Shopping, Makan Dan Santai Di Hatyai

 

Terus terang aku pergi Hatyai ni main redah je, duit dalam poket pun cuma bawa RM300 je untuk makan, shopping dan santai-santai. Nasib baiklah kadar pertukaran wang disini sama je nilainya. Cuba pergi New Zealand dulu gila aku dibuatnya bawak RM1k pun tak cukup. Rasanya kalau pergi bujang-bujang ke Hatay ni RM300 dah kira cukup sangat dah. Apa sangatlah yang hendak dibeli kat sini.. aku pun just shopping fridge magnet dan t-shirt je.. yang bestnya kat sini baju t sangatlah murah.. RM10 sehelai.. murah ke? ala cincailah kira murah juga la kan.. kalau pandai tawar menawar atau beli banyak mungkin boleh dapat lagi murah. Beginilah pemandangan malam di Hatyai. Aman, damai dan tenteram jiwa cuma jalan raya agak sesak sekitar 7 malam- 9 malam mungkin ramai yang baru nak balik kerja. Bagi yang nak melancong ke Hatyai ingat pesanan aku ni .. datang hari Sabtu dan Ahad je sebab waktu ni lah ramai peniaga yang menjual barang.. kalau datang hari lain macam suram je..

 

 

Pink Lady Complex merupakan sebuah tempat yang menjual pelbagai jenis cenderamata untuk dibeli. Kat sini aku perhatikan harganya agak mahal sikit berbanding pekedai yang jual ditepi jalan. So kalau nak bershopping korang roundlah dulu 3-4 kali tengok kedai mana harga murah. Jangan nanti bila dah beli awal-awal menyesal pulak tengok kedai depan harga lebih murah.

 

 

Berhadapan Pink Lady Complex pula terdapat banyak gerai makanan muslim. Jadi kalau kesini jangan cakap susah nak cari makanan islam sebab melambak ada. Yang menarik disini terdapat sebuah gerai kakak purdah ni yang menjual cendol, pulut mangga dan pulut durian. Rasanya sangat enak dan harga sepinggan 50B (RM5). Memang berbaloi sebab mangga dan durian yang dihidangkan sangat fresh sampai meleleh air liur.

Continue reading