Akhirnya… Seoul Aku Datang…

6272674127_328882d37e_z

Macam tak percaya je lagi beberapa hari aku akan ke Seoul Korea. Ini semua gara-gara adik aku lah yang mengajak jenjalan satu asia. Berderet dari bulan March ni sampai ke bulan November penuh dengan aktiviti pelancongan. Mentang-mentanglah aku baru beli domain Cuticuti.asia kannn.. katanyeeee… haha.. mana tau lepas buat aktiviti cuti-cuti ni boleh kumpulkan bahan untuk blog tu pulak nanti. Percutian ke Seoul Korea ni dah lama aku idamkan sebenarnya cuma tak cukup duit je. Sekarang ni pun sebenarnya tak cukup duit tapi adik aku dah pergi beli tiket so dari tak cukup tu terpaksalah cukup-cukupkan mana yang perlu. Nasib baiklah bulan ni ada chek Nuffnang baru sampai so boleh lah backup sikit duit belanja kat Korea nanti.

Screen Shot 2013-03-08 at 6.27.07 PM

 

Untuk pengetahuan aku pergi Korea bulan April 1-5 hb nanti. Naik Airasia je dan terus beli hotel sekali dari Airasiago. First time beli dari Airasiago ni so tengah blur-blur lagi.. Trip ke Korea? hoho korang jangan tanya aku apa-apa lagi sebab aku tak sampai pun lagi. Tunggu lepas aku balik nanti aku tulis travelog dalam blog ni ye.. sukaaaa sangat boleh jumpa hyung dan noona pujaan hati… kalaulah dapat terserempak dengan Running man ke Big bang ke 2NE1 ke memang aku kejar diorang kat korea nanti haha..

Tak silap aku bulan April ni musim bunga kat Korea.. tul ke? tak sabau nak pergi Nami Island tengok bunga-bunga Sakura mekar sejambak. Kalau masih ada salji best gak.. boleh lah merasa den ni pegang salji.. ehh rasa macam jakun plak kan.. serius dow aku memang tak sabar nak pergi Korea.. tunggu yehh nanti aku update pasal percutian aku kesana okey..

Percutian Ke Singapore Semakin Hampir

Diam tak diam dah dekat setahun menunggu saat untuk pergi bercuti ke Singapore hujung bulan 6 ni nanti. Tak sabar rasanya nak tengok negara orang disana. Walaupun Kuala Lumpur ngan Singapore taklah sejauh perjalanan aku ke New Zealand tapi negara jiran ni tak pernah aku kunjungi. Apa yang menarik sangat kat Singapura ni ye? aku rasa biasa-biasa je macam Malaysia juga kan? ehh tak boleh la nak cakap macam tu sebab aku tak pernah pergi sana lagi. Yang aku pasti currency kat sana 2 kali ganda dari Malaysia. So nak shopping tu tak kot cuma nak pergi melawat tempat-tempat menarik kat sana je nanti.

Hotel aku dah booking awal-awal tahun lepas, kita orang akan bermalam di Tune Hotels, Johor Bahru sebab aku dapat harga murah kat sana. Percaya tak aku dapat booking harga RM7.02 untuk 2 malam dan 3 bilik.. tapi bilik tak ada aircond lah.. haha.. sengaja je beli hotel murah dan area Johor sebab Johor Bahru ngan Singapore taklah jauh mana pun kan.. Lagi satu beli murah sebab kita orang bukan nak pergi tidur pun tapi pergi nak berjalan sakan haha..

Cuma sekarang ni aku buntu sebab aku tak pernah pun pergi sana dan tak tahu jalan-jalan kat sana. Sebab pergi ni pun main redah je bukan pakai agent mana-mana. Mula-mula ingat nak pergi naik bus tapi memikirkan keselamatan nak bawak mak, adik, kakak, anak buah yang masih baby dan abang ipar jadi niat nak naik bus tu terpaksa dibatalkan. Risaulah nak naik bus takut tengok diorang bawa laju giler. Nak naik keretapi ok jugak.. tapi.. bila sampai sana nanti terbangak-bangak pulak nak cari kereta sewa.. mesti kos nak sewa kereta kat sana mahalkan? jadi lebih baik aku bawa kereta sendiri lagi puas hati. Tapi.. amboi banyaknya tapi.. ye lah tempat orang aku bukannya tahu jalan kat sana.. nak bawa kereta bukan tak boleh tapi takut sesat.. aku pulak tak ada GPS.. kalau ada sesiapa nak pinjamkan boleh tak? haha..

Sekarang ni aku masih mencari dan baca blog-blog kawan-kawan yang dah pernah pergi Singapura antaranya blog :-

Budget Akak Ke Universal Studios Singapore

Bawa Kereta Masuk Singapura

Panduan Untuk Ke Universal Studio Singapore (USS)

Rancang Percutian Ke Singapura Dengan Your Singapore!

Trippin South East Asia: Singapore Part 1.

at least blog diorang ni sebenarnya banyak gak bantu aku untuk pergi ke Singapura nanti. Senang sikit perjalanan bila ada travel guide dari blogger-blogger tersohor ni kan.. Ok tempat-tempat di Singapura yang aku ingin sangat pergi adalah Sentosa Island, Orchard Road, Bugis Street, China Town, Little India, Kampung Arab, Kampung Glam, nak tengok pemandangan malam di Marina Bay, Universal Studio Singapore, Singapore DUCKtours, Singapore merlin park, Jurong Bird Park, Singapore Zoo, Wild Wild Wet, Underwater World Singapore, Peranakan Museum .. amboi banyaknya tempat nak pergi.. tah larat tah tidak la kitaorang ni kan.. haha bukan masalah larat berjalan ke tak tapi larat ke nak bayar semua tu haha.. tak pe tu perancangan awal je pergi tak pergi tu lain cerita.

So kawan-kawan yang dah pergi ke Singapore boleh tak tolong share tempat-tempat menarik lain yang WAJIB aku lawati bila sampai ke Singapore nanti?.. kalau ada tolong share ye.. :) Muah..muah sayang korang..

 

Travel Itinerary : Kuala Lumpur – Christchurch (Airasia X)

Okey seperti yang semua dah tahu, minggu depan aku akan berangkat holiday ke Christchurch New Zealand. Pemergian ini bukan setakat pergi bercuti tapi dalam mood pertandingan untuk fasa kedua contest Face Go Places untuk merebut peluang menang percutian ke destinasi lain pulak. Perhhh kalau menang ni boleh pergi bercuti lagi, harap sokongan kawan-kawan semua dapat tolong vote dan like segala artikel yang aku, Zara Aluwi dan Uzair Othman publish kat blog kami masing-masing nanti bermula minggu depan ya.

Hari ni dah dapat Travel Itinerary dari pihak Airasia untuk ke sana nanti. Segalanya telah diaturkan oleh mereka tinggal untuk berlepas je ke NZ. Barang-barang keperluan semua dah siap pack dan yang paling penting mesti bawa baju sejuk, glove, snow cap sebab kat sana sekarang musim winter dan cuaca dianggarkan 13-2′c minggu depan. Alhamdulillah pihak Airasia tau kami semua beragama islam dan insyaallah mereka telah merancang sebaik mungkin untuk dapatkan makanan halal disana nanti. Baguslah diorang ni walaupun dinegara orang mereka tetap hormat peserta yang berlainan agama. Jadi korang rajin-rajinlah masuk contest yang dianjurkan oleh Airasia kat Facebook mereka. Mana tahu lepas ni rezeki korang pulak kan..

Hati dah mula berdebar-debar sebab dengar cerita banyak task yang dirancang semasa kat Nz nanti. Salah satunya mungkin kita orang semua kena buat terjun Bungy. Alamak boleh ke idak ni kalau berat badan 100kg boleh ke? takut tersimpul plak tali bungy tu nanti haha.. aku cuak gak nak buat benda ni tapi rasanya ok kot.. tak cuba tak tahu kan.. cuba tengok pelancong ni buat terjun bungy kat Kawarau Bridge, New Zealand, walaupun takut dan kecut perut tapi selamba je..


 

 

Bila dah sampai New Zealand nanti memang rugilah kalau tak buat 10 benda ni.

 

http://www.youtube.com/watch?v=LzeAdrPR-oE&feature=related

 

lihatlah betapa indahnya ciptaan Allah, 100% Pure New Zealand

 

 

Penerbangan mengambil masa lebih kurang 10 jam dari Kuala Lumpur (LCC Terminal) untuk sampai ke Christchurch (CHC) Christchurch International Airport menaiki pesawat Airasia X D72756 dan balik nanti kami naik D72755 termasuk makan dalam kapal terbang. Ini pertama kali aku naik pesawat Airasia X dan pertama kali terbang lebih dari 10 jam, kalau sebelum ni pergi paling jauh pun ke Hong Kong mengambil masa lebih kurang 4 jam je. Apa-apa pun doakan kami semoga selamat pergi dan selamat sampai ya. :)

Anda Sekarang Berada Di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

Tahniah!! Anda Sekarang Berada Di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia, yey aku dah sampai sini. Semasa di Johor tempoh hari bersama rakan wartawan yang buat liputan Karnival Layang-layang sedunia ke-16, kami sempat singgah ke Taman Negara Tanjung Piai yang terletak di Mukim Serkat, Pontian, Johor, Malaysia.  Taman Negara Tanjung Piai berkeluasan 926 hektar menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna yang akan memukau dari sudut pandangan mata kita. Memang tak rugi kalau kesini selain dapat menjejakkan kaki di tanah paling selatan Benua Asia kita dapat menikmati suasana indah dan menghirup udara laut yang menusuk kalbu.

Ada yang cakap Singapura adalah tanah terselatan benua asia, tapi teori itu adalah salah kerana Singapura adalah sebuah pulau jadi Singapura bukanlah “Tanah Terselatan Benua Asia”. Jika cuaca baik korang boleh melihat dengan jelas pulau Singapura, Pulau Kukup dan Pulau Kerimon Indonesia.

 

[mappress mapid="15"]

 

Mercu Tanda Tanah Terselatan Benua Asia

Mercu tanda yang tersergam indah ini dibina pada tahun 2001 bagi menandakan kedudukan geografi Tanjung Piai yang unik iaitu “Tanah Terselatan Benua Asia”. Secara tepat, lokasinya berada pada latitude 01°16 Utara / longitude 103°30.46 Timur.

Ia dibina daripada gentian konkrit mesra alam berukuran 20m tinggi dan 10m lebar. Warna kelabu pada mercu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya.

Dua pelepah Paku Piai (Acrostichum Aureum) diukir dipermukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau disini. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia, supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.

 

 

Papan tanda “Welcome To Tanjung Piai Johor National Park” di pintu masuk..  Kadar tiket untuk masuk ke Taman Negara Johor Tanjung Piai adalah seperti berikut, bagi warganegara Malaysia dewasa RM5.00, warga emas RM3.00, bawah 18 tahun RM3.00. Bukan warganegara Malaysia dewasa RM10.00, warga emas RM5.00, bawah 18 tahun RM5.00, kanak-kanak bawah 6 tahun masuk adalah percuma. Antara kemudahan yang disediakan di Taman Neraga Johor Tanjung Piai adalah Laluan perjalan kaki – Boardwalk, tapak khemah, galeri maklumat, dewan mini, jeti, tempat memasak untuk perkhemahan, wakaf, bilik sembahyang, menara pemerhati, tandas dan banyak lagi.  Aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak jabatan disini seperti lawatan sambil belajar (Dalam Bahasa Malaysia Sahaja), Mesra alam, melihat kunang-kunang, kembara malam, laluan berhalangan, konservasi (Menanam pokok bakau), memancing dan banyak lagi.

 

Mercu tanda Tanjung Piai

Sila pastikan korang menjaga kebersihan hutan dan menjaga alam sekitar dengan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan disini.

 

You’ll never walk alone.. haha kelakarlah signage ni.. tapi dalam masa yang sama aku rasa seram pulak.. kalau aku tak jalan seorang abis tu siapa yang meneman aku?.. ggeeerrrrr…

 

Inilah dia globe yang menunjukkan kita sekarang berada di penghujung selatan tanah besar asia.

 

Veni, Vidi, Vici… I came, i saw, i conquered … oyeehhh

 

Anda Sekarang Berada Di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

 

Pemisahan antara Selat Melaka dan Selat Johor…

 

Rhizophora Stylosa iaitu sejenis bakau yang hidup dikawasan Tanjung Piai..

 

Anak-anak bakau yang baru nak tumbuh..

 

Pulau Kerimon Indonesia.. lebih kurang 1 jam perjalanan dari Tanjung Piai..

 

Papan tanda pelbagai negara dan menunjukkan jarak kilometer juga disediakan disini.. tapi nak pergi naik apa yek?.. naik kapal laut ok tak?..

Percutian Ke Kota Kinabalu Sabah – Part1

Ini adalah kali pertama aku jejak kaki ke Negeri Di Bawah Bayu, iaitu Sabah. Destinasi pertama di Sabah aku bersama keluarga adalah di Kota Kinabalu. Terima kasih kepada FireFly kerana sudi bagi tiket penerbangan percuma ke Kota Kinabalu tempoh hari atas pelancaran penerbangan Firefly ke Sabah di KLIA. Kalau korang menaiki pesawat MAS, Firefly atau pesawat antarabangsa yang lain, korang akan turun di Terminal 1 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu) dan lapangan terbang ni kira canggih dan cantik gak macam KLIA. kalau korang menaiki pesawat Airasia atau tambang murah yang lain korang akan turun di Terminal 2, jadi korang yang nak melancong ke Sabah ni jangan terkeliru pula ye nak turun kat mana. Alhamdulillah melancong ke Sabah kali ni terasa senang sekali sebab kami tak ambil mana-mana pakej pelancongan jadi kami buat ala-ala “redah je..” haha nasib baik ada Alice yang sudi menemani aku dan keluarga bercuti ke Sabah, almaklumlah Alice ni anak jati Sabah bah.. :)

Kalau ke Sabah, kereta sewa adalah amat penting sekali, kalau berjalan bersama keluarga baik ambil kereta sewa, kalau nak sewa teksi kat sini memang mahal, seperjalanan dari Lapangan Terbang ke bandar KK je dah RM30.00, jadi nasihat aku kalau nak melancong ke Sabah sila sewa kereta. Kalau ada sesiapa yang nak sewa kereta boleh call nombor ni 010-9531335 nama dia Yaacob, cakap je korang kenal dia dari Mohdzaid.com nanti dia akan bagi best price kat korang haha..

Aku, mak dan along menunggu selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, masa ni kita orang menunggu Alice, sebab dialah yang akan bawa kami jalan-jalan pusing Kota Kinabalu bah.. Bagi aku di Kota Kinabalu memang banyak round-aboard tapi jalan-jalan kat sini tak susah mana pun, pusing-pusing keluar balik jalan tu.. sure korang tak akan sesatlah. Tapi disabah ni kurang sikit papan tanda kat jalan raya jadi Google maps amatlah penting, korang-korang yang ada Blackberry atau iphone tu jangan lupa bawa charger battery handphone korang tu..

Alice, Mak, Along dan a.Yaacob… kami berhenti jap di persisiran Tanjung Aru sebelum ke Kingfisher untuk mengambil kereta yang kami dah booking. Kalau korang nak booking kereta aku nasihatkan korang booking awal, sebab kalau musim cuti sekolah biasanya kereta dan hotel akan full booked. Jadi untuk tidak menghampakan keadaan silalah booking awal ye..

Inilah kereta yang aku sewa, Kenari dengan harga RM80 sehari. Memang jimat minyak dan sangat berguna. Jangan sangka Kenari tak boleh daki Gunung Kinabalu tau haha sampai hangitlah break kereta ni aku kerjakan .. harap tuan kereta tak marah lah ye atas pengakuan aku ni :)

Selepas ambil kereta kat office abang Yaacob tu kami singgah kat restoran ni.. Mawie Restoran & Katering yang terletak di Kingfisher Sabah. Makanan kat restoran ni memang sedap tapi agak mahal sikit. Untuk pengetahuan korang kedai ni pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan kat TV3 tu..

Ni nasi mak aku dan Alice.. kalau kat Sabah, korang makan lah apa saja jenis masakan.. mesti korang akan dapat sup kosong. makan roti canai pun silap-silap mereka bagi sup kosong.. haha baru la best dan terangkat beb..

Ni pulak lauk aku.. huhu makanan orang berdiet macam ni lah.. walaupun penat, pemakanan kenalah jaga beb. Jangan main bedal je sebab ni tempat orang, kang kalau dah sakit perut susah pulak.

Bukan main sedap lagi kakak aku ni makan.. haha tau lah ko makan kat kedai Jalan-Jalan Cari Makan.. mesti nak enterprem kan.. hahaha..

Pelanggan kat kedai ni memang tak putus-putus memanjang.. lagi lah kedai ni dekat dengan asrama pelajar-pelajar UMS.

Dalam perjalanan nak Check-in kat Tune Hotel kami melalui jalan Alamesra dan Universiti Malaysia Sabah. Dulu aku teringin nak belajar kat sini tapi tak berkesampaian.. dapat lalu pun jadilah hahaha..

Lambang Universiti Malaysia Sabah.

Itu dia 1 Borneo.. kat sebelah 1 Borneo tu adalah tempat penginapan aku sekeluarga iaitu Tune Hotels .. nantikan post seterusnya tentang Tune Hotels Sabah..

HongKong & China Trip – Day 2 – Part2

Golden Bauhinia Square terletak di Repulse Bay Hongkong, perjalanan dari hotel kami mengambil masa lebih kurang 40minit. Disini terdapat banyak patung-patung budha. Bagi pengamal Feng Shui, tempat ini sangat bagus kerana ianya dikelilingi dengan laut dan gunung, laut bermaksud “Duit” dan gunung bermaksud “pelindung”. Ini kata tour guide kami Mr. Freddie Ma yang sangat peramah dan baik.

Aku pun tak tahu kenapa pekej yang kami ambil bawa kami ke sini, tapi kami sekeluarga niat dalam hati datang sini nak melancong je tak lebih dari tu.. Lihat walaupun hujan lebat, penganut budha tidak melepaskan peluang untuk menyembah tuhan mereka disini. Aku suka gambar ni sebab ada payung 7-Eleven, aku nak sangat beli bayung tu kat 7-Eleven tapi apakan daya aku fikir kalau aku beli macam mana nak bawa balik pula nanti.

Ada yang sanggup datang kesini semata-mata untuk membayar nazar kerana mereka percaya Feng Shui disini sangat tepat. Cuba korang tengok perut wanita berbaju putih tu… macam mengandung kan?.. mungkin dia berdoa supaya dapat anak yang baik-baik kot..?.. donno…

(bagi orang islam jangan percaya.. nanti boleh jadi kurafat..)  (Maksud kurafat : Kepercayaan kurafat merujuk kepada kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam)

Gambar dibawah adalah beberapa Statue budha yang aku snap-snap.

Kemudian kami dibawa ke Restoran terapung terbesar didunia iaitu Jumbo Floating Restaurant, Hong Kong, disini artis-artis Hongkong selalu buat penggambaran filem dan kalau bernasib baik korang boleh jumpa artis-artis Hongkong seperti Jacky Chan dan ramai lagi sebab mereka suka berlakon disini

Inilah Jumbo Floating Restaurant, dulunya pernah menjadi tempat penggambaran cerita James Bond (“The Man with the Golden Gun”). Aku tak pastilah betul atau tak tajuk cerita tu sebab aku cari kat Youtube tak jumpalah..

Selepas selesai melawat Golden Bauhinia Square, kami dibawa ke TSL Hong Kong dimana gedung ni menjual mutiara original. Harga mutiara kat sini mahal belaka tapi kualitinya tiptop tau.. Seingat aku kat Malaysia pun ada gedung TSL ni..

Bagi kaum wanita, jejak je kaki di TSL ni mereka dah rambang mata, nak beli yang tu nak beli yang ni… jadi puan punya gambar kat atas tu menerangkan kat kami bagaimana nak tahu kualiti dan keaslian mutiara sebenar sebelum beli.

Di TSL ni saya disapa oleh sekumpulan rakan dari UKM Malaysia, tak sangka mereka orang Malaysia, ingatkan diorang orang Singapore. Gambar diatas adalah rakan yang saya maksudkan iaitu Denson Chua yang sangat peramah. Selamat berkenalan Denson…

Selepas penat aktiviti pagi, kami dijamu makan tengah hari di THE NEW SANGEET kedai islam yang bermenukan ala-ala masakan dari India. Makanan kat sini sedap tapi tak kenalah dengan tekak aku… bagi aku kedai ni so-so je.. tak la best mana pun.. tapi nak buat macam mana kat HK ni susah nak cari makanan halal.. jadi kami pun bedal je lah.. Info : http://thenewsangeet.com.hk/location.html

HongKong & China Trip – Day 2 – Part1

Hari kedua aku di Hongkong, kalau di Malaysia aku bangun pergi kerja 6 pagi hari masih gelap lagi, tapi di HK pukul 5 pagi dah terang macam pukul 8 pagi, Malas tul rasanya nak bangun waktu ni sebab penat semalamnya di Disneyland pun masih belum lega. Tapi bila difikirkan balik kalau datang melancong jauh-jauh sekadar nak tidur baik tak payahkan.. Cargas-cargas aku kena bangun sebab kejap lagi travel agency tu nak datang bawak kami jalan-jalan bandaraya HK sebelum ke China petang nanti.

seawal 7 pagi kami dah nak gerak dengan bagasi sebab malam nanti kami akan tidur hotel lain pula di China, nak tau tak gambar ni diambil secara lurus tapi dalam gambar nampak senget sebab apa.. hotel Harbour Plaza 8 Degrees ni dibina secara senget.. ntah la kenapa diorang buat senget.. kalau korang masuk je hotel ni korang akan rasa pening-pening sikit.. tapi kejap je pening tu nanti akan hilang sendiri..

Mak aku sempat menemuramah pegawai yang ada kat hotel ni tentang keunikan hotel senget ni.., ntah apa yang dibualkan tapi yang aku tahu mak aku cakap dia masuk bilik hotel dia nampak lubang besar, pegawai tu cakap memang ya tapi tu hanya ilusi je sebab keunikan hotel ni membolehkan kita nampak dimensi lain.. haihhh nasib baik hotel ni tak seram kekeke..

Sepanjang aku di Hongkong dan China cuaca betul-betul tidak mengizinkan, sebab dari hari pertama sampailah hari kelima negara ni hujan tak berhenti-henti.. huhu aku salah time lah pergi Hongkong, kalau pergi masa cuasa sejuk kan best..

Pagi hari kedua ni kami disajikan makanan dari Foo Lum Fisherman’s Wharf Restaurant di Hongkong, makanannya tawar maklumlah orang cina mana makan pedas-pedas macam aku nih hehehe

Disini aku kena belajar pakai Chopstick kalau nak makan.. sebenarnya nak pakai sudu pun boleh tapi aku nak merasai pengalaman makan nasi pakai chopstick pula.. nasib baik aku ni pro pakai chopstick hehehe..

Restoran ni menyajikan kami makanan ala Malaysia iaitu popiah, meehon, pau, dan beberapa makanan yang aku tak tau namanya… dan minuman dari teh herba yang sangat sedap… lepas makan kami dibawa oleh agent ke Repulse Bay, Aberdeen Fishing Village, Golden Bauhinia Square, 2 shopping shops (Ubatan cina, mutiara & diamond) dan Ocean Park… cerita lanjut tunggu part akan datang.. :)

HongKong & China Trip – Day 1 – Part3 (Disneyland)

Kali ni kita layan lagi gambar-gambar yang aku snap semasa di Disneyland Hongkong minggu lepas. Oh ye nak tanya korang dah tengok ke cerita Hongkong aku yang lepas-lepas?.. kalau belum klik ni .. HongKong & China Trip – Day 1 – Part1 dan HongKong & China Trip – Day 1 – Part2 (Disneyland). Ok sekarang jom kita layan gambar-gambar ni yek..

Unik signboard ni antara yang menarik lensa camera aku.

Waktu ni pukul 1.30 petang.. orang tak ramai lagi… tapi kat pintu masuk semakin sesak dengan orang dari serata dunia.

HongKong & China Trip – Day 1 – Part2 (Disneyland)

Salam kawan-kawan, fuhhhh bz sungguh aku sampai hampir terlupa nak update cerita percutian aku dan keluarga ke Hongkong minggu lepas. Korang dah baca cerita tentang HongKong & China Trip – Day 1 – Part1 ?, harap-harap korang dah baca la yek.. kalau belum cepat klik link tu dan baca tau. Hari ni aku nak cerita dan letak gambar-gambar semasa aku dan keluarga di Disneyland HongKong.. macam tak percaya je kan aku dah menjejakkan kaki disini. Maklumlah orang kampung macam aku ni bila keluar negara agak jakun sikit. Sorry to say lah sebab dah memang aku macam ni nak buat cam mana kan.. huhu

Kami sekeluarga sampai kat Disneyland ni dalam jam 1 petang, fuhhh dah banyak aktiviti di Disneyland terbuang akibat aku telah membooking kapal terbang Airasia yang sampai ke HK jam 11 pagi.. agensi pelancongan aku tu pula pergi letak Disneyland hari pertama aku disana.. sebab jadual dah padat sangat nak ke China lah ke Macau lah.. jadi Disneyland terpaksa pergi pada hari pertama. Ala masuk pukul 1 petang pun jadilah,. asalkan aku puas hati sebab dah menjejakkan kasi disini..

Jejak je kaki ke tanah Disneyland aku snap picture penutup najis tandas ni.. wahhh ada hidden Mickey lah kat penutup najis tu… yey.. kalau korang nak tahu.. mana-mana korang tengok kat Disneyland ni ada icon Mickey.. aku panggil hidden Mikey..

Bergambar kenang-kenangan dengan mak aku (ZaraAluwi) dipintu gerbang Disneyland Hongkong. Mak aku adalah orang yang paling gembira sebab dia dapat bawak aku dan semua keluarga aku pi berjalan.. dan dialah yang banyak berhabis duit untuk kami semua.. hihihi thanks mak.. i love u.. nanti bawak la kitaorang gi London pula ye.. :), dan gambar kat bawah tu adalah gambar adik lelaki aku (Uzair) dan satu lagi tu akak aku (FFizi) dan suami dia (Azeze)

oopppppp nantiiiiii…. dah beli tiket ke belum bang?… tanya pengawal tiket tu kat abang ipar aku.., semua pekerja di Disneyland ni baik dan peramah belaka.. dari penjaga tiket, pengutip sampah dan lain-lain..

Wahhh kalau korang nak beli ticket Annual Year untuk Team park Disneyland HongKong ni harganya dari HK$650 bersamaan lebih kurang RM325,.. murah la kan.. Sebenarnya aku nak ambik gambar Stitch tu.. sebab aku suka sangat cerita cartoon Lilo & Stitch ..

Taman buatan didalam Disneyland ni sangat cantik, sesuai untuk semua peringkat umur, tua, muda semuanya suka.. bagi yang berpasangan pun best datang berbulan madu disini..

Bila datang tempat orang kita kenalah baca semua sign yang ada.. kenalah ikut peraturan yang diorang tetapkan.. jangan sesekali buang sampah merata-rata.. nanti kena saman baru tau..

Banyak gerai-gerai kecil macam ni kat dalam Disneyland Hongkong, kedai-kedai besar pun ada.. tapi kat sini harganya amat mahal sekali… nak kata ori pun tulis “Made in China” tak tau lah ori ke tidak.. tapi aku cadangkan korang tak payah membeli kat sini..

Aiskrem… aiskrem… korang tahu tak apa perasaan aku ketika aku snap pic ni?… aku tengah lapar dan haus gile tau… tapi apakan daya.. sini tak halal so aku terpaksa je lah tahan perut aku yang menggelodak ni. Nasib baik ada bawak air mineral.. //TIPS: kat Disneyland ni tak boleh bawak makanan luar.. tapi air mineral boleh bawak masuk..//

Ini bangunan stesen keretapi didalam Disneyland ni.. korang boleh naik keretapi ni untuk melawat seluruh taman tema ni… aku tak sempat nak naik train ni sebab kesuntukan masa.. :(

Suasana seperti didalam alam fantasi ini tak lupa kepada alam sekitar.. banyak pokok dan tumbuhan menghijau dikawasan ni. Sambil berhibur sambil menghirup udara segar..

Walaupun Disneyland merupadan dunia fantasi, tapi kita jangan terlalu taksub kerana kita sekarang berada didunia realiti.. jadi realitinya tunggu entry aku pasal Disneyland untuk part 3 nanti.. :)