Mari Beramal Bersama Colgate

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat sekalian. Apa khabar kita semua hari ni pastinya Ramadhan kali ini membawa seribu satu erti kemanisan dalam hidup setiap insan. Dalam bulan yang penuh barakah inilah kita sama-sama menambah ilmu dan meningkatkan lagi kebajikan kepada yang memerlukan

Tatkala kita gembira dalam meraikan suasana ramadhan dan Aidilfitri yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi. Janganlah kita lupa kepada mereka yang memerlukan bantuan. Setiap insan pastinya ingin merasai saat-saat keriangan yang jarang kita laluli bersama. Dalam kemanisan yang dikecapi janganlah lupa pada insan yang tidak berdaya. Ramai diantara kita sudah bersiap sedia untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. Tetapi bagi insan ini mereka menanti belas ikhsan dari segenap masyarakat untuk menghulurkan bantuan.

Saban hari ramai yang tampil kehadapan untuk memberikan tanggungjawab sosial dengan melakukan kerja amal membantu mereka yang memerlukan dari segi sumbangan mahupun tenaga. Tahniah diucapkan kepada Colgate-Palmolive Marketing (Colgate) kerana sekali lagi pada tahun ini menjayakan salah satu kempen amal yang sedang berlangsung iaitu “Mari Beramal Bersama Colgate”. Melalui kempen Mari Beramal Bersama Colgate ini dapat mengumpul dana yang akan disumbangkan kepada 15 rumah anak yatim terpilih daripada Jabatan Kebajikan Masyrakat Malaysia bagi meringankan beban mereka dan menceriakan lagi lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Kempen “Mari Beramal Bersama Colgate” mensasarkan sejumlah RM25,000 sehingga akhir Ramadhan untuk disumbangkan kepada kumpulan sasar yang terlibat. Pengguna harian Colgate khususnya juga dapat bersama-sama membantu kempen ini menerusi pembelian pek amal yang ditawarkan Colgate. Selain itu masyarakat juga boleh menyertai Kempen “Mari Beramal Bersama Colgate” menerusi Facebook www.facebook.com/ColgateMY. Pengguna juga boleh berinteraksi dengan halaman sosial Facebook Colgate untuk meningkatkan jumlah sumbangan kepada kempen ini.

Continue reading

Sudah Dapat Tilam & Dapur 1 Malaysia

Seperti yang dijanjikan oleh PM @NajibRazak baru-baru ini dalam program penyampaian bantuan banjir daerah Hulu Langat. Hari ini kami menerima sumbangan 2 buah tilam saiz queen dan satu set dapur masak. Sumbangan ini ikhlas daripada Kelab Putera 1 Malaysia. Terima kasih banyak-banyaklah kepada Perdana Menteri Malaysia sebab prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat. Hidup 1 Malaysia, Hidup PM hehe..

So lepas ni barulah senang hati dan tidur nyenyak atas tilam empuk 1 Malaysia ni. Kalau tak sebelum ni tidur atas tikar je kami anak beranak. Sampai sakit-sakit badan dibuatnya tidur atas lantas. Bila bangun pagi mulalah lenguh sana lenguh sini. Tapi rasanya lepas dapat bantuan tilam ni Insyaallah tidur pun selesa sikit.

 

Lori Polis tiba-tiba muncul depan rumah aku petang tadi.. ingatkan apa hal rupanya diorang hantar tilam sampai depan rumah. Setiap rumah yang banjir menerima sumbangan RM1000, 2 buah tilam dan satu dapur masak. Syukurlah ada yang membantu. Sumbangan ni dari pelbagai pihak termasuk daripada Kelab Putera 1 Malaysia

Dapur masak berjenama Pentec (Life’s So Easy) so lepas ni dah boleh memasak kat rumah balik.. tak larat nak beli bungkus tiap-tiap hari..

Dua buah tilam bersaiz queen untuk setiap rumah. Terbaeeekkk..!!

Terima Kasih Kerajaan Negeri Selangor Di Bawah Pakatan Rakyat

Hari ini dalam sejarah hidup aku dapat duit bantuan banjir dari Kerajaan Negeri Selangor. Kalau sebelum ni aku memang tak layak terima sebab syarat dapat bantuan satu rumah hanya satu orang je (wakil keluarga) yang dapat duit. Tapi Kerajaan Selangor tak tamak sebab diorang bagi setiap orang dalam rumah aku ni duit untuk bantuan banjir. Buat masa susah macam sekarang ni memang kami perlukan banyak duit untuk membina hidup baru. Terima kasih tak terhinggalah kepada semua yang sudi membantu tak kiralah dari wang ringgit atau tenaga yang dicurahkan.

Majlis pemberian bantuan banjir dilakukan di Komplek Penghulu Mukim Cheras jam lebih kurang 8.30 pagi. Ramai juga mangsa banjir datang siang tadi sebab nak dapat duit bantuan. Pada majlis tu ada beberapa orang ketua kampung bahagian Batu 10 dan Batu 9 hadir sama-sama membantu. Yang bestnya YB Cikgu Lee Kim Sin (Adun Kajang) dan  YB Dr. Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat pun ada sama. Terima kasih ye YB sebab sudi bantu kami penduduk kampung Mukim Cheras ni. Sedikit sebanyak ianya membantu penduduk disini untuk membeli barang keperluan yang telah rosak akibat banjir.

 

YB Cikgu Lee Kim Sin memberikan kata-kata semangat kepada mangsa banjir dan berusaha untuk membantu sedaya yang mampu. Apa yang aku dengar Cikgu Lee ni cakap mereka bercadang untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah banjir. Projek membina tebing batu di Saliran Sungai Langat dan Sungai Sering disini pun sedang berjalan. So at least air sungai boleh mengalir dengan tenang dan sampah sarap boleh bergerak supaya tak mengakibatkan banjir. Selain tu cadangan membina takungan air di tempat-tempat strategik akan dilakukan supaya air sungai / banjir dapat dikurangkan. Kalau sebelum ni air naik sampai paras bumbung mungkin dengan adanya takungan air boleh mengelakkan atau memperlahankan air banjir naik secara mendadak.

 

Baguslah setiap orang dapat duit.. semoga Kerajaan Negeri Selangor terus berbakti kepada rakyat dalam segala aspek. Moga-moga pada PRU akan datang mendapat yang terbaik untuk semua. :)

Terima Kasih Kepada Semua Yang Sudi Membantu

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat sebab ada yang sudi membantu dikala kami dalam kesusahan. Tak tahu nak cakap macam mana lagi sebab aku sangat terharu rakan-rakan blogger turut bersimpati atas apa yang terjadi pada aku dan keluarga baru-baru ni. Banjir Oh Banjir Rumah Aku Masuk Air  menyebabkan banyak harta benda musnah, tapi itu semua tak penting sebab harta benda boleh dicari ganti.

Syukur sekali lagi sebab aku dan keluarga selamat dari banjir lumpur yang hampir menenggelamkan rumah. Segala yang terjadi semua ini ada hikmahnya betul tak? Apa yang kita rancang dan kalau itulah ketentuhan yang Allah nak Dia akan laksanakan. Kita sebagai hambanya haruslah berdoa, sentiasa mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Terima kasih tak terhingga kepada Eyriqazz.com dan Madammondoq.com kerana sudi membantu dengan membuat entry khas untuk saya di blog mereka. Terima kasih tak terhingga juga kepada semua yang sudi membantu dari segi wang ringgit dan tenaga yang anda sumbangkan kepada kami. Semoga Allah akan sentiasa merahmati dan memurahkan rezeki anda semua hendaknya. Amin.

 

http://www.eyriqazz.com/2012/03/mangsa-banjir-rakan-blogger-perlukan.html

http://madammondoq.com/2012/03/kesiannya-rakan-blogger-perlukan-bantuan/

 

 

Banjir Oh Banjir Rumah Aku Masuk Air Oh..

Senyum tak perlu kata apa-apa.. tapi.. dalam hati siapa tahu?..

Huh! baru hari ni aku dapat update blog. Maaflah kepada semua pembaca blog Mohdzaid.com sebab tak dapat info terkini tentang diri aku ni.. haha ada ke orang yang ternanti-nanti update dari blog aku ni ye?.. kalau ada Alhamdulillah kalau tak ada pun aku tetap bersyukur sebab Allah beri aku peluang untuk kemaskini blog ini walaupun dah agak bersawang. Sebenarnya bukan tak nak update blog tapi seperti yang kawan-kawan semua maklum, minggu lepas rumah aku banjir teruk. Boleh dikatakan sejak aku tinggal di Batu 10 Cheras ni, inilah yang paling teruk sekali. Dah 9 tahun aku tinggal kat sini memang kawasan rumah aku ni kawasan banjir tapi selama ni banjir biasa je paras betis. Tapi pada 8 Mac 2012 hari tu rumah aku dan sekitar Hulu Langat banjir teruk ada rumah sampai tinggi bumbung air melimpah. Ada orang-orang tua kat sini cakap, banjir kali ni sama macam banjir 41 tahun yang lepas dimana seluruh kawasan Hulu Langat dan Cheras banjir teruk dan mengakibatkan banyak kematian.

Nak buat macam mana dah rezeki kami tinggal ditepi sungai dan rumah pun rumah kampung bukan rumah teres atau condo. Aku percaya tuhan lakukan semua ini ada hikmah disebaliknya. Rezeki, ajal maut semuanya kerja tuhan kita sebagai hambanya hanya mampu merancang dan buat yang terbaik selebihnya berserah kepadaNya untuk menentukan yang mana baik dan buruk. Kenapa tinggal rumah tepi sungai?.. Arrhhh jangan la ada yang tanya soalan ni.. tapi kalau ada yang nak tahu pun tak apa.. sebenarnya di Jalan Balam, Batu 10 Cheras ni kebanyakkannya sedara mara aku juga yang menetap kat sini. Nenek moyang kami punyai tanah kat sini jadi bila diorang semua dah tak ada diorang bagi kat anak-anak mereka. Kes aku pulak, rumah yang aku tinggal ni adalah tanah yang Arwah abah aku beli dari sedara mara. Jadi lepas abah aku meninggal kami sekeluarga berpindah disini (kampung) dengan tujuan lebih dekat dengan nenek dan sanak saudara yang lain. Masa tu mak aku nak beli rumah condo ke rumah flat ke tapi kami tak mampu masa tu. Nasib baiklah abah aku ada tinggalkan harta.. jadi dari duduk merempat lebih baiklah buat rumah kat kampung. Nama je kampung tapi dekat je dengan kota metropolitan Kuala Lumpur hehe..

 

Gambar kat atas tu rumah jiran-jiran aku.. bayangkan kalau air sungai dah naik sampai nak tenggamkan bumbung apalah nasib isi dalam rumah itu pulakan?.. sah-sah semua perkakasan dan barang keperluan dalam rumah tu ranap dan rosak dek air banjir. Mak aku cakap air banjir ni jangan dicabar.. buatlah apa sekali pun air tetap akan masuk dalam rumah. Memang sedih bila mengenangkan nasib semua orang kat kawasan perumahan aku ni. Tak boleh nak cakap apa dah.. hati semua dah pudar dan punah bila tengok rumah macam ni. Tapi apa boleh buat dah ini nasib kami disini. Orang cakap kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.. tapi kalau rumah ditepi sungai, banjirlah habuannya..

Gambar kat atas ni pulak masa air sungai baru nak naik dan baru masuk dalam rumah aku.. kalau sebelum ni banjir hanya paras macam dalam gambar ni.. tapi kali ni air banjir yang masuk hampir paras dada.. nampak tak microwave atas meja tu?.. itulah microwave yang aku menang masa Blogger Masterchef Buzz dulu.. masih belum buka dari kotak lagi.. belum pakai lagi.. tapi.. hehe nanti korang tengok apa yang terjadi pada microwave tu.. teruskan membaca..

Continue reading

MilkADeal – Sumbangan Derma Rumah Aman Shah Alam

Tersentuh hati dan naluri sanubari ni melihat adik-adik yang sangat memerlukan bantuan, lebih-lebih lagi saat hari raya yang penuh bermakna ini mesti mereka memerlukan kasih sayang dari ibu bapa tercinta. Tapi apakan daya mereka antara anak-anak yang perlu menjalani kehidupan seharian yang kini bergelar anak yatim. Ibu bapalah tempat mereka dambakan kasih sayang dan luahan rasa cinta mereka. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin marilah kita sama-sama membantu apa yang perlu dan berikanlah sedikit keceriaan buat mereka di bulan mulia ini.

Melalui kempen ‘Promise Me’ musim ke-2 oleh  Syarikat Truly Loving (TLC) kini di MilkADeal melancarkan derma kepada Rumah Kanak-Kanak Aman dan 100% sumbangan anda akan disalurkan kebadan kebajikan ini. Inilah salah satu cara kita membuat amal bakti untuk mereka. Kempen ini bertujuan membantu Rumah Kanak-Kanak Aman dan juga menyumbang untuk menaik taraf kepada pendawaian elektrik 3 fasa dan perlindungan kilat di Rumah Aman di Shah Alam.

Sedikit Info Rumah Aman Shah Alam :-

  • Rumah Anak Yatim Aman terletak di Shah Alam
  • Mula beroperasi pada tahun 2005
  • Pada masa ini menempatkan lebih kurang 30 orang kanak-kanak lelaki pada pelbagai peringkat umur
  • Beroperasi sepenuhnya menggunakan wang sumbangan daripada orang ramai

 

Mudah saja hanya 5 minit diperlukan dan sedikit bantuan akan diterima kepada mereka yang memerlukan. Sila ke laman Milkadeal http://milkadeal.com/deals/promiseme2-rumahaman untuk maklumat lanjut

Berikut adalah cara-cara pembelian voucher untuk Derma kepada Rumah Kanak-Kanak Aman melalui Kempen ‘Promise Me’ musim ke-2 oleh Truly Loving Company. 100% sumbangan anda untuk kebajikan!

Langkah 1 : Layari laman http://milkadeal.com/deals/promiseme2-rumahaman dan tekan butang BELI

Langkah 2 : Buat Pembayaran RM20.00 (Derma) kepada rumah kebajikan ini

Langkah 3 : Selepas pembayaran dibuat anda akan menerima voucher untuk rujukan.

Mudah bukan, hanya melalui beberapa klik kita sudah berbakti kepada negara. Sumbangan ikhlas ini diharap dapat membantu rumah kebajikan ini terus menyalurkan bakti kepada anak-anak yang memerlukan bantuan ini.

Semurni Kasih : Salurkan Bantuan Anda di 7-Eleven Community Care

Hari Raya semakin hampir dan bulan Ramadan bakal menutup tirainya tidak lama lagi. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak 7-Eleven Malaysia ini mereka telah mengadakan 7-Eleven Community Care dalam program Semurni Kasih bagi membantu golongan dan badan kebajikan yang memerlukan bantuan. Program Semurni Kasih ini telah bermula dari 1 Ogos hingga 4 September 2011 bertujuan mengumpul barangan keperluan dan makanan  yang dibeli dari rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia untuk disumbangkan. Hanya melalui 4 cara sahaja kita dapat bersama-sama membantu kepada mereka yang memerlukan.

Anda Menyumbang, Kami Menyalurkan. Anda boleh membeli barangan yang dicadangkan dari senarai dibawah untuk disumbangkan kepada penerima-penerima terpilih. Antara barangan yang dicadangkan adalah Makanan Segera, Barangan Runcit, Minuman Tanpa Alkohol, Makanan Bijirin, Biskut dan Snek, Barangan Keperluan dan Ubat-ubatan. Hanya 4 langkah mudah untuk  membuat sumbangan. Pertama datang ke store 7-Eleven Malaysia berhampiran, kedua pilih barangan yang ingin disumbangkan berdasarkan senarai cadangan barangan yang boleh disumbangkan, ketiga buat pembayaran di kaunter, akhir sekali masukkan barangan pilihan yang ingin disumbangkan ke dalam kotak “Semurni Kasih” yang disediakan.

Sumbangan ikhlas amat bermakna bagi mereka yang memerlukan, jadi bersama-samalah kita menjayakan Semurni Kasih ini agar kita semua dapat keberkatan dan memeriahkan lagi hari raya tahun ini bersama-sama orang yang tersayang. Maklumat lanjut dan senarai penerima sumbangan boleh layari di : http://www.7eleven.com.my/html/default.aspx?ID=234&PID=235

 

 

 

Sebab Ke 519 Saya Nak Ke Singapura

Tahun ini tak silap aku tahun melawat Singapura… jadi mereka telah mengeluarkan dua ribu sembilan sebab kenapa perlu ke Singapore tahun ini… Aku telah memilih sebab yang ke lima ratus sembilan iaitu Separuh Harga untuk tiket-tiket masuk ke tempat pelancongan mereka bagi penduduk Malaysia…..kalau tiket masuk Night Safari S$25 bagi Malaysian dapat RM25 waaa separuh harga tu… kalau tak sekarang S$1 bersamaan RM2.41 sen…

Uniquely Singapore

http://www.visitsingapore.com/

Yahoo!! bulan 6 ni aku akan buat passport almaklum lah aku tak pernah ke luar negara sebelum ni, jadi terpaksalah buat passport untuk ke Singapore nanti. Tapi duit tak de huaaaa (nangis).. hehehe minta-minta la ada yang sudi bagi sumbangan wang ye hahahaha… nampaknya mak aku la jadi mangsa aku buat masa ni..

Aku pergi Singapore nanti dengan kawan-kawan opis aku (Kak Sal dan Rina) pada awal bulan 6 nanti, jadi masih ada masa untuk aku korek duit tabung dan duit terpijak…nak naik kapal terbang mahal sangat dan aku dah pernah naik kapal terbang, jadi aku cadangkan kat kawan aku supaya kita naik keretapi nanti, waaa mesti best kan.. aku tak pernah naik keretapi.. huhu doakan aku supaya dapat dan tercapai hajat aku ke luar negara ye… (nak gi London tak mampu, Singapore pun jadi la..), bukan apa aku dari kecik-kecik dah hajat nak gi melancong luar negara, naik bus double decker, masuk night safari kat Singapore dan macam-macam lagi la… mana tau dapat jumpa Puah Chu Kang ke leh ambil gambar ngan diorang.. (aku memang suka cerita tu)…

To qualify for offers, Malaysians have to produce their Malaysian passports and valid embarkation cards for verification at the attractions’ ticketing counters.
Upon positive verification, Malaysians can choose to pay in Malaysian Ringgit or Singapore Dollars.
If you are paying in Malaysia Ringgit, you pay the corresponding amount of the attractions’ published rates in Malaysia Ringgit. For example, if the admission fee to Jurong BirdPark is S$18, Malaysians pay RM18. Exact amount must be rendered for payment in Malaysian Ringgit. No change will be given.
If you choose to pay in Singapore Dollars, you get a discount of 50% off the published admission rates.
Not applicable to persons of other nationalities, Singapore Permanent Residents, and Malaysians holding Singapore work permits, employment passes or student passes.
Please refer to the local authorities on outgoing currency regulations.

Terima Kasih Puteri UMNO

Suria (Dakoris), kan aku dah cakap… lepas je banjir insyaalah rezeki kami akan melimpah. Tu la kekadang aku ngan mak aku cakap rezeki banjir. Teringat aku masa abah aku berniaga kedai makan dulu. Ramai betul orang dengki… biasa la orang melayu ni kadang-kadang tak boleh tengok orang lain senang sikit.

Selalunya bila banjir kat kedai abah aku tu mesti orang ramai. Ada kawan-kawan cina abah aku tu cakap banjir ni buang sial., so mana yang orang letak-letak karung kuning yang ditanam depan kedai abah aku tu akan lupus (Setan dia mati) hahahaha….apa-apa je la mereka ni… tapi rezeki tu semua datangnya dari Allah kan…

Oh ye, pagi ni aku bangun je tidur tengok ada satu kotak besar kat dapur. Bila aku tanya mak aku, dia cakap tu sumbangan ikhlas dari Puteri UMNO cawangan umah aku ni.. (Hulu Langat). Macam-macam ada, beras, sardin, tepung, gula, mee sedap dan lain-lain. Alhamdulillah walaupun kat kawasan aku ni PKR yang pegang tapi hampeh. Sorang pun tak pernah lawat kami.. rasanya kalau kami hanyut dibawa arus sungai pun diorang (PKR) tak tahu.

Tahniah kepada belia-belia Puteri Umno dan juga Kerajaan BN yang sudi membantu.

“Terima kasih daun keladi, esok-esok kasi la lagi” hehehehe…

dsc_0880

belakang-belakang tu banyak lagi… ruang tak cukup jadi tengek2 kan …

dsc_0884

Pemetik api BN