oleh So Hee, Yoo Bin, Ye Eun, Sun Ye dan Sun Mi ni memang hebat betul lah. Aku suka sangat persembahan diorang yang Pap~pap~ tu.. huhu memang sexy abis..

    Dari segi persembahan dan props artis memang tiptop dan first class lah, tapi dari sound system dan timeline konsert memang hancur abis. Aku bukan apa, MTV Worldstage ni dah kira konsert antarabangsa tapi dah macam konsert murahan pulak. Aku tak salahkan pihak sesiapa tapi perkara ni perlu  diatasi untuk masa hadapan. Antara yang tak best malam tadi adalah sound sistem masa Katy Perry nyanyi ada bunyi bising sikit, mungkin ada yang tak perasan, tapi aku dengan jelas dengar ada sedikit gangguan dan pemain guitar dan dram Katy Perry pun pandang antara satu sama lain bertanyakan masalah tersebut. Tu satu.. yang lagi yang aku menyirap pada malam tadi adalah timeline persembahan yang berterabur dan hancur. Banyak betul masalah teknikal sehingga penonton terpaksa menunggu lebih kurang satu jam untuk ke persembahan artis lain. Lolll.. adakah ini masalah teknikal atau masa untuk menukar props artis?. Lain kali kalau boleh pihak organizer buatlah besar sikit pentas tu, ataupun buat 2 atau tiga pentas so tak lah artis yang nak nyanyi selepas tu susah nak buat sound check dan penonton tak perlulah tunggu lama. Sepatutnya perkara macam ni boleh dielakkan dan diselidik awal sebelum konsert.

    Agak lama jugalah masalah teknikal pada malam tadi, kaki aku ni dah rasa nak tercabut berdiri dan bersesak-sesak dengan segala umat kat dalam XZone tu, boleh dikatakan macam-macam bau ada hehehe,  nasib baik lah pihak penganjur dapat pujuk peminat dengan memberikan bonus nyanyian kumpulan Wonder Girls sekali lagi. Mula-mula ingatkan Wonder Girls nak nyanyi 3-4 lagu rupanya satu lagu je lagu bonus tu pun lagu Nobody yang telah dinyanyikan pada persembahan pertama. Kira ok lah tu kan ada juga lagu bonus untuk peminat Malaysia yang kecewa dengan mutu penganjur konsert malam tadi.

    • Share/Bookmark
    Read More Posted by admin | 0 Comments
    Posted on: August 1st, 2010
  • Harga Stem Naik – Tarif Pos Baru

    Petang tadi aku dan Alice pergi pejabat POS Times Square, sebab kat sini tak ramai orang dah cepat service dia. Temankan Alice sebab dia nak pos surat ke PTPTN. Kalau dulu kita pos surat guna stem rm0.30 je tapi sekarang semua dah naik harga. Surat biasa je kena guna stem rm0.60 dan kalau lebih 50gram kena caj rm 0.80, huhu agak mahal ye nak pos surat sekarang. Semuanya dah naik harga makanan, minuman, minyak, stem.. tapi gaji aku ntah bila lah nak naik-naik kan… Okey kalau gitu korang semaklah tarif baru kadar POS Malaysia ni yek.. kalau nak info lanjut boleh masuk ke laman web http://www.pos.com.my/

    • Share/Bookmark
    Read More Posted by admin | 5 Comments
    Posted on: July 27th, 2010
  • Peraduan “MIMIC TO THE MUZIC” bersama Munchy’s

    Adakah anda penggemar biskut wafer Munchy’s? ya siapa yang tak pernah cuba biskut yang paling sedap didunia ni betul tak?..tak lain tak bukan Muzic Wafer Munchy’s lah. Terdapat 4 pilihan dan citarasa yang sangat enak dimakan antaranya Muzic Cubes, Muzic Nuss, Muzic Thins dan Muzic Bites. Wahhh pastinya anda dah meleleh air liurkan kalau bercerita pasal Muzic Wafers Munchy’s ni.. hahahah apa lagi cepat dapatkan dipasaran sekarang, selain dapat merasai kenikmatanya dan kesedapan biskut ini, kita boleh menang pelbagai hadiah menarik tau. Jadi kalau nak menang sila baca selanjutnya.

    Sekarang Munchy’s sedang mengadakan peraduan Munchy’s Mimic to the Muzic Video Contest dimana anda perlulah membuat rakaman video mimik muka yang paling kreatif dan yang paling sempoi. Ingat yang paling kreatif kerana video yang paling menarik dan mempunyai undian yang tinggi akan menerima hadiah hebat dari Munchy’s.

    CARA-CARA MENYERTAI PERADUAN (Munchy’s Mimic to the Muzic Video Contest)

    Mula-Mula masuk laman web www.munchysmuzic.com

    Klik “Register” dan lengkapkan butiran diri anda. Jangan lupa tulis nombor telefon dan alamat ye, mana tahu kalau menang iPad macam mana diorang nak hantar hadiah pula nanti :)

    Bagaimana untuk menyertai peraduan ini?.. mudah saja

    Langkah 1 : Lihat video Muzic Wafer Commercial atau download lagu Muzic Wafer Track disini.

    Langkah 2 : Dah dapat idea?.. haaa bagus tuh apa lagi sekarang mula rakam video Muzic Wafer Jingle anda dengan gaya yang paling kreatif sekali. Ingat setiap video mestilah memaparkan sekurang-kurangnya satu pek Muzic Wafer yang sedap tu dan video tidak melebihi 30 saat.

    Langkah 3 : Klik tab “MIMIC” dan mula memuatnaik video anda, Ingat muatnaik video anda sebelum 5 Ogos 2010

    Langkah 4 : Huhu relex dan tunggu, jika video anda dipilih oleh para juri sebagai Top 20 finalist, video anda layak untuk ke kategori Rank & Vote.

    Stage 2 pula adalah bahagian Rank & Vote Period, yang akan berlangsung pada 11 Ogos hingga 31 Ogos 2010.

    Hadiah Menarik Menanti Pemenang.

    Maklumat lanjut boleh dapati di : www.munchysmuzic.com 
    *Tarikh tamat penyertaan adalah 5 Ogos 2010
    * Tertakluk kepada Terma & Syarat.
    • Share/Bookmark
    Read More Posted by admin | 0 Comments
    Posted on: July 27th, 2010
  • Cara Mudah Dapatkan Tiket MTV World Stage Live in Malaysia 2010

    Anda pasti terkejut dengan apa yang saya akan tulis ni. Anda seorang yang sukakan hiburan?.. anda inginkan sesuatu yang hangat pada hujung minggu ini? Apa lagi teruskan membaca kerana sesuatu yang hebat dan panas menanti anda.  Anda mungkin salah seorang dari 550 million peminat dari 162 negara yang bertuah untuk menyaksikan persembahan dari artis-artis hebat dunia. Kini MTV World Stage Live in Malaysia 2010 akan kembali ke pada 31-Julai-2010 ini dengan artis yang lebih hebat.  Persembahan yang akan dihangatkan oleh Katy Perry, Tokio Hotel, Wonder Girls dan Bunkface.

    Pastinya anda semua ternanti-nanti untuk menyaksikan persembahan mereka ini. Apa tunggu lagi dapatkan tiket dan saksikan sendiri didepan mata anda. Tiket tidak dijual tapi kalau nak tahu cara mendapatkan tiket mudah saja. Cepat sebelum terlambat..!! :)

    Bagaimana Untuk Dapatkan Tiket? Terdapat beberapa cara dan siapa tahu anda mungkin boleh bertemu dan bermesra dengan artis kegemaran anda disana nanti.

    Langkah 1 : Reload sebanyak RM50 (Celcom Xpax)

    -          Taip MTV dan hantar ke 28881 kemudian tunggu mesej pengesahan.

    -          Selepas menerima mesej pengesahan, Tambah nilai prepaid anda sebanyak RM50 atau lebih dan tunggu SMS ’Mobile Voucher”.

    -          Selepas menerima SMS ”Mobile Voucher”, redeem tiket anda di Pejabat Ticket Hotline beralamat  NO. 96B, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail. 03-77251177

    Langkah 2 : Jadi rakan di Facebook  Xpax/S.O.X./U.O.X dan main peraduan “MTV World Stage Challenges” ianya sangat mudah dan senang, jadi salah seorang pemenang dan dapatkan tiket exlcusive Xzone pass.

    Langkah 3 : Muatturun “Call Me Tones” dari Channel X dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Maklumat lanjut di http://bit.ly/9vppKp

    >> Advertorial <<

    • Share/Bookmark
    Read More Posted by admin | 2 Comments
    Posted on: July 26th, 2010
Page 1 of 13612345...Last »