Mari Beramal Bersama Colgate

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat sekalian. Apa khabar kita semua hari ni pastinya Ramadhan kali ini membawa seribu satu erti kemanisan dalam hidup setiap insan. Dalam bulan yang penuh barakah inilah kita sama-sama menambah ilmu dan meningkatkan lagi kebajikan kepada yang memerlukan

Tatkala kita gembira dalam meraikan suasana ramadhan dan Aidilfitri yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi. Janganlah kita lupa kepada mereka yang memerlukan bantuan. Setiap insan pastinya ingin merasai saat-saat keriangan yang jarang kita laluli bersama. Dalam kemanisan yang dikecapi janganlah lupa pada insan yang tidak berdaya. Ramai diantara kita sudah bersiap sedia untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. Tetapi bagi insan ini mereka menanti belas ikhsan dari segenap masyarakat untuk menghulurkan bantuan.

Saban hari ramai yang tampil kehadapan untuk memberikan tanggungjawab sosial dengan¬†melakukan kerja amal membantu mereka yang memerlukan dari segi sumbangan mahupun tenaga. Tahniah diucapkan kepada Colgate-Palmolive Marketing (Colgate) kerana sekali lagi pada tahun ini menjayakan salah satu kempen amal yang sedang berlangsung iaitu “Mari Beramal Bersama Colgate”. Melalui kempen Mari Beramal Bersama Colgate ini dapat mengumpul dana yang akan disumbangkan kepada 15 rumah anak yatim terpilih daripada Jabatan Kebajikan Masyrakat Malaysia bagi meringankan beban mereka dan menceriakan lagi lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Kempen “Mari Beramal Bersama Colgate” mensasarkan sejumlah RM25,000 sehingga akhir Ramadhan untuk disumbangkan kepada kumpulan sasar yang terlibat. Pengguna harian Colgate khususnya juga dapat bersama-sama membantu kempen ini menerusi pembelian pek amal yang ditawarkan Colgate. Selain itu masyarakat juga boleh menyertai Kempen “Mari Beramal Bersama Colgate” menerusi Facebook www.facebook.com/ColgateMY. Pengguna juga boleh berinteraksi dengan halaman sosial Facebook Colgate untuk meningkatkan jumlah sumbangan kepada kempen ini.

Continue reading