Alahai Comelnya Yuna Zarai

Petang tadi saja membusykan diri pergi event kat Plaza Low Yat.  Sebenarnya nak jumpa Yuna Zarai sebab dah lama tak jumpa dia, last jumpa masa kat 7-Eleven Music Launching @ Berjaya Times Square Hotel dulu. Makin hari makin meletup Yuna ni kan suka sangat lagu-lagu dia yang menusuk kalbu jiwa dan raga. Usha punya usha ternampak juga kelibat Qi (Qushairi Razali). Maklumlah diorangkan tengah hangat bercinta?.. best dapat jumpa diorang ni.. Yuna memang sporting gile dan Qi pun peramah siap jumpa dan salam aku. Mungkin Qi tengok aku yang comel ni keseorangan sebab tu dia datang kat aku dan beramah mesra.

 

Rasa kesal sikit kat diri sendiri sebab aku datang lambat kat event ni. Aku sampai-sampai je Yuna dah selesai buat persembahan lagu Sparkle. Adoiiaaiii nyesal bangun lambat tadi.. tapi takpelah dapat jumpa Yuna pun dah happy sangat. So nak cerita sikit pasal event ni. Sebenarnya Yuna ni dah kira macam duta Samsung Galaxy Note kot. Dia sekarang ada projek yang diberi nama The Sparkle Project dimana Malaysia merupakan yang pertama produce video Yuna dengan menggunakan Samsung GALAXY Note untuk lagu Sparkle tu.

Amboi Yuna bertambah-tambah rezeki dia kan. Alhamdulillah dan tahniah kepada Yuna dalam setiap apa yang dicapai selama ni. Semoga Yuna terus maju jaya dalam industri Muzik dan terus kagumkan nama Malaysia di mata Dunia. Zaid dan seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong kerjaya Yuna sampai bila-bila :)

 

Comelkan karikatur Yuna tuh..

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1432H / 2011M BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR/PUTRAJAYA DAN LABUAN

Salam, wahh tak lama lagi kita nak puasa kan, pejam celik dah nak masuk tahun 1432H dan beberapa hari lagi semua umat islam sedunia akan mengerjakan rukum islam iaitu berpuasa di bulan ramadhan.. insyaallah tahun ni kita dapat sekali lagi berpuasa dengan suasana harmoni dan tenteram di Malaysia. Ok ini aku nak share jadual berbuka puasa bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya dan Labuan untuk semua. Semoga dibulan yang mulia ini dapatkan kita hindarkan diri dari melakukan pekara-pekara yang tak baik dan banyakkan ibadah kepada Allah ya…

Lafaz Niat Puasa Ramadhan
 

 
Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. ”

 

JADUALWAKTUBERBUKA2011

 
 
Waktu bagi kawasan lain akan dikemaskini dari masa ke semasa..

 

Keyword Dan Lirik Selamat Hari Raya

Wahhh ramai pulak yang masuk blog aku ni cari lirik lagu raya.. ini pun aku tahu dari Analytics keyword blog Mohdzaid.com dari dashboard Nuffnang aku tuh.. bagus-bagus.. lagi berapa hari je nak raya kan.. so ape kata kita hangatkan lagi perasaan dan countdown nak raya dengan nyanyi lagu-lagu raya ok tak?.. ermm aku pun tak ingat ada ke lirik lagu raya kat blog aku ni yek.. ada dulu aku pernah letak lirik lagu Selamat Hari Raya – Saloma versi 50-an (Dam dam dum bunyi mercun) mungkin itulah yang mereka cari sekarang ni kot.. tak sangka hot juga keyword ni untuk bulan ramadhan kan..

Kat office aku pun diorang dah mula pasang lagu-lagu raya.. tah mana diorang dapat pun tak tahulah.. aku sebenarnya tak nak dengar lagu raya awal-awal sebab nanti bila tiba hari raya aku dah muak dengar lagu raya.. tapi diorang dah pasang so aku dengar je lah.. layan juga setahun sekali je dengar huhu.. Rasanya mesti ramai yang nak dan tengah mencari lagu-lagu raya untuk dilayan masa bulan puasa ni kan.. jadi aku dengan ikhlas dah tolong carikan beberapa lagu raya dan liriknya sekali untuk santapan telinga korang, buat masa ni aku letak 5 lagu dulu, akan ku letak lagi dalam masa terdekat ni…. Opssss hanya video dan lirik je ye.. kalau nak download lagu ni korang carilah sendiri kat pakcik Google, aku tak nak letak link takut kena saman dengan pihak kerajaan dan RIM lagi… Unlicensed Copies of Copyrighted Works adalah dilarang di Mohdzaid.com hehehee

Rahimah Rahim – Selamat Berhari Raya

[lyrics]

Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah

Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi

( korus )
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada

Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi

( ulang dari mula hingga akhir )

[/lyrics]

Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran

[lyrics]

Sesuci… di hening subuh sunyi
Sesuci… terdengar nurani
Sesuci… salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran… terasa kesayuan
Lebaran… takbir bersahutan
Lebaran… memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

( korus )
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa… sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira

Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira

[/lyrics]

M.Nasir – Satu Hari Di Hari Raya

[lyrics]

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

[/lyrics]

Mamat Exist – Ku Pohon Restu Ayah Bonda

[lyrics]

( …Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata… )

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

( ulang korus )

Kesalahan diri ku…
[/lyrics]

Anuar Zain & Elina – Suasana Hari Raya

[lyrics]

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

[/lyrics]

-

-

-

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H/2010M

Wahh puasa dah nak dekat lagi berapa hari je kan, ingat tak sebelum ni aku ada letak jadual berbuka puasa dan imsak bagi kawasan Kuala Lumpur dan Labuan, hari ni laman http://www.islam.gov.my/ dah update untuk semua negeri di Malaysia. Jadi gunakanlah sebaik mungkin ye mana tahu korang memerlukan jadual berbuka dan imsak ni.. aku just share je kat korang.. Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H/2010M .


Ok kesempatan ni aku nak ucapkan selamat berpuasa kat korang semua, harap Ramadhan kali ini kita tingkatkan lagi amal ibadah kepadaNya. Jangan puasa main-main ye.. jangan curi makan.. kang kena tangkap masuk van mayat baru tau hehehe..

Bil

NEGERI

ZON

1

MELAKA

MELAKA

2

JOHOR
ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR

7

PERAK

ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT

4

SARAWAK

ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN           SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI,   LUBOK ANTU, BETONG,           SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN

5

SABAH

ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR           SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT,           JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA,           SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR  TAWAU, PULAU SEBATIK,           MEROTAI DAN  KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU,           MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN,           PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK,           SEPULUT, TAMBUNAN, DAN  KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT,           BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG

6

TERENGGANU

ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2- BESUT DAN SETIU
ZON 3- HULU TERENGGANU
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN

7

KELANTAN

ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM

8

SELANGOR

ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM

9

PAHANG

ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN  BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND

10

WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA

11

WILAYAH PERSEKUTUAN

LABUAN

12

PERLIS

PERLIS

13

NEGERI SEMBILAN

ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA  PILAH DAN JELEBU

14

KEDAH

ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI

15

PULAU PINANG

PULAU PINANG

Sumber: Bahagian Pengurusan Fatwa, Jakim

Album Review – Wings – 21st Anniversary @ Planet Hollywood 21.5.2008

-

-ALBUM REVIEW-

Berapa Bintang Album Ni ? Saya Memilih –

SANGAT-SANGAT DAN TERLALU BAGUS (DAPATKAN DIPASARAN) - RM27.90

This compilation features a total of 18 hits songs recorded during their 21st Anniversary Live at Planet Hollywood showcase on 21st May 2008. Featuring Ito from Blues Gang and ex-band member of Wings – Jojet, Mel, Hillary & Sham. Collaboration between Wings and Ito (Blues Gang) through the songs “Midnight Blues” & “Bernafas Dalam Lumpur”. Sham (ex-guitarist / band member) show off his skill through songs like “Belenggu Irama”, “Biarkan Berlalu” & “Peronda Jaket Biru”. Mel (ex-vocalist) sang “Lena Diulit Intan” & “Semalam Yang Hangat” – 2 hits songs from the album ’Orang Asing’
Label : Sonymusic (Beli Online)

Track Listing:
VCD 1

1. INSPIRASI TAMING SARI
2. HUKUM KARMA
3. OPERA HIDUP
4. BIRU MATA HITAMKU
5. JERANGKUNG DALAM ALMARI
6. BAZOOKA PENAKA
7. GEMALA SAKTIKU
8. R N R LU PUNYA SUKA
9. LIPAS KUDUNG

VCD 2

1. MIDNIGHT BLUES
2. BERNAFAS DALAM LUMPUR
3. RANGGI METROPOLIS
4. LENA DIULIT INTAN
5. SEMALAM YANG HANGAT
6. ALAM BARZAKH
7. BELENGGU IRAMA
8. BIARKAN BERLALU
9. PERONDA JAKET BIRU

Berapa Bintang Album Ni ? Saya Memilih – 

SANGAT-SANGAT DAN TERLALU BAGUS (DAPATKAN DIPASARAN) - RM31.90

This compilation features a total of 18 hits songs recorded during their 21st Anniversary Live at Planet Hollywood showcase on 21st May 2008. Featuring Ito from Blues Gang and ex-band member of Wings – Jojet, Mel, Hillary & Sham. Collaboration between Wings and Ito (Blues Gang) through the songs “Midnight Blues” & “Bernafas Dalam Lumpur”. Sham (ex-guitarist / band member) show off his skill through songs like “Belenggu Irama”, “Biarkan Berlalu” & “Peronda Jaket Biru”. Mel (ex-vocalist) sang “Lena Diulit Intan” & “Semalam Yang Hangat” – 2 hits songs from the album ’Orang Asing’
Label : Sonymusic (Beli Online)

Track Listing:
CD 1

1. INSPIRASI TAMING SARI
2. HUKUM KARMA
3. OPERA HIDUP
4. BIRU MATA HITAMKU
5. JERANGKUNG DALAM ALMARI
6. BAZOOKA PENAKA
7. GEMALA SAKTIKU
8. R N R LU PUNYA SUKA
9. LIPAS KUDUNG

CD 2

1. MIDNIGHT BLUES
2. BERNAFAS DALAM LUMPUR
3. RANGGI METROPOLIS
4. LENA DIULIT INTAN
5. SEMALAM YANG HANGAT
6. ALAM BARZAKH
7. BELENGGU IRAMA
8. BIARKAN BERLALU
9. PERONDA JAKET BIRU

Kemunculan kumpulan lagenda WINGS di Planet Hollywood kali ini, bagi menyambut 21st Anniversary Live @ Planet Hollywood.   Persembahan hebat Live @ Planet Hollywood bagi memperingati pencapaian kecemerlangan kumpulan WINGS selama 21 tahun melibatkan diri mempelupori dalam arena muzik rock tempatan.  Konsert hebat WINGS 21ST Anniversary Live @ Planet Hollywood bagai memberikan nafas baru kepada peminat-peminatnya yang selama ini sentiasa memberi sokongan padu dan yang inginkan sentuhan daripada WINGS.

WINGS 21st Anniversary Live @ Planet Hollywood berbentuk VIDEO CD dan CD terbitan dan edaran  SONY MUSIC ENTERTAINMENT SDN BHD sudah berada di pasaran.  Bagi peminat-peminat kumpulan WINGS di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Album WINGS 21st Anniversary Live @ Planet Hollywood terbitan/edaran SONY MUSIC ENTERTAINMENT SDN BHD berbentuk VIDEO CD bagi menyaksikan persembahan eksklusif mereka selain album berbentuk CD.

Showcase eksklusif ini memperlihatkan kesemua anggota kumpulan WINGS (Awie (vocal), Joe (guitar), Eddie (bass) and Black (drums)) berpadu tenaga untuk menghiburkan setiap peminat yang hadir pada malam tersebut.  Pada malam tersebut, WINGS membawa hits klasik mereka bagi mengimbas kembali zaman kegemilangan mereka.  Lagu Pembukaan mereka pada malam itu INSPIRASI TAMING SARI (Track 1) diikuti dengan lagu HUKUM KARMA (Track 2).  Muzik tanpa henti ini disusuri dengan persembahan lagu OPERA HIDUP (Track 3) yang mendapat sambutan hangat apabila Awie (Vokalis WINGS) memperkenalkan  Hillary kepada peminatnya.  Kemudian WINGS terus berganding bersama Hillary dan Jojet mengiringi Awie mempersembahkan lagi BIRU MATA HITAMKU (Track 4), JERANGKUNG DALAM ALMARI (Track 5), BAZOOKA PENAKA (Track 6), GEMALA SAKTIKU (Track 7), RnR LU PUNYA SUKA (Track 8)  dan LIPAS KUDUNG (Track 9).  Lagu-lagu berkenaan terdapat dalam Disc 1 VCD dan CD.

Di Disc 2 VCD dan CD, Bro Ito dipanggil untuk berduet bersama Awie.  Bro Ito yang sinonim dengan harmonikanya mengiringi Awie mendendangkan lagi MIDNIGHT BLUES (Track 1). Bro Ito juga turut mendendangkan sebuah lagu hits WINGS.  Beliau mendendangkan lagu BERNAFAS DALAM LUMPUR (Track 2) mendapat sambutan daripada peminat yang turut serta mendendangkan lagu berkenaan.  Awie kembali menguasai pentas dengan lagu seterusnya RANGGI METROPOLIS (Track 3).  Seterusnya Awie menjemput penyanyi Mel untuk naik ke pentas.  Beliau mendendangkan lagu LENA DIULIT INTAN (Track 4) dan diikuti dengan lagu SEMALAM YANG HANGAT (Track 5). Bertambah hangat lagi apabila peminat turut serta mendendangkan lagu berkenaan.  Sejurus Mel selesai, Awie kembali menggegarkan suasana.  Intro yang dimainkan oleh Joe untuk lagu ALAM BARZKH (Track 6) benar-benar menginsafkan.  Seterusnya Awie memperkenalkan pemain lead gitar, Sham bagi mengiringi Awie mendendangkan lagi BELENGGU IRAMA (Track 7) dan BIARLAH BERLALU (Track 8). Suasana Planet Hollywood semakit hangat.  Peminat-peminat setia, tetap turut serta bersama mengiringi mendendangkan setiap lagu yang dipersembahkan.  Mel sekali lagi dipanggil oleh Awie untuk sesi jamming lagu PERONDA JAKET BIRU (Track 9) bersama Sham dan WINGS.

Sehingga hari ini, lagu-lagu dari kumpulan lagenda tanahair ini masih lagi kedengaran berkumandang di radio dan tetap menjadi siulan ramai. WINGS masih lagi menyengat dan malam Anniversary tersebut sudah membuktikan sejauh mana kehebatan WINGS.