Untunglah Dapat Bergambar Dengan Christina Perri

Untunglah diorang dapat bergambar dengan Christina Perri. Untung juga kat aku sebab aku pun dapat bergambar sama masa konsert Christina Perri baru-baru ni kat KL Live. Yahhhoooo macam tak percaya je kan aku dapat tiket konsert dan tiket Meet & Greet Christina Perri ni. Sebab aku memang minat giler tahap gaban lah dengan awek Christina Perri ni. Terima kasih sangat-sangat kat Nuffnang dan Celcom sebab buat contest A Thousand Years with the Christina Perri and Celcom dan pilih aku salah seorang pemenangnya.

Hurray belum tentu aku dapat jumpa Christina Perri thousand years lagi jadi saat indah ni memang aku tak dapat lupakan. Ye lah aku ni memang peminat setia no 1 Christina Perri kat Malaysia ni. Cakap je apa lagu dia semua dalam kepala otak aku ni haha.. (gebang je lebih). Harap tahun depan Christina Perri nak la buat konsert dia kat Malaysia lagi kan.. sure aku nak pergi lagi.

Masa sesi Meet & Greet hari tu untung sangat sebab co-founder Nuffnang Timothy Tiah Ewe Tiam dan Audrey Ooi Feng Ling pun dapat peluang untuk duduk diatas pentas masa Christina Perri nyanyi lagu A Thousand Years. Wahh memang bestlah dan sangat romantik masa tu. Yang paling best Christina Perri yang ajak sendiri diorang berdua. Teringat video meme diorang melamar kat youtube tu yang guna lagu latar A Thousand Years memang syok. Apa-apa pun konsert malam ni memang syok habis.. sorrylah aku tak ada ambil gambar sebab tak boleh bawa masuk professional camera dan video camera. Gambar M&G ni pun aku ambil dari fesbook penganjur.