SEOUL KOREA – Menaiki Cruise Di Han River

E-land River Criuse Seoul Korea

Jika anda berkesempatan bercuti ke Seoul Korea pastikan anda pergi ke Han River (Sungai Han) yang merupakan sungai keempat terpanjang di Semenanjung Korea. Sungai Han ini sepanjang 514km, walaupun merupakan sungai keempat terpanjang disini tetapi pemandangannya cukup indah sambil menaiki Cruise yang sangat cantik. Untuk menaiki Cruise (Hangang River Ferry Cruise) anda perlu ke Yeouido-dong, Yeongdeungpo-gu, Seoul jika menaiki kenderaan atau bagi yang ingin menaiki Subway boleh cari Yeouinaru Station (Subway Line 5), Sincheon Station (Subway Line 2 ) atau Ttukseomnyuwonji Station (Subway Line7). Kalau sesat jangan segan silu tanya orang sekeliling ya..


View Larger Map

Tiket untuk menaiki River Cruise ini adalah 15,000 won (RM40). Bagi yang nak relex dan release tension tu memang sesuailah naik Cruise ni sambil hirup udara nyaman di Seoul ni kan.. Cruise ni dua tingkat bawah ada aircond dan atas pulak free air .. tapi kat sini tak lah panas sangat dan kalau pergi waktu musim sejuk tu memang menggigil lah..

Winter Migratory Bird

Kalau bernasib baik boleh tengok Winter Migratory Bird terbang. Memang syok habislah.. tengok video kat bawah ni.. memang aku bersyukur sangat dapat lihat ciptaan Allah yang sempurna dan sangat cantik ni..

Selain menaiki Cruise, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan disini. Bagi yang berminat bolehlah berbasikal menyusuri denai sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik. Bagi yang suka bersantai boleh bersantai di dataran yang luas. Aku tengok ramai anak-anak muda Korean yang datang sini untuk dating tau.. uhuhu siap peluk-peluk, cium-cium lagi.. kalau bernasib tak baik boleh tengok free show lagi diorang beromen kat sini hihi..

1-DSC_0521

Riadah berbasikal..

1-DSC_0514

Merehatkan minda

Bestkan?.. bukan senang nak tengok Winter Migration Bird ni tau.. burung-burung tu datang sebab musim sejuk je pastu bila tiba musim panas diorang berhijrah ke tempat lain pulak.. so kalau datang ke sini jangan lepaskan peluang keemasan tengok burung tu ye.. :)

 

SEOUL KOREA – World Cup Stadium

World Cup Stadium Seoul, Korea

Tak terlintas dalam fikiran bila sampai ke Korea ni akan singgah ke Seoul World Cup Stadium yang pernah menjadi tuan rumah World Cup pada tahun 2002. Tapi disebabkan ianya dah termasuk dalam Itinerary jadi aku pun on je kira ok lah sekali sekala pergi tempat-tempat macam ni tengok tempat orang pula. Seoul World Cup Stadium terletak di Seoul-si Mapo-gu Seongsan-dong dan bagi mereka yang nak datang sendiri boleh menaiki Subway Line 6 ke World Cup Stadium Station dan keluar di puntu Exit 2 dan terus cari pintu masuk FIFA World Cup Museum. Kalau yang nak menaiki bus pulak boleh ambil bus warna biru nombor 271, 571 atau bus hijau nombor 6715, 7714, 7715 dan bus warna merah bernombor 9711. Harga tiket masuk ke sini murah je cuma 1,000 won (RM3.00) seorang. Kalau rasa tak pasti tempatnya aku dah sediakan Google Map dibawah untuk rujukan. Semoga ianya membantu anda semua.


View larger map

Dekat stadium ni ada sebanyak 66,806 tempat duduk biasa, 816 tempat duduk VIP, 754 Press Seats dan Conference Room sebanyak 12 – 29 tempat duduk untuk setiap bilik. Banyak gile kan tempat duduk dia.. ye lah dah nama pun World Cup Stadium mestilah banyak. Bagi pelancong yang minat bola sepak tu boleh lah datang ke sini ye tengok keindahan stadium mereka. Dibahagian bawah Stadium ni ada disediakan FIFA World Cup Museum dimana pelawat boleh lihat sejarah stadium ni, gambar-gambar semasa World Cup 2002, koleksi video, koleksi tiket, koleksi baju pemain dan banyak lagi. Disediakan juga kedai cenderahati untuk pelawat beli sebagai kenangan.

Bestnya pemandu pelancong aku semasa kesini. Dia bagi kita orang masuk kebahagian bilik persalinan pemain. Tempat ni sebenarnya orang ramai tak boleh masuk, tapi pemandu pelancong kami dah deal dengan penjaga stadium ni untuk beri kebenaran kepada kami masuk kejap untuk solat Zohor. Baguslah mereka ni.. walaupun berlainan agama dan bangsa tapi ada segelumat hati dan hormat-menghormati agama lain. Sebab tu aku suka dengan orang-orang Korea ni.. hihi

World Cup Stadium Seoul, Korea

Muka serius je kan haha.. ye la aku bukan seorang peminat bola sepak.. adik aku minat lah si uzair tu.. sampai sini dia je yang terlebih happy haha..

World Cup Stadium Seoul, Korea

Ini bendera Seoul FC yek?.. ye la kot.. aku bergambar je haha.. kebetulan kami datang dalam tengah hari. Pada waktu petangnya ada perlawanan bola sepak disini FC Seoul lawan apa aku lupa pulak..

World Cup Stadium Seoul, Korea

Di FIFA World Cup Museum terdapat koleksi tiket semasa Seoul World Cup tahun 2002 dulu.. ada macam-macam koleksi lagi ada..

World Cup Stadium Seoul, Korea

Ini pulak gambar bilik persalinan pemain diorang.. kami dapat masuk sini sebab nak bersembahyang .. kalau orang lain tak dapat masuk.. kat sini bersih je tempat dia dan besar.. agak-agaknya kat Stadium Bukit Jalil macam ni gak ke?.. ntah la aku tak pernah masuk kat Malaysia.

World Cup Stadium Seoul, Korea

Inilah rupa sebenarnya World Cup Stadium. Aku dimaklumkan bahawa bentuk stadium ni direka seperti bentuk layang-layang tradisional Korea jika dilihat dari atas.. Layang-layang Korea berbentuk segiempat dan penduduk Korea percaya bahawa ianya mempunyai unsur-unsur kemenangan dan harapan. Itulah budaya dan semangat orang Korea.

 

SEOUL KOREA – Trick Eye Museum

seoul korea - trick eye museum

Trick Eye Museum salah satu tempat WAJIB bagi pelancong yang datang ke Seoul Korea. Kenapa wajib sebab anda akan fun giler bila ada disini dan boleh bergambar dengan benda dan gambar 3D  yang diluarjangkaan pandangan mata. Di Trick Eye Museum ini sebenarnya kita boleh menguji dan menguatkan lagi otak kita dengan berfikir secara terbalik dan menggunakan keseluruhan daya otak yang berfungsi dalam kepala kita. Perhhh aku sendiri tak paham apa yang aku tulis haha tapi apa yang penting disini memang fun giler… datang jangan tak datang ok..

Seperti biasa aku akan tulis sedikit tips-tips untuk ke Trick Eye Museum ni. Bagi yang datang melalui tour agency korang tak payah la risau bagai. Tapi bagi yang datang sendiri atau backpackers untuk kesini anda boleh menaiki Subway Line 2 Hong-ik Univ. Stn. Exit 9, kemudian pastikan korang keluar di pintu exit kedua (belah kiri). Kalau rasa blur boleh cari alamat ni B 357-1 Seogyo Plaza Seogyo-dong, Mapo-gu, Seoul atau lihat map dibawah.

Trick Eye Museum - map korea

Klik gambar untuk besarkan map

Seoul Trick Eye Museum

Trick Eye Museum ini sebenarnya adalah sebuah muzium interaktif dengan konsep baru yang merangsang kreativiti dan imaginasi otak dengan teknik Trompe-l’eoil (Eye-tricking dalam bahasa French) melalui penglihatan. Dalam gambar yang dipamerkan anda boleh bergambar dan anda sendiri menjadi subjek dalam gambar tersebut.. Melalui gambar-gambar yang dipamerkan sebenarnya dapat membantu kita belajar melalui deria estetik (aesthetic senses) bentuk dan juga merangsang otak. Huhu pening kan?.. kalau tak nak pening-pening datang sendiri dan peningkan kepala huhu..

Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 9 malam dan harga masuk kesini cuma 13000 KRW kalau convert dalam ringgit kira-kira RM35.00 rasanya tak mahal kan..? bagi aku tak mahal lah sebab apa yang kita dapat dan kenang dalam hati tak ternilai sebenarnya.. Jom tengok gambar-gambar di Trick Eye Museum ni..

Trick Eye Museum

Ini hanya gambar ilusi je.. aku bukan beli tiket kat sini hihi..

Trick Eye Museum

Aikk main tipu ye… meh tengok kad dia apa..

Trick Eye Museum

Comel je Mona Lisa bila di pum-pum.. gebu sehh..

Trick Eye Museum

Tiba-tiba aku macam gorila besarnya.. mak aku dan alia kecik je kan..

Trick Eye Museum

Ehh badan aku terbelah dua.. haha tapi yang spoil nye.. kaki tu kurus badan aku besar haha..

Trick Eye Museum

Shopping sakan mak aku kat sini haha.. jangan tertipu tu semua dusta belaka haha gambar je tu..

Trick Eye Museum

Mak nanti kita shopping kat Giant je lah kat Korea mahal lah haha..

Trick Eye Museum

Anak buah aku ye ye je tengok.. padahal lukisan kat lantai je

Trick Eye Museum

Besar gedabak.. dah la berat hihi..

Trick Eye Museum

Jemput minum tuanku.. nak sikit air boleh.. haus lah..

1-DSC_0336

Kepak yang tak berapa nak kepak haha.. comel kan aku..

Sebenarnya semua tu gambar je tapi pandaikan mereka lukis bila kita ambil gambar macam kita berada dalam gambar tu sendiri. Itulah namanya Trick Eye.. sangat kreatif. Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk ke Seoul jangan lupa singgah sebentar disini ye.. Terima kasih sebab sudi baca blog ni.. kalau anda rasa blog ini sedikit sebanyak membantu perjalanan anda sila-silalah rajin komen dibawah ye.. :)

SEOUL KOREA – 63 Wax Museum

63 Building - Seoul Korea

Salah satu tempat tarikan pelancong di Seoul Korea yang boleh dilawati adalah di 63 Building yang teletak di  Yeouido, bersebelahan dengan Han River dan Yeouido Park. Bangunan tertinggi di Korea suatu ketika dulu (63 Building) diberi nama berkenaan kerana ianya mempunyai sebanyak 60 tingkat dan 3 tingkat lagi adalah ruangan basement. Jika berkunjung ke sini jangan lupa untuk singgah sebentar di 63 Wax Museum dimana anda dapat melihat figura-figura manusia yang diperbuat dari Wax (lilin).

63 Wax Museum

Bayaran masuk untuk kesini tak lah mahal mana pun rasanya semua orang Malaysia mampu. Tiket masuk ke 63 Wax Museum cuma 14,000 KRW (RM38) untuk dewasa dan 13,000 KRW (RM35) untuk kanak-kanak. Sedikit info bagi mereka yang ingin ke sini menggunakan public transport. Anda boleh menaiki Subway terus ke Yeouinaru Station cari Exit 14 dan jalan lebih kurang 15 minit untuk ke 63 Building. Dari subway Yeouinaru juga mereka ada menyediakan shuttle percuma. Sila lihat map dibawah untuk memudahkan perjalanan korang.

63 Building Map KoreaKlik gambar map untuk besarkan

63 Wax Museum dibuka kepada orang ramai sejak dari tahun 2009. Kat sini memang banyak figura yang sebijik sebijun mereka buat. Jadi tak lah bosan dan boleh penuhkan itinerary korang semua kalau ke Seoul Korea. Jom tengok gambar-gambar patung Wax yang ada kat dalam 63 Wax Museum ni.. ni hanya beberapa gambar je.. kalau nak tengok lebih datanglah sini sendiri ye.. kang aku letak banyak-banyak tak suspend pulak korang kan huhu..

Antara figura (patung wax) yang ada kat sini adalah Obama, David Backhem, Schubert, Bach, Beethoven, Jesus’ hypothetical 13th disciple (The Last Supper), Salvador Dali, Picasso, Van Gogh,  Lee Byung-hun, Choi Ji-woo, Lee Young-ae, Bae Yong-joon, marilyn mondroe, Beethoven, Mozart dan banyak lagi..

SEOUL KOREA – 63 Wax Museum

Obama - 63 building - wax

1-DSC_0161-001

1-DSC_0145

1-DSC_0026

1-DSC_0056

1-DSC_0095

1-DSC_0114

1-DSC_0130

1-DSC_0151

1-DSC_0126

1-DSC_0109

1-DSC_0088

1-DSC_0078

1-DSC_0050

Jadi amacam? jangan lupa ye kalau ke Seoul Korea pastikan korang semua datang ke tempat ni. Banyak figura yang korang boleh bergambar sakan.. nak kata 100% sama tu tak lah mana lah manusia boleh buat 100% sama dengan ciptaan tuhan kan.. :) aku saja tak upload banyak gambar pertama takut blog aku jadi lambat loading kedua sebab aku nak korang rasa sendiri pengalaman tempat ni.. cukup la kot aku letak beberapa gambar je kan..

SEOUL KOREA – Hotel Sarangbang Yongsan

Hotel Sarangbang Yongsan

Percutian bersama aku dan keluarga telah dirancang dari awal lagi. Hotel dibeli melalui Airasiago.com bersama-sama dengan penerbangan Airasia sekali. Seperti biasa aku kalau pergi melancong ke luar negara hotel bukanlah yang paling penting sebab aku pergi berjalan bukan sekadar nak tidur di hotel sahaja. Jadi untuk percutian ke Korea ni kami pilih hotel murah di sekitar Seoul tetapi lengkap dengan ciri-ciri keselesaan itu sudah memadai bagi kami.

Jika anda seorang backpackers atau inginkan hotel murah di Seoul, aku cadangkan korang tinggal saja di Hotel Sarangbang Yongsan. Hotel ni merupakan hotel bertaraf 2 setengah bintang tetapi lengkap dengan segala kelengkapan dan murah. Ada beberapa rakan aku cakap hotel ni adalah hotel persinggahan anak-anak muda untuk melakukan maksiat sebab murah. Ermmm itu terpulanglah pada persepsi masing-masing tapi bagi aku selama 4 hari aku tinggal disini tak nampak pulak orang buat maksiat.

Hotel Sarangbang Yongsan ini terletak di Yongsan-gu beralamat (Chungpa-dong 1ga 160-1, Yongsan-gu,  Seoul,  Republic Of Korea). Hotel ni agak tersorok sedikit dari jalan raya. Jadi kalau datang kesini pastikan korang tanya orang ramai..

  Rating: 2.5 stars  Chungpa-dong 1ga 160-1 , Yongsan-gu,  Seoul ,  Republic Of Korea   Rating: 2.5 stars  Chungpa-dong 1ga 160-1 , Yongsan-gu,  Seoul ,  Republic Of Korea

Sila klik gambar map tu kalau nak besarkan..

Rasanya dalam banyak-banyak negara yang aku pernah melancong dan dalam banyak-banyak hotel yang pernah aku tinggal. Secara peribadi boleh aku katakan Hotel Sarangbang Yongsan ni boleh diberi sebanyak 5 bintang. Sebabnya.. korang tak perlu lagi bawa sebarang kelengkapan peribadi seperti sabun, ubat gigi, barang mandian, tuala, minyak rambut dan sebagainya sebab kat sini semua ada.. Hotel ni juga dilengkapi dengan Aircond, Lantai pemanas, LCD TV HD (ada lebih kurang 200 channel kot termasuk channel lucah VOD).. dan internet PC serta WiFi percuma 24 jam sehari. Perhh gila kan.. hotel 4-5 bintang yang lain pun belum tentu boleh bagi WiFi dan PC Internet percuma dalam setiap bilik..

Hotel Sarangbang Yongsan

Semua lengkap.. so kalau nak tinggal kat hotel ni tak payah beratkan bagasi korang..

Hotel Sarangbang Yongsan

Semua jenis charger ada.. gila kentang kan.. penat je aku bawak semua charger dari rumah.. rupanya kat sini dah disediakan..

Hotel Sarangbang Yongsan

Cerek air, tuala mandi, baju tidur pun ada..

Hotel Sarangbang Yongsan

Katil yang empuk lagi selesa..

Hotel Sarangbang Yongsan

Dilengkapi dengan bathtub air panas dan sejuk.. huhu..

hair dryer

hair dryer pun ada…

Antara yang menarik lagi dengan hotel ni.. (oppsss ni bukan entry berbayar ok..) tapi aku serius suka gila hotel ni.. hihi sebab tu aku share kat korang.. Ok antara yang menarik lagi.. hotel ni terletak berdekatan dengan tempat-tempat lawatan di Korea dan dekat sangat dengan Keretapi Seoul Station jadi kalau nak bergerak kesana sini tu memang mudah sangat.. Antara tempat pelancongan yang terdekat dengan hotel ni adalah :-

Sookmyung Women’s University – 0.5 km / 0.3 mi
Hyochang Stadium – 1 km / 0.6 mi
Namdaemun – 1.3 km / 0.8 mi
Namdaemun Market – 1.4 km / 0.9 mi
War Memorial of Korea – 1.6 km / 1 mi
Namsan Park – 1.6 km / 1 mi
N Seoul Tower – 1.6 km / 1 mi
Seoul Museum of Art – 1.8 km / 1.1 mi
Yongsan Electronics Market – 1.9 km / 1.2 mi
Deoksugung Palace – 1.9 km / 1.2 mi
Chongdong Theater – 1.9 km / 1.2 mi
Seoul City Hall – 2.1 km / 1.3 mi
Seoul International Finance Center – 2.1 km / 1.3 mi
Lotte Department Store – 2.2 km / 1.4 mi
Myeongdong Cathedral – 2.2 km / 1.4 mi

The nearest airports are:
Seoul (GMP-Gimpo Intl.) – 14.7 km / 9.1 mi
Seoul (ICN-Incheon Intl.) – 47.1 km / 29.3 mi

The preferred airport for Hotel Sarangbang Yongsan is Seoul (ICN-Incheon Intl.).

Kira semua lengkaplah.. memang tak sia-sia aku sewa hotel ni 4 malam.. harga pun murah giler.. jadi kalau ke Seoul Korea dan rasa-rasa nak cari hotel murah aku memang cadangkan korang tinggal je kat sini.. berbaloi..

Akhirnya… Seoul Aku Datang…

6272674127_328882d37e_z

Macam tak percaya je lagi beberapa hari aku akan ke Seoul Korea. Ini semua gara-gara adik aku lah yang mengajak jenjalan satu asia. Berderet dari bulan March ni sampai ke bulan November penuh dengan aktiviti pelancongan. Mentang-mentanglah aku baru beli domain Cuticuti.asia kannn.. katanyeeee… haha.. mana tau lepas buat aktiviti cuti-cuti ni boleh kumpulkan bahan untuk blog tu pulak nanti. Percutian ke Seoul Korea ni dah lama aku idamkan sebenarnya cuma tak cukup duit je. Sekarang ni pun sebenarnya tak cukup duit tapi adik aku dah pergi beli tiket so dari tak cukup tu terpaksalah cukup-cukupkan mana yang perlu. Nasib baiklah bulan ni ada chek Nuffnang baru sampai so boleh lah backup sikit duit belanja kat Korea nanti.

Screen Shot 2013-03-08 at 6.27.07 PM

 

Untuk pengetahuan aku pergi Korea bulan April 1-5 hb nanti. Naik Airasia je dan terus beli hotel sekali dari Airasiago. First time beli dari Airasiago ni so tengah blur-blur lagi.. Trip ke Korea? hoho korang jangan tanya aku apa-apa lagi sebab aku tak sampai pun lagi. Tunggu lepas aku balik nanti aku tulis travelog dalam blog ni ye.. sukaaaa sangat boleh jumpa hyung dan noona pujaan hati… kalaulah dapat terserempak dengan Running man ke Big bang ke 2NE1 ke memang aku kejar diorang kat korea nanti haha..

Tak silap aku bulan April ni musim bunga kat Korea.. tul ke? tak sabau nak pergi Nami Island tengok bunga-bunga Sakura mekar sejambak. Kalau masih ada salji best gak.. boleh lah merasa den ni pegang salji.. ehh rasa macam jakun plak kan.. serius dow aku memang tak sabar nak pergi Korea.. tunggu yehh nanti aku update pasal percutian aku kesana okey..

Percutian Ke Semarang Indonesia – Lawang Sewu

Percutian ke Semarang Indonesia adalah angan-angan yang dah lama aku idamkan. Sebabnya Semarang merupakan sebuah tempat pelancongan dunia yang sangat cantik dan banyak tinggalan sejarah didalamnya. Walaupun percutian aku kesini mengalami sedikit kesulitan tapi aku sempat juga terjah ke salah sebuah bangunan peninggalan sejarah iaitu Lawang Sewu atau lebih dikenali dengan panggilan Seribu Pintu oleh penduduk tempatan.

Lawang Sewu – Sumber Wikipedia

Lawang Sewu terletak di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia dan pernah menjadi pejabat syarikat Belanda ‘Nederlands-Indische Spoorweg Maatschappij’ atau NIS. Bangunan ini dibina pada 1904 dan siap 1907. Di hadapannnya terletak Tugu Muda atau ‘Wilhelminaplein.’

Lawang Sewu bermaksud ’1000 Pintu’ kerana mempunyai banyak pintu walaupun tak sampai 1000 buah pintu. Lawang bermaksud pintu.

Sekarang menjadi pejabat syarikat PT Kereta Api Indonesia. Satu ketika pernah menjadi pejabat Badan Prasarana Komando Daerah Militer (Kodam IV/Diponegoro) dan ibu pejabat Kementerian Perhubungan Jawa Tengah. ]

Peristiwa Pertempuran lima hari di Semarang pada 14 Oktober – 19 Oktober 1945 menyaksikan pertempuran yang hebat antara pemuda AMKA atau Angkatan Muda Kereta Api melawan Kempetai dan Kidobutai, Jepun. Lawang Sewu menjadi satu dari 102 bangunan kuno atau bersejarah di Kota Semarang yang patut dilindungi.

Arkitek Belanda, Prof. Jacob F. Klinkhamer (TH Delft) dan B.J. Ouendag dari Amsterdam ditugaskanj untuk mereka bangunan ini. Gambar lukisan dibawa ke Semarang.

Okey cukup rasanya penerangan yang aku copy dari Wiki Malaysia tu.. sekarang ni Lawang Sewu menjadi salah satu tarikan pelancong yang datang kesini. Jadi kalau datang ke Semarang jangan lupa singgah ke Lawang Sewu ye.. hoho bila Search kat Youtube jangan terperanjat sebab kat Lawang Sewu ni sekarang banyak entiti yang tinggal haha jadi kalau datang waktu malam tu agak seram jugak lah..

Dari Ahmad Yani International Airport, Semarang mengambil masa lebih kurang 20-30 minit untuk ke sini. Aku sarankan kalau nak bercuti ke Semarang elok ambil motel/hostel yang ada sekitar bandar. Murah-murah juga hostel disini tak mahal mana pun, satu malam boleh dapat RM30 je. Tiket masuk ke Lawang Sewu ni pula cukuplah murah.. harganya seperti berikut :- Dewasa : RP 10,000, Kanak-kanak dan pelajar sekolah RP 5,000. Kalau nak ada tour guide seorang RP 30,000. Nanti tour guide tu bawa jenjalan satu bangunan dan terangkan setiap inci sejarah yang ada.

Lakaran pelan Bangunan Lawang Sewu ni.. besar gak.. puaslah nak round.. tapi masa aku datang ada bangunan yang tak buka dan tengah buat renovation. Teringin nak masuk lubang bawah tanah yang ada kat dalamnya. Misteri ada hantu tu… hehe..

Kalau tak menggunakan tour guide pun tak ada.. kat dalam bangunan ada menyediakan papan informasi untuk pelancong yang datang. Boleh baca dan fahamkan..

Sebab itu lah mereka panggil 1000 pintu sebab mana-mana ceruk pergi pun jumpa pintu.. masuk pintu ni keluar pintu lain.. haha.. ramai gak yang datang sini untuk ambil gambar perkahwinan.. nampak old-school skit..

Pemandangan dalam bangunan… kalau waktu malam datang mesti seram sih..

Loteng bangunan yang unik.. tapi agak panas membahang kat atas ni.. besar loteng ni agaknya dalam 4 court badminton.

Pandangan luar Genung Lawang Sewu.

Kepala Keretapi yang terdapat di luar bangunan Lawang Sewu. Dalam gambar ada anak-anak sekolah sedang bergambar dan rakan aku Jardness sedang berposing.. haha..

LOKO UAP ini adalah kenderaan rel yang dapat bergerak sendiri dengan mesin wap yang dihasilkan dari ketel uap dipanaskan dengan kayu bakar. Loko uap C 2301 dibuat tahun 1908  dan dioperasikan tanggal 5 maret 1908 antara Semarang – Jatirogo dan Semarang – Blora. Loko Uap dihentikan operasinya pada tahun 1980.

Jadi kalau ke Semarang jangan lupa singgah di Lawang Sewu ye.. kalau tak pasti lokasinya tengok map bawah ni :)

Klik gambar untuk besarkan map

Bercuti Ke Melaka Wonderland Theme Park

Percutian kali ni lain sikit sebab dah dirancang 2 bulan sebelumnya. Aku ni jenis kalau nak pergi bercuti main redah je tapi kali ni rancang awal-awal sebab bukan aku pergi seorang tapi ramai. Semuanya adalah ahli keluarga aku, kita orang gelarkan Hari Keluarga Halimah. Semua turun padang kali ni.. nenek (Halimah), pakcik, makcik, sepupu sepapat, anak buah semua ada. Memang best percutian Hari keluarga kali ke 2 ni..

Tahun ni kita orang semua cadang terjah Melaka Wonderland Theme Park. Asalannya sebab kat sini dekat dengan KL dan harga tiket pun tak mahal sangat. Disebabkan kami semua pergi ramai jadi aku buat tempahan special direct dengan Melaka Wonderland so dapatlah 10% diskaun tiket. Kalau tak harga asal tiket RM26 Dewasa, Kanak-Kanak RM20 (Selasa-Jumaat), RM30 Dewasa, RM25 Kanak-kanak (Sabtu,Ahad, Cuti umum, Cuti Sekolah), Isnin (Tutup).

Naisss kan semua baju hijau daun.. baju pun kita orang tempah khas untuk hari keluarga ni. Siap ada logo dan nama masing-masing..  sampai je kat sini semua orang pandang.. diorang ingat rombongan mana tah.. yang penting semuanya happy.. inilah keluarga besar aku.. semua orang sporting..

Keluarga aku bergambar dengan nenek.. Uzair tak ada masa ni sebab dia ada exam..

Suka kat sini sebab ada Disabled Facilities dengan menyediakan wheelchair untuk orang kurang upaya dan wargatua. Syok nenek aku duduk kat kerusi roda ni.. Aku nak ucap terima kasih kepada staff Melaka Wonderland iaitu Hafizah (yang tolong aku buat booking tiket) dan Zulaika (gambar diatas) yang banyak membantu segala urusan percutian keluarga ini. Diorang sangat friendly dan sportinglah..

Banyak permainan kat sini semuanya air lah dah nama pun taman tema air sesuai untuk semua peringkat umur. Untuk kanak-kanak dan dewasa.. dewasa boleh masin gelongsor air yang serius menakutkan.

Kembali ke zaman kanak-kanak.. dulu main gelongsor ni kat taman permainan.. sekarang nak main tak boleh dah.. dah besar dan gemuk.. so datang melaka wonderland ni boleh main sampai lebam..

Seronok nampaknya mak aku (Zaraaluwi) dengan sepupu (Rauf).

Sesuai dengan konsep percutian keluarga, disini turut menyediakan hiburan seperti tarian poco-poco, gangnam style, chicken dance dari maskot-maskot Melaka Wonderland serta orang ramai boleh berkaraoke disini.

Bila waktu tengah hari orang mula ramai.. so nak main gelongsor pun kena beratur panjang.. jadi kami turut pergi mandi kat Big Wave.. bila tengok satu kelompoh penuh pakai baju hijau daun pisang tu haa tu keluarga kami lah.. senang nak cari kalau hilang.. haha

Teringin nak main benda alah ni.. tapi takut bila aku masuk meletop pulak haha..

Sebelum balik bergambar dulu dengan maskot Melaka Wonderland.. huhu pandai diorang ni menari Gangnam Style .. i looiikeeeee

Percutian Keluarga Halimah 2012. Memang best siutt.. next time kita bercuti luar negara pulak ye.. Ok next post aku cerita apa yang ada kat Dinasour Park pulak..

Pertama Kali Masuk Hospital

Isnin lepas sampai je ke Malaysia selepas percutian singkat ke Semarang Indonesia, aku terus ke hospital kajang untuk dapatkan rawatan berkenaan keracunan makanan yang menyebabkan aku mengalami cirit birit yang serius.

Ini merupakan kali pertama aku pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan. Selalu pergi klinik panel je. Tapi disebabkan terlalu sakit terus lah ke hospital saja. Pergi sana asalnya nak minta ubat cirit birit tapi lepas diperiksa oleh doktor bertauliah aku diberitahu yang darah tinggi aku naik dan keadaan serius.

Dalam usia 28 tahun ni memang pelik kalau ada darah tinggi yang serius. Jadi doktor terus tahan aku masuk wad kecemasan untuk rawatan susulan. Masuk wad kecemasan memang buat aku seriau. Yelah macam-macam ragam manusia boleh kita lihat kat sini yang bermacam-macam penyakit yang dihidap.

Berbalik pada cerita aku, aku disahkan mengidap penyakit darah tinggi dan perlu berehat. Doktor masuk 2 botol air dalam badan. First time lah merasa duduk dalam wad kecemasan dan masuk air dalam badan haha. Mungkin orang lain dah biasa tapi bagi aku ini adalah pengalaman pertama yang tak akan aku lupakan.

Hampir dua botol air dah masuk dalam badan bacaan BP aku kembali normal macam orang lain. Bila doktor cek darah pulak darah aku kurang gula. Aduhai badan gemuk macam aku ni pun boleh kurang gula?? Pening tul.. Nasib baik lah aku tak ada penyakit kronik yang lain.

Syukur lah kalau tak merasa pulak lah duduk dalam wad lama lagi. So doktor bagi ubat darah tinggi selama seminggu dan lepas seminggu nanti aku kena pergi klinik kesihatan berdekatan untuk dapatkan rawatan seterusnya.

Ps : pergi hospital pasal cirit birit last-last masuk air kerana darah tinggi. So lepas ni aku kena jagalah pemakanan aku supaya tak menjadi serius lagi.

Travelers’ Diarrhea Mencacatkan Percutian Kali Ini

Sabtu lepas seperti dalam perancangan awal aku sebenarnya pergi bercuti ke Semarang Indonesia. Selamat sampai di tanah Jawa Tengah pada awal pagi sabtu dan terus mencari makanan di sekitar bandar Semarang.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Indonesia membuatkan hati aku melonjak ghairah. Disini kaya dengan wisatanya yang indah serta bangunan-bangunan peninggalan sejarah. Tak ketinggalan juga makanan disini enak-enak belaka. Sebagai seorang pelancong aku pasti tak nak ketinggalan menikmati makanan yang sedap-sedap tu.

Sampai saja kesini aku terus bedal nasi ayam penyet, wingko babat, Lumpia Semarang yang bagiku sungguh enak. Malang tak berbau bila sampai ke petang perut aku sakit dan rasa macam nak demam. Sah aku dah dapat penyakit Travelers’ Diarrhea (TD).

Mungkin perut aku tak biasa dengan makanan kat sini barangkali. Atau mungkin aku dah tersalah makan. Aku tak dapat bertahan lama jadi percutian selama seminggu yang aku rancangkan terpaksa dibatalkan. Aku ambil keputusan untuk terus balik ke Malaysia. Takut sebenarnya nak pergi hospital kat Indonesia ye lah takut bayarannya terlalu mahal sebab aku bukan warganegara sana. Kalau di Malaysia cuma bayar RM1 je kalau masuk hospital kerajaan.

Keputusan drastik aku untuk pulang ke Malaysia terpaksa dibuat sebab aku rasa macam tak sedap badan. Terus beli tiket Airasia balik pada keesokkan harinya dengan bayaran RM350. Memang mahal tapi apalah sangat nak dikira dengan kesihatan aku yang semakin tak stabil.

Insyaallah nanti kalau ada rezeki lagi aku nak ke Semarang dan seluruh negeri di Indonesia. Aku tak akan patah semangat. Tunggu masanya nanti.

Syukur juga walaupun hanya sehari sempat berjalan ke Semarang aku sempat singgah ke Lawang Sewu yang merupakan sebuah bangunan peninggalan sejarah disana.

Tips untuk mereka yang melancong bersendirian :-

1. Elakkan memakan atau minum minuman yang anda kurang pasti tahap kebersihannya.

2. Bawa bekalan ubat. Manalah tahu di negara yang anda pergi tu kos perubatannya mahal

3. Sentiasa minum air bersih.

4. Kalau sakit teramat sangat elok balik je dari buang duit hanya duduk di hotel.

5. Kalau nak pergi bercuti tu jangan riak sangat (ni yang berlaku kat aku). So lepas ni aku tak nak kecoh-kecoh haha..

Ps : so far Diarrhea aku semakin kurang tapi dah 5 hari masih berak cair. Ntah bila lah nak baik ni..