Masih Dapat Duit Raya?

Macam tak percaya je dikala usia 28 tahun masih dapat duit raya. Tahun ni tak lah banyak sangat duit raya yang aku dapat tapi dalam kemeriahan Aidilfitri pakcik-makcik aku masih tak lupakan anak-anak buahnya yang dah besar panjang ni. Tahun ni dikira balik hari raya pertama aku dapat collection duit raya sebanyak RM73.00 ini baru makcik-pakcik aku yang bagi tu pun ramai lagi yang tak dapat bersua. Alhamdulillah murah rezeki diorang sampai boleh bagi sumbangan duit raya.

Sebenarnya bagi duit raya ni bukan lah satu pekara yang wajib dilakukan bila tibanya Aidilfitri tapi cumalah sekadar suka-suka dan niat untuk bersedekah jika ada rezeki berlebihan. Ada keluarga yang bagi duit raya untuk anak-anak kecil je ada pula bagi untuk orang dewasa macam aku ni. Ikutlah rezeki masing-masing mana yang mampu tu bagi. Niat asal bukanlah nak kumpul duit raya pun sebab aku ni pun dah besau panjang. Malu juga kekadang bila salam mohon kemaafan disamping terima duit raya. Rezeki jangan ditolak kan.. hulur berisi pun aku sebat gak haha..

Thanks sesangat kat makcik-pakcik aku sebab tiap-tiap tahun bagi duit raya. Nilai matawang tak penting asalkan kita dapat berjumpa, bergembira, berziarah dan bermaaf-maafkan dihari yang mulia ni kan.. :)

 

Duit Raya RM400

Haha dah macam skim cepat kaya pulak kan show gambar pegang duit.. hahaha.. tapi ni bukan skim cepat kaya or whatever ye ni saja nak tayang yang aku baru tukar duit baru RM400 untuk buat duit raya tahun ni. Alhamdulillah rezeki masyuk so boleh la bagi angpow. Tapi duit raya ni untuk anak buah aku je yang lain tu gi pintak kat mak aku haha.. sebab aku belum kawin nak bagi duit raya memang tak layak lah.

So korang tahun ni berapa ratus peruntukkan duit raya nak bagi kat kengkawan? jangan la kedekut sangat raya tahun ni.. kalau ada rezeki lebih tu sama-samalah kita sharing.. bak kata bro Denaihati (Hidup Untuk Memberi) tak gitu.

Menang Hamper Raya MAGGI

20110907-183605.jpg

Baru-baru ni secara tidak sengaja aku ternampak iklan Rumah terbuka Maggi ni kat Facebook. Dalam masa yang sama diorang ada buat satu pertandingan untuk menang hamper raya Maggi kat situ. Huhhu hari ni keputusan pemenang dah keluar jadi aku dan famali aku salah seorang pemenangnya. Alhamdulillah tahun ni beraya sakan dengan Maggi la nampaknya. Ingat nanti nak buat open house makan Maggi beramai-ramai ok tak? Mesti siokk kan..

Kemaskini Via iPad2

Raya.. Raya.. Duit Raya Lagi..


20110831-005524.jpg

Tahun ni rasa sekejap je berpuasa kan.. Pejam celik dah beraya dah.., yelah kan makin besar panjang ni otak pun dah pandai berfikir. Tiap-tiap tahun sejak aku bekerja kat 7-Eleven ni aku mesti akan bekerja pada musim perayaan. Bukan tak ada niat nak beraya tapi kalau aku ambik cuti pun rugi je sebab kampung aku dekat je so lepas balik bekerja still boleh beraya kat rumah nenek di Kajang.

Tiap-tiap tahun sebut je hari raya pasti aku akan terkenangkan lauk pauk yang nenek dan makcik pakcik aku masak. Time ni lah nak merasa masakan air tangan mereka. Ada yang sedap ada yang masin ada yang tawar hambar tapi tu semua adalah keceriaan yang aku dapat time aidilfitri ni. Bukan senang tau nak dapat makan yang best-best ni..

Masa aku kecik-kecik dulu tibanya hari raya mulalah aku akan pakat dengan para sepupu aku untuk pergi serbu rumah jiran-jiran.. Bukan nak makan pun tapi nak pergi collect duit raya. Ada tu bagi 50 sen je siap kitaorang complain lagi jiran kita orang kedeng. Haha tapi tu dulu lah sekarang ni dah tak de maknanya nak kumpul duit raya lagi. Special sikit buat aku ni walaupun dah besar panjang tapi aku masih terima duit raya. Haha jangan jeles ye makcik pakcik aku memang hartawan.. Walaupun dah berbulu orang cakap tapi masih lagi dapat salam berisi tiap kali hari raya. Terima kasih la kat pakcik makcik dan nenek aku yang sentiasa murah rezeki dan beri duit raya kat anak-anak buahnya ni.

Harap tahun depan still la maintain macam biasa je, kalau boleh duit sampul raya tu up kan sikit untuk tahun depan haha… Apa-apa pun duit raya sekadar pelengkap dan warna warni hari raya. Kalau diorang tak bagi pun aku still nak bersalam dan bermaaf-maafan dengan mereka. Yelah setahun buat dosa pahala manalah tahukan kalau ada terkasar bahasa dan tak hormat mereka yang lebih tua.

Hasihat aku kat adik-adik yang bakal membesar tu janganlah terlalu mengharapkan duit raya tapi kemaafan itu yang paling penting sekali sebenarnya. Lepas minta maaf baru minta duit okey.. Tapi kalau pakcik makcik tu tak bagi duit raya tak payah la nak minta-minta pulak kan.. Cukuplah sekadar apa yang ada.. Diorang dah jamu makanan pun dah memadai tul tak..

Okey ni nak cakap tahun ni aku dapat duit raya RM 63 hengget tau.. Haha banyak tak banyak lah kalau dah tua tua ni pun dapat kan nak cakap apa.. Huhu.. Apa-apa pun aku doakan kepada yang memberi aku duit raya ni sentiasa sihat sejahtera dan sentiasa dimurahkan rezekinya amin…

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1432H / 2011M BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR/PUTRAJAYA DAN LABUAN

Salam, wahh tak lama lagi kita nak puasa kan, pejam celik dah nak masuk tahun 1432H dan beberapa hari lagi semua umat islam sedunia akan mengerjakan rukum islam iaitu berpuasa di bulan ramadhan.. insyaallah tahun ni kita dapat sekali lagi berpuasa dengan suasana harmoni dan tenteram di Malaysia. Ok ini aku nak share jadual berbuka puasa bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya dan Labuan untuk semua. Semoga dibulan yang mulia ini dapatkan kita hindarkan diri dari melakukan pekara-pekara yang tak baik dan banyakkan ibadah kepada Allah ya…

Lafaz Niat Puasa Ramadhan
 

 
Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. ”

 

JADUALWAKTUBERBUKA2011

 
 
Waktu bagi kawasan lain akan dikemaskini dari masa ke semasa..

 

Selamat Hari Raya AidilAdha

Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada semua umat islam di Malaysia dan diserata dunia. Hari ni kita makan daging korban.. sedap ooo masak lemak ke masak kari ke hehehe.. makan je yang aku ingat :D .. Hari raya ni aku kena kerja lah.. lagi pun kat kampung aku tak celebrate sangat hati raya korban ni.. tak meriah macam kat Kelantan, Kedah.. tapi ibadah korban lembu tetap diadakan kat masjid area kampung aku tu.. maklumlah kampung pun dalam bandar hahaha.. Apa-apa pun bersama-samalah kita menghayati erti pengorbanan dan tingkatkan lagi ibadah kepada Allah S.w.t .

Jom Belajar Buat Ketupat Dengan Mak Aku!

Hari ni mak (Zaraaluwi.com) aku dah mula anyam ketupat nak raya Jumaat ni, mak aku memang tiap-tiap tahun anyam ketupat sendiri,.. nak beli-beli ni sorry lah.. kami tak makan ketupat nona ye.. tak beshh hehehe.. oh ye ada kat sini yang tak tahu macam mana nak anyam ketupat bawang?.. apa lah korang.. ni peninggalan tradisi ni.. korang kena belajar supaya tak hilang dek zaman suatu hari nanti.. huhu dalam sebok-sebok mak aku anyam ketupat tu aku dah suh dia buat satu video cara-cara nak anyam ketupat bawang untuk korang semua.. supaya satu hari nanti anak-anak cucu kita boleh jadikan reference pada zaman diorang pulak.. :) ohoho aku cakap orang tapi aku sendiri tak reti-reti lagi nak menganyam ketupat ni…

Yang ni video cara-cara nak buat ketupat bawang..

Yang ni pulak video macam mana cara nak masukkan beras dalam ketupat bawang..

Selamat Hari Raya – Kad Raya Online Mohdzaid.com

Hari raya bakal menjelma tak lama je lagi.. jadi aku nak ucapkan selamat hari raya kepada kengkawan blog semua yang sentiasa beri sokongan kepada blog mohdzaid.com ni.. disini zaid tujukan kad ucapan hari raya khas untuk anda semua..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kalau ada terkasar bahasa, tersilap tutur kata bila kita berjumpa, tersombong, terhina, terapa sajalah kepada korang semua.. zaid mohon ampun dan maaf ye.. tahun depan buat lagi hehehe..

Hoho kepada sesiapa yang nak hantar kad raya kat zaid boleh berbuat demikian ke admin@mohdzaid.com sekarang pakai online jew.. nak pos setem dah mahal.. :P

// Kad Raya yang simple je.. nak buat yang gempak-gempak tak reti pakai photoshop xoxo //

Kakitangan Awam Dapat RM500 Duit Raya, Aku Dapat RM509.13 Duit Nuffnang!

Tahniah kepada semua kakitangan awam dan pesara-perasa kerajaan (Mak jangan lupa belanje) sebab dapat duit raya tahun ni dari Kerajaan Malaysia. Wahhh RM500 tu bukan sikit-sikit tau, baiknya hati PM kita… ini barulah dikatakan 1Malaysia.. Peliklah aku ada juga orang yang tak bersyukur dapat duit terpijak macam ni kan.. ada lah telinga aku dengar diorang membebel sebab dapat RM500 je… korang ingat RM500 tu ciput ke hah?.. makcik cleaner tempat aku bekerja tu gaji dia tak sampai pun RM500 tapi dia tetap bersyukur pada rezeki Allah.. huhu orang cakap duit jangan tamak. Aku nak nasihatkanlah kat korang semua kalau dah dapat duit tu nanti janganlah terlalu boros ye, nak beli kuih raya lah, baju raya lah.. beli itu ini lah… kalau boleh simpanlah sikit dalam bank untuk kegunaan emergency ke nanti.. pasti lepas raya nanti korang bengkok kan nak bayar hutang… so duit ni gunakanlah sebaik yang mungkin.. jimat cermat itukan amalan mulia..

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Dalam pada itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden Cuepacs Omar Osman berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri bulan depan.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang.

“Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam,” kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan.

“Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara,” katanya.

Raja Wan Mahmood berkata pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah. — Bernama

Apalah nasib aku ni yang berkerja swasta tak dapat apa pun, melopong je tengok kengkawan yang kerja kerajaan shopping sakan untuk hari raya tak berapa lama lagi. Tapi tak apalah tak ada rezeki la tuh untuk aku nih.. selalu company tempat aku bekerja tu kasi bonus masa Gong Xi Fa Cai..  baguslah juga tak dapat duit sekarang sebab kalau dapat nanti gerenti habis licin aku kerjakan… hahahaha…

Disebabkan aku amat terasa dengan penjawat jawatan kerajaan yang dapat durian runtuh duit berkepuk-kepuk tu.. aku sedapkan hati aku dengan meng’Cash-outkan duit Nuffnang aku yang terkumpul sebanyak RM509.13, hahahaha… walaupun tak banyak untuk bulan ni tapi boleh la sikit-sikit untuk backup duit gaji untuk bulan akan datang.. nasib baik duit advertorial dan ada tiga lagi buffered earning yang belum di Meteredkan lagi.. adalah dalam rm200.. tak pe tu simpan kasi banyak lagi hujung tahun baru cashout…

Walaupun Nuffnang Earning aku ni tak sehebat top-top blogger yang lain tapi aku bersyukur sangat.. sebab tanpa Nuffnang ni tak berduitlah aku tiap hujung bulan.. so duit ni nanti aku nak repair kereta dan motor aku yang dah semakin uzur… huhu…

Nota : So makcik pakcik aku yang kerja kerajaan tu apa lagi tahun ni kasi up sikit lah duit raya untuk anak-anak buah yang dah kertu ni yek.. tua-tua gak tapi duit raya jangan lupa diberi tau kat aku nih hehehe..


Keyword Dan Lirik Selamat Hari Raya

Wahhh ramai pulak yang masuk blog aku ni cari lirik lagu raya.. ini pun aku tahu dari Analytics keyword blog Mohdzaid.com dari dashboard Nuffnang aku tuh.. bagus-bagus.. lagi berapa hari je nak raya kan.. so ape kata kita hangatkan lagi perasaan dan countdown nak raya dengan nyanyi lagu-lagu raya ok tak?.. ermm aku pun tak ingat ada ke lirik lagu raya kat blog aku ni yek.. ada dulu aku pernah letak lirik lagu Selamat Hari Raya – Saloma versi 50-an (Dam dam dum bunyi mercun) mungkin itulah yang mereka cari sekarang ni kot.. tak sangka hot juga keyword ni untuk bulan ramadhan kan..

Kat office aku pun diorang dah mula pasang lagu-lagu raya.. tah mana diorang dapat pun tak tahulah.. aku sebenarnya tak nak dengar lagu raya awal-awal sebab nanti bila tiba hari raya aku dah muak dengar lagu raya.. tapi diorang dah pasang so aku dengar je lah.. layan juga setahun sekali je dengar huhu.. Rasanya mesti ramai yang nak dan tengah mencari lagu-lagu raya untuk dilayan masa bulan puasa ni kan.. jadi aku dengan ikhlas dah tolong carikan beberapa lagu raya dan liriknya sekali untuk santapan telinga korang, buat masa ni aku letak 5 lagu dulu, akan ku letak lagi dalam masa terdekat ni…. Opssss hanya video dan lirik je ye.. kalau nak download lagu ni korang carilah sendiri kat pakcik Google, aku tak nak letak link takut kena saman dengan pihak kerajaan dan RIM lagi… Unlicensed Copies of Copyrighted Works adalah dilarang di Mohdzaid.com hehehee

Rahimah Rahim – Selamat Berhari Raya

[lyrics]

Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah

Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi

( korus )
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada

Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi

( ulang dari mula hingga akhir )

[/lyrics]

Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran

[lyrics]

Sesuci… di hening subuh sunyi
Sesuci… terdengar nurani
Sesuci… salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran… terasa kesayuan
Lebaran… takbir bersahutan
Lebaran… memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

( korus )
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa… sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira

Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira

[/lyrics]

M.Nasir – Satu Hari Di Hari Raya

[lyrics]

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

[/lyrics]

Mamat Exist – Ku Pohon Restu Ayah Bonda

[lyrics]

( …Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata… )

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

( ulang korus )

Kesalahan diri ku…
[/lyrics]

Anuar Zain & Elina – Suasana Hari Raya

[lyrics]

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

[/lyrics]

-

-

-