RM 7,638.89 – Terima Kasih Nuffnang Malaysia

 

Ingat lagi tak entry Nuffnang Buffered Earnings – RM7000 Lagi Bulan Ini haha tu entry lama tuh. Lepas pada aku tulis cerita MIMPI yang aku dapat buffered earning ni adalah 2-3 orang blogger yang tak puas hati. Habis aku dimaki hamun dalam blog diorang. Tapi tu tak patahkan semangat aku sebab aku tak menipu pun kat mereka cuma mereka je yang ingat aku ni seorang penipu.. pelik juga aku tengok 2 orang blogger tu yang terlalu emo dengan kejayaan aku.. tak apalah mereka pun berhak menulis apa yang tersirat dalam hati diorang tapi berpada-padalah kalau nak nasihatkan orang jangan sampai keluar perkataan yang tak sedap didengar.. kalau tak percaya boleh tengok kat sini Misleading Titles – Nuffnang Buffered Earnings RM7000 Lagi Bulan Ini.

Hari ni Alhamdulillah aku nak tulis lagi berkenaan duit Nuffnang. Kali ni bukan nak menunjuk atau nak menipu sesiapa tapi hari ni nak cakap yang aku dah berjaya kumpul RM7,638,89. Semuanya ini dari hasil blogging sejak 4 tahun lepas sampailah sekarang. Alhamdulillah juga Nuffnang sentiasa bagi sokongan dan tunjuk ajar kat aku untuk menulis blog dengan betul dan berhemah. Tak bolehlah aku nak challenge blogger popular yang lain.. diorang lagi power sebulan je boleh dapat RM10k. Cukuplah dan aku amat bersyukur apa yang dah aku perolehi sekarang ni. Satu pendapatan yang sanggat lumayan bagi aku.

Kalau nak dikatakan RM7k ni bukanlah semata-mata dari iklan yang pelawat klik tapi ianya juga termasuk dari buffered earning dan sponsor post yang aku dapat. Syukur kepada Allah kerana sentiasa murahkan rezeki aku. Terima kasih juga kepada Nuffnang kerana sentiasa berikan iklan yang terbaik untuk pembaca blog mohdzaid.com. Semoga Nuffnang dan Mohdzaid.com terus maju jaya sampai bila-bila.

Bila tengok angka duit sampai RM7k ni bertambah-tambah semangat aku nak update blog. Ok lepas ni lebih banyak aksi dan cerita hangat kembali di Mohdzaid.com.. korang tunggu je la sebab sekarang ni aku bz sikit dengan kerja.. lepas ni aku mungkin free dan banyak masa terluang untuk update blog so tunggu ye cerita-cerita hangat dari blog ni okey..

Nuffnang Buffered Earnings – RM7000 Lagi Bulan Ini

Wahhh ni nak bagi tahu.. gempak kan aku dapat buffered earning Nuffnang sebanyak RM7000.00 semalam, haaaa ada sesiapa jealous-melous?.. mesti ramai yang cemburu-burukan.. alahai kengkawan janganlah cemburu tak tentu pasal dengan aku, rezeki masing-masing, hari ni hari aku esok hari korang pulak, bak kata orang cemburu tu tandanya sayang tul tak?.. oklah sebenarnya aku saja je gimik kat korang bulan-bulan puasa ni, kasi hit sikit blog aku bulan ni hehehee.. mana ada aku dapat buffered earning sampai RM7000.00, sebenarnya semalam aku bermimpi aku dapat RM7000.00 dari buffered Nuffnang… sampai terbawak-bawak pula ke alam realiti. Sebenarnya bulan ni aku dapat 7 buffered earning bukan RM7000.00 tau..  Alhamdulillah rezeki hari raya lagi, lepas je aku cashout semua duit Nuffnang hari tu, aku dapat lagi 7 buffered earning untuk bulan ni termasuk 1 advertorial yang masih belum di cashout. Rezeki tuhan bagi siapa yang tak nak, boleh lah simpan untuk backup duit gaji aku yang selalu tak cukup tuh. Terima kasih la Nuffnang yang sentiasa menjaga kebajikan para bloggernya. I love U Nuffnang!!

Ini adalah antara buffered earnings yang aku dapat untuk bulan ni dan ada satu advertorial yang masih belum cashout.. jumlahnya sangat-sangat memberangsangkan. Semua ni kerana korang gak yang selalu datang ke blog aku ni.. Terima kasihlah pada korang dan Nuffnang ye yang sentiasa percayakan kat aku selama ni. Alhamdulillah rezeki tuhan, insyaalah kalau ada lebih aku buat open house raya nanti datang la rumah ye hehehe kalau ada lebih lah.. kalau aku senyap je tu maknanya tak ada lebih la tuh hehe..

Oh ye korang perasan tak yang website Nuffnang dah bertukar wajah semperna sambutan hari raya ni.. hijau daun gituhh.. cantiklah siapa yang reka theme ni yek?.. bolehlah tolong reka theme untuk blog aku ni boleh tak?.. hehehe

Ok aku bercadang nak cashout duit Nuffnag ni pada hujung bulan November, nanti aku akan buat satu contest untuk korang.. jadi tunggu ye.. Untuk contest Mohdzaid.com – Vlog1 aku sudah pun tamat.. aku tengah cari 3 pemenang terbaik untuk merangkul topup RM10x3 orang .. nanti aku akan emailkan siapa pemenangnya.. :) so apa lagi tunggu yek aku nak buat contest lain lepas ni.. tapi kene tunggu duit Cashout Nuffnang yang ni dapat dulu.. 

Silhouette Aku Di China

Masa trip aku dan keluarga ke Hong Kong bulan enam hari tu aku sekeluarga sempat singgah ke Shenzhen China Folk Culture Villages, Guangdong. Kat sini banyak benda boleh tengok , budaya orang cina, bangsa-bangsa dan agama yang ada, pakaian dan makanan tradisi masyarakat cina, dah nama pun folk culture village. Tapi gambar-gambar masa kat sini akan aku upload kemudian lah.. sebab hari ni aku nak cerita pasal seorang master yang pandai menggunting kain dan jadikan bayang-bayang wajah kita kat kain tu. Aku memang respek abislah kat Master Liew ni, sebab dia boleh gunting kain hitam tu dan jadikan wajah kita kurang dari 20saat. Ermmm aku gunting kertas pun menggigil-gigil inikan nak gunting wajah orang..

Aku dan Master Liew

Mak aku Zaraaluwi kemain suka dengan Silhouettenya

Tapi korang kena ingat sebab harga untuk sehelai kain hitam yang dah digunting adalah RMB40 bersamaan dalam RM20 ringgit Malaysia, agak mahal jugakan.. aku dan keluarga memang nak sangat sebab nak jadikan souvenir. Terpegun aku dengan kepantasan, kecekapan dan kehalusan guntingan Master Liew ni… tapi kalau diperhatikan betul-betul tak la sama 100% wajah kita tu, seakan-akan je.. Kalau korang ke sini boleh lah cuba ye dan buat kenang-kenangan untuk bawa balik ke Malaysia.

Pengacara(Nurul Syuhada) dan crew Majalah 3 pernah membuat liputan tentang Master Liew dan Silhouettenya

Korang nak tengok tak macam mana si Master Liew ni gunting kain hitam ni dan jadikan wajah bayang-bayang aku tu?.. nasib baik adik aku si Uzair ni sempat rakam video.. adik aku ni kekadang susah sikit nak minta tolong.. tak tak disuruh tak lah dia nak buat.. tapi kali ni rajin pulak dia hehehe…

Hong Kong Experiences – 9 Hari Lagi – Rancang Percutian Anda

Pernah tak korang tengok TVB drama yang selalu keluar kat TV2, NTV7 dan dulu masa aku sekolah selalu tengok cerita cina pukul 6 petang kat TV3, ada cerita berkisahkan kepolisian lah cerita cintalah, cerita sedih dan macam-macam lagi. Aku ni memang pemiant cerita-cerita TVB drama ni.. huhu kalau kat Astro nak langgan cerita TVB ni amatlah mahal tapi kalau di Hong Kong korang boleh tengok banyak cerita TVB drama ni secara percuma. Walawehh kan best kalau kat Malaysia (Astro) pun diorang kasi tengok free macam kat Hong Kong boleh hari-hari aku layan drama hehehe..

Untuk pengetahuan semua lagi 9 hari ni aku akan berangkat ke tanah China selama seminggu untuk melancong bersama keluarga aku yang tercinta ni. Disini aku nak share serba sedikit pasal Hong Kong ni kat korang semua. Manalah tahu kan kalau korang pun ingin bercuti dan melawat Hong Kong dalam masa terdekat ni.

“Hong Kong terletak di pantai tenggara China di muara Sungai Pearl yang mengadap Laut China Selatan. Meliputi kawasan seluas 1,100 kilometer persegi (425 batu persegi), wilayahnya terdiri daripada Pulau Hong Kong, Semenanjung Kowloon dan Wilayah Baru. Teras utamanya ialah Pelabuhan Victoria, yang memisahkan Pulau Hong Kong dari Kowloon serta Wilayah Baru hingga ke sempadan Tanah Besar China. Wilayah Baru ini juga meliputi lebih 260 kepulauan, termasuk Lantau di mana terletaknya lapangan terbang. Walaupun kawasan bandaran yang padat, tetapi lebih 70 peratus keseluruhan keluasan Hong Kong adalah kawasan desa, termasuk kira-kira 40 peratus taman-taman Negara yang dilindungi dan mudah dikunjungi”

Di Hong Kong kita dapat rasa 4 musim, ini kerana Hong Kong beriklim sub-tropika, ada musim panas, musim sejuk, musim bunga, dan musim luruh. Malangnya aku pergi hujung bulan 6 kerana lewat bulan Mei hingga pertengahan bulan September adalah musim panas, lembab, cerah dan hujan di Hong Kong.. ala kat Malaysia pun boleh rasa cuasa panas.. aku nak cuaca sejuk.. hehehehe… tak pelah lain kali kalau ke Hong Kong aku nak pergi waktu  musim sejuk pula tapi tu maybe aku pergi dengan awek aku kot baru romantika hhuhu. Kalau korang nak rasa musim bunga pergilah pada bulan Mac dan pertengahan bulan Mei, kalau nak rasa musim  luruh pada  boleh datang pada bulan September hingga awal Disember masa ni cuasa sangat nyaman dan mejoriti orang cakap bulan ni adalah bulan yang paling best di Hong Kong.  Bagi yang nak rasa cuasa sejuk pula boleh datang pada pertengahan Disember – Februari sebab cuasa pada bulan ni dingin dan berawan dan suhu boleh sampai 10ºC di kawasan bandar. Jadi pada mereka yang nak melancong ke Hong Kong tu buatlah perancangan awal mengenai cuasa pilihan korang ye..
Dekat Hong Kong ni 95% dari mereka berdialek Kantonis dan selebihnya berbahasa inggeris ini kerana bahasa cina dan bahasa inggeris adalah bahasa rasmi di Hong Kong. Korang ingat aku tak reti cakap Kantonis ke?.. hehehe aku adalah belajar sikit-sikit supaya tak senang kena tipu. Kalau di Hong Kong semua singboard dalam tulisan dwi-bahasa, at least aku boleh paham gak la tulisan kat signboard tu sebab ada tulisan huruf ABC dan tulisan cina yang belit-belit tu.. Semalam aku baru belajar beberapa perkataan kantonis antranya

Hello, anda apa khabar? – Nei hou maa?
Terima kasih! – M goi saa!
Anda ada menu dalam bahasa Inggeris? – Cing man nei jau mou jing man cann paai aa?
Bolehkah anda syorkan makanan yang sedap? - Cing man jau mat coi sik hou gaai siu aa?
Boleh bawakan bil – M goi maai daan
Berapa harganya yang ini? – Ni go gei do cin aa?
Mahalnya! – Gaa cin taai gwai laa!
Boleh kurangkan sedikit harganya? – Peng di dak m dak aa?
Saya mahu pergi ke (nama tempat)… – Ngo soeng heoi…
Tolong berhenti di sini. – M goi ni dou jau lok (macam lucah sikit.. jaulok) :)
Pukul berapa sekarang? – Cing man ji gaa gei dim zung?
Maaf, di manakah bilik air? – Cing man sai sau gaan hai bin aa?
-
Hong Kong menggunakan matawang dollar Hong Kong (HK$), baru tadi aku pergi Money Changer dekat Jusco Cheras untuk tukar duit Hong Kong,… Aku tukar RM500 dulu kat sini, sampai sana baru tukar lagi RM500… cukup ke yek?.. cukup la kot bukan nak beli apa pun sebab semua perjalanan dah dibayar dan menggunakan agensi pelancongan. Kalau korang nak tahu apa yang uniknya duit Hong Kong ini ianya dikeluarkan oleh tiga bank iaitu HSBC, Standard Chartered Bank dan Bank China. Nilai note duit adalah sama tetapi rekabentuk duit dan warna adalah berbeza dari setiap pengeluar duit tu.. wahhh best ni kalau kat Malaysia kita hanya ada satu bank je iaitu Bank Negara.. agak-agaknya di Hong Kong senang tak diorang nak buat black money?..
-
Nilai matawang Hong Kong hari ini (16 June 2010) – RM1 bersamaan HK$2.33
-
Kalau di Hong Kong nanti aku tak perlu risau untuk ingat nombor-nombor kecemasan sebab nombornya sama je macam kat Malaysia. Kalau nak call ambulan, jabatan bomba dan perkhidmatan kecemasan lain hanya call 999 je… kalau pasport hilang boleh buat lapuran “Kehilangan Passport” berhampiran atau telefon 25277177, lepas tu jangan lupa call pejabat konsul dan kedutaan asing untuk dapatkan pasport gantian sementara. Bagi yang nak melawat Hong Kong tu jangan lupa save nombor kat bawah ni dalam handphone korang, Manalah tahu malang tak berbau.. ingat sebelum terlambat.. :P
-
Perkhidmatan kecemasan (polis, bomba,ambulans) 999
Talian polis untuk pertanyaan am 2527 7177
Talian terus pelawat pelbagai bahasa Lembaga Pelancongan Hong Kong 2508 1234
Talian terus 24 jam Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong 2181 8888
Talian terus 24 jam Jabatan Imigresen Hong Kong 2824 6111
Jabatan Kesihatan 2961 8989
Majlis Pengguna 2929 2222
Talian terus (berita) perkhidmatan RTHK’s untuk berita terkini 2272 0000
Direktori pertanyaan 1081
Masa & Cuaca 18501
Panggilan caj-balik (Collect Calls) 10010
Pertanyaan IDD Seberang Laut 10013
-
Kesemua maklumat-maklumat ini aku perolehi di laman http://www.discoverhongkong.com/ sangat lengkap dan memudahkan pelancong macam aku ni..
-

MAGGI® MEE MY WAY™ – MEE MAGGI® Hailam Romeo

Jom kasi try menu terbaru dari adik aku.. hhuhu MEE MAGGI® Hailam Romeo , yammie best tau .. kalau nak cuba sila salin resepi kat bawah ni..

http://www.maggi.com.my/maggimy/recipes.aspx?sect=video&idv=262

MEE MAGGIE HAILAM ROMEO
BAHAN-BAHAN:

++++ Kesemua bahan dihiris++++
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
+++++++++++++++++++++++++

4 ekor udang basah
5 hiris ayam dicelur terlebih dahulu

3 tangkai sawi – dipotong
½ inci lobak merah – dihiris
½ biji tomato – dihiris

1 sudu lada hitam
1 sudu lada putih
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis

2 sudu minyak untuk penumis
1 cawan air

HIASAN:
2 helai daun sup
1 tangkai daun ketumbar

1 peket Mee Maggie Kari – Mee dicelur terlebih dahulu.

CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan yang dihiris tadi.
2. Masukkan ayam dan udang.
3. Masukkan perencah Maggie Kari.
4. Masukkan sos tiram, kicap, lada hitam dan lada putih.
5. Masukkan air dan biar hingga mendidih.
6. Masukkan sayur sawi, lobak merah dan tomato.
7. Masukkan mee Maggie yang dicelur tadi ke dalam mangkuk dan hias dengan daun sup dan daun ketumbar.
8. Tuangkan kuah hailam ke dalam mangkuk yang berisi mee Maggie tadi.
9. Sedia untuk dimakan.