Mak Saya Adalah Miss James Bond

 

Sekalung TAHNIAH kepada ibuku Zara Aluwi atas kelahiran novel terbaru Miss James Bond yang kini telah berada dipasaran. Bangga seh anakmu ini dengan hasil karya ibunya sendiri. Kalau korang semua nak tahu mak saya adalah rakan dan ibu yang paling baik di dunia. Siapa yang tak sayang mak kan.. Mak orang sentiasa menyokong mak tak kiralah susah atau senang. Semoga novel mak yang terbaru ni hangat dipasaran.

Untuk pengetahuan semua ini adalah novel ke empat selepas Belahan Jiwa, Tidakkah Ada Rindu dan Janji Athirah. Miss James Bond ni merupakan novel kanak-kanak kedua yang telah diterbitkan. Alhamdulillah sambutan novel terbaru ni sanggat menggalakkan sebab jalan ceritanya sangat menarik dan membuat minda anak-anak terbuka luas. Sebenarnya novel kanak-kanak ni banyak pengisian dan pengajaran dalamnya tak semestinya pasal cinta je. Novel kanak-kanak pun boleh dibaca oleh orang dewasa dan sekali-sekala baca novel kanak-kanak buat kita berimaginasi masuk ke alam yang dicipta oleh penulis.

 

PS : Kengkawan semua jangan lupa dapatkan Novel ibuku ini iaitu Miss James Bond dari (Zara Aluwi) terbitan Fajar Pakeer. Kepada sesiapa yang nak beli boleh pergi ke MPH berdekatan sebab stock dah ada disana atau dimana-mana kedai buku berhampiran. Korang boleh juga beli secara online disini… – Fajar Pakeer.

 

 

 

Miss James Bond

(Zara Aluwi)

ISBN 978-967-365-103-0
Sem. Malaysia RM 12.00
Sabah / Sarawak RM 14.00

Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.Dia mengerutkan dahi pelik! ini macam trofi yang lama. saya tahu, sebab ada sompek sikit kat bahagian bawah kayu ni. ya. ini trofi yang lama. cuma dikilatkan saja. argh! ! ! Ini mesti kerja denial. oh! Baru saya ingat. siti Nur Aisyah mengherotkan bibirnya.

Siti Nur Aisyah adalah ketua darjah bagi kelas 4 cemerlang. Dia seorang yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban demi persahabatan. Yang penting baginya, dia dapat menabur bakti kepada yang memerlukan bantuannya.

Kehilangan duit rakan-rakan sekelasnya serta trofi juara kebersihan membuatkan Siti Nur Aisyah ingin membongkar dan menyiasatnya. Tidak Sia-Sia Noor Diana menggelarkan dirinya Miss James Bond. Tapi kali ini, dia ingin Daniel Rahman, Pembantunya melibatkan diri menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam kelas mereka.

Novel – Tidakkah Ada Rindu – Zara Aluwi (PESTA BUKU ANTARABAGSA 2010, PWTC KL, 19-28 MAC 2010)

Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Malaysia

Tarikh : 19-28 Mac 2010

Booth : Fajar Pakeer Sdn. Bhd.

Penulis : Zara Aluwi

Harga Semenanjung : RM 21.90

Harga Sabah/Sarawak : RM 24.90

[ Dapatkan Novel Tidakkah Ada Rindu (Zara Aluwi) dan diskaun terhebat di PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010, PWTC KL, 19-28 MAC 2010 ]

Kerana cinta, Asiah lalai dengan tuntutan agama, membuatkan dia melarikan diri mengikut kekasih hatinya, Ah Sim. Perlarian tanpa hala tuju itu akhirnya menjebakkan diri ke dalam kancah maksiat. Kematian kekasihnya menyebabkan Asiah mengalami tekanan jiwa.

Rafiza, Rufila dan Rafidi dibesarkan penuh kasih oleh Encik Abu Bakar dan Bidan Suriati. Kasih sayang mereka langsung tiada belah bahagi. Apa yang diperolehi oleh Lia Asmara dan Nia Astika, akan diperolehi juga oleh mereka bertiga.

Tahun berganjak, Rafiza melarikan diri bersama pemandu teksi demi hidup bebas sehingga tanpa sedar berlaku sesuatu yang langsung tidak diduganya. Rufila sanggup korbankan kasihnya buat Nazril Shah demi kebahagiaan Nia Astika. Rafidi tetap tidak mahu mengalah dalam mengejar cinta gadis impiannya.

Kerana rindu itu adalah cinta yang harus terus melekat di hati, apakah Rafiza yang lari akan pulang ke pangkuan keluarga? Mungkinkah Rufila akan turut bahagia dengan keputusannya? Bolehkah Rafidi berjaya merebut hati gadis igauannya? Tidakkah ada rindu dalam hati, menghambat semula pertemuan?

Why I Like It Longer


Saya cintakan sungai, jadi anda juga perlu menjaga dan mencintai sungai.  Ia manjadi sumber minuman, pengairan tanaman, pengangukutan air dan mata pencarian bagi masyarakat nelayan dan petani. Sungai  merupakan jalan air yang mengalir panjang menuju ke Samudera, danau, ataupun ke laut.

Sumber sungai datangnya dari aliran sungai-sungai kecil yang lain, dari tasik, mata air dan juga hujan yang turun.  Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya di panggil ulu.  Dari kedua-dua permukaan ini dapat menentukan berapa panjangnya sungai berkenaan.

Saya tertarik pada Sungai Nil.  Punca sungai ini mengalir merentasi negara Mesir bermula dari utara hingga ke selatan dan merupakan sungai yang terpanjang di dunia. Sungai Nil mengalir hingga ke empat buah negara utama iaitu Sudan, Etopia, Uganda dan Tanzania. Ia juga menjadi pusat peradaban manusia yang melintasi tiga benua dunia iaitu benua Afrika, Eropah dan Asia.  Khazanah peradaban Mesir masa lalu sememangnya telah mengangkat Mesir ke pentas tertinggi sejarah ketamadunan dunia.

Kalau ingin mengukur ketinggian Bangunan Berkembar Petronas cara kuno, tentu memerlukan tali yang panjang untuk mengukurnya.  Pastinya berapa utas tali panjang diperlukan untuk mengukur dari puncak menara hingga ke tanah.  Tapi sekarang sudah moden, ketinggian Bangunan Berkembar Petronas yang setinggi 210 m itu, diukur bersekali naiknya pembinaan bangunan.

Terdapat sebatang jejantas angkasa KLCC SkyBridge yang menyambungkan kedua-dua menara di tingkat 41 dan 42, iaitu jejantas dua tingkat tertinggi di dunia. Jambatan ini telah dibuka kepada pelancong sejak dari tahun 2000, dan yang paling penting, tiket masuk adalah percuma..

Betapa kerdilnya ku rasa berada di atas sana. Ya,  terlalu kerdil jika hendak di bandingkan dengan dunia, dengan angkasa, dengan galaksi bima sakti, cakerawala dan pastinya yang paling agung.  Pencipta kepada semua ini.

Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan intelligence tertinggi di dunia dan menjadi mercu tanda Bandar Raya Kuala Lumpur.  Juga menjadi  satu identiti  kebanggaan bagi Malaysia.

Being tall means, it is very eye catching.  See how beautiful  the Petronas Twin Towers by night.   So do LG Chocolate BL40

This is my mother, Zara Aluwi. Saya sayangkan dia sebab mak saya baik dan sporting..

Dulu-dulu semasa saya masih bersekolah, emak saya rajin menulis nota ringkas dan menampalkannya ke cermin almari solek, sebelum meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja.  Ada-ada saja peringatan untuk saya lakukan selepas pulang dari sekolah.  Bangah, lepas makan jangan lupa solat.  Buat kerja sekolah. Begitulah hari-hari berlainan nota untuk saya dan adik beradik lain.  Kami lakukannya tanpa membantah.

Kini, penulisan menjadi hobi emak saya.  Dahulu dia hanya menulis ringkas tapi sekarang dia menulis panjang lebar.  Hari-hari emak akan menghadap laptopnya mengarang manuskrip untuk novelnya.  Dari nota ringkas ke cerita panjang menjela-jela.  Menjadikan sebuah kisah masyarakat yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran.  Novel pertama beliau bersama penerbit NB Kara Sdn Bhd. berjudul ‘BELAHAN JIWA’ dan novel kedua berjudul ‘TIDAKKAH ADA RINDU’ yang  ini bersama penerbit Fajar Pakeer.  Diharap rakan-rakan di luar sana dapat member sokongan kepada beliau.

Ada yang gemar membaca cerita pendek (Cerpen) tapi lebih ramai yang suka membaca novel.  Membaca novel dapat member kepuasan.  Dapat menyelami pelbagai kisah.  Begitu juga kalau memakan coklat.  Coklat kecil tidak puas tapi kalau dapat coklat panjang, tersenyum lebar dibuatnya.  Kepuasan menikmati rasa coklat sebenar.

Dari itu, saya sukakan LG Chocolate BL40 sebagaimana saya sukakan coklat panjang. LG Chocolate BL40 panjang dan bijak .  Sebijak Menara Berkembar Petronas.  Dalam kata lain ianya bijak dengan teknologi Dolby Mobile.  Saya sukakan keunikan bentuk panjangnya yang hitam seksi, permukaan yang licin dan nipis, ringan ditambah dengan skrin sentuh yang cantik.  Menyerupai coklat bar asli yang sungguh lazat. Emm… yummyyy… helo…

Cinta itu indah.  Betapa indahnya dunia  jika didasari oleh kesucian dan kemurnian hati. Cinta tidak hanya kita berikan terhadap pasangan kita saja tapi kepada LG Chocolate BL40

HOHO OKEYlah.. ni nak habaq mai ada contest terbaru di website Nuffnang (Win an LG Chocolate Phone Just Because You Like It Longer) ,  so sesiapa yang nak menang handphone LG ni rajin-rajinla blog ye.. kalau korang nak tahu.. LG Chocolate BL40 ni punya features meh tengok bawah ni.

LG BL40 Chocolate Specification:

  • General: GSM 850/900/1800/1900 MHz, UMTS 1900/2100 MHz, EDGE class 10, HSCSD, GPRS, HSDPA 7.2 Mbps
  • Form factor: Candy Touchscreen bar
  • Dimensions: 128 x 51 x 10.9 mm ( 5×2×0.4 inch )
  • Weight: 4.6 oz.
  • Display: Unique 4″ TFT 16 million colors capacitive touchscreen with 21:9 aspect ratio and 800 x 345 pixels resolution, Multi-touch input method,
  • scratch resistant glass
  • Camera: 5-megapixels auto-focus camera with Schneider-Kreuznach lens, LED flash, geo-tagging, image stabilization, face detection, Smile Shot,
  • Blink detection, Intelligent shot, Beauty and Art shot, VGA video recording at 30 fps
  • Connectivity: Wi-Fi (WLAN), Bluetooth 2.1 with A2DP, standard microUSB v2.0 port, GPS receiver with A-GPS, 3.5mm audio jack
  • Messaging: SMS, MMS, T9 text function, E-mail, Internet browsing
  • Entertainment: FM radio, Java, Audio player ( eAAC, MP3, WAV ), Video player ( DivX, H263, MP4, xVID )
  • Platform: Latest S-Class Touch UI
  • Other features: UI auto-rotate, Auto turn-off, Gesture controls, 3.5 mm audio jack, DMSE, Games, TV out
  • Internal Memory: 1GB internal memory
  • External Memory: microSD card slot ( up to 32GB )
  • Battery: Standard battery, Li-Ion 1000 mAh
  • Talk time: about 3.2 hours
  • Standby time: up to 250 hours

Tengok kecanggihan LG Chocolate BL40

amacam ok tak… 5 megapixel dan 1.1GB internal storage sudah memadai bagi aku… handphone ni sungguh istimewa sebab mobile phone wide screen pertama dan ianya nipis dan panjang… ya ianya panjang dengan dimensi 128mm x 51mm x 10.9mm. tak terliur korang menengoknya?… why i like it longer?… dengan screen panjangnya memang puas kalau nak tengok movie dan youtube.. apa lagi jom sama-sama menang handphone ini.. thanks to Nuffnang dan LG (Life’s Good)

more info : http://www.nuffnang.com.my/

Novel – Tidakkah Ada Rindu – Zara Aluwi

Akhirnya penantian mak aku akan berakhir tak lama lagi, Novel kedua terbarunya Tidakkah Ada Rindu terbitan Fajar Pakeer akan berada dipasaran tak lama lagi.. tahniah mak.. teruskan menulis lagi.. biar apa orang nak kata janji mak happy ye.. menulis bukan sekadar nak cari duit tapi kepuasan … Sebelum ia terbit kat pasaran ni.. korang baca la blurb cerita ni ye.. harap lepas publish nanti cepat-cepat pergi kedai buku dan belikan original okey…

PS: – Dah dapatkan buku pertama mak aku?… (Belahan Jiwa)… dapatkannya info disini http://mohdzaid.com/2008/10/11/novel-pilihan-belahan-jiwa.html

[ Akan Datang Dipasaran ]

Kerana cinta, Asiah lalai dengan tuntutan agama, membuatkan dia melarikan diri mengikut kekasih hatinya, Ah Sim. Perlarian tanpa hala tuju itu akhirnya menjebakkan diri ke dalam kancah maksiat. Kematian kekasihnya menyebabkan Asiah mengalami tekanan jiwa.

Rafiza, Rufila dan Rafidi dibesarkan penuh kasih oleh Encik Abu Bakar dan Bidan Suriati. Kasih sayang mereka langsung tiada belah bahagi. Apa yang diperolehi oleh Lia Asmara dan Nia Astika, akan diperolehi juga oleh mereka bertiga.

Tahun berganjak, Rafiza melarikan diri bersama pemandu teksi demi hidup bebas sehingga tanpa sedar berlaku sesuatu yang langsung tidak diduganya. Rufila sanggup korbankan kasihnya buat Nazril Shah demi kebahagiaan Nia Astika. Rafidi tetap tidak mahu mengalah dalam mengejar cinta gadis impiannya.

Kerana rindu itu adalah cinta yang harus terus melekat di hati, apakah Rafiza yang lari akan pulang ke pangkuan keluarga? Mungkinkah Rufila akan turut bahagia dengan keputusannya? Bolehkah Rafidi berjaya merebut hati gadis igauannya? Tidakkah ada rindu dalam hati, menghambat semula pertemuan?