Jangan Sertai Program Seksualiti Merdeka 2011

 

 

Aku Boikot sekeras-kerasnya Program Seksualiti Merdeka 2011! Polis pun dah kelaurkan amaran supaya orang ramai jangan sesekali join aktiviti ni.. apa punya programlah yang bertemakan Querr Without Fear nih, apa yang aku faham diorang nak ni menuntut hak kebebasan para LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender) di Malaysia. Walaupun ianya sekadar mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan dan lain-lain, kita haruslah tidak menyertainya lebih lagi umat islam yang sudah sedia maklum ianya merupakan budaya yang songsang dan tidak patut diamalkan oleh manusia. Jangan nanti dari bengkel-bengkel dan perbincangan jadi pesta seks liar pula kan.. Alhamdulillah lah polis dah keluarkan amaran dan bagi mereka yang masih degil gak nak anjurkan, polis akan panggil dan disiasat di bawah seksyen 298(A) dan Seksyen 27A(1)(C)

 

Berikut adalah FAKTA yang diungkapkan oleh  www.seksualitimerdeka.org :-

Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah ‘Seksualiti Merdeka’ untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.

 

Berikut adalah AMARAN dari Timbalan Ketua Polis Negara yang dipetik dari  : http://www.rmp.gov.my/

AMARAN: Usah Sertai Program Seksualiti Merdeka 2011! – Timbalan Ketua Polis Negara

Sungai Besi , 3 November – “Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri apa-apa juga program yang dianjurkan oleh penganjur ini,” tegas YDH Timbalan Ketua Polis Negara dalam sidang media yang diadakan di Unit Udara PDRM di Sungai Besi, hari ini.

Menyifatkan program seumpama itu jelas bertentangan dengan undang-undang negara ini, beliau menasihatkan penganjur serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat untuk meneruskan program-program ini agar menghentikannya dan meneliti semula faedah dan kepentingannya kepada masyarakat serta tidak memandang remeh perkara-perkara yang melanggar undang-undang negara.

Tiada Program Seumpamanya Akan Diadakan

Mengulas kenyataannya itu, bermula hari ini, pihak polis telah memberikan arahan agar pihak-pihak terbabit menghentikan segala usaha-usaha mereka untuk meneruskan program ini dan penganjur-penganjur program terbabit akan dipanggil selepas ini untuk disiasat di bawah Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 27A(1)(C) Akta Polis.

Setakat ini, sebanyak 17 NGO daripada persatuan-persatuan pengamal agama Islam, Kristian dan Buddha serta dua laporan polis telah dibuat bagi menyuarakan bantahan terhadap penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011 ini.

“Polis tidak bertindak menentang hak asasi orang awam untuk bersuara namun apabila ianya sudah melanggar undang-undang dan bertentangan dengan ajaran pelbagai agama di negara ini., tindakan perlu diambil bagi menghentikan usaha-usaha pihak terbabit bagi memastikan ketenteraman awam dikekalkan,” ujarnya lagi.

Turut hadir pada hari ini, YDH CP Dato’ Salleh bin Mat Rasit, Pengarah KDN/KA PDRM, YDH DCP Dato’ Amar Singh A/L Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan pihak-pihak media.