MY 2010 In Numbers – THANK YOU NUFFNANG

Tahun 2010 bakal menutup tirainya sebentar lagi dan hari ini bila aku masuk website NuffnangMY aku terbaca satu post terbarunya tentang 2010 In Numbers, Tahniah @NuffnangMY kerana anda telah berjaya mewujudkan satu komuniti khas untuk para blogger tanahair dan dunia bersatu bersama-sama tak kira bangsa dan agama. Banyak pengalaman indah dan best sejak aku bersama Nuffnang dan tahun 2010 ini adalah tahun yang paling gempak bagi aku sebab terpilih salah seorang dari list blogger pilihan (Featured Blogger) bagi bulan Ogos 2010.

Pengalaman banyak mengajar aku erti suka duka dalam menulis blog, awalnya hanya sekadar menulis secara suka-suka pada awalnya dan mula bergiat aktif sebagai event blogger pada tahun 2009 dan 2010. Harapan aku pada tahun 2011 ni banyak lagi event yang aku akan pergi sebab itu adalah minat dan hobi aku selain dari menulis blog. Blog aku ni biasa-biasa je tak sehebat blog yang lain. Tapi ada keunikan yang tersendiri kalau tengok betul-betul hehehe puji blog sendiri :P ye lah selain dari bekerja makan gaji, blog ini adalah sumber pendapatan aku juga, at least boleh topup kat hutang-hutang aku yang tertunggak tu hehe..

Bercakap pasal Nuffnang, aku amat bangga kerana dalam tahun 2010 ni banyak aktiviti dan event yang mereka anjurkan dan antara yang aku join adalah seperti berikut… :-

Aku diharapkan tahun 2011 ini banyak lagi event dan aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak Nuffnang dan aku nak ajak kawan-kawan yang baru bergiat dalam menulis blog ni supaya kita join http://www.nuffnang.com.my/ sebab korang tak akan rugi apa pun, selain keseronokkan menulis blog korang juga boleh mengeratkan Silaturrahim antara kawan-kawan blogger lain macam komuniti #GplusMY dan dalam masa yang sama korang boleh menang banyak hadiah menarik dari event Nuffnang.

PS: Terima kasih kepada Timothy TiahMichelle, XinXian(Fresh), Robb, Yuen Yee, Jacqueline, Nicholas Chay, Jestina, dan semua Nuffies yang banyak memberikan sokongan kepada blog mohdzaid.com ini..
 

Gambar dari Shaolinphoto.com

Main Layang-Layang Bersama Churp2

Seronok sangat sabtu lepas sebab dapat pergi Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting , Lawatan Ke Taylor’s University (Lakeside Campus) , dan belah petangnya dapat main layang-layang dengan staff dan kawan-kawan @Churp2 . Memang berbaloi-baloilah event hari sabtu hari tu.. walaupun penat tapi memang best sangat sebab dah lama teringin nak main layang-layang. Terima kasih kat @Churp2 sebab bawa kembali permainan layang-layang ni dan main beramai-ramai memang syok.

Aku dah beli siap-siap Layang-layang ngan Ruby sebelum event ni, kalau tak beli pun tak apa, tapi aku nak beli sebagai tanda aku support event @Churp2 ni.. :)  Kita orang main layang-layang kat Taylor’s University (Lakeside Campus) dalam pukul 3 petang macam tu.. dah la panas terik angin pun kejap ada kejap tak ada, agak susah gak la nak naikkan layang-layang waktu macam ni.. tapi bila time ada angin waahhh kemain lagi layang-layang aku naik dengan megahnya. haha

Tengoklah orang yang tak pandai main nak naikkan layang-layang.. terkial-kial dekat 30minit baru layang-layang tu terbang haha

Apa yang diorang buat ni yek?.. main layang-layang atau menari poco-poco tengah panas terik ni?..

Hek eleh Alice tinggi tu je layang-layang ko boleh naik?… haha

Ehh abang Zaid, cuba tengok kak Alice tu biar betul.. abang zaid pun kalah..

Haa ambik kau Zaid, kau ingat kau sorang je pandai main layang-layang?.. Tengok layang-layang Alice ni dah naik tinggi tau… wow.. jangan jeles..

Layang-layang yang berjaya diterbangkan..

Timothy Tiah pun pandai main layang-layang tau.. cayalah.. :)

Timothy Tiah menunjukkan aksi comel (Burung @Churp ) dalam gambar ni haha.. kelakar lah tim ni..

Yuen Yee dah tak larat.. memang panas terik waktu ni.. tapi u tetap cool lah Yuen Yee.. :)

Michelle tetap cun walaupun tengah panas terik..  Jacqkie buat apa kat belakang tu?.. masih menari poco-poco ke?..

Jeles dengan aktiviti main layang2 ni?.. apa lagi jomlah join komuniti @Churp2 di http://www.churpchurp.com/

Ni layang-layang jenis helang

Smiley ni ruby punya

Layang-layang Dragon memang unik..

Ni layang-layang aku.. very colorful of Ranggoli lagi.. Nicholas main baru naik sampai awan kalau aku main asik terkandas je haha..

Layang-layang sotong pun ada tau.. jangan ingat sotong pun tak boleh naik .. haha

Jess dengan layang-layangnya.. haha kelakarlah jess main.. sampai habis layang-layang dia tak naik-naik.. :)

http://simonseow.blogspot.com/ dan Tim.. layang-layang kelawat dalam keadaan terbalik.. sorry bro gambar terbalik hehe..

Cantikkan Jacqueline , Jacqkie kita sama cute sama comel haha.

Memang best gila dapat main layang-layang ni.. harap pihak @Churp2 dapat buat aktiviti macam ni lagi dimasa akan datang.. kalau boleh tiap-tiap bulan buat lagi syok tul tak.. gerenti aku join sebab selain happy ianya dapat keluarkan peluh kira macam bersukan dan bersenamlah kan.. :) anyway thanks ye ChurpChurp. :)

Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting

Sabtu lepas aku dan Alice dijemput oleh pihak Nuffnang untuk menghadiri Open Meeting bagi bakal ahli-ahli baru Nuffnang Glitterati Plus di Taylor’s University. Kalau sebelum ni mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku selalu tweet kat @GPlusmy tentang hashtag #GPlusMY ni kan.. haha hari ni dah terjawab semuanya siapa yang join meeting sabtu lepas tu. Seramai hampir 80 orang yang hadir pada meeting terbuka #GPlusMY ni. Aku dan ahli-ahli sedia ada sebelum ni amat bangga sekali sebab ramai gak yang hadir dan ingin tahu apa bendanya #GPlusMY .

Untuk pengetahuan korang Glitterati Plus ini adalah sebuah kelab yang secara exclusive untuk Glitterati Nuffnangers sedia ada yang rajin datang event dan contest yang dianjurkan oleh pihak Nuffnang. Kelab ini terbuka kepada sesiapa saja asalkan mereka sememangnya berstatus Glitterati, kalau bukan status selain Glitterati tak boleh join kelab ni okey. Apa yang bestnya #GPlusMY ni korang dapat pergi lebih banyak lagi event-event yang menarik macam press screenings, media launches, dapat tegok wayang lebih awal dari orang lain dan macam-macam lagilah. Senang je kalau nak jadi ahli Glitterati Plus ni korang hanya perlu memiliki kriteria ini sebelum mendaftar. Ahli perlulah sekurang-kurangnya memiliki 2 kriteria seperti yang dimaklumkan didalam meeting hari tu antaranya adalah perlu sekurang-kurangnya memiliki 5 entry blog dalam sebulan. Pernah pergi sekurang-kurangnya 30% event dan telah menyertai sekurang-kurangnya 50% contest anjuran NuffnangNuffnang. Kalau korang ada kriteria-kriteria tu korang amatlah dialu-alukan untuk mendaftar :)

Mr. Timothy Tiah membuat penerangan tentang Nuffnang dan #GPlusMY

Fresh , Timothy Tiah dan Tehtarik Memories menjawab pertanyaan blogger tentang #GPlusMY

Perbezaan antara Glitterati dan Glitterati Plus ..

Council members Sha, TianChad, Atreyu, Suresh dan Serge


Lepas sesi penerangan, apa lagi ada light refreshment disediakan oleh pihak Nuffnang.. sedaplah muffin tuh.. nak lagi boleh..

Sesiapa yang nak jadi ahli kelab Gplusmy ni mestilah baca, mengisi dan tandatangan borang ini terlebih dulu.

Tu dia Alice perkenalkan kat kawan-kawan semua.. dialah peneman hidup aku.. comelkan macam aku.

Project Alpha 2 – Official Launch

Hari ini berlangsungnya pelancaran Project Alpha siri kedua di e@Curve Mutiara Damansara. Best betul bila PA2 ini telah dilancarkan dan tak sabar nak menonton tayangan video para blogger terpilih ni kat http://projectalpha.com.my/. Yang bestnya tadi dapat jumpa kesemua PA2 blogger iaitu KY, Si leser Azwan Ali , Niki, Ninie Ahmad,  Cheesie, Shaolin Tiger dan Joe Lee (Klubbkidd). Aku tak berapa kenal sangat dengan PA2 ni tapi yang bestnya juga Mr. Timothy Tiah (founder Nuffnang) sendiri yang perkenalkan kat aku kesemua blogger PA2 ni… thanks Mr. Timothy Tiah , walaupun dia bz melayan tetamu lain dia tetap ingat juga kat aku..

Apa-apa pun terima kasih la kepada sponsor yang aku tegur tadi dari Mas Airlines dan P1 W1Max… tanpa mereka tak adalah event besar macam ni kan…

Mr. Timothy Tiah, Redmummy.com dan aku … huhu kak red nampak Vogue malam ni  cayalahh..

Amboi-amboi-amboi… abang azwan ali, nampak je gedik tapi baik tau… aku salut la kat dia.. sanggup duduk makan bersila sambil layan peminat blognya..

Redmummy.com dan Sirman … pasangan romantik lah mereka berdua ni… best..best..best..

ntah apa yang blogger PA1 tu tengok ye… maybe dia tengok blog diorang kot?…

Aksi senget PA1 dan PA2 .. kelakarlah diorang ni.. macam-macam ragam..

Aku dan JojoStruys… tak sangka dia masih ingat kat aku dan alice..

Alice dan Jojo Struys.. ermmm kalau korang tanya aku siapa lagi cantik.. aku akan cakap.. mestilah awek aku Alice yang lagi cantik hehehehe.. jangan marah ye Jojo.. :P

Kak Ninie Ahmad yang mesra bersama Alice… cantikkan badan dia bak kata Alice… hai Alice.. kalau nak badan macam kak Ninie Ahmad ni kenalah berYoga hari-hari…

Aku dan Kak Ninie Ahmad. Memula masa aku nak cakap kat dia yang aku nak ambil gambar, Ninie Ahmad cakap dia suruh aku buat Yoga.. hehehe ada ke patut… abis nanti lemak-lemak kesayangan aku ni hilang kak hehehehe… pastu aku cakap dekat kak Ninie Ahmad cuba dia buat aksi yoga yang dia angkat Jojo tu… tapi cuba angkat aku pulak hehehe..

Joe Lee (Klubbkidd) dan aku… aku memang selalu baca Twitter joe ni sebab banyak info tentang artis kat twitter dia..

Walaupun letih tapi Joe Lee (Klubbkidd) tetap melayan aku dan alice.. cayalah bro..

Apakah ini?… ermmmm mungkin ini produk terbaru Adidas semperna world cup nanti kot..?..

bro Jai dan isteri bersama budiey

Astro B.yond Bloggers Night

Pertama-tama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi menjemput aku untuk pergi macam-macam event sebelum dan sehingga la sekarang. Keduanya kepada Astro yang menjemput kami sebagai tetamu khas untuk merasai pengalaman sebenar Astro Byond ni.. Malam tadi aku (Zaid), Alice, dan Ruby dapat jemputan untuk menghadiri Astro Byond Bloggers Night yang diadakan di Modestos Sri Damansara. Mungkin ada diantara korang yang masih tak tahu apa itu Astro Byond?.. tak perlulah aku bercerita panjang, seperti artikel aku sebelum ini Astro Byond Rasai Pengalaman Sebenar! (Klik Disini Untuk Info Lengkap), tetapi itu sekadar blog… hari ini aku dapat merasai dan melihat sendiri apa itu Astro B.Yond dan apa yang menariknya dengan Astro Byond ni.. Apa yang boleh aku katakan Astro BYond ni memang gempak dan sangat High Definition (HD) dan sistem bunyi Dolby Digitalnya yang sangat berteknologi tinggi.

Aku nak minta maaf kepada sesiapa especially blogger-blogger yang baru aku kenal, kalau-kalau aku ada terkasar atau tersilap bahasa masa borak-borak tadi.. ampunkan patik ye.. yelah mana la tahu kan kot-kot dalam gelak-gelak tu ada aku tercakap benda-benda tak elok ke… huhu Alice dan Ruby sememangnya tentu tahu perangai aku macam manakan (perangai aku yang gile-gile).. kekadang bila dah happy aku cepat lupa daratan.. hahaha.. Lagi satu sebenarnya mood aku tak berapa baik masa malam tadi.. ye lah bukan apa aku risau takut lambat ke event ni… balik je kerja terus mandi dan pergi jemput Alice dan Ruby… tambah pula dengan jalan jem kat jalan imbi dan jalan duta lagi lah buat darah aku naik menyirap macam air sirap bandung hehehe…

Aku sampai Modesto (Rain) ni tepat jam 7.00 malam, nasib baik dalam jem tu ada tempat parking kereta, kalau tak mau pukul 8 aku baru masuk, Masa pendaftaran aku tengok nama aku no1 waaa bangga jap walaupun aku tahu susunan email aku disusun dengan turutan ABC hehehe… ada chinese girl maybe dari Nuffnang kot kat registration counter minta aku tandatangan dan lepas tandatangan dia kasi aku goody beg, kat dalam tu ada (Botol Air Astro, Pen Astro, Organizer Astro)…  lepas pendaftaran kitaorang sempat snapy-snapy gambar kat sekitar Rain’s Club sebab masa ni orang tak ramai datang lagi.. jomlah tengok gambar-gambar masa aku kat event ni… tapi sebelum tu jom tengok video HD dari blogger popular tanahair..

Cuba teka apa yang aku tulis kat papan putih ni?... siapa jawab betul dia pandai.. hehehe (Alice/Ruby tak boleh jawab hahaha)..

Kami dengan Goody masing-masing.. (Smileee...)

Experience, See, Hear, Touch and Feel like never before...

Me with Mr Eyriqazz, aku kenal bro Eyriqazz sejak dari program Digi ari tu.. - http://eyriqazz.blogspot.com/

Aku dan blogger Seraphsam (Samuel) kalau nak kenal dengan dia masuk lah blog dia.. peramah orangnya..- http://seraphsam.blogspot.com/

Dari kiri Alice, Ruby, Aku, Sis Zaila (http://thezaila.blogspot.com/),Samuel (http://seraphsam.blogspot.com/) dan pekerja Modesto's

Kak Red pandang sini... Disebabkan banyak sangat kemera yang snapy gambar kami yang comel ni sampai mata kak red tak pandang kemera saya.. hehehe tak pe kak red len kali kita snap lagi ye..

Tak silap aku yang baju petak pakai cermin mata tu blogger terkenal sultan muzaffar kan?.. huhu... ok lupakan sultan muzaffar ni nak perkenalkan dua pengapit aku yang comel iaitu Jojo Struys dan Kak RedMummy.com yang sentiasa senyum melayan peminat bloggernya.. cayalah kak red..

Aku dan Mr Sixhseal dari Project Alpha 1 huhu dia ni memang sempoi dan peramah tapi bila tengok blog dia ngeri.. hehehe macam-macam dia dah makan.. - www.sixthseal.com

Masa dinner kami disajikan juga alunan gendang dari brother2 kental ni... tak sakit ke tangan diorang?...

Alice dengan makanannya.. kak Zaila kat belakang tu tengah menikmati makanan yang dia ambik... bagi aku.. makanan kat Modesto's Rain ni tak sedap langsung (tapi habis gak..)... berbeza dengan Mist Club dan Hard Rock Cafe KL.

Aku dan Mr Timothy Tiah - Nuffnang's Co-Founder (http://timothytiah.blogspot.com/)

http://fourfeetnine.com/ - She so cute ...

With thepinkstilettos.blogspo.com tak silap aku dia ni masuk project alpha musim kedua.. betul ke?..

Masa event ni semua orang ada peluang untuk menang TV dengan decoder Astro Byond dengan langganan selama setahun, tapi kene main game la pulak kalau nak menang. hahaha game dia tak susah pun kene cari clue tersembunyi dalam gambar-gambar yang diorang dah sorokkan.. huhu so at the end.. pemenangnya adalah Eric Yong dari http://eforericyong.blogspot.com/ ... congratulation bro...