JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1432H / 2011M BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR/PUTRAJAYA DAN LABUAN

Salam, wahh tak lama lagi kita nak puasa kan, pejam celik dah nak masuk tahun 1432H dan beberapa hari lagi semua umat islam sedunia akan mengerjakan rukum islam iaitu berpuasa di bulan ramadhan.. insyaallah tahun ni kita dapat sekali lagi berpuasa dengan suasana harmoni dan tenteram di Malaysia. Ok ini aku nak share jadual berbuka puasa bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya dan Labuan untuk semua. Semoga dibulan yang mulia ini dapatkan kita hindarkan diri dari melakukan pekara-pekara yang tak baik dan banyakkan ibadah kepada Allah ya…

Lafaz Niat Puasa Ramadhan
 

 
Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. ”

 

JADUALWAKTUBERBUKA2011

 
 
Waktu bagi kawasan lain akan dikemaskini dari masa ke semasa..

 

Tuaran Crocodile Farm – Sabah Malaysia

Pernah anda semua melihat buaya?… kalau nak tengok pun mestilah pergi kat Zoo kan, sebab bukan senang nak jumpa buaya di sungai-sungai negara kita lagi. Sungai sekarang pun dah banyak pencemaran dan buaya-buaya ni pun dah malas nak duduk kat sungai. Sekiranya anda berada di Tuaran, Sabah, jangan lupa untuk singgah ke Tuaran Crocodile Farm. Di sini terdapat banyak buaya-buaya dari pelbagai spesies yang di jaga dan di pamerkan. Pusat pameran dan penjagaan buaya ini dibuka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Anda juga boleh menyaksikan persembahan buaya setiap hari Isnin hingga Sabtu jam 11.00 pagi dan 3 petang. Apa yang menarik disini anda tidak perlu ke tempat lain untuk menyaksikan persembahan tradisional masyarakat Sabah kerana di pusat ini juga menghidangkan persembahan kepada para pengunjung setiap hari dari jam 11.3o pagi hingga 3.30 petang .

Taman Buaya Tuaran ini di asaskan oleh Mr. Chai atau lebih dikenali sebagai Mr. Crocodile telah lebih dari 50 tahun bergiat dalam penternakkan buaya dan kini beliau memiliki 3 taman buaya terbesar di Malaysia iaitu di Tuaran, Sandakan dan Langkawi. Pusat penjagaan buaya ini kini menternak lebih dari 3,000 anak buaya setiap tahun. Kalau ke Taman Buaya Tuaran ini kita dapat lihat memang banyak spesies buaya yang ada.

Buaya Tembaga yang dijumpai di perairan Sabah turut di pamerkan di gallery buaya disini. Terdapat banyak buaya-buaya yang telah mati diawetkan dan dijadikan bahan pameran untuk para pelancong. Haha aku smackdown buaya tembaga ni dengan mudah je.. haha ye lah sebab dah mati cuba kalau ia masih hidup, aku dulu yang cabut lari haha..

Untuk pengetahuan korang, buaya tembaga ini berumur 60 tahun semasa ianya di bunuh di perairan sungai Kinabatangan, Sandakan. Buaya tembaga jantan ini telah menelan seorang warga kampung dan telah dibunuh pada tahun 2003. Di anggarkan berat buaya ini semasa hidupnya mencecah 2280 pound dan berukuran 19 kaki.

Harga tiket masuk ke Taman Buaya Tuaran adalah seperti berikut :

Dewasa : RM10.00

Kanak-Kanak (4-12 tahun) – RM5.00

Di pintu masuk ke Taman Buaya Tuaran ni terdapat kedai-kedai yang menjual barangan seperti beg kulit buaya, telur buaya, minyak urut buaya dan bermacam

Disini juga terdapat hidupan lain seperti ikan, kancil, rusa, dan banyak lagi. Sambil tengok buaya boleh juga kita kenal dengan binatang-binatang lain disini.

Buaya Africa atau nama saintifiknya Crocodylus Niloticus berjantina betina turut dipamerkan disini.

Pengunjung dibenarkan memberi makanan kepada buaya didalam sangkar, dan harga setiap ketul ayam dikenakan RM2.00. Jangan ingat buaya kat sini semuanya kekenyangan ye.. pantang kita campak makanan mesti terus ngapp.. kalaulah aku terjatuh dalam sangkar ni gerenti licin dikerjakan sang buaya tu haha..

Buaya-buaya dalam sangkat yang sangat kelaparan. Merasa juga aku tengok macam mana buaya makan..

Lihat perut buaya tu aku agak dia dah makan seekor kambing kot.. besar semacam je.. ntah-ntah ada orang dalam perut buaya tu haha..

Jangan disangka air yang tenang tak ada buaya ye.. buaya ni dah ready nak ngapp ayam ..

Buaya tembaga banyak terdapat di sini. Iklim di Malaysia menjadikan buaya senang hidup dan membesar disini. Sihat-sihat sungguh buaya disini kan.. dan pihak pengurusan taman buaya ni tak kedekut bagi makan.. tengok sajalah badan buaya tu.. obess betul.. haha

Burung unta pun ada.. aku sebenarnya takut ngan burung unta ni.. haha kelakarkan.. kat sini korang boleh bagi makan kat binatang-binatang yang ada..

Ikan keli diternak didalam sangkat.. perhhh banyak gila ikan keli kat sini.. sedap tu kalau masak lemak haha..

Ikan Carp dalam kolam.. banyak kan.. boleh bagi makan lagi..

Buaya-buaya yang telah diawetkan dipamer untuk tontonan pelawat. Macam-macam gaya ada haha ini buaya yang diawetkan menjadi seekor peninju.. nak jadi Sapok Biki kot buaya-buaya ni..

Anak-anak buaya yang telah diawetkan..

Tak rugi kalau ke Taman Buaya Tuaran ni sebab dengan bayaran RM10.00 korang bukan setakat boleh tengok buaya dalam sangkar  tapi korang juga dapat tengok persembahan buaya dan tarian kebudayaan disini. Persembahan buaya memang sangat menarik banyak aksi-aksi lucu dari buaya itu yang korang boleh tengok sendiri.

Buaya ni telah bersedia untuk membuat persembahan tarian lagu “Sayang Kinabalu” ..

Buaya-buaya kat sini pun gosok gigi tau.. sebab tulah gigi buaya kat sini semua putih-putih belaka.. haha

Amboi cikabang sorang ni.. kemain lagi relex kat atas badan buaya tu yek.. sekali dia ngapp.. kita semua nggeeeppp.. AMARAN : persembahan buaya ni dari golongan mereka yang pro saja.. jangan pepandai nak try kat rumah ye..

Cikabang ni mencium buaya yang telah dijinakkan.. jinak-jinak buaya tu takut juga aku.. rasanya buaya-buaya kat sini semua dah kena pukau kot.. haha tengok steady je abang tu comolot..

Disini juga terdapat persembahan kebudayaan masyarakat Sabah. Lepas tengok persembahan buaya korang boleh tengok persembahan kebudayaan pulak.. memang berbaloi lah kalau kesini

Abang-abang dan kakak-kakak kebudayaan menarikan tarian buluh.. siapa nak cuba boleh cuba.. FOC je..

Sebelum balik ambil dulu gambar kenang-kenangan dengan penari-penari ni.. hhhiiiihhaaaa…

Masa nak balik aku tengok ada seekor ular sawa.. kita boleh ambil gambar dengan bayaran RM1.00 je.. eeeee geli-geliman aku pegang ular berbisa ni.. tapi best.. :)

Singgah Sebentar Di Jambatan Tamparuli, Sabah

Pak pak kang ku doh, Sumunsui doh jambatan, Jambatan doh Tamparuli, Bakasut tinggi oku… itulah dia antara lirik lagu Jambatan Tamparuli yang dinyanyikan oleh Justin Lusah sekitar tahun 1970 yang popular didalam masyarakat “Kadazandusun”. Lagu ini jugalah yang telah mempopularkan kawasan Tamparuli dan kini dijadikan sebagai tempat yang patut dilawati ketika berada di Sabah. Memang rugi kalau tidak singgah ke Jambatan Tamparuli ni, kalau ke sini korang boleh beli bermacam-macam sayur dan aneka juadah kuih muih yang enak dibuat oleh penduduk disekitarnya.

Menarik juga kalau kita nak tahu sejarah Tamparuli ni dan ada juga bermacam-macam mitos yang disampaikan oleh penduduk. Tetapi antara yang menarik adalah nama Tamparuli ini berasal dari perkataan orang Brunei iaitu “ditampar oleh air” dimana pada zaman dulu semasa pedagang-pedagang Brunei datang ke sini mereka tidak dapat naik ke hulu akibat air sungai yang tersangatlah deras, jadi dengan nama “ditampar oleh air” itu disingkatkan dan jadilah “Tamparuli” .. macam tulah ceritanya sejarah nama Tamparuli ni diambil kalau korang nak tahu..

Mitos yang diceritakan oleh penduduk setempat pula cakap suatu ketika dulu ada seorang perempuan yang tersangat cantik dan pandai menyanyi diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan yang dikenali sebagai “Tajau”. Menurut mitos kalau nak jambatan kukuh berdiri perlu mengorbankan satu nyawa sebagai penguat. “Tajau” itu diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli bagi mengugukuhkan lagi jambatan tersebut. Sehingga kehari ini mitos tersebut masih lagi diceritakan dan kita lihatlah sendiri Jambatan Tamparuli kian teguh berdiri walaupun usianya dah berpuluh tahun.

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H/2010M

Wahh puasa dah nak dekat lagi berapa hari je kan, ingat tak sebelum ni aku ada letak jadual berbuka puasa dan imsak bagi kawasan Kuala Lumpur dan Labuan, hari ni laman http://www.islam.gov.my/ dah update untuk semua negeri di Malaysia. Jadi gunakanlah sebaik mungkin ye mana tahu korang memerlukan jadual berbuka dan imsak ni.. aku just share je kat korang.. Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H/2010M .


Ok kesempatan ni aku nak ucapkan selamat berpuasa kat korang semua, harap Ramadhan kali ini kita tingkatkan lagi amal ibadah kepadaNya. Jangan puasa main-main ye.. jangan curi makan.. kang kena tangkap masuk van mayat baru tau hehehe..

Bil

NEGERI

ZON

1

MELAKA

MELAKA

2

JOHOR
ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR

7

PERAK

ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT

4

SARAWAK

ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN           SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI,   LUBOK ANTU, BETONG,           SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN

5

SABAH

ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR           SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT,           JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA,           SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR  TAWAU, PULAU SEBATIK,           MEROTAI DAN  KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU,           MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN,           PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK,           SEPULUT, TAMBUNAN, DAN  KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT,           BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG

6

TERENGGANU

ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2- BESUT DAN SETIU
ZON 3- HULU TERENGGANU
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN

7

KELANTAN

ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM

8

SELANGOR

ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM

9

PAHANG

ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN  BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND

10

WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA

11

WILAYAH PERSEKUTUAN

LABUAN

12

PERLIS

PERLIS

13

NEGERI SEMBILAN

ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA  PILAH DAN JELEBU

14

KEDAH

ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI

15

PULAU PINANG

PULAU PINANG

Sumber: Bahagian Pengurusan Fatwa, Jakim