Hari AIDS Sedunia – 2010

AIDS membawa bencana, AIDS tak kenal mangsa. Ingat lagi tak iklan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1992 ni. Tahun tu aku masih dalam darjah dia dan lagu ni memang selalu dimainkan di TV dan radio RTM tak silap aku dulu. Hari ni rasanya ramai tak anak muda yang tahu keburukan pasal AIDS ni?. Aku naik seriau bila tengok anak-anak muda yang sekarang ni kemain berleluasa dengan seks bebas dan seks rambang lebih-lebih lagi mereka yang menagih dadah dengan perkongsian jarum suntikan. Huh mana perginya akhlak mulia dan budi pekerti yang dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi.

Hari ni 1 Disember 2010 dan setiap tahun pada 1 Disember di dunia meraikan hari Aids Sedunia disetiap negara termasuk Malaysia. Kalau dilihat banyak aktiviti-aktiviti kesedaran masyarakat dibuat oleh pihak kerajaan dan NGO untuk membantu mendidik minda masyarakat khasnya remaja tentang bahananya penyakit HIV AIDS ni. Tapi adakah mereka faham apa pengertian dan apa yang diinginkan pihak kerajaan dan NGO tersebut itu terhadap masyarakat?.

Iklan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1992

Penting bagi kita memahami apa itu sebenarnya Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), ataupun sejenis virus berkaitan AIDS iaitu Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang menyerang dan menyebabkan kegagalan sistem imun dalam tubuh badan. Kalau korang semua nak tahu AIDS sebenarnya boleh melumpuhkan kemampuan sistem tubuh badan untuk melawan penyakit. Menurut saintifik virus HIV dapat memusnahkan sel darah putih iaitu (T CD4+) yang bertanggungjawab melawan penyakit dan bekteria dalam tubuh badan, jadi kalau tak ada sel yang diperlukan dalam tubuh badan kesannya boleh mendatangkan pelbagai penyakit yang jarang berlaku termasuklah kanser dan ‘infeksi oportunistik’ seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia. Oh Yehh…!! korang paham ke?.. haha itulah jangan pandang sebelah mata tentang penyakit-penyakit kronik ni.. banyak bahayanya dari kebaikkannya.

Sampai kehari ini masih tak ada lagi ubat untuk menyembuhkan 100% penyakit HIV AIDS ini. Aku ada terbaca tentang program rawatan HAART (Highly Active Anti-Retroviral Therapy), tetapi ianya bukanlah penyembuh utama penyakit ini tetapi ianya cuma ubat antiretroviral yang menghalang virus-virus baru terbentuk didalam badan si pesakit HIV AIDS ni. Melalui program HAART tu si pesakit dapat menghalang virus HIV terus membiak dari sel imun badan dan mengawal sistem imuniti berfungsi secara normal. Tetapi jangan ingat dengan ubatan ini sudah cukup selesa bagi pesakit HIV AIDS ini kerana mereka masih boleh menyebarkan virus HIV melalui bendalir kepada individu lain. Fuhhhh macam doktor pulak aku ni kan haha.. ini pun hasil pembacaan aku je untuk dikongsikan bersama korang.

Tahukah korang macam mana penyakit HIV AIDS ni disebarkan?.. Antaranya melalui darah, melalui air mani dan air mazi, rembesan faraj, melalui susu badan ibu. Penyebarannya pula melalui hubungan seks dengan berbilang pasangan, hubungan seks dengan pelacur, hubungan seks sesama jenis, pengkongsian jarum suntikan (golongan penagih dadah terutamanya). Jadi kalau boleh elakkanlah dari terjerumus dalam kancah maksiat ni, kalau tak boleh gak apa lagi gunakanlah kondom kan lebih selamat!.. haha.. jangan sampai bocor sudah la ye :)

Ok aku nak tanya korang semua, kalau ada ahli keluarga atau sahabat korang terkena penyakit AIDS ni apa yang korang akan lakukan?.. sisih mereka dari masyarakat? halau mereka keluar dari rumah? atau tambahkan lagi penderitaan mereka?.. bagi akulah biarlah tuhan saja yang menghukum dosa dari perbuatan mereka tu, kita sebagai manusia janganlah belaku kejam sangat. Pernah dulu masa aku join program Yayasan Salam Malaysia melawat ke rumah pengasih AIDS di Chow Kit dan Pink Triangle mereka tanpa segan silu membantu pesakit AIDS ni. Sebab apa AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan iaitu berpegang tangan, bersentuhan ditempat sesak macam pasar malam, bersalam, berkongsi makanan, berkongsi pinggan, sudu dan gelas yang digunakan pesakit AIDS, berkongsi kemudahan awam seperti kolam mandi dan tandas dan juga melalui gigitan nyamuk.

Adakah korang mengalami gejala atau symptom-symptom seperti hilang berat badan secara mendadak iaitu melebihi 10% secara tiba-tiba?.. cirit birit dan demam berpanjangan melebihi sebulan?.. barah kulit dan mulut?… Jangkitan fungus seperti Candidiasis (dalam mulut)?… kalau ada penyakit tu secara tiba-tiba segeralah buat rawatan kat hospital berhampiran manalah tahu kalau korang mengalami masalah HIV + . Menghindar lebih baik dari mengubati jadi sama-sama kita beringat sebelum terkena.. Pesanan dari aku kalau nak main tut tut.. jangan lupa pakai kondom okey.. :) apa-apa pun selamat menyambut hari AIDS sedunia hari ini 1 Disember 2010.