Jom Pasang Widget Kalendar Hijrah

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog Mohdzaid.com dan semoga di bulan yang mulia ini kita sama-sama tingkatkan taqwa, sucikan niat, ikhlaskan ibadah kepadaNya. Ramai diantara blogger kat luar sana yang suka pasang widget kalender di blog masing-masing. Tak dinafikan tujuan pasang kalendar ni mengingatkan kita kepada tarikh penting dan menghargai masa. Hari ini tergerak kat hati untuk aku pasang widget Kalendar Hijrah dari dari website kalendarhijrah.com yang memaparkan tarikh dan kalendar dalam tahun Hijrah dan Masihi.

Sememangnya widget macam nilah yang perlu kita pasang kat blog ataupun website-website rasmi kerajaan dan bukan kerajaan supaya kita tidak alpa dengan tarikh-tarikh penting dalam kalender Islam. Tahniah kepada pengaturcara Kalendarhijrah.com kerana menyediakan aplikasi terbaru yang sesuai untuk dilayari melalui smartphone iPhone  dan mana-mana telefon pintar (Android, Blackberry, Windows Mobile, Symbian, etc). Pengguna boleh melayari http://touch.kalendarhijrah.com melalui smartphone dan paparan kalendar hijrah dalam bentuk Web Apps yang ringkas dan kemas.

Continue reading