MY 2010 In Numbers – THANK YOU NUFFNANG

Tahun 2010 bakal menutup tirainya sebentar lagi dan hari ini bila aku masuk website NuffnangMY aku terbaca satu post terbarunya tentang 2010 In Numbers, Tahniah @NuffnangMY kerana anda telah berjaya mewujudkan satu komuniti khas untuk para blogger tanahair dan dunia bersatu bersama-sama tak kira bangsa dan agama. Banyak pengalaman indah dan best sejak aku bersama Nuffnang dan tahun 2010 ini adalah tahun yang paling gempak bagi aku sebab terpilih salah seorang dari list blogger pilihan (Featured Blogger) bagi bulan Ogos 2010.

Pengalaman banyak mengajar aku erti suka duka dalam menulis blog, awalnya hanya sekadar menulis secara suka-suka pada awalnya dan mula bergiat aktif sebagai event blogger pada tahun 2009 dan 2010. Harapan aku pada tahun 2011 ni banyak lagi event yang aku akan pergi sebab itu adalah minat dan hobi aku selain dari menulis blog. Blog aku ni biasa-biasa je tak sehebat blog yang lain. Tapi ada keunikan yang tersendiri kalau tengok betul-betul hehehe puji blog sendiri :P ye lah selain dari bekerja makan gaji, blog ini adalah sumber pendapatan aku juga, at least boleh topup kat hutang-hutang aku yang tertunggak tu hehe..

Bercakap pasal Nuffnang, aku amat bangga kerana dalam tahun 2010 ni banyak aktiviti dan event yang mereka anjurkan dan antara yang aku join adalah seperti berikut… :-

Aku diharapkan tahun 2011 ini banyak lagi event dan aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak Nuffnang dan aku nak ajak kawan-kawan yang baru bergiat dalam menulis blog ni supaya kita join http://www.nuffnang.com.my/ sebab korang tak akan rugi apa pun, selain keseronokkan menulis blog korang juga boleh mengeratkan Silaturrahim antara kawan-kawan blogger lain macam komuniti #GplusMY dan dalam masa yang sama korang boleh menang banyak hadiah menarik dari event Nuffnang.

PS: Terima kasih kepada Timothy TiahMichelle, XinXian(Fresh), Robb, Yuen Yee, Jacqueline, Nicholas Chay, Jestina, dan semua Nuffies yang banyak memberikan sokongan kepada blog mohdzaid.com ini..
 

Gambar dari Shaolinphoto.com

Nuffnang DiGi Angels Berbuka Puasa @ The Apartment KLCC

Petama sekali aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pihak DiGi dan Nuffnang kerana sudi jemput aku untuk memeriahkan lagi majlis berbuka puasa bersama DiGi Angels di The Apartment KLCC petang tadi. Walaupun aku tengah bekerja petang tadi, sempat gak aku luangkan sedikit masa bertemu dan beramah mesra dengan kawan-kawan dan warga kerja DiGi dan Nuffnang yang sentiasa senyum dan baik-baik belaka. Sebab itulah DiGi dan Nuffnang pilihan yang tepat untuk kita semua. Semuanya ada bak kata pak meon belakang rumah aku ni “Macam-Macam ada ooo” hehe..

Fuhhh lega siut sampai gak aku kat KLCC naik public transport dari office, bukan apa aku ni jarang sejarangnya naik public transport kalau nak kemana-mana, selalu tu aku bawa kereta atau motor je ke event-event yang aku dijemput hadir. Tapi hari ni rasa malas pula nak bawa kereta sebab sah-sah lah jalan sesak waktu petang dengan orang nak balik kerja dan nak balik berbuka. Jadi aku ambil keputusan nak naik Monorail, LRT dan Putra untuk ke KLCC. Bagi yang baru-baru nak belajar macam aku ni, kalau nak ke KLCC dari Plaza Imbi senang je, kalau korang dari Plaza Imbi korang boleh pilih samaada nak jalan kaki atau menaiki monorail dari Plaza Imbi ke stesen LRT (Hang Tuah).. macam aku yang malas ni monorail adalah pilihan yang tepat haha.. murah tak murah lah.. dari Imbi ke Hang Tuah naik monorail RM1.20, kalau jalan kaki melalui Penjara Pudu tu free je.. :P , dari LRT Hang Tuah korang boleh pilih sama ada nak terus ke KL Sentral atau ke Masjid Jamek, aku memilih untuk ke stesen Masjid Jamek dan tukar train Putra ke KLCC .. dari Masjid Jamek ke KLCC tiket Purta RM1.60 jew.. Ohhh aku ingat naik public transport ni senang, tapi memang senang pun.. cuma orang terlalu ramai dan bersesak-sesak kat dalam train yang buat aku tak suka, kan best kalau kat Cheras bt9 ada monorail.. hari-hari aku naik haha..

Sampai je kat KLCC dalam pukul 7.10pm, terserempak dengan bro beautifulnara tengah mencari The Apartment tempat yang aku nak tuju gak.. aku ni jarang lah lepak KLCC tu yang terbangak-bangak jap.. nampak je bro nara terus aku follow dia.. walaupun dia sama macam aku tercari-cari kat manalah The Apartment ni.. nasib baik senang je nak cari tempat yang nak dituju tu.. sampai-sampai tempat sudah dipenuhi dengan para blogger.. nampaknya aku kena cari tempat lain lah.. nasib baik ada lagi tempat kosong kat belakang-belakang tu.. apa lagi aku pun cari geng lah haha.. nasib baik ada Ruby, Naim, Tehtarikmemoirs, Akak duk sebelah (lupa nama blog..) dan beberpa blogger lain termasuk Nicholas (Nuffnang) dan warga kerja DiGi sorry saya terlupa nama.. kami duduk dalam satu meja dan banyak info tentang DiGi dan Nuffnang kami bincangkan.. hoho bro jangan lupa nanti bagi ADV lagi kat saya ye haha.. bagi yang tak pernah tahu, aku pernah buat advertorial DiGi Blackberry sebelum ni, sesiapa yang berminat nak tahu pasal DiGi Blackberry boleh lah refer kat link ni..  OH BB! Aku Suka Sangat Blackberry Unlimited!

Okey kat bawah ni gambar-gambar yang sempat aku snap kat Majlis berbuka puasa nih.. apa-apa pun bagi yang tak dapat pergi tu jangan la terasa hati ye.. next time korang mesti dapat punya peluang macam ni.. haha..

Encik-Encik dari DiGi dan Nic dari Nuffnang.. senyummmmm cayalah diorang ni memang sporting abis..

Ruby, Naim dan Tehtarikmemoirs .. amboi3x.. naim kalau dapat makan sampai tak nampak camera haha

Aku dan… alamak akak saya lupa nama blog akak.. :( maafkan saya.. akak tolong komen nanti saya edit entry ni balik hehe..

Exclusive di Mohdzaid.com : Peminat-peminat bro Tehtarikmemoirs kalau nak tahu dia ni tak makan pedas.. katanya allergic.. haha memang ye pun, baru makan pedas sikit dah cari air hehe.. kelakarlah bro ni.. anyway salam perkenalan ya..

Warga kerja Nuffnang dan DiGi .. Robb u look so cute today haha.. ayat bodek :)

One more.. group photo with Nuffnang and DiGi staff..

Huhu Anak Perak dan Sis bedtimestorie.. memang sepadan.. tapi sudah berpunya kot.. haha pepandai je aku nak menggosipkan orang..

Bersama Nuffies yang paling comel iaitu Firdauz Haris dan Jestina

Bersama DiGi Staff yang sangat ceria.. bro nanti kita lepak-lepak minum teh tarik yaa..

Group Photo .. ni semua top-top blogger tau.. kecuali saya.. saya blogger biasa je hihi..

The Apartment memang best dan banyak hidangan yang lazat-lazat belaka semperna Ramadhan ni.. kepada sesiapa yang nak cuba masih ada masa lagi ni.. trylah.. memang best..

Wahhh tak sangka, dalam majlis ni pun ada cabutan bertuah.. bestlah mereka yang menang review MiFi dan HTC phone.. berseronoklah dihari raya ..

Nuffnang Sharing Session – Pak Li Kopitiam

Semalam bertempat di Pak Li Kopitiam cawangan Setapak Indah berlangsungnya majlis Nuffnang Sharing Session bersama Eyriqazz dari http://eyriqazz.com. Aku yang dapat undangan dari Nuffnang untuk ke majlis ni amat berterima kasih sebab dapat bertemu dan beramah mesra selain berkongsi pendapat dan idea dengan blogger-blogger yang lain.  Seramai lebih kurang 20 orang blogger baru dan lama menghadiri majlis ini dan masing-masing mempunyai keunikan pada blog masing-masing. Rasa kekok pula bila berdepan dengan blogger-blogger otai, aku pun masih baru dan inilah caranya aku untuk belajar tentang kebaikan dan keburukan berblogging ni. Ada juga blogger-blogger baru yang tanya tips-tips dari aku, aku dengan rendah diri turut berkongsi apa yang aku ada dan termampu. Kalau aku ada tersalah cakap ke terkasar bahasa ke semalam aku minta maaf ye kawan-kawan, aku ni pemalu sikit :)

Robb dan pengurus Pak Li Kopitiam (Setapak Indah)

Klik gambar untuk besarkan

Sebelum sesi berkongsi idea bermula, kami diberikan taklimat oleh pengurus Pak Li Kopitiam cawangan Setapak Indah ni. Orangnya sangat baik dan peramah.. Untuk pengetahuan semua, Pak Li Kopitiam adalah anak syarikat Nyonya Kitchen yang telah ditubuhkan pada tahun 2005. Berikutan dengan maklum balas yang banyak dari pelanggan-pelanggannya tentang sukar mencari kopitiam, makanan tempatan dan harga-harga yang berpatutan maka wujudlah Pak Li Kopitiam yang berkonsepkan muhibah dimana semua bangsa dapat merasai resepi-resepi tradisional kita. Nama Pak Li Kopitiam diambil sebagai satu penghormatan kepada mereka yang telah menjadi inspirasi kepada tuan punya kedai. PAK LI diambil dari nama-nama berikut iaitu Bruce Lee yang mempunyai kreativiti dan dedikasinya untuk menyempurnakan seni kung fu, Li Ka Shing seorang jutawan Hong Kong yang berjaya dalam membina empayarnya dan Lee Kuan Yew kerana tuan punya kedai berasal dari Singapura.

Pak Li Kopitiam pernah ditayangkan didalam rancangan "Jalan-Jalan Cari Makan"

Selepas mendengar taklimat tentang Pak Li Kopitiam kami dihidangkan dengan menu masakan yang sangat sedap. Saya order Nasi Lemak Ayam Pak Li Special, Chocolate Ice Blended dan Jus Durian belanda walaupun saya sokong Spain pada Worldcup final nanti.., wahhhh sangat sedap masakan disini dan rakan-rakan yang lain turut  buat pesanan makanan mengikut citarasa mereka. Menu yang disediakan di Pak Li Kopitiam sangat istimewa dengan harga yang berpatutan dan yang paling penting ianya telah disahkan HALAL. Lihat Menu Disini : http://www.paklikopitiam.com.my/menu.htm

=

Ok dah tak nak cerita pasal Pak Li Kopitiam lagi, sekarang kita nak cerita pasal majlis Nuffnang Sharing Session bersama bro Eyriqazz pulak,… Dua tahun lepas Nuffnang ada juga buat sharing session ni dengan kak RM dan yang lain tapi aku terlupa plak nama diorang.. bagus jugakan Nuffnang buat sesi berkongsi idea macam ni selain dapat berkongsi idea ianya juga dapat mendekatkan lagi hubungan antara Nuffnang dan para blogger.

Seingat aku, aku kenal bro Eyriqazz ni dari event Mr.Potato dengan Nuffnang dulu, masa tu aku kenal-kenal macam tu je, dialah yang pertama kali tegur aku sewaktu dimana-mana event Nuffnang, huhu aku ni jenis senyap, kalau orang tak cakap aku diam je..aku ni pemalu sikit hehehe…bro Eyriqazz lah yang banyak membantu aku dalam dunia blog ni, aku suka cara dia komen kat blog aku.. apa yang dia tak suka dia akan cakap contohnya template blog aku kurang menarik, komen box agak suram dan lain-lain. Dia jujur dan ikhlas itu yang aku suka, atleast aku tahu apa yang orang nak dari blog aku ni sudah mestinya yang terbaik dari aku. Siapa yang tak kenal Eyriqazz ? blogger baru.. blogger lama semua kenal dia, tak kedekut ilmu dan suka berkongsi pengalaman dia.

Malam tadi bro Eyriqazz banyak bercerita dan berkongsi idea bagaimana untuk menjadi seorang blogger yang bagus, bukan sekadar untuk mencari duit dari Nuffnang. Kerja blog ni kena ikhlas dari hati baru datangnya hasil yang lumayan. Lihat saja Redmummy.com rezeki 10k sebulan bukan datang dari langit, ianya dari usaha yang gigih dan kecekalan dalam dunia blogging ni. Jangan haraplah kalau setakat buat blog sehari dua nak dapat income 10k ok,, :). Aku suka ayat terakhir bro Eyriqazz iaitu carilah keunikan blog anda sendiri… Waahhhh inilah satu-satunya ayat yang sampai hari ni aku tiada jawapan… ermmmm korang rasa apa uniknya blog aku ni yekk?…

Robb dan Xinxian (Gambar diatas)…. Robb juga turut berkongsi pengalamannya selain menerangkan kepada kami apa fungsi Nuffnang kepada blogger. Banyak soalan yang diajukan dan dijawab dengan penuh ceria oleh Robb.. thank you Robb u so roockkk..!! :p, apa yang penting kata Robb tanya di Helpdesk mereka untuk mengelakkan sebarang kekeliruan info diluar sana..

Antara blogger-blogger yang hadir dalam majlis Nuffnang Sharing Session kali kedua ni.. aku nak ucapkan terima kasih kat korang semua dan especially kepada Eyriqazz dan Nuffnang kerana mengundang aku. Kalau ada salah dan silap harap diampun ye… :)

Antara blogger yang terlibat adalah seperti berikut.. (kalau tak ada blog anda sila inform saya je sebab tak sempat tulis link korang.. )

Kredit kepada http://hilalazmi.blogspot.com/ atas link ini

Kredit kepada http://hilalazmi.blogspot.com/ atas link ini

I wanna be The Sorcerer’s Apprentice

Diam tak diam dah banyak aktiviti Nuffnang yang aku ketinggalan sekarang ni, maklumlah sekarang ni dah Bz gile dengan kerja dan aktiviti sosial yang lain, kan best kalau boleh jadi Sorcerer’s Apprentice. Aku nak gunakan kuasa sakti aku tu untuk buat semua kerja-kerja tu dengan sekelip mata je. Tapi apakan daya itu cuma khayalan semata tapi tak salahkan kalau nak berkhayal asalkan tak melampaui batas sudah.

Hari ni kat website Nuffnang ada keluar movie baru yang bertajuk The Sorcerer’s Apprentice dari Walt Disney Pictures. Wahhh macam best je cerita ni, aku nak sihirkan Robb dan Xinxian supaya diorang bagi aku tiket free untuk tengok cerita ni nanti. Yahooooo Robb u tak ada pilihan lain selain kasi saya tiket movie ni,.. kalau tak saya sihir kamu jadi sebiji laptop ataupun kereta Ferrari hahahaha.. best jugakan kalau boleh sihir orang ni… tapi bagi orang islam dosa tau sihir menihir ni.. :P

Kalau aku ada kuasa sakti ni aku nak guna untuk kebaikan je, nak tolong orang susah, orang tua, orang miskin dan sewaktu dengannya. Aku nak magic supaya duit Nuffnang aku tu jadi RM1 juta dengan sekelip mata, so aku bolehlah tolong diorang yang memerlukannya. Huhu ok tak cara cam tu? hihi ala tu khayalan je kalau betul apa salahnyakan! Apa-apa pun jom kita ramai-ramai tengok cerita The Sorcerer’s Apprentice dipawagam pada 22 Julai 2010 ni, ataupun kalau korang nak tengok secara exclusive dan terawal apa lagi jomlah join contest Nuffnang The Sorcerer’s Apprentice . Jom layan ‘The Sorcerer’s Apprentice’ Trailer dalam HD dan sinopsisnya dibawah,…

Sypnosis

Dave (JAY BARUCHEL) is just an average college student, or so it appears, until the sorcerer Balthazar Blake (NICOLAS CAGE) recruits him as his reluctant protégé and gives him a crash course in the art and science of magic. As he prepares for a battle against the forces of darkness in modern-day Manhattan, Dave finds it is going to take all of the courage he can muster to survive his training, save the city and get the girl as he becomes THE SORCERER’S APPRENTICE.

TOSS :

Date : 20th July 2010 (Tue)
Time : 9.00pm
Venue : GSC Midvalley

Terms & Conditions 1. Only open for Nuffnang Glitterati bloggers.

2. Blog posts submitted must be original and not plagiarized from any other sources.

3. There is no closing date for this mini contest. Late entries with high creativity value will be given a chance to attend the Premiere Screening if they are deemed fit by the judges.

4. Invitations will be sent out via email on 14 July 2010 which would require bloggers to reply for confirmation of attendance. If an invitation sent out is not confirmed by 12pm on 16 July 2010, it will be declared void and passed to the next blogger in line.

More Info Click Here : The Sorcerer’s Apprentice

Thanks Nuffnang – My Second Cheque (OTW)

Tadi aku twit @sotongzai a.k.a Robb yang comel tu.. sebab apa sebab aku nak tanya dia aku nak cashout duit Nuffnang aku awal bulan 5… tapi disebabkan nak pakai duit hujung bulan 6, Robb nasihatkan aku supaya cashout sekarang.. yahooo walaupun tak banyak tapi berbaloi… dulu my 1st Cheque hanya RM52 je.. tapi sekarang dah capai 3 angka RM ?00.oo rahsia.. malas la nak bagi tau kang korang kata aku kaya hahahaah… tau la korang punya earning lagi gempak… huhu..

Baru je klik cashout.. Your earnings request has been successfully submitted. Please allow 30 days from the end of the month for your payment to be processed and sent ( 60-days for non-Glitterati members ). You will receive an email when your cashout has been processed. If you do not get your cheque within one month after receiving that confirmation email, kindly notify us, as cheques are only valid up to six months. So kita tunggu je la 30 hari ye.. i nak pakai duit nak gi Hong Kong bulan 6 ni…by the way bulan 5 ni masuk lagi duit advertorial aku tu.. yippieee….

Thanks Nuffnang.. Love u so much… MUAAHHH!!!

Tadi Aku Ke Pejabat Nuffnang!

Petang tadi aku rushing ke pejabat Nuffnang sebab ada kerja sikit,… wahhh bertambah-tambah rezeki den ni.. terima kasih Nuffnang.. so ini gambar yang aku snap guna HP awek aku Alice …layann..

XinXian yang baik hati melayan karenah aku ....hhehehe

Saya dah letak mesej kat Nuffnang Footprints ! korang dah letak ke?.. hehhe

Xinxian dan Robb ... walaupun mereka bz dengan kerja tapi tetap melayan aku dengan baik sekali..

Inilah pintu masuk rezeki aku! Nuffnang lah ! siapa lagi... dengan Nuffnang lah poket aku sentiasa berisi $$$$ hehehe