Gambar Mizz Nina – MTV World Stage Live In Malaysia 2012

Persembahan Mizz Nina petang tadi di MTV World Stage Live In Malaysia 2012 memang terbaik bagi aku. Siapa yang tak kenal dengan Miz Nina? tak tau lah.. bagi aku persembahannya sangat bertenaga dan mantop. Tapi kenapa masa menyanyi Mizz Nina macam suruh orang belakang pentas cut lagu yang tengah dia nyanyi? ada yang kata kat twitter Mizz Nina miming bukan nyanyi live. Walau apa pun alasan yang diorang berikan bagi aku Mizz Nina TERBAIK!! Tahniah.. Untuk maklumat semua Mizz Nina menyanyikan beberapa lagu hit antaranya Just Do It, Takeover, Hit Me Up, Pentak Yang Sama, With You, Summer Burning dan What You Waiting For.

Twitter Nurul Elfira Loy pun cakap “Seriously setakat miming tak syokah #MTVWorldStage2012” tapi tak pula cakap siapa.. ermmm tak pe la Elfira kalau miming pun at least persembahan dia bagus..

Continue reading

MTV WORLD STAGE LIVE IN MALAYSIA 2012SMASHES ATTENDENCE RECORDS

MTV WORLD STAGE LIVE IN MALAYSIA 2012SMASHES ATTENDENCE RECORDS AS JUSTIN BIEBER, KARA, MIZZ NINA AND JAY PARK TAKE MALAYSIA’S BIGGEST MUSIC EVENT TONEW HEIGHTS
Beliebers, Jaywalkerz, Kamilias and Mizz Nina fansFill Surf Beach @ Sunway Lagoon for an Unforgettable Night of Live Music and Groundbreaking Social Media Interaction
MTV WORLD STAGE LIVE IN MALAYSIA 2012Premieres on MTV SEA Saturday 28 JulyBroadcast globally into over a half-billion homes on MTV WorldStage later this year

BANDAR SUNWAY, MALAYSIA – 15 July 2012: MTV World Stage Live InMalaysia 2012
at Surf Beach @ Sunway Lagoon smashed all attendance records asover 16,000 people flocked to see global superstar Justin Bieber, K-pop sensations Jay Park and Kara, and local singer-songwriter Mizz Nina perform live for fans,celebrities, dignitaries and VIPs in attendance. Demand for passes to the free eventwas at its highest level ever as pop music took center state in a night of spectacularperformances, breath-taking choreography and social media interaction that putsmusic fans center stage of the star-studded evening.

Attendance at MTV World Stage Live in Malaysia 2012 peaked over 16,000 withthousands of Beliebers, Jaywalkerz, Kamelias and Mizz Nina fans queuing up as early as 7:00am hoping to get a glimpse of their favorite stars or be among the firstadmitted into Sunway Lagoon. In the days leading up to the event, thousands of fans were tweeting, posting and sharing photos via Instagram, sending#worldstagemy in to overdrive with fans clamoring to see their comments andpictures broadcast across the giant screens that flanked the stage.

As a countdown commenced to signify that the show was about to start, the decibellevels skyrocketed as worldwide superstar and #1 recording artist Justin Bieberopened the show by emerging from center stage and kicking off the night with hissmash hit, “Baby.” Being Bieber’s only Southeast Asian stop, the screams could beheard from Subang to Kuala Lumpur as he enthralled fans with performances of “AllAround the World” and “As Long As You Love Me,” followed by acousticperformances of “Die in Your Arms,” “Be Alright” and “One Time.” The tempo pickedback up with “Never Say Never” and the set closed with “Boyfriend,” the first hitsingle off of Believe, Bieber’s newly released full-length album that catapulted to #1in 30 countries across the world in its first week of release including Malaysia,Singapore and the Philippines.Park Gyu Ri, Han Seung Yeon, Goo Ha Ra, Nicole Jung and Kang Ji Young – betterknown as Korea’s mega girl-group, Kara — were next to take the stage, marking theirfirst-ever live Malaysian appearance. Their set kicked off with “Step” accompaniedby ten dancers and set a high-energy tone that carried straight into performances of “Jumping,” “Lupin,” and “Honey,” and “Let It Go”. Kara finished up their set withtheir history and dance craze making hit “Mister,” the single that put Kara in therecord books as the first non-Japanese female group to break the Top 10 in Japan’sOricon charts in over 29 years.

Continue reading

Jom Buat Anime & Join TBS DigiCon6

 

Sebenarnya setiap orang ada bakat terpendam cuma tak ada cara nak luahkan je. Lebih-lebih lagi kalau ada bakat buat Animation (Amine). Jangan cakap orang yang pro je pandai buat Anime tau sebenarnya sesiapa saja boleh berjaya dan buat anime sendiri kalau berusaha. Tergerak hati aku sebenarnya nak join contest TBS DigiCon6 ni sebabnya hadiah yang ditawarkan sangatlah lumayan dan menarik. Tuah manusia siapa yang tahukan? jadi dari tak buat apa-apa, apa salahnya mencuba benda yang lain pulak.

Untuk pengetahuan semua TBS Digicon6 ni terbuka kepada semua yang berminat dalam pembuatan berasaskan digital. Tak kiralah apa saja cara sekalipun asalkan ianya di edit dan menggunakan peralatan berasaskan digital dah layak untuk menyertaiya. Ianya terbuka kepada mereka yang professional dan amateur macam aku ni. Siapa yang pandai buat anime tu digalakkan lah join TBS Digicon6 ni mana tahu korang boleh menang hadiah lumayan.

 

 

TBS DigiCon6 mula bertapak sejak tahun 2000 di Jepun yang mencari bakat semulajadi dari beberapa negara seperti Japan, China, Hong Kong, India, Korea, Singapore, Taiwan, Thailand, Philippines dan Malaysia. Anugerah ini mencari bakat terpendam dari mereka yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam dunia digital dari seluruh Asia. Ianya juga merupakan salah satu cabang bagi pelajar, amatuers dan golongan professional untuk menunjukkan potensi dan kreativiti yang mereka ada kepada semua.

Hadiah yang ditawarkan dalam TBS Digicon6 sangatlah lumayan. Bagi peringkat Malaysia hadiah pertama layak mendapat jemputan ke peringkat akhir di Tokyo Jepun pada 16 November 2012. Senarai hadiah seperti berikut :-

Hadiah Peringkat Malaysia

Hadiah Peringkat Akhir di Jepun

Structure Pertandingan dan Anugerah TBS Digicon6

 

 

Jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah start buat anime korang sekarang. Tarikh tamat hantar penyertaan pada 3 Ogos 2012 dan keputusan (14th TBS DigiCon6 Malaysian Competition) akan keluar pada bulan September 2012. Untuk maklumat lanjut tentang penyertaan dan syarat-syarat boleh lawat : http://www.mscmalaysia.my/topic/Digicon6

Huhu korang dah tengok ke belum anime yang aku buat? alahai biasa-biasa je.. guna pun software free je tapi at least aku mencuba dari tak buat apa kan.. untuk Digicon6 kali ni aku buat anime 3d guna software Muvizu yang sangat simple dan senang.. korang pun boleh buat gak lebih baik dari yang aku buat. Jom lah tengok anime cerita “Kisah Si Belalang” yang aku buat ni..

 

 

Cerita ni adalah cerita untuk kanak-kanak.. kisah Si Belalang dengan rakan-rakannya.. harap korang dan juri sukalah ye cerita dan video ni.. aku ni amateur je bukan pro pun.. insyaallah lepas ni aku akan lebih teliti bila buat video anime.. :)  So kawan-kawan chillout dan have fun ya.. jangan lupa join TBS DigiCon6 tau ..

Justin Bieber To Open MTV World Stage Live In Malaysia 2012

MTV World Stage Live in Malaysia 2012 will be held at the

Surf Beach @ Sunway Lagoon, Bandar Sunway, Malaysia on 14 July 2012.

The concert will be broadcast on MTV SEA on Saturday 28 July 2012, 12:30pm (WIB), 1:30pm (SG/HK/PHIL), 2:30pm (MAL).

Believe it. Fans will see Justin Bieber open MTV World Stage Live in Malaysia 2012 with a bang at the Surf Beach @ Sunway Lagoon on 14 July. This highly anticipated performance, as the only Southeast Asia stop on his “All Around The World” tour, comes hot on the heels of Justin Bieber’s newly released full-length album Believe.

Since its 19 June debut, Justin Bieber’s 4th album has exploded to #1 spot in 30 countries, including Malaysia, Singapore, Indonesia and The Philippines in Asia. His “Boyfriend” music video, at over 89 million VEVO views today, shattered all online records since its MTV premiere on 3 May.

Come next Saturday, over 15,000 fans will have the exciting opportunity to witness Justin Bieber’s artistic growth and more mature sound at MTV World Stage Live in Malaysia 2012. For one sensational evening, Beliebers, Korean pop fanatics and supporters of local music will converge at Sunway Lagoon for a night of live performances by Justin Bieber, Jay Park, KARA and Mizz Nina that truly represent what World Stage is all about – bringing the biggest and best local, regional and international artists together on one stage.

Promising fans a World Stage that is the most interactive yet, MTV will not only be sharing exclusive moments with social media followers but empowering the audience in attendance to be an integrated part of the music extravaganza this year.

Continue reading

Tarian Tor Tor Dan Gendang Mandailing Adalah Warisan Negara

Baru aku tahu yang Tarian Tor Tor Dan Gendang Mandailing Akan Diiktiraf Sebagai Warisan Negara kata YB Rais yang aku baca dalam website Bernama. Padan lah kat twitter petang tadi jadi medan perang memaki hamun dua Negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Terus terang aku pun tak tahu pun pasal tarian Tor Tor dan Gendang Mandailing ni tapi baguslah kalau usaha pihak berkenaan menegakkan hak dan warisan negara Malaysia ni.

Sebenarnya banyak pekara yang kita tak tahu pasal tarian Tor Tor dan Gendang Mandailing jadi harapnya lepas ni kalau ada majlis-majlis rasmi atau tak rasmi berkenaan kebudayaan bolehlah diperkenalkan lagi kepada Masyarakat Malaysia.

Tak tahulah nak cakap macam mana. Indonesia kata itu warisan mereka. Malaysia pula kata tu warisan dia gak. Bagi aku warisan kebudayaan tu universal dan setiap orang ada warisan budaya mereka sendiri. Jadi pasal isu-isu macam ni sebenarnya tak perlu la nak gaduh atau maki hamun kat twitter. Kita pun berjiran dan budaya kita pun lebih kurang sama je antara satu sama lain.

20120618-212211.jpg

## Petikan Bernama ##

Tarian Dan Gendang Mandailing Akan Tetap Diwartakan Sebagai Warisan Negara – Rais
SINGAPURA, 18 Jun (Bernama) — Tarian Tor-tor dan paluan Gordang Sambilan (sembilan gendang) masyarakat Mandailing akan tetap diwartakan sebagai warisan negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata setiap bangsa berhak mengamalkan budaya asal usul mereka dan “tor-tor dan gendang besar bukan dimiliki oleh seseorang menurut Konvensi Geneva.”

“Bangsa-bangsa Bersatu menjamin kebebasan mengamalkan sesuatu budaya mengikut asal dan aturan hidup mereka,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan beliau terdahulu untuk mewartakan tarian dan gendang Mendailing itu tetapi menimbulkan bantahan media Indonesia.

Rais kini berada di Singapura bagi menghadiri Forum Peringkat Menteri tentang ICT di Marina Bay Sands Expo.

Rakyat Malaysia mempunyai asal usul dari Nusantara seperti juga orang Tionghua dan orang India, begitu juga orang Jawa, orang Mandailing, orang Minang yang telah duduk berakar umbi di Malaysia berpuluh (atau) beratus tahun, mereka berhak mengamalkan budaya mereka, katanya.

Rais berkata jika ada yang membantah dan membuat tunjuk perasaan, baginya itu biasa.

“Tapi kita di Malaysia (memang ada) orang Minangkabau, ada orang Bugis ada Jawa, ada Mendailing, Sunda, Kalimantan dan orang dari Pontianak, semua mengamalkan budaya mereka sendiri,” katanya.

Rais berharap perkara itu tidak patut dibantah.

“Hal ini sudah pun didebatkan dulu…tapi barangkali cerita lama mengiung semula. Insyaallah, kita akan menggazetkannya seperti mana kita menggazetkan tarian seperti zapin, dongdang sayang dan kuda kepang.

“Kuda kepang memang banyak di Jawa..tapi di negeri Johor pun ia menjadi asas,” katanya.

– BERNAMA

Update Mac OS X Lion v10.7.4

 

Hari ni barulah dapat berehat kat rumah puas-puas. Kalau tak tu penuh dengan aktiviti dengan kerja yang melambak yang perlu disiapkan. Time cuti-cuti ni lah baru dapat peluang untuk update blog dan skodeng blog kawan-kawan. Perhhh blog aku ni semakin hari semakin tak ramai orang masuk. Haha.. biasalah dah bersawang, bulan lepas pun hanya 18 entry je aku sempat update.. bulan ni pun tah berapa entry je la mampu aku tulis. Haha tak apa lah bukan nak kejar visitor pun.. janji dapat share tips ke share cerita ke kat visitor pun aku dah happy… btw ramai gak yang sms/call aku tanya pasal percutian yang aku pernah tulis kat blog ni.. OMG maaf ye semua saya bukan agent pelancongan, saya cuma share cerita tentang tempat yang saya pergi melancong je.

Ok lah hari ni disebabkan hari cuti aku.. aku nak update dan kemaskini semua yang ada dalam Macbook Pro aku ni. Dah macam-macam sampah ada dalam macbook ni tau.. punyalah malas aku nak bersihkan haha.. tadi bila check update rupa-rupanya mac dah keluar version baru iaitu Mac OS X Lion v10.7.4. Rasanya orang lain semua dah updatekan? aku sorang je kot yang masih ketinggalan lagi haha.. Apa yang diorang kemaskini pada update OS X ni?.. tengok nih..

 

The OS X Lion v10.7.4 Update includes fixes that:

  • Resolve an issue in which the “Reopen windows when logging back in” setting is always enabled.
  • Improve compatibility with certain British third-party USB keyboards.
  • Addresses permission issues that may be caused if you use the Get Info inspector function “Apply to enclosed items…” on your home directory. For more information, see this article.
  • Improve Internet sharing of PPPoE connections.
  • Improve using a proxy auto-configuration (PAC) file.
  • Address an issue that may prevent files from being saved to an SMB server.
  • Improve printing to an SMB print queue.
  • Improve performance when connecting to a WebDAV server.
  • Enable automatic login for NIS accounts.
  • Include RAW image compatibility for additional digital cameras.
  • Improve the reliability of binding and logging into Active Directory accounts.
  • The OS X Lion v10.7.4 Update includes Safari 5.1.6, which contains stability improvements.

For information about the security content of this update, please visit: http://support.apple.com/kb/HT1222.

 

Okey.. baguslah.. nasib baik lah time aku cuti-cuti 1 Malaysia ni..  boleh la ambik masa untuk update.. kalau tak mau sampai version lain baru aku sempat nak update kot haha.. apa-apa pun kepada korang yang pakai Mac OS sila-sila lah rajin clean cache dan history laptop korang tu.. dan selalu lah check update version ye.. jangan jadi malas cam aku hihi..

33 Foto – We The Kings & We Are The In Crowd

Khas untuk pembaca blog Mohdzaid.com yang juga peminat We The Kings & We Are The In Crowd. Nah ada 33 keping gambar diorang yang terbaru diambil petang tadi di DoubleTree Hilton Kuala Lumpur untuk tontonan semua. Amacam Juliet-Juliet semua.. mesti korang jeleskan? haha jangan jeles-jeles.. korang layan je lah gambar diorang ni ye.. :) apa-apa pun diorang ni memang peramah dan perangai giler-giler.. best layan..

 

Continue reading

Siapa Olivia Lubis Jensen

 

Bukan senang tau nak jumpa artis Sinetron dan Filem Indonesia ni. Sekali dapat jumpa aku mesti terliur tengok haha.. cewek-ceweknya cantik bangat sih.. ngak bisa aku menahan sebak di dada haha.. bukan aku je yang terliur, ramai je jejaka kacak luar sana pun menangis tengok cewek Indonesia yang gebu-gebu ni. Adoi apalah yang aku merepek ni kan? haha bukan apa aku sebenarnya terlebih excited sebab dapat jumpa Olivia Lubis Jensen hari tu.

Sebenarnya korang jangan salah faham. Aku jumpa dia bukan sebab bisnes atau apa-apa hubungan pun. Kebetulan je dapat jumpa dia kat TGV Sunway Pyramid hari tu. Tak sangka pulak dia pun ada sekali. Sanggup tu turun Malaysia sama-sama tolong mempromosikan filem terbaru lakonannya tu. Korang pernah tak dengar nama Olivia Lubis Jensen? kalau korang peminat filem Indonesia mesti korang kenal dengan dia ni tapi kalau korang tak minat rasanya tak kenal lah kot kan?..

Olivia Lubis Jensen ni seorang pelakon sinetron, filem, pengacara, model iklan dan video klip. Baru berusia 19 tahun anak kacukan German-Indonesia Batak. Padan lah cantik dan putih gebu sebab berdarah kacukan. Antara filem lakonan Olivia adalah Bukan Cinta Biasa (2009), Kembang Perawan (2009), Cinta 2 Hati (2010), The Tarix Jabrix 3 (2011),  Milli & Nathan (2011), Masih Bukan Cinta Biasa (2011), Gerimis Mengundang bersama artis Malaysia (2012) dan “Ada Apa Dengan Cinta 2″ (2012). Bakat dia ni memang tak dapat nak dipertikaikan lagi, masa usia muda ni lah patut bekerja keras dalam bidang yang dia ceburi ni.

Harap lepas ni Olivia dapat banyak tawaran berlakon filem di Malaysia dan Indonesia ya. Aku support kamu disini.. bisa ngak kita keluar date.. ? haha… ok lah jom layan foto Olivia Lubis Jensen.

 

Ehh tiba-tiba kan bergamar dengan Olivia Lubis Jensen.. jangan jeles haha..

Continue reading

Ini Malaysia OK

Sampai ke hari ni tak habis-habis cerita pasal BERSIH 3.0. Orang tu tuduh orang ni, orang ni tuduh orang tu.. yang di atas dikatakan bersalah, yang di bawah macam baik sangat. Kata aman tapi tak aman, tumbuk sana tumbuk sini, terbaik kereta, pecahkan cermin. Rosakkan harta benda awam. Langgar orang, bunuh orang.. APA SEMUA NI??? Ini Malaysia OK. Mana pergi sifat 1 Malaysia? Mana pergi Berbudi bahasa, mana pergi sopan santun aman mulia?

Entah lah rasa jijik bila tengok masyarakat yang tak ada akal otak pergi merusuh jalanan. Dah macam tak ada kerja nak dibuatnya. Kalau nak tunjukkan keadilan sekali pun tak usahlah sampai nak merosakkan harta benda dan melibatkan orang lain sampai cedera. Malaysia ni negara aman damai, jangan jadikan isu politik dan hal peribadi sampai negara sendiri musnah dan kembali dijajah oleh orang lain.

 

 

Kembalilah pada Rukun Negara kita iaitu :-

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

 

Jangan dek kerana nak menyokong politik sesetengah pihak sampai maruah negara sendiri tergadai. Aku bukan nak sokong sesiapa tapi aku sayangkan negara aku Malaysia yang tercinta. Jadi aku mohon sama-sama kita janganlah bergaduh sesama sendiri dan pupuk semula semangat dan nilai perpaduan yang erat antara semua bangsa dan agama dalam negara Malaysia ni. Sama-sama kita sayang dan menghormati antara satu sama lain.

Lantak pi lah diorang yang nak merusuh ke nak kejar pangkat ke nak jadi PM ke.. tapi kita sebagai rakyat kena ingat. Tanpa perpaduan dan mengekalkan Rukun Negara ni musnahlah masa depan anak-anak kita. Renung-renungkan..

Panggung Berprestij Istana Budaya Banyak Nyamuk

Gambar Sumber : Google.com.my

 

Pertama sekali aku nak minta maaf jika tulisan aku ini ada membuat mana-mana pihak berasa kecil hati, sakit hati atau makan hati. Tapi sebagai seorang manusia biasa dan seorang blogger, aku kena jujur dengan apa yang aku alami dan rasakan. Mungkin ini bukan saluran yang betul untuk meluahkan perasaan tapi bagi aku tak salah juga kalau semua orang tahu dan mungkin pihak berwajib dapat mengambil perhartian sewajarnya selepas membaca hebahan aduan ini.

Aku ni nak kata selalu tengok teater tu tak lah, dalam hidup aku rasanya baru 3 kali je kot tengok teater dan 2 kali itu aku tengok kat Istana Budaya. Semalam aku dan keluarga pergi menonton teater Gerimis Mengundang dan bagi aku teater tu memang terbaik dan menghiburkan. Cuma sedikit pekara yang tak menyenangkan aku dan mungkin orang lain adalah dengan kehadiran Nyamuk di dalam dan di luar kawasan Istana Budaya. Adakah nyamuk tu prop atau rekaan set yang sengaja dibiarkan berterbangan merayap dan mengigit penonton dalam panggung.

Aku tak rasa nyamuk tu adalah prop sebab selalunya prop teater tak akan sampai atau kena pada penonton. Rasanya pihak Istana Budaya perlu mengambil berat tentang masalah ni. Lebih-lebih lagi Istana Budaya merupakan sebuah Panggung berprestij dan bertaraf antarabangsa. Ramai penonton dalam dan luar negara yang datang ke sini dan Istana Budaya juga merupakan salah satu tarikan pelancong luar untuk datang ke Malaysia untuk menyaksikan persembahan hebat dengan teknologi canggih yang ada di Istana Budaya.

Nyamuk di luar kawasan Istana Budaya memang banyak, selepas dari persembahan teater tersebut aku dan blogger lain berpeluang untuk bertemu dengan para pelakon di luar panggung. Alangkah terkejutnya aku bila hampir berpuluh-puluh ekor nyamuk yang hinggap di atas kepala para pelakon dan blogger lain. Aku nak ambil gambar mereka pun rasa terbantut sebab nyamuk pun sama nak ikut enterprem dalam gambar.

Cadangan aku supaya pihak Istana Budaya kalau membaca luahan aduan ni dapat buat Fogging di dalam dan sekitar kawasan Istana Budaya dengan lebih kerap. Pekara ini juga perlu kerana harapan penonton yang mengeluarkan duit dengan banyak untuk menyaksikan persembahan teater kegemaran mereka menjadi terbantut dengan kehadiran nyamuk. Jangan mengundang nyamuk dalam gerimis.

 

PS : Sekali lagi saya minta maaf kalau ada pihak terasa dengan aduan saya ni.. demi menambah baik mutu Istana Budaya diharap pihak berwajib dapat mengambil perhatian sewajarnya dengan segera. Terima Kasih.