Iftar DiGi Untuk DiGi Super Bloggers

Semalam meriah sakan pergi berbuka puasa kat Café Marmalade, Bangsar Village II sebab dapat jemputan terhormat dari Nuffnang dan DiGi bagi meraikan bulan Ramadan bersama-sama DiGi Super Bloggers yang lain. Orang cakap rezeki manusia siapa yang tahu, ya memang betul kata pepatah tu sebab rezeki aku semalam menang hadiah-hadiah dari DiGi termasuk Traveller Bag Special Edition dari DiGi. Perhh memang tengah cari beg besar sekarang ni maklumlah aku ni suka sangat pergi melancong. Selalu melancong pun pinjam beg orang tapi kini tidak lagi sebab dah ada beg sendiri.

Makanan kat Café Marmalade memang best dan sedap. Berkali-kali aku tambah siap boleh bungkus bawak balik lagi. Terbaik lah.. harap tahun depan DiGi dan Nuffnang buat lagilah iftar bersama bloggers. Malam tu pihak DiGi ada buat sikit intro/info pasal pekej DiGi Perantaun dan DiGi Smart Plan so bloggers yang datang turut dimeriahkan lagi dengan kuiz dan games yang diorang buat. Happening sangat.

Continue reading