Shopping, Makan Dan Santai Di Hatyai

 

Terus terang aku pergi Hatyai ni main redah je, duit dalam poket pun cuma bawa RM300 je untuk makan, shopping dan santai-santai. Nasib baiklah kadar pertukaran wang disini sama je nilainya. Cuba pergi New Zealand dulu gila aku dibuatnya bawak RM1k pun tak cukup. Rasanya kalau pergi bujang-bujang ke Hatay ni RM300 dah kira cukup sangat dah. Apa sangatlah yang hendak dibeli kat sini.. aku pun just shopping fridge magnet dan t-shirt je.. yang bestnya kat sini baju t sangatlah murah.. RM10 sehelai.. murah ke? ala cincailah kira murah juga la kan.. kalau pandai tawar menawar atau beli banyak mungkin boleh dapat lagi murah. Beginilah pemandangan malam di Hatyai. Aman, damai dan tenteram jiwa cuma jalan raya agak sesak sekitar 7 malam- 9 malam mungkin ramai yang baru nak balik kerja. Bagi yang nak melancong ke Hatyai ingat pesanan aku ni .. datang hari Sabtu dan Ahad je sebab waktu ni lah ramai peniaga yang menjual barang.. kalau datang hari lain macam suram je..

 

 

Pink Lady Complex merupakan sebuah tempat yang menjual pelbagai jenis cenderamata untuk dibeli. Kat sini aku perhatikan harganya agak mahal sikit berbanding pekedai yang jual ditepi jalan. So kalau nak bershopping korang roundlah dulu 3-4 kali tengok kedai mana harga murah. Jangan nanti bila dah beli awal-awal menyesal pulak tengok kedai depan harga lebih murah.

 

 

Berhadapan Pink Lady Complex pula terdapat banyak gerai makanan muslim. Jadi kalau kesini jangan cakap susah nak cari makanan islam sebab melambak ada. Yang menarik disini terdapat sebuah gerai kakak purdah ni yang menjual cendol, pulut mangga dan pulut durian. Rasanya sangat enak dan harga sepinggan 50B (RM5). Memang berbaloi sebab mangga dan durian yang dihidangkan sangat fresh sampai meleleh air liur.

Continue reading

Manjakan Diri Di The Royal Malaysian Traditional Spa

Layanan Bak Permaisuri. Itulah yang membuatkan aku tertarik benar nak beli kempen yang tengah berjalan di laman MilkAdeal.com ni. Untuk pengetahuan aku beli deal ni bukan untuk aku tapi sebab nak hadiahkan kepada kakak aku yang baru menimang cahaya matanya yang pertama dan seorang lagi nak hadiahkan kepada seseorang yang banyak membantu dan memahami diri aku ni tak lain tak bukan kekasih aku lah siapa lagi.

Sebelum tu nak cerita sikit tentang MilkADeal yang mereka sekarang sudah melancarkan aplikasi terbaru untuk pengguna Apple Appe store dan Android Market dan aplikasi ini dibekalkan secara percuma untuk dimuat turun. Sekiranya anda berminat untuk mencuba boleh download pada link ini : iPhone Apps / Android. Buat pertama kalinya aku nak try guna apps dari iPhone Milkadeal ni untuk pembelian dari The Royal Malaysian Traditional Spa. Wah sekarang lagi mudahkan.. klik sana klik sini dah dapat beli barang. Tak payah lagi nak beratur panjang atau susah-susah nak keluar rumah, lagi bagus gunakan Milkadeal sebab kat sini kita boleh dapat diskaun dari 50-90% tau untuk setiap pembelian.

 

Bagi pengguna iPhone boleh klik icon Milkadeal dan pengguna perlulah memilih bandar dan tawaran yang berdekatan dengan anda. Ada 3 kawasan yang disediakan buat masa ini iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Selepas memilih bandar pilihan anda akan dibawa ke page “Today’s Deal” dimana page ini akan memaparkan tawaran/deal yang terbaru dan terkini dari Milkadeal. Sekiranya anda ingin melihat tawaran yang lain anda boleh klik ke tab “Side Deals” untuk maklumat lanjut.

Pengguna Milkadeal sedia ada boleh log masuk menggunakan email dan katalaluan dan sekiranya anda bukan ahli anda boleh memilih untuk membuat pendaftaran. Melalui apps MilkAdeal ini juga anda boleh membuat hebahan dan berkongsi maklumat serta tawaran yang anda beli.

Pembayaran tawaran boleh dibuat menggunakan PayPal dan eWallet. Selepas membuat pembayaran anda akan menerima voucher tawaran anda serta merta. Mudah bukan, selepas dapat voucher pembelian anda dah boleh menikmati penjimatan yang dikehendaki.

Okey bercakap mengenai tawaran yang aku beli baru-baru ni iaitu The Royal Malaysian Traditional Spa aku harap kakak dan kekasih aku happy dengan hadiah yang aku berikan ini. Bukan setakat murah semurah RM39 (harga asal RM373) iaitu penjimatan sebanyak 90% diskaun. Dengan hanya RM39 aku dapat Rawatan Menegang Kulit Wajah + Sauna + Skrub Badan dan Spa Kaki. The Royal Malaysian Traditional Spa sangat bagus dan mereka pernah memenangi anugerah “Asia-Pacific Excellence – Outstanding Beauty & Wellness Products”. Jadi jangan risaulah dengan kualiti dan perkhidmatan yang mereka sediakan kerana semua adalah terbaik untuk para pelanggannya. Selain dari itu spa ini diinspirasi oleh rawatan tradisional Malaysia dan rawatan disini menggunakan produk unik yang dirumus khas secara semulajadi tanpa pewarna tiruan, pewarna tiruan, bahan kimia aktif atau pengawet dan 100% bebas hydroquinone & diperkaya dengan AHA.

Sekiranya korang pun berminat dengan tawaran ini jom beli sekarang.. kalau bukan untuk diri sendiri pun kita boleh hadiahkan kepada orang yang tersayang..

Syarat-syarat

Tempoh Penebusan: 20 September 2011 – 20 Disember 2011
Tiada Had Pembelian & Tiada Had Penebusan Seorang
Untuk Lelaki & Wanita
Anggaran Tempoh Perkhidmatan: 135 minit.
Pecahan Tempoh Perkhidmatan: Rawatan Tegang Kulit Wajah (45 minit) + Sauna (15 minit) + Urut Badan (45 minit) + Skrub Badan (15 minit) + Spa Kaki (15 minit)
Perlu membuat temujanji sekurang-kurangnya 3 hari sebelum.
Hubungi Eve di +6014 3865873 / +603 6203 4448 / +603 6203 1844 to make an appointment
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am – 11pm)
Baucar harus diserahkan ketika Proses Penebusan bagi pengesahan
Cara untuk mendapatkan tawaran:

1) Beli baucar
2) Dapatkan baucar dalam akaun anda di “My Stuff” di MilkADeal
3) Hubungi Royal Malaysian Traditional Spa untuk membuat temujanji
4) Serahkan baucar anda di lokasi penebusan
5) Nikmatinya!
Sila lihat syarat-syarat yang diguna pakai untuk setiap tawaran

Jom kalau berminat sila klik sini : http://www.milkadeal.com/deals/royalmalaysianspa-completeexperience