Berbuka Puasa Bersama Churp Churp

Tahun ini sekali lagi @Churp2 Malaysia mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Churp Churp #ChurpOut di Songket Restaurant beralamat No. 29, Jalan Yap Kwan Seng,  50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur. Kehadiran para Churpers dan Alphas memeriahkan lagi majlis berbuka puasa ini malam tadi. Antara Alphas yang hadir ialah Daphne Iking, Redmummy, Budiey, AdiFashla, Yuyu Zulaikha dan Nadhira sememangnya dinantikan para Chupers yang hadir.

Dalam meraikan bulan puasa ChurpChurp juga menyediakan saluran untuk para Churpers memberikan sumbangan antaranya pakaian, kasut, makanan dan minuman untuk mereka yang kurang bernasib baik. Baguslah dalam masa yang sama kita pun boleh menderma kepada mereka yang memerlukan.

Actually aku nak ucapkan terima kasih kepada adik aku Uzairothman.com sebab sudi jemput aku sebagai tetamu pada malam tadi. Tanpa dia aku pun tak sampai kesini tau.. Banyak gak juadah kat Restoran Songket ni kalau ada yang nak berbuka puasa kat sini harganya cuma RM68 ++ Dewasa dan RM34 ++ untuk Kanak-Kanak 3-11 tahun. Antara juadah yang popular disini adalah Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Sambal Goreng Minang, Ayam Lemak Asam Gelugur dan Kambing Panggang.

Continue reading

Universal Music Malaysia Rai Anak Yatim Berbuka Puasa

Hari ini bertempat di Shazana Pau Shop, Kg Baru Kuala Lumpur berlangsungnya satu majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia dan artis-artis dibawah naungannya berbuka puasa bersama-sama anak yatim Rumah Maahad Tahfiz Baitul Ummah .. Aku memang tabik dengan mereka yang menjayakan program ni sebab bagi aku ini satu amal kebajikan yang patut ada dalam setiap insan dan patut dicontohi syarikat-syarikat ramakan yang lain. Syabas kepada Universal Music Malaysia kerana mengambil kesempatan ini untuk membuat amal jariah kepada mereka yang memerlukan bantuan, dalam majlisnya juga mereka turut menyampaikan duit raya dan cenderahati kepada anak-anak yatim yang hadir. Selain dari menerima sumbangan ikhlas, anak-anak yatim ini turut dihiburkan dengan persembahan beberapa orang artis dan antara yang hadir pada majlis tersebut  Kugiran Tepi Pantai, Ana Rafali, Yazer Yusof, 6ixth Sense, Ahmad Ahmad, Man Kidal dan Saujana.

Blogger juga turut diundang ke majlis berbuka puasa ini bagi memeriahkan majlis. Memang tak dinafikan blogger kini turut menjadi sebahagian dalam orang penting bagi sesebuah majlis itu. Jemputan ini dapat menjadikan dan menjalinkan hubungan baik antara blogger dan pihak penganjur dimasa akan datang. Semoga tradisi ini dapat diteruskan lagi dimasa-masa akan datang. Kumpulan  Ahmad Ahmad turut membuat persembahan menghiburkan para blogger dengan lagu-lagunya yang sangat menarik untuk didengar. Juga kumpulan Saujana yang menyampaikan lagu berjudul Penerang Hati dimana versi asal duet bersama 6ixth Sense. Memang best lagu ni dan menginsafkan diri dengan lirik-liriknya yang sangat puitis.

Sempat terdengar telatah Yazer Yusof supaya meminta adik-adik ni belajar pandai-pandai.. Gambar diatas adalah sesi memberi duit raya dan cenderahati oleh artis-artis Universal Music Malaysia dan pihak Shazana Pau Shop

Wahh Yazer dah ada album baru.. nantikan review album nya di post aku akan datang ye.. hehe. memang terbaiklah lagu-lagu Yazer Yusof ni..

Abang Man Kidal sekarang ni bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dan mencari bakat-bakat baru dalam bindang penulisan lirik. Sekiranya korang ada lirik-lirik yang menarik dan best bolehlah hantar kepada mereka. Mana tahu lagu korang dinyanyikan oleh artis terkenal tanahair kan.. Gambar diatas adalah Juan Danza dan Man Kidal

Ahmad Ahmad … memang menarik lagu-lagu diorang ni.. kalau berkesempatan aku nak sangat buat review album mereka.. sebab bagi aku lagu mereka ni sebenarnya unik dan liriknya santai tapi ada maksud tersendiri.. Cayalah Ahmad Ahmad .. :)

Kumpulan Saujana mendendangkan lagu Penerang Hati.. Sempena ramadhan ni pihak Universal Music Malaysia menjalinkan ikatan bersama kumpulan Saujana dan 6ixth Sense untuk lagu ni. Memang best liriknya..

Caaakkkk!!! haha kalau jumpa Ana Rafali mesti nak bergambar dengan dia sebab dia ni ngam ngan semua orang.. Ana thanks ye kad raya tuh.. btw kita berdua ni memang comel kan.. haha..

Aku ngan Kak Pah dan Kak Red .. wah kak red ngan kak pah memang meletoppssszzz tau.. comel..

Blogger-blogger yang diundang dan yang hadir.. apa-apa pun thanks kat Hilal Azmi sebab invite ye.. :)

Sepetang Di Astro B.Yond PVR Challenge

Wahh pertama sekali aku nak ucap tahniah kepada Astro atas pelancaran dekoder Astro B.Yond PVR (Personal Video Recorder) yang terbaru tu.. lepas ni kalau nak tengok Astro dah boleh Record, Rewind, Pause dan Play hanya dengan remote control Astro B.Yond korang tu.. bagi yang dah HD tv boleh terus tukar dekoder dan tambah RM300 untuk dekoder baru tu.., huh melopong la aku sebab aku tak ada HDtv .. ntah bila la nak dapat HDtv kan.. ada sesiapa nak sponsor?..

Aku suka sangat Astro Byond PVR sebab nanti aku boleh rakam cerita, maklumlah aku ni memang jarang tengok tv, tengok pun time rasa nak tengok je baru tengok, kalau tak tu haram jadah la aku nak bukak tv.. kalau ada Astro Byond PVR ni boleh la aku rakam cerita kegemaran aku dan tengok bila aku senang atau cuti kerja, memang sesuai sangatlah ByondPVR ni untuk aku.. sebab kerja shift ni memang tak best sebab banyak rancangan hebat kat Astro aku tertinggal atau terlepas siri lebih-lebih lagi kalau cerita berepisod. Harap-harap kalau ada orang Astro terbaca blog aku ni boleh la bagi aku sebiji HDTV dan Astro Byond PVR ni yek.. hehehe aku promot nih.. :P

So korang dah tahukan serba sedikit tentang Astro B.Yond PVR ni.. untuk pengetahuan korang gak, tadi kat Mid Valley North Court Ground Floor (Next to Jusco) dari jam 10pagi-8malam, berlangsungnya Astro B.Yond PVR Blogger Challenge. Empat blogger terhebat dan tersohor tanahair iaitu kak Redmummy, bro BeautifulnaraEiling dan Eyerizz berentap untuk dapatkan sebiji Astro B.Yond PVR tu…  Dalam perlawanan tu diorang kena buat banyak task yang diberikan oleh pihak Astro antaranya update blog dan dapatkan komen terbanyak dalam blog tu, selain tu kena dapatkan undian “Like” di Facebook dan komen di #Byondpvr Twitter. Untuk melayakkan diorang menang, diorang kena completekan task ni dan setiap task akan dapat markah..

Aku datang-datang je kat #Byondpvr ni si abang nara (Beautifulnara.com) dah minta aku support dia, tapi bro saya dah janji ngan kak Redmummy.com nak support dia.. heheeh sorry ye bro next time.. :P

Hehe Beautifulnara.com suh duduk tempat dia.. dia nak ke tandas.. huh merasa gak aku duduk kat kerusi blogger terhebat ni.. minta-minta aku dapat banyak idea untuk update blog lepas ni.. so korang nak tahu apa aku buat kat kerusi ni?.. hehehe aku sedang mengupdate twitter dengan Iphone 3gs aku tu.. hehehe..

Best kak RM (Redmummy.com) ni setiap kali aku jumpa dia mesti dia kasi tips blog kat aku.. thanks kak RM.. we love u so much.. kalau korang nak tahu kak RM tak lokek ilmu blog.. tanya je apa saja dia akan layan korang dengan penuh senyuman.. :)

Vote for Beautifulnara.com heheheh alamak sorry kak RM saya tak berpaling tadah.. ni gara-gara Beautifulnara.com yang suh duduk tempat dia.. hehehe tapi yang penting saya tetap vote Redmummy.com :P..// bro Beautifulnara.com actually saya vote kamu juga.. shhhuuuttt..

Salah satu task yang diorang kena buat.. iaitu rebut remote control Astro B.Yond PVR dan buat ramakan selama 30 saat.. hahaha tengoklah gelagat diorang.. Redmummy, BeautifulnaraEiling dan  Eyerizz.

bersama Tian Chad, Redmummy, Teratak Armo, Mohdzaid dan Eyriqazz … yahoooo saya bersama top blogger di Malaysia… saya salut anda semua, thanks banyak bagi sokongan dan dorongan untuk berblogger ni..

Bro Teratak Armo , menjawab soalan dan dia dapat hadiah T-shirt Worldcup, soalannya senang je sebutkan nama blog blogger yang terlibat dalam Astro Byond PVR Challenge ni..,…

hehehe saya pun dapat tau hadiah.. soalan saya pulak, sebutkan nama fanpage Gempak Astro.. huhu memang saya tak tahu pun.. tapi sempat search kat handphone tu yang saya dapat jawab.. tapi saya bagi Alice hadiah tu sebab saya tak muat…

Persembahan tarian dari… alamak lupa pulak nama kumpulan ni.. siapa tau yek?..

ni pula persembahan dari DannyBoy – Top 5 Astro Star Search 2008, best gak suara dia..

Kelakar dowh aku tengok mamat ni menari.. ala-ala robot tua yang dah rosak.. ahahaha..

Persembahan dari Cartoon Network breakdance

Dan pemenangnya adalah… jeng…jeng..jeng… kak Redmummy, tahniah kak.. dapat sebiji Astro Byond PVR lagi.. lepas ni boleh la rakam cerita CSI kegemaran akak tu yek… Tahniah kak..

Aku suka benda alah bulat-bulat ni.. nampak comel.. siap ada lampu lagi…

Blogger terlibat, penganjur dan Nuffies dari Nuffnang..

Bersama sixthseal.com , tak sangka ye bro sixthseal.com cakap dia pernah masuk blog saya… terharu sehhh…

With Beautifulnara.com

Alice in wonderland … Alice blanje aku sebiji Astro Byond PVR boleh?…

Apa-apa pun program ni memang best… dan buat aku dan Alice terhibur, dan kepada kak Redmummy, thanks ye belanja kami makan MCD… huhu kenyang …. heheheh

Jadi mewah tulis blog – Tahniah Redmummy.com

Tahniah kak Redmummy.com banyak tips yang telah akak kongsikan pada kami, insyaallah zaid akan cuba tips-tips untuk berjaya seperti akak… untuk kawan-kawan baru yang nak berjaya macam kak Redmummy.com jom baca artikel Harian Metro hari ini 13/04/2010 ..

Sumber gambar dari FB Kak Redmummy.com

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
2010/04/13 http://www.hmetro.com.my/articles/Jadimewahtulisblog/Article/ #Sumber

SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.

Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London. Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca.

Namun menurut ibu kepada dua anak iaitu Shameel, 9, dan Melysha, 6, untuk berada pada tahap sekarang tidak semudah disangka. Ini kerana sebagai penulis blog dia terpaksa mengorbankan banyak tenaga dan masa untuk dikenali seperti sekarang.

Bercerita pembabitan awal dalam penulisan blog, menurut Mira dia menulis hanya sekadar suka-suka, seperti sebuah diari tetapi diadaptasikan secara online.

“Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya.

“Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya,” katanya.

Menurut Mira, dia langsung tidak pernah terfikir menulis blog boleh menjana pendapatan sehinggalah suaminya Ami Shamril Kamaruddin, 35, mencadangkan agar Redmummy.com mendaftar di bawah Nuffnang.

“Saya memang tidak sukakan iklan, tetapi kerana terpengaruh dengan suami saya lakukan juga. Hasilnya selepas tiga tahun menulis dia menerima pendapatan pertama daripada Nuffnang berjumlah RM90. Diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan.

“Memang saya sangat teruja ketika itu. Tidak sangka menulis boleh mendapat duit walaupun jumlahnya kecil,” kata Mira.

Pendapatan pertama menyebabkan Mira semakin bersemangat menulis. Menariknya, blog Mira menceritakan mengenai apa sahaja. Bukan hanya menjurus kepada pengalaman peribadi tetapi termasuk panduan keibubapaan, solekan, fesyen, perhiasan seperti beg tangan, anting-anting juga ulasan filem, konsert, teater serta majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular.

“Inilah antara rahsia mengapa blog saya mendapat ramai pengunjung. Tambah pula pembaca tidak terhad kepada kaum ibu saja tetapi terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang,” katanya.

Jika dulu, Mira hanya mengharap kepada iklan Nuffnang tetapi kini kerana populariti, Mira juga dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit.

“Selepas menghadiri acara ini, saya diminta membuat ulasan mengenai produk yang saya gunakan di dalam Redmummy.com. Setiap ulasan yang saya keluarkan di dalam blog adalah berbayar,” terang Mira yang menerima RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog.

Dengarnya memang menyeronokkan, tetapi ujar Mira sejak menjadi penulis iklan masa tidurnya sudah tidak menentu. Ini kerana pada masa sama, dia juga bertugas sebagai Eksekutif Setiausaha di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur City Center (KLCC). Sebagai setiausaha, sudah tentu dia terpaksa mendahulukan tugas di pejabat kemudian barulah mengemaskini blog peribadi.

“Selepas waktu pejabat biasanya saya menghadiri majlis pelancaran produk sekiranya ada, waktu malam baru saya mengemaskini blog. Ada kalanya sehingga jam 3 pagi,” akuinya.

Menurut Mira, dulu dia hanya membuat satu catatan saja sebulan. Tetapi sejak tiga tahun lalu dia semakin aktif menulis dan mengeluarkan lapan penulisan sehari secara penerbitan auto. Malah ada mencecah 10 catatan sekiranya ada ulasan untuk iklan.

“Saya perlu banyak idea untuk menghasilkan penulisan pelbagai. Saya juga tidak menggunakan bahasa Melayu baku dan menggunakan bahasa sendiri untuk mendekatkan diri dengan pembaca,” katanya.

Oleh kerana kemeriahan serta kepelbagaian corak penulisan menyebabkan redmummy.com menerima anugerah Top Parenting Blogger untuk blog berbahasa Melayu anjuran Nuffnang serta memenangi Blog Idol pada 2006 disebabkan keceriaan blog bertemakan merah.

Mira juga mempunyai orang kuat iaitu Geng Blog Merah seramai lima orang dan mereka inilah yang akan menyelaras program anjuran Redmummy.com. Antaranya Hari Keluarga Redmummy.com yang diadakan di Putrajaya tahun lalu.

“Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi perkenalan, permainan untuk kanak-kanak, sukaneka dan sesi menikmati makanan yang dibawa oleh semua pembaca blog Redmummy. Ini juga sebagai penghargaan kepada pembaca setia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Redmummy.com,” kata Mira.

Tambahnya, aktiviti ini mampu mengeratkan hubungan pembaca blog Redmummy.com dan secara tidak langsung menunjukkan penulis blog juga mempunyai pengaruh tersendiri terhadap khalayaknya.

Kebanyakan pengunjung setia blognya juga mempunyai blog peribadi. Ada yang bertanya bagaimana menjana pendapatan dengan menulis blog. Mereka harus mempunyai semangat yang kuat serta tidak kenal erti putus asa.

“Paling penting menjadi penulis blog tegar perlu mendapat restu suami, ini kerana banyak masa dihabiskan di hadapan komputer. Jadi jika suami memahami, segalanya akan menjadi mudah.

“Bagi suri rumah mungkin mereka boleh melakukannya pada waktu siang selepas membuat kerja rumah. Jangan sehingga asyik berblog menyebabkan rumah tangga menjadi kucar-kacir,” katanya.

Sekiranya dalam masa setahun atau dua tahun masih tidak menerima sebarang pendapatan, baginya itu perkara biasa kerana menulis blog memerlukan kesabaran tinggi.

Panduan menjana pendapatan menerusi blog:
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

Astro B.yond Bloggers Night

Pertama-tama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi menjemput aku untuk pergi macam-macam event sebelum dan sehingga la sekarang. Keduanya kepada Astro yang menjemput kami sebagai tetamu khas untuk merasai pengalaman sebenar Astro Byond ni.. Malam tadi aku (Zaid), Alice, dan Ruby dapat jemputan untuk menghadiri Astro Byond Bloggers Night yang diadakan di Modestos Sri Damansara. Mungkin ada diantara korang yang masih tak tahu apa itu Astro Byond?.. tak perlulah aku bercerita panjang, seperti artikel aku sebelum ini Astro Byond Rasai Pengalaman Sebenar! (Klik Disini Untuk Info Lengkap), tetapi itu sekadar blog… hari ini aku dapat merasai dan melihat sendiri apa itu Astro B.Yond dan apa yang menariknya dengan Astro Byond ni.. Apa yang boleh aku katakan Astro BYond ni memang gempak dan sangat High Definition (HD) dan sistem bunyi Dolby Digitalnya yang sangat berteknologi tinggi.

Aku nak minta maaf kepada sesiapa especially blogger-blogger yang baru aku kenal, kalau-kalau aku ada terkasar atau tersilap bahasa masa borak-borak tadi.. ampunkan patik ye.. yelah mana la tahu kan kot-kot dalam gelak-gelak tu ada aku tercakap benda-benda tak elok ke… huhu Alice dan Ruby sememangnya tentu tahu perangai aku macam manakan (perangai aku yang gile-gile).. kekadang bila dah happy aku cepat lupa daratan.. hahaha.. Lagi satu sebenarnya mood aku tak berapa baik masa malam tadi.. ye lah bukan apa aku risau takut lambat ke event ni… balik je kerja terus mandi dan pergi jemput Alice dan Ruby… tambah pula dengan jalan jem kat jalan imbi dan jalan duta lagi lah buat darah aku naik menyirap macam air sirap bandung hehehe…

Aku sampai Modesto (Rain) ni tepat jam 7.00 malam, nasib baik dalam jem tu ada tempat parking kereta, kalau tak mau pukul 8 aku baru masuk, Masa pendaftaran aku tengok nama aku no1 waaa bangga jap walaupun aku tahu susunan email aku disusun dengan turutan ABC hehehe… ada chinese girl maybe dari Nuffnang kot kat registration counter minta aku tandatangan dan lepas tandatangan dia kasi aku goody beg, kat dalam tu ada (Botol Air Astro, Pen Astro, Organizer Astro)…  lepas pendaftaran kitaorang sempat snapy-snapy gambar kat sekitar Rain’s Club sebab masa ni orang tak ramai datang lagi.. jomlah tengok gambar-gambar masa aku kat event ni… tapi sebelum tu jom tengok video HD dari blogger popular tanahair..

Cuba teka apa yang aku tulis kat papan putih ni?... siapa jawab betul dia pandai.. hehehe (Alice/Ruby tak boleh jawab hahaha)..

Kami dengan Goody masing-masing.. (Smileee...)

Experience, See, Hear, Touch and Feel like never before...

Me with Mr Eyriqazz, aku kenal bro Eyriqazz sejak dari program Digi ari tu.. - http://eyriqazz.blogspot.com/

Aku dan blogger Seraphsam (Samuel) kalau nak kenal dengan dia masuk lah blog dia.. peramah orangnya..- http://seraphsam.blogspot.com/

Dari kiri Alice, Ruby, Aku, Sis Zaila (http://thezaila.blogspot.com/),Samuel (http://seraphsam.blogspot.com/) dan pekerja Modesto's

Kak Red pandang sini... Disebabkan banyak sangat kemera yang snapy gambar kami yang comel ni sampai mata kak red tak pandang kemera saya.. hehehe tak pe kak red len kali kita snap lagi ye..

Tak silap aku yang baju petak pakai cermin mata tu blogger terkenal sultan muzaffar kan?.. huhu... ok lupakan sultan muzaffar ni nak perkenalkan dua pengapit aku yang comel iaitu Jojo Struys dan Kak RedMummy.com yang sentiasa senyum melayan peminat bloggernya.. cayalah kak red..

Aku dan Mr Sixhseal dari Project Alpha 1 huhu dia ni memang sempoi dan peramah tapi bila tengok blog dia ngeri.. hehehe macam-macam dia dah makan.. - www.sixthseal.com

Masa dinner kami disajikan juga alunan gendang dari brother2 kental ni... tak sakit ke tangan diorang?...

Alice dengan makanannya.. kak Zaila kat belakang tu tengah menikmati makanan yang dia ambik... bagi aku.. makanan kat Modesto's Rain ni tak sedap langsung (tapi habis gak..)... berbeza dengan Mist Club dan Hard Rock Cafe KL.

Aku dan Mr Timothy Tiah - Nuffnang's Co-Founder (http://timothytiah.blogspot.com/)

http://fourfeetnine.com/ - She so cute ...

With thepinkstilettos.blogspo.com tak silap aku dia ni masuk project alpha musim kedua.. betul ke?..

Masa event ni semua orang ada peluang untuk menang TV dengan decoder Astro Byond dengan langganan selama setahun, tapi kene main game la pulak kalau nak menang. hahaha game dia tak susah pun kene cari clue tersembunyi dalam gambar-gambar yang diorang dah sorokkan.. huhu so at the end.. pemenangnya adalah Eric Yong dari http://eforericyong.blogspot.com/ ... congratulation bro...

DiGi Internet Pimp My Day Final Challenge!

Wohoho!!! War Cry Day!! Hi all, we are The Gagalicious Team!! Today is the big day, me (Zaid), Alice, Naim and Ruby ready to take this challenge and finish all the task!

Hehehe… Wear yellow cloth and work as a team is so fun and awesome. We are so excited. Arrive at Mardi Gras, One Utama around 3 pm, we are late because we stuck at One Utama parking.. but its okay, we are still enjoy this event.. hehe..

Woohhoho!! Big screaming from us, today is the big day, we going to make this treasure hunt rock!!
Mardi Gras so crowded with yellow people.. hehe.. All the blogger lorh.. They all so friendly and always smile even we are not known each other. This is the reality of blogger. We are famous on internet!! Hehehe.. More famous with DiGi Internet Pimp My Day Challenge..

For complete this challenge, we must bring and have laptop, camera with video, cable and 3G phones. My team, The Gagalicious already prepared and brings it. Naim and me bring our own laptop. Total laptop is two, just prepare.. in case if battery not enough, another one laptop will be the backup! Alice brings her super duper 3G phone. Ruby brings her cable and I’m also bringing the Camera and Video Camera. We are so excited, sharing is caring. :D

The MC’s briefing all the teams, give the task file and guides us to connect with Digi Broadband. Then we must add Digi Telecommunications and Time Out on FaceBook. We need to use one of team member facebook account only. So we choose rabiatul adawiyah facebook. After add and connected, we rushing by walking to the task station. No RUN okay. Hehe..

First station we meet up is Swatch Outlet. This task need to complete by make a video commercial that promotes Digi Broadband and Swatch watches.. We are running out the brilliant idea, still cannot thinking how to make the commercial..Hahaha.. So we go to next station. It was DiGi Centre..

DiGi centre task, we need to make our group song play list by using DiGi Music website www.digimusic.com.my . They give us the username and password. To complete this task, we need to find Lady Gaga and Akon songs and put it on our song playlist and its done! We got trouble with Akon songs, because not listed and we try and try. Yeah! We successful have done the task! Hehe.. We got the stamp chop and get ready for the next task!

So, we get back to Swatch outlet and prepare for the commercial video. We decide to make a commercial about song downloading by using DiGi broadband by looking the swatch watches. We are running of time, only 30 second and we are forgotten to show the Swatch watches. Omg!! The DiGi people tell us its okay and you are done and just upload your video on facebook. Uploading video on facebook really takes time and it wasting time, because when we are moving to next station, the uploading not continue and failed. Than we decide to upload it later.

We are done and walking to the next station. Let’s go to QuickSilver.

QuickSilver task was awesome, we need to be a super model!! Hahahaha.. First time be a model for QuickSilver.. Hahaha..Get ready with their cloth and lets begin the shows.. Snap.. Snap.. Snap.. hahaha.. superb fabulous!! Done taking picture, we must upload the picture on facebook and tag with Digi Telecommunications and Time Out. Done tagging and laptop battery not enough. We found power plug point finally and stay for a while for recharge the laptop. While charging, we open another one laptop and try uploading Swatch commercial.

Times to short, we need to go to Mardi Gras before 5.30 pm, now is 5 pm.. Lets go to Mardi Gras.! Walking as fast as we possible before it’s too late. At Mardi Gras, task need us to Pole dancing with “athletic” themes. Waiting for our teams turn and dancing on the dance floor like a professional dancer. Hehehe.. Done dancing, done uploading the video and got the stamp chops.

Next task is go to Rainforest station. Let’s go!!

Rainforest station task is “SUMPIT”.. Each team member must show how excellent they it is. It’s hard to focus where to shoot. Fun doing this, first time tries “SUMPIT” and it totally awesome! We are done and got the stamp chop.. :D

Next station at Rainforest also but at the different locations. Crosswords task by using DiGi video (see below). At the end of video we will find the clues. We think and finally found the answer. Using hand phone number and got the words “Broadband Done Right”. Task done and got the stamp chop, lets go to next station.

We walk to upper roof, taking the lift.. but it was wrong location and need us to go the other side of One Utama. It’s far and the nearest station was Celebrity Fitness. At Celebrity Fitness station, we need to walking or jogging or running for 800 meters. Wohoho… Actually we thought is easy, but it’s not easy to run for 800 meters. In my team, first runner was Naim, second is Alice, third is me and Forth is ruby!! Hahaha.. 2 round of field! Proud to our team.. We done with style.. got the stamp chop and get ready for the next station. Wohoho.. a bit dizzy after done the task.. No picture was taken when we are do the task, but Jojo Struys already take our picture.. Go ask her.. Hehehe.. Love you JoJo.. Done running, Task done! Got the stamp chop! Let’s move to the next Station at Batting Cages Upper Roof.

We walk to Upper Roof but when we arrive, Batting Cages task already cancel and no body inform to us.. So sad we not finish all the task.. (“!)

Go back to Mardi Gras and submit all the stamp chop. Task done! We are team number 2.. Last task is writing a blog about this treasure hunt. And we are done blogging. :D

While write a blog, delicious dishes was serve to all of us and it’s really awesome. See the picture?? Yurrmmm!!!

Fuhh.. So happy.. Even we are not won anything but the experience that DiGi gave to us is so memorable and awesome!! Thank you to Nuffnang and DiGi!! We have fun and work as a team is more awesome than work alone! Thank you for make our weekend full with Joy!!

Our DiGi Internet Pimp My Day was powered by

DiGi Internet Pimp My Day Challenge with Swatch
DiGi Internet Pimp My Day Challenge with QuickSilver
DiGi Internet Pimp My Day Challengewith Rainforest
DiGi Internet Pimp My Day Challenge with Digi Center
DiGi Internet Pimp My Day Challenge with Mardi Gras
DiGi Internet Pimp My Day Challengewith Celebrity Fitness

Miscellaneous Picture :

TQ Nuffnang & Mister Potato Fiesta 2009 @ Mist Club Bangsar (Memang Best)

Hari ni baru langsai sudah program Mister Potato Fiesta 2009 bertempat di Mist Club Bangsar, first of all aku nak berterima kasih kepada Mister Potato dan Nuffnang yang sudi menjemput aku dan my darling untuk program ni. Memang best gile dapat join dan berkenalan dengan para blogger ni, semuanya sporting dan baik-baik. Apa dah jadi dengan baju poncho DIY aku tu, hehehe memula memang nak pakai, tapi aku ni tak sedap hati pulak maklumlah aku ni pemalu orangnya. Sampai kat Mist Club dalam pukul 6.15 petang aku tengok dah ramai orang beratur kat meja pendaftaran, tapi semuanya pakai baju biasa je.. ahhh tak bleh jadi ni aku tak nak dimalukan aku nekad supaya tak pakai baju poncho tu… jangan marah ye.. bukan tak nak pakai tapi segan dowh!..

Dengan harapan kot-kot boleh menang duit kat sini ke, tapi apakan daya… bukan rezeki aku untuk contest ni, aku just menang hamper je, walaupun tak menang 5k,2k,3k at least aku happy dapat chill out dengan my dear kat sini… Jom lah tengok gambar aku dan my darling kat fiesta nih.

Mist Club Bangsar,... ni kali pertama aku pergi sini...

Mist Club Bangsar,... ni kali pertama aku pergi sini...

DSC_0019

Me with Mister Potato big poster..

Bila dipakaikan misai dah nampak macam maskod mister potato pulak my dear aku ni hehehe..

Bila dipakaikan misai dah nampak macam maskot mister potato pulak my dear aku ni hehehe..

Huhu Yihaaa!... Yihaaa.... macho tak?... untuk pengetahuan goody beg, topi merah dan misai tu dapat free masa pendaftaran.

Huhu Yihaaa!... Yihaaa.... macho tak?... untuk pengetahuan goody beg, topi merah dan misai tu dapat free masa pendaftaran.

Me and my darling with Mister Potato maskot

Me and my darling with Mister Potato maskot

Selama ni hanya dapat baca artikel dia je.. hari ni dapat face to face, cayalah aku dapat bergambar dengan top blogger beautifulnara.com, thanks ye bro sudi layan kami..

Selama ni hanya dapat baca artikel dia je.. hari ni dapat face to face, cayalah aku dapat bergambar dengan top blogger beautifulnara.com, thanks ye bro sudi layan kami..

redmummy.com siapa tak kenal, blogger top gak nih... tak caya pi lah blog dia dan baca.. memang best.. selamat berkenalan kak.. cayalah akak dan suami memang sempoi dan sporting..

redmummy.com siapa tak kenal, blogger top gak nih... tak caya pi lah blog dia dan baca.. memang best.. selamat berkenalan kak.. cayalah akak dan suami memang sempoi dan sporting..

dalam jam 8 malam kami disajikan dengan hidangan yang superb! memang best sampai tak muat dah nak sumbat kat perut aku nih..

dalam jam 8 malam kami disajikan dengan hidangan yang superb! memang best sampai tak muat dah nak sumbat kat perut aku nih..

Un

Uncle ni memang lawak giler... korang nak tahu dia ni lah model iklan Mister Potato kat TV tu... mesti mashuk kan uncle ni.. anyway uncle ni dah buat aku dan my darling terhibur..

Senarai 6 peserta #1 Man in Mister Potato Empire Showdown..

Senarai 6 peserta #1 Man in Mister Potato Empire Showdown..

Hujan

Masa fiesta ni diorang jemput band Hujan buat perform, memang best tapi sound sistem tak berapa best.. ermmm tak pasti la sama ada equipment hujan tak best atau speaker kat Mist Club ni yang tak best...

Guitarist

Guitarist Hujan.. ermmm aku sebenarnya tak berapa kenal group diorang ni.. yang aku kenal Noh sorang je.. jangan marah ye hujanrians..

Noh again.. superb.=b ..

Noh again.. superb.=b ..

Pemain guitar dan bass kumpulan Hujan.. Cayokk.

Pemain guitar dan bass kumpulan Hujan.. Cayokk.

Hujan performing lagu Mencari Konklusi, Amoi Cantik, Dugaannya, Mister Potato Theme Song, dan apa lagi yek... aku lupa lah.. hehehe

Hujan performing lagu Mencari Konklusi, Amoi Cantik, Dugaannya, Mister Potato Theme Song, dan apa lagi yek... aku lupa lah.. hehehe, Sorry ye guys gambar drummer dan pemain keyboard tak nampak.. =b

Orang pernah cakap yang kumpulan Hujan expecially Noh ni amat kekwat gile,... ermm aku tak percaya... sebab apa!? sebab bila uncle model ni suruh diorang perform sekali lagi lagu tema mister potato diorang (Hujan) ok je.. siap mainkan lagu tema tu dalam slow version.... si uncle tu apa lagi naik hantu la berjoget.. hahaha memang kelakar la uncle ni..

Orang pernah cakap yang kumpulan Hujan expecially Noh ni amat kekwat gile,... ermm aku tak percaya... sebab apa!? sebab bila uncle model ni suruh diorang perform sekali lagi lagu tema mister potato diorang (Hujan) ok je.. siap mainkan lagu tema tu dalam slow version.... si uncle tu apa lagi naik hantu la berjoget.. hahaha memang kelakar la uncle ni..

Inilah pemenang blogger dan website quiz mister potato 2009,... huwaaaaa aku tak menang... tak apalah tak ada rezeki lah tu...

Inilah pemenang blogger dan website quiz mister potato 2009,... huwaaaaa aku tak menang... tak apalah tak ada rezeki lah tu...

Dalam malu-malu aku dan my darling,... sempat gak kita orang masuk game kat fiesta tu... hadiahnya berupa hemper.. hehehe sorang dapat sebijik... korang nak tahu apa yang perlu kita orang buat untuk dapatkan hemper ni?? kita orang kene jerit "I Loooooooooooovvvvvvvveeeeeeee Mister Potato" seberapa panjang yang boleh... hehehe lantak lah malu ke apa ke... janji aku dan my darling tak balik dengan tangan kosong kan..kan..kan..

Dalam malu-malu aku dan my darling,... sempat gak kita orang masuk game kat fiesta tu... hadiahnya berupa hemper.. hehehe sorang dapat sebijik... korang nak tahu apa yang perlu kita orang buat untuk dapatkan hemper ni?? kita orang kene jerit "I Loooooooooooovvvvvvvveeeeeeee Mister Potato" seberapa panjang yang boleh... hehehe lantak lah malu ke apa ke... janji aku dan my darling tak balik dengan tangan kosong kan..kan..kan..

so memang best lah Fiesta Mister Potato 2009 ni… harap-harap tahun depan boleh la jemput lagi ye… apa-apa pun aku nak ucap thanks kat Nuffnang sebab kalau tak ada diorang tak sampai gak aku kat sini.. hehehe…