Susah Rupanya Buat Video Stop Motion

Salam, sekarang pukul 4.23 pagi waktu aku update blog ni.. dah biasa tak tidur malam sebab kerja jadi hari ni mata tak mau tidur pulak. Ok tu pekara biasa sebenarnya kalau orang yang keje 24 jam macam aku ni. Tidur tak tidur tu tolak tepi haha.. Disebabkan aku tak boleh nak tidur jadi hari ni aku buat kerja gile sikit haha.. dah lama sebenarnya mengidam nak buat video stop motion sendiri tapi tak pandai nak edit mengedit ni. Kalau nak buat video stop motion ni kena snap gambar dan jadikan gambar tu sebagai video. Nampak menarik gak tengok diorang buat video stop motion kat Youtube, bajet senang je kan sekali aku buat ambik 4 jam baru siap satu video yang berdurasi 1.29 saat.

Perrhhh sakit nak snap gambar satu-satu pergerakkan. Bayangkan video stop motion kat bawah ni aku ambil kira-kira 331 keping gambar. Tu tak pro yang ambik tu cuba kalau yang dah pro mesti beribu gambar kena ambil hanya untuk berapa saat je.. Okey ini video stop motion yang aku buat.. sebenarnya buat video ni untuk contest kat blog Airasia (AirAsia X Samsung Galaxy Tab Contest). Kalau menang dapat sebiji Samsung Galaxy Tab 10.1. Saja-saja je try nasib, manalah tahu kalau ada rezeki untuk menang. Kalau tak menang pun at least aku dah belajar satu benda baru iaitu buat video stop motion yang aku idamkan hihi..

taddaaa… itulah videonya.. simple je.. BI pun berterabur.. maklumlah aku tak pandai sangat Bahasa Inggeris. Tak pe cuba je nasib..

Untuk buat video stop motion ni aku gunakan apps iMotion for iPad dengan harga $1.99. Rasa mudah sikit guna apps ni snap-snap-snap dah siap haha cuma aku kena upload dulu dalam Macbook aku untuk diedit balik kat iMovie sebab nak tambah lagu latar sikit.

Mungkin satu hari nanti bila aku dah pro selalu main dengan stop motion video ni aku nak buat video macam kat bawah ni pulak..

Terbaik lah bagi aku video kat atas ni.. memang best dan teliti gambarnya.. cayorrrkk..

Belum Ada Jodoh Atau Tak Ada Rezeki Lagi

Bila umur dah nak masuk usia pakcik ni baru la terfikir nak kawin. Masa zaman remaja dulu tak pula rasa macam ni kan. Itulah orang cakap masih belum ada jodoh dan masih belum ada rezeki untuk berkahwin.

Bukan senang tau nak bina rumah tangga ni. Selalu tengok orang lain expecially kawan yang dah ada keluarga dan anak-anak dan rasa seronok juga tengok mereka bahagia. Bila dah masuk gerbang perkahwinan ni mesti ada rasa tanggungjawab. Kalau tak ada rasa tu rumah tangga pun tak bahagia.

Duit bagi aku pekara kedua. Kalau tak ada duit pun kalau dah jodoh berkahwin juga tapi secara kecil kecilan je la. Nak berkahwin ni kena lah ada duit simpanan. Tak pun kurang-kurang dah ada harta benda macam rumah. Bila dah kawin nanti semua benda kena fikir 2 kali. Ye lah sebagai lelaki nak kena tanggung pasangan kita dan anak-anak.

Ramai yang cakap rezeki tu akan datang bila sudah masuk alam perkahwinan. Betul juga tuh, tapi itulah yang paling aku takut. Sebab sekarang pun aku masih terkontang kanting seorang diri inikan pula kalau dah kawin nanti.

Harap-haraplah jodoh dan rezeki tu bergerak seiringan. Insyaallah doa rakan-rakan semoga aku bertemu jodoh yang secocok dan bahagia ke akhir hayat.

Opsss korang jangan buat spekulasi ye. Aku masih belum nak berkahwin. Tunggulah semua benda selesai dulu baru aku fikir pasal berkahwin. Mana tahu kan dapat duit terpijak dari blogging ni boleh buat majlis besar-besaran.

Nuffnang Buffered Earnings – RM7000 Lagi Bulan Ini

Wahhh ni nak bagi tahu.. gempak kan aku dapat buffered earning Nuffnang sebanyak RM7000.00 semalam, haaaa ada sesiapa jealous-melous?.. mesti ramai yang cemburu-burukan.. alahai kengkawan janganlah cemburu tak tentu pasal dengan aku, rezeki masing-masing, hari ni hari aku esok hari korang pulak, bak kata orang cemburu tu tandanya sayang tul tak?.. oklah sebenarnya aku saja je gimik kat korang bulan-bulan puasa ni, kasi hit sikit blog aku bulan ni hehehee.. mana ada aku dapat buffered earning sampai RM7000.00, sebenarnya semalam aku bermimpi aku dapat RM7000.00 dari buffered Nuffnang… sampai terbawak-bawak pula ke alam realiti. Sebenarnya bulan ni aku dapat 7 buffered earning bukan RM7000.00 tau..  Alhamdulillah rezeki hari raya lagi, lepas je aku cashout semua duit Nuffnang hari tu, aku dapat lagi 7 buffered earning untuk bulan ni termasuk 1 advertorial yang masih belum di cashout. Rezeki tuhan bagi siapa yang tak nak, boleh lah simpan untuk backup duit gaji aku yang selalu tak cukup tuh. Terima kasih la Nuffnang yang sentiasa menjaga kebajikan para bloggernya. I love U Nuffnang!!

Ini adalah antara buffered earnings yang aku dapat untuk bulan ni dan ada satu advertorial yang masih belum cashout.. jumlahnya sangat-sangat memberangsangkan. Semua ni kerana korang gak yang selalu datang ke blog aku ni.. Terima kasihlah pada korang dan Nuffnang ye yang sentiasa percayakan kat aku selama ni. Alhamdulillah rezeki tuhan, insyaalah kalau ada lebih aku buat open house raya nanti datang la rumah ye hehehe kalau ada lebih lah.. kalau aku senyap je tu maknanya tak ada lebih la tuh hehe..

Oh ye korang perasan tak yang website Nuffnang dah bertukar wajah semperna sambutan hari raya ni.. hijau daun gituhh.. cantiklah siapa yang reka theme ni yek?.. bolehlah tolong reka theme untuk blog aku ni boleh tak?.. hehehe

Ok aku bercadang nak cashout duit Nuffnag ni pada hujung bulan November, nanti aku akan buat satu contest untuk korang.. jadi tunggu ye.. Untuk contest Mohdzaid.com – Vlog1 aku sudah pun tamat.. aku tengah cari 3 pemenang terbaik untuk merangkul topup RM10x3 orang .. nanti aku akan emailkan siapa pemenangnya.. :) so apa lagi tunggu yek aku nak buat contest lain lepas ni.. tapi kene tunggu duit Cashout Nuffnang yang ni dapat dulu.. 

Alamak Nuffnang Dah Hantar Surat!

Hari ni aku dapat satu berita yang mengejutkan dari Nuffnang, tiba-tiba posmen datang rumah bagi salam dan abang posman tu terus menghulurkan surat. Aku ingatkan surat dari bank suh aku bayar kad kredit. Rupa-rupanya surat dari pihak Nuffnang.

Alamak aku ada buat salah ke?.. sampai dapat surat dari Nuffnang.. ehehehe.. tak lah, saja je gempak.. :P sebenarnya aku dapat surat ni sebab aku dah cashout duit terkumpul Nuffnang aku tu.. ada la sikit untuk buat belanja bulan ni. Ada satu lagi cheque yang belum sampai dan masih pending lagi.. yang tu duit Advertorial aku dulu.. harap-harap bulan depan dapat lah tuh..

So ini adalah cheque kedua aku dari Nuffnang, nilainya lagi banyak dari cheque pertama dulu. Alhamdulillah rezeki tuhan tak baik aku tolak. Aku terima dengan ucapan Alhamdulillah…

Kawan-kawan aku yang baru nak daftar Nuffnang tu amatlah aku alu-alukan.. Sambil berblogger sambil kita mencari rezeki. Banyak atau sikit tu perkara kedua janji kita ikhlas dalam sesuatu kerja yang kita buat tu, insyaalah ada hasilnya.

Terima Kasih Nuffnang!

Snapshot_20091014

Hari ni aku dah dapat cheque dari Nuffnang selepas aku cashout account Nuffnang pertama aku sebulan yang lalu, Walaupun nilainya sedikit tapi aku bangga sebab ada juga orang masuk blog aku dan dengan ikhlas mengklik iklan yang disediakan oleh pihak Nuffnang. Dulu aku pakai Advertlets tapi sampai sekarang tak dapat-dapat hasilnya, sejak dari tu aku terus delete account Advertlets dan terus setia dengan Nuffnang sebagai ahli Glitterati.

Apakah Yang Dimaksudkan Glitterati

Seorang blogger Nuffnang digelar “eksklusif” apabila blog miliknya tidak menyertai program pengiklanan dari mana-mana rangkaian pengiklan dari Asia Timur Selatan.

Terima kasih daun keladi ye Nuffnang, bulan depan aku cashout lagi hehehe… Woi kawan-kawan aku kat luar sana, apa tunggu lagi mana yang ada blog tu marilah letak iklan Nuffnang dan tunggu hasilnya. Sambil-sambil tu rajin-rajin la update blog ye.. huhu jangan jadi macam aku yang pemalas update blog nih pastu nak demand income ribu riban hahaha..

Kepada sesiapa yang nak jadi dan nak cepat kaya dengan Nuffnang, jom sertai mereka di http://www.nuffnang.com.my/