Percutian Ke Kota Kinabalu Sabah – Part1

Ini adalah kali pertama aku jejak kaki ke Negeri Di Bawah Bayu, iaitu Sabah. Destinasi pertama di Sabah aku bersama keluarga adalah di Kota Kinabalu. Terima kasih kepada FireFly kerana sudi bagi tiket penerbangan percuma ke Kota Kinabalu tempoh hari atas pelancaran penerbangan Firefly ke Sabah di KLIA. Kalau korang menaiki pesawat MAS, Firefly atau pesawat antarabangsa yang lain, korang akan turun di Terminal 1 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu) dan lapangan terbang ni kira canggih dan cantik gak macam KLIA. kalau korang menaiki pesawat Airasia atau tambang murah yang lain korang akan turun di Terminal 2, jadi korang yang nak melancong ke Sabah ni jangan terkeliru pula ye nak turun kat mana. Alhamdulillah melancong ke Sabah kali ni terasa senang sekali sebab kami tak ambil mana-mana pakej pelancongan jadi kami buat ala-ala “redah je..” haha nasib baik ada Alice yang sudi menemani aku dan keluarga bercuti ke Sabah, almaklumlah Alice ni anak jati Sabah bah.. :)

Kalau ke Sabah, kereta sewa adalah amat penting sekali, kalau berjalan bersama keluarga baik ambil kereta sewa, kalau nak sewa teksi kat sini memang mahal, seperjalanan dari Lapangan Terbang ke bandar KK je dah RM30.00, jadi nasihat aku kalau nak melancong ke Sabah sila sewa kereta. Kalau ada sesiapa yang nak sewa kereta boleh call nombor ni 010-9531335 nama dia Yaacob, cakap je korang kenal dia dari Mohdzaid.com nanti dia akan bagi best price kat korang haha..

Aku, mak dan along menunggu selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, masa ni kita orang menunggu Alice, sebab dialah yang akan bawa kami jalan-jalan pusing Kota Kinabalu bah.. Bagi aku di Kota Kinabalu memang banyak round-aboard tapi jalan-jalan kat sini tak susah mana pun, pusing-pusing keluar balik jalan tu.. sure korang tak akan sesatlah. Tapi disabah ni kurang sikit papan tanda kat jalan raya jadi Google maps amatlah penting, korang-korang yang ada Blackberry atau iphone tu jangan lupa bawa charger battery handphone korang tu..

Alice, Mak, Along dan a.Yaacob… kami berhenti jap di persisiran Tanjung Aru sebelum ke Kingfisher untuk mengambil kereta yang kami dah booking. Kalau korang nak booking kereta aku nasihatkan korang booking awal, sebab kalau musim cuti sekolah biasanya kereta dan hotel akan full booked. Jadi untuk tidak menghampakan keadaan silalah booking awal ye..

Inilah kereta yang aku sewa, Kenari dengan harga RM80 sehari. Memang jimat minyak dan sangat berguna. Jangan sangka Kenari tak boleh daki Gunung Kinabalu tau haha sampai hangitlah break kereta ni aku kerjakan .. harap tuan kereta tak marah lah ye atas pengakuan aku ni :)

Selepas ambil kereta kat office abang Yaacob tu kami singgah kat restoran ni.. Mawie Restoran & Katering yang terletak di Kingfisher Sabah. Makanan kat restoran ni memang sedap tapi agak mahal sikit. Untuk pengetahuan korang kedai ni pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan kat TV3 tu..

Ni nasi mak aku dan Alice.. kalau kat Sabah, korang makan lah apa saja jenis masakan.. mesti korang akan dapat sup kosong. makan roti canai pun silap-silap mereka bagi sup kosong.. haha baru la best dan terangkat beb..

Ni pulak lauk aku.. huhu makanan orang berdiet macam ni lah.. walaupun penat, pemakanan kenalah jaga beb. Jangan main bedal je sebab ni tempat orang, kang kalau dah sakit perut susah pulak.

Bukan main sedap lagi kakak aku ni makan.. haha tau lah ko makan kat kedai Jalan-Jalan Cari Makan.. mesti nak enterprem kan.. hahaha..

Pelanggan kat kedai ni memang tak putus-putus memanjang.. lagi lah kedai ni dekat dengan asrama pelajar-pelajar UMS.

Dalam perjalanan nak Check-in kat Tune Hotel kami melalui jalan Alamesra dan Universiti Malaysia Sabah. Dulu aku teringin nak belajar kat sini tapi tak berkesampaian.. dapat lalu pun jadilah hahaha..

Lambang Universiti Malaysia Sabah.

Itu dia 1 Borneo.. kat sebelah 1 Borneo tu adalah tempat penginapan aku sekeluarga iaitu Tune Hotels .. nantikan post seterusnya tentang Tune Hotels Sabah..