Berbelanja Dengan RHB Debit Cash-Connect MasterCard

Makan… makan… makan… ya makan lah sepuasnya bila masih ada nyawa ni.. bila masih ada selera yang tuhan bagi.. itulah yang selalu aku buat hari-hari. Sebenarnya makan ni tak boleh nak kedekut sangat sebab kalau kedekut tak merasa la kenikmatan makanan tu nanti. Lagi satu kalau bercakap pasal makan, janganlah membazir pergi order banyak-banyak tapi tak makan dengan habis. Disebabkan aku ni suka makan, jadi aku nak share lah beberapa tempat makan yang best disekitar Kuala Lumpur/Selangor dan tempat yang aku paling suka lepak dengan kawan-kawan dan keluarga.

Pertama sekali aku nak suggest satu kedai makan yang istimewa ni, iaitu Rumah Makan Cibiuk Malaysia (RMCM) iaitu santapan makanan asli Sunda yang terletak di No. 1-G, JLN PUTRA 6, TMN PUTRA KAJANG , 43000 KAJANG, SELANGOR. Masakan di Rumah Makan Cibiuk ni memang sedap dan aku bagi 10 bintang lah. Harga makanannya pun tak la mahal sangat kira berbaloi lah..

Rumah Makan CibiukMenu Istimewa yang aku cuba di RMCM ni adalah Nasi Timbel Komplit Ayam Goreng, Nasi Paket Ayam Bakar Cobek, Nasi Liwet Kastrol Ayam Goreng, Ais Durian Ala Cibiuk, Mocha Ice Blended. Semuanya ini harga dia RM60.20 untuk 3 orang makan.. huhu murah je sebenarnya dan rasa masakan dia pun enak sangat. Kalau nak rasa masakan ala Sunda boleh la datang ke RMCM ni ye..

Kedai makan kedua ni sesuai untuk makan pagi (Breakfast), kalau rasa teringin nak makan ala timur tengah bolehlah singgah ke The Castle Restaurant yang terletak di Plaza Berjaya, Jalan Imbi Kuala Lumpur. Disini tempat dia selesa dan pelanggan boleh menikmati hidangan ala timur tengah dengan harga yang murah dan berpatutan.

The Castle Restaurant Menu yang aku cadangkan adalah Lamb Shawirma, Sheesh Kebab, Hummus & Tahinah dan kek pencuci mulut. Makanan diatas tu aku makan berdua dengan girlfriend aku harganya cuma RM47.30 termasuk service charges dan government tax. Murah je kan.. dia punya kebab memang delicious lah.. rasa nak pergi je kedai ni lagi.

Untuk minum petang aku cadangkan ke Hailam Kopitiam. Sebenarnya Hailam Kopitiam ni ada beberapa cawangan tapi aku suggest korang ke cawangan Cheras Selatan sebab tempat ni memang happening dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga diwaktu petang. Makanan yang dihidangkan juga fresh dan harga pun berpatutan.

1-Camera Uploads2Menu special disini adalah Cendol dan Otak-Otak Roll.. setiap kali aku kesini mesti aku akan order Otak-Otak Roll tu dan Special Roast Coffee yang menyengat citarasa.. Selain itu menu yang aku selalu pesan adalah Toast with Butter, Kampung Hot Boil Egg, Tuna Egg Sandwich, Toast Bun Rendang Chicken, Fried Kuey Teow dan Ice Mocha. Semua hidangan tu cuma RM47.35 untuk hidangan 5 orang. Murah kan… ?

Kalau dah nama melayu tu kalau tak makan Nasi Kandar memang tak sah.. ehh aku bukan orang Penang tau.. tapi aku memang peminat nasi kandar asli Penang.. Disebabkan tinggal di KL nak pergi penang pun jauh.. jangan risau.. kat KL ni banyak je cawangan Original Penang Kayu Nasi Kandar. Sebenarnya aku ke restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar ni adalah aku suka sangat dengan menu Specialnya iaitu Lamb Shank Kari.. Perrrhhh memang lazat sampai menjilat jarilah masakan kari Lamb Shank dia..

1-Camera Uploads3Mana lagi nak dapat Lamb Shank Kari ni kalau tak hanya di restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar. Harga makanan agak mahal sikit Lamb Shank je dah RM20.00 seketul.  Makanan ni untuk aku sorang je harga dia RM41.80 termasuk lamb shank, minuman dan seketul ayam goreng termasuk sepinggan nasi kandar. Tapi bagi aku berbaloi je kalau mereka yang mengidam nak makan lamb shank kari tu.. sebab kat sinilah yang paling sedap. Bagi yang teringin nak makan Nasi Kandar berlauk Lamb Shank bolehlah datang ke Original Penang Kayu Nasi Kandar di No 1, PJU 5/12 Dataran Sunway Kota Damansara. Petaling Jaya Selangor.

Pening nak cari makan malam untuk keluarga? jangan risau apa kata kali ni cuba makanan Padang pula.. teringat masa di Indonesia dulu makan hidang lauk yang sangat sedap. Kini tak perlu lagi kesana untuk menikmati makanan Padang tapi boleh pergi terus ke Restoran Sari Ratu yang terletak di Dataran Sunway Kota Damansara.

1-Camera Uploads4Makanan disini memang enak. Menu yang aku pesan ni sesuai untuk 3-4 orang makan. Harganya cuma RM68.60 dan antara menu special yang aku order adalah Nasi putih, Sayur Kailan, Sambal Tempe (Orek), Asam Pedas Tenggiri Ratu, Sup Tulang, Pepes, Tunjang, Sambal Hijau, Avocado dan air mineral. Memang berbaloi kalau makan disini bersama keluarga atau dengan rakan-rakan sebab tempat makan pun sangat selesa dan besar. Jangan lupa cuba “masak lemak Urat” rasa dia memang ummpphhh!… sedap…!!

Kalau pergi cari makan, aku mesti tak boleh kawal nafsu makan, mesti nak order banyak.. jadi kalau dah order banyak tu mestilah bawa duit cash banyak… kekadang risau gak bawa duit cash banyak-banyak ni.. risaulah kalau hilang atau kena rompak.. aku ni dah la jenis yang suka cicir duit sana sini.. pernah sekali tu pergi makan kat kedai tapi bila nak bayar tak cukup duit cash pula..

RHB Debit Cash-Connect MasterCard

Sejak dari itu aku dah malas nak bawa duit cash lagi bila pergi makan.. risau duit tak cukup je.. disebabkan itu aku pun apply lah RHB Debit Cash-Connect MasterCard untuk aku shopping makan sampai kenyang haha.. tak payah risau bawa duit cash banyak-banyak lagi sebab aku boleh makan apa yang aku suka dengan swipe RHB Debit Cash-Connect MasterCard saja at least aku rasa lebih selamat bawa debit kad dari bawa wang tunai.

Nak tahu kenapa aku apply RHB Debit Cash-Connect MasterCard ni? sebabnya aku ni kan suka makan.. jadi dengan setiap perbelanjaan, aku boleh menikmati manfaat semula 0.5% Pulangan Wang Tunai TANPA HAD. Selain itu dengan belanja RM30 keatas dalam satu resit, aku layak menyertai peraduan yang mereka anjurkan. Satu penyertaan akan dikira sekiranya berbelanja RM30 keatas dalam satu resit menggunakan RHB Debit Cash-Connect MasterCard ni.. perhhh memang berbaloi juga aku apply kad debit ni selain makan macam biasa at least aku boleh join peraduan mereka juga dan berpeluang menang hadiah yang ditawarkan iaitu :-

1x Nissan Almera 1.5 E (A)
1x Honda CBR250R Mugen
3x iPhone 5 (16GB)
5x Mini iPads (16GB)

Yahooo!! aku dah ada makan 5 tempat best dengan menggunakan RHB Debit Cash-Connect MasterCard ni jadi aku dah ada 5 penyertaan untuk peraduan tu.. Korang bila lagi?..

Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards in Kuala Lumpur

Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards in Kuala Lumpur

Saranghae ~ Hyung dan Noona semua. Gembiranya dihati bila dapat tahu tak lama lagi Hyung dan Noona pujaan hati akan berkunjung ke Malaysia sempena Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards (GDA). Memang aku bangga sangat sebab secara rasminya mereka memilih Malaysia sebagai tuan rumah pada tahun ini dan merupakan satu hadiah berharga untuk peminat-peminat K-Pop di Malaysia bertemu artis pujaan masing-masing.  Bukan senang-senang tau nak tengok ikon pujaan kita beraksi di negara sendiri lebih-lebih lagi Hyung dan Noona yang kacak dan cantik-cantik tu kan.. :)

Super Junior SJ GDA

Super Junior

Anugerah berprestij Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards ini akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 15 Januari 2013 dan 16 Januari 2013. Ianya merupakan salah satu acara K-Pop terbesar yang pernah diadakan di Malaysia. Menampilkan lebih 20 ikon K-Pop terkenal dan MUNGKIN bakal beraksi seperti Infinite, K.Will, Secret, Sistar, B.A.P, B1A4, Beast, F(X), Juniel, Teen Top, Shinee, CNBlue, FTisland, T-Ara, Super Junior, Epik High, G-Dragon dari Big Bang, Lee Hi, Ailee, Kara, Exo-K dan Hyuna dari 4minute.

Golden Disk Awards Trophies 2013 Malaysia GDA

Golden Disk Awards – Trophies

Tentang Golden Disk Awards :-

Founded in 1986 and often referred to as the Grammy Awards of Korea, it is South Korea’s most prestigious K-POP music awards show and is presented annually for outstanding achievement in the music industry. Award categories are based on the most popular K-POP music from the past year based on the digital downloads industry whilst bolstering the creativity of pop music and finding talented artists.

Anugerah ini akan dibahagikan kepada 2 klasifikasi iaitu Song dan Album dan antara kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-

Disk Album

Grand Prize in Disk Album

Disk Album of The Year

Song

Grand Prize in Song of The Year

Song of The Year

Popularity Award

The Most Popular K-POP Star

MSN Southeast Asia Award

MSN International Award

Special Field

New Rising K-POP Star Award

Best Hip Hop Award

Single Album of The Year

Anugerah MSN bermula pada tahun 2010, memberi peluang kepada peminat untuk memahkotakan artis pop Korea mereka di Golden Disk Awards. Pengguna MSN di seluruh Asia Tenggara berpeluang untuk membuat undian artis kegemaran mereka di rantau ini melalui laman http://entertainment.malaysia.msn.com/27th-golden-disk-awards/online-voting.aspx. Talian undian dibuka melalui laman portal MSN Singapore, Thailand, Philippines, Hong Kong, Taiwan, China, Korea, Jepun dan undian boleh dibuat bermula pada 7 Disember 2012 dan ditutup pada 7 Januari 2013. Jadi peminat semua mari VOTE sekarang dan bawa artis kegemaran anda ke Malaysia ya.

5-SISTAR (2)

Sistar

Senarai pencalonan bagi kategori The Most Popular K-POP Star Award MSN Southeast Asia Award dan MSN International Award adalah seperti berikut :-

No.

Artist

Album

1

4minute

Volume Up

2

B1A4

1st THE B1A4I (IGNITION)

3

Beast

Midnight Sun

4

BIG BANG

ALIVE

5

Busker Busker

Busker Busker the 1st official Album

6

CNBLUE

3rd Mini Album Ear Fun

7

EXO

`MAMA` EXO-M The 1st Mini Album

8

f(x)

`Electric Shock` The 2nd Mini Album

9

F.T Island

Grown-Up

10

G-Dragon

One Of A Kind

11

GIRLS` GENERATION-TTS

`Twinkle` Mini Album

12

Infinite

Infinitize

13

JAY, PARK

New Breed

14

KARA

Pandora

15

MBLAQ

MBLAQ 4th Mini Album ‘BLAQ%Ver.’

16

Psy

PSY 6th album part.1

17

SHINee

`Sherlock` SHINee The 4th Mini Album

18

SHINHWA

the 10th album The Return

19

Super Junior

Sexy, Free & Single

20

T-ara

Funky Town (EP)

21

TVXQ

Catch Me

22

Jang, Woo Young

23, Male, Single

23

2AM

F.Scott Fitzgerald`s Way Of Love

24

2NE1

I Love You

25

Ailee

Heaven

26

Dynamic Duo

DYNAMICDUO 6th DIGILOG 2/2

27

IU

Spring of a Twenty Year Old

28

JUNIEL

My First June

29

K.Will

I Need You

30

miss A

Touch

31

Secret

POISON

32

Sistar

ALONE

33

Wonder Girls

Wonder Party

34

Hyuna, Hyun Seung

Trouble Maker

35

B.A.P

WARRIOR (Single)

36

Block B

Welcome To The BLOCK

37

John Park

Knock (EP) / Falling

38

Nu’est

Face (Single)

39

Ulala Session

ULALA SENSATION Part 1

40

Lee HI

1,2,3,4

41

After School

AFTERSCHOOL 5th Maxi-Single

42

Teen Top

It`s

43

Epik High

UP

44

Verbal Jint

You Deserve Better(Beautiful enoungh)

45

Dynamic Duo

Without You

46

Leessang

My Love

47

Baek, Ji Young

Voice

Jangan lupa ya untuk Vote disini : http://entertainment.malaysia.msn.com/27th-golden-disk-awards/online-voting.aspx.

Antara pencalonan-pencalonan bagi kategori lain adalah seperti berikut : -

Disk Album Of The Year

4 Minute (Volume Up)
B1A4 (The B1A4)
Beast (Midnight Sun)
BIGBANG (Alive)
Busker Busker (Busker Busker 1st Album) CNBlue (Ear Fun)

EXO (MAMA)
F(x) (Electric Shock )
FT Island (Grown-Up)
G-Dragon (One of A Kind)
Girl’s Generation-TTS (Twinkle) Infinite (Infinitize)
Jay Park (New Breed)
KARA (Pandora)
MBlaq (Blaq Ver.)
Psy [Psy 6 (Six Rules)]
SHINee (Sherlock)
Shinhwa (The Return)
Super Junior (Sexy, Free & Single) T-ara (Funky Town)
TVXQ (Catch Me)
Jang Woo Young (23, Male, Single)

Song of The Year

2AM (I Wonder If You Hurt Like Me) 2NE1 (I Love You)
Ailee (Heaven)
Busker Busker (Cherry Blossom Ending) Dynamic Duo (Without You)

f(x) (Electric Shock)
FT Island (Severely)
Girl’s Generation – TTS (Twinkle) IU (Every End of the Day)

JUNIEL (illa illa) K.will (I Need You) miss A (Touch)
Psy (GangNam Style) Secret (Poison) Sistar (Alone)

T-ara (Lovey Dovey)
Wonder Girls (Like This)
Baek Ji Young (Voice)
BIGBANG (Fantastic Baby)
Hyuna & Hyun Seung (Trouble Maker) G-Dragon (Crayon)

New Rising K-pop Star Award

Ailee (Heaven)
B.A.P (Warrior)
Block B (Nanrina)
Busker Busker (Cherry Blossom Ending) EXO (MAMA)

John Park (Falling)
JUNIEL (illa illa)
Nu’est (Face)
Ulala Session (Beautiful Night) Lee HI (1,2,3,4)

Single Album Of The Year

After School (After School 5th Maxi-Single) B.A.P (Warrior)
Nu’est (Face)
Teen Top (It’s)

Ulala Session (Ulala Session part 1)

Best Hip Hop Award

Epik High (UP)
Verbal Jint (You Deserve Better) Dynamic Duo (Without You) Leessang (My Love)

*Award categories may change due to the screening result.

1-FTIsland (2)

FTIsland

Malam anugerah berprestij Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards ini akan dikemudikan oleh 4 orang pengacara iaitu Jung Yong Hwa dari kumpulan CN BLUE, Lee Hong-Gi dari kumpulan FT Island, Kim Da Som dari kumpulan SISTAR dan Nicole dari kumpulan KARA.  Dua pengacara, seorang lelaki dan seorang wanita untuk setiap malam. Wah pengacara sahaja dah buat hati ini berdegup kencang. Tak sabar pulak nak tengok Nicole (KARA) mengacara majlis itu nanti mesti comelkan dia.

Tiket bagi menyaksikan Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards ini sudah mula dijual dan jualan tiket amatlah memberangsangkan. Harga tiket bagi kedua-dua hari acara tersebut adalah seperti berikut dan pembelian tiket boleh dibuat melalui laman web ticketpro.com.my atau talian hotline 03-78807999.

1-Screen Shot 2012-12-30 at 7.13.33 PM

Harga tiket seperti berikut:

Samsung Galaxy Zone: RM999

Rockpit : RM688

Rockpit DiGi & Samsung Promo (Limited) : RM551

Pembelian tiket boleh dibuat melalui laman : ticketpro.com.my

  • January 15th, 2013 (Tue) 19:30~22:30 Album
  • January 16th, 2013 (Wed) 19:30~22:30 Digital Music

 

3-fx

4-SECRET (3)
Untuk sebarang maklumat terkini sila LIKE di official 27th Samsung Galaxy Golden Disk Awards Facebook page disini http://www.facebook.com/GDA2013?fref=ts. Ayoh geng-geng K-POP semua, sudahkah anda bersedia? yahooo.. Anyohaseyo untuk semua Oppa, Unni, Hyung dan Noona semua dan Selamat Datang Ke Malaysia..

Azam Tahun 2013 – Nak Kaya Macam Tan Sri Tony Fernandes

Set dalam minda.. azam tahun 2013 nanti nak cari duit banyak-banyak.. nak beli rumah nak kawin cepat haha boleh?.. kalau tak dapat semua tu tak apa.. tapi nak jadi kaya macam Tan Sri Tony Fernandes.. boleh? ok ok kalau tak boleh gak aku nak jadi diri aku sendiri.. buat apa yang aku suka dan nak banyak pergi melancong dalam dan luar negara.. boleh?.. kalau tak boleh gak.. aku nak perbaiki diri sendiri segala kelemahan yang ada… insya Allah boleh kot yang ni.. Ringkaskan entry blog ni.. apa-apa pun tiap tahun aku akan terus berazam.. sebab ini salah satu batu loncatan untuk aku berjaya dikemudian hari..

PS : Nah Kalender Tahun 2013 termasuk Cuti Umum 2013 Malaysia..

Download PDF : kalender-kuda-2013 || kredit : chromosome.wordpress.com

Cappuccino Ice..

Cappuccino Ice satuuuu…. haha boleh pulak main order kat rumah.. ehem..ehem.. ye memang boleh order pun kat rumah kita.. sebab rumah kita ada Nesface Dolce Gusto sebab tu kita boleh main order je Cappuccino Ice kat rumah.. tak yah lagi nak order kat kedai ngeh..ngeh..ngeh..

Hari ni mulut macam mengidam nak minum yang sejuk-sejuk pulak.. maklumlah cuaca kejap panas kejap hujan.. walaupun hujan pun rasa panas.. so bila duduk kat rumah ni tak buat something rasa tak best pulak. Untuk sedapkan mulut yang manja ni aku pun buatlah segelas Cappuccino Ice yang Ummmppphhhh… sodaaappppp…

Untuk pengetahuan semua, Krups Dolce Gusto Genio ni ada button untuk air sejuk dan air panas..  kalau nak buat air sejuk boleh la picit yang biru dan kalau nak yang panas picit je yang merah.. senang kan? nak kemas pun senang.. tak perlu nak beria-ia basuh mesin ni.. cuma bilas-bilas sikit je..

Yey… Cappuccino Ice.. satuuu.. dah siap pun.. jemput minum ye.. oh ye.. jom tengok video stopmotion kat bawah ni cara-cara mudah penyediaan Cappuccino Ice.. (Nescafe Dolce Gusto).

 

 

haha.. amacam? ok? kalau video terlalu cepat korang ulang la lagi ye.. slow-slow tengok..

Samsung & BigBang was a Blast!

Samsung & BigBang was a Blast!.. terbaik.. terhebat.. terbest.. terpesona.. semua ada.. Terima kasih kepada Samsung Malaysia dan Nuffnang Malaysia sebab sudi beri tiket VIP kat aku untuk menyaksikan persembahan hebat dari kumpulan Korea terkemuka dunia BIGBANG. Rasanya ni concert artis Korea kedua aku pergi tengok live selain Wonder Girls. Persembahan BIGBANG memang awesome dan bertenaga. Memang tak menghampakan semua peminat yang datang. Aku rasa Stadium Merdeka Kuala Lumpur hampir penuh dibanjiri peminat BIGBANG.

Persembahan sepatutnya bermula jam 8 malam tapi lebih kurang waktu itu hujan mula turun dengan lebatnya. Walaupun hujan peminat tetap menanti dengan penuh tenang. Nasib baik diorang sediakan rain coat free kat seat so tak lah basah jadinya.. Persembahan bermula dalam jam 8.30 malam waktu tu hujan pun hampir reda. Set pentas BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 Kuala Lumpur ni memang terbaik lah, besar, kemas dan pencahayaan lampu pun terbaik. Memang teruja lah sesiapa yang datang tengok live malam tadi.

Hoho walaupun gambar yang aku snap pakai Samsung Galaxy tab 7″ ni tak berapa clear tapi ianya terpahat dalam ingatan aku sampai bila-bila.. perghhh bukan nak puji melambung persembahan BIGBANG tapi memang nak puji pun sebab best sangat hihi.. harap lain kali diorang nak la buat persembahan kat Malaysia lagi dan harap penaja SAMSUNG dapat sponsor lagi tahun depan :)

 

 

Huhu harap Youtube tak delete video aku ni.. gambar tak cantik pun.. tapi ni je kenangan yang aku ada.. huhu saja nak rakam dan nak play setiap masa.. best kan..

G-Dragon, T.O.P, Teayang, Seungri dan Deasung memang pandai berinteraksi dengan peminat. Ada beberapa perkataan bahasa Melayu yang diorang belajar antaranya, Terima Kasih, Aku Cinta Padamu, Satu..dua..tiga..empat.., Malaysia Macho .. haha ada saja mereka ni kan.. dan menurut diorang ini adalah konsert paling best yang diorang pernah buat dengan peminat yang sporting dan diorang pun suka tempat ni (Malaysia)

Hampir dipertengahan persembahan,  peminat-peminat BIGBANG mengeluarkan kad bewarna merah yang tertulis perkataan WITH T.O.P (Happy B-Day) dan ini mengejutkan ahli-ahli BIGBANG dan mereka pun mengucapkan ucapan hari jadi kepada TOP. Rasa terharu pulak dia sambut hari jadi kat Malaysia. So.. Happy Birthday TOP… aku suka sangat suara dia yang garau dan unik tu..

Walaupun aku bukan lah VIP BIGBANG tapi aku rasakan yang aku dah semakin minat dengan kumpulan ni. YES kalau diorang buat persembahan lagi kat Malaysia mesti nak tengok lagi.. ok lah.. nak cerita banyak pun aku tak reti sangat.. apa yang penting aku ENJOI malam tadi dengan persembahan mereka.. so.. akhir kata.. semoga BIGBANG sentiasa success dan hebat selalu.

Kat bawah ni gambar-gambar masa persembahan diorang malam tadi. Kredit gambar dari peminat-peminat mereka :- http://bigbangworldwide.blogspot.com/2012/10/photos-big-bang-alive-tour-in-malaysia.html

Kehangatan BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 belum habis lagi.. kepada semua peminat BIGBANG diseru supaya join diorang punya apps kat Facebook ini.. memang menarik dan tertarik.. Samsung Big Bang’s app. Untuk maklumat lanjut sila ke http://facebook.com/samsungmalaysia dan http://www.samsung.com/my/bigbanguntuk maklumat lanjut!

BIGBANG Special – My Favourite Korean Things

I love you baby I’m not a monster, Neon al-janha yejeon nae moseubeul shi-gani, chinamyeon sarajyeo beoril, Tende keu ttaen al tende baby“. Amboi mak jemah sejak dua menjak ni asik nyanyi lagu K-POP kau.. kelass kau mak jemah.. haha kalau mak jemah pun pandai nyanyi lagu dari kumpulan BigBang ni, aku pun pandai gak tau. Maklumlah sekarangkan musim demam K-POP dan terbaru 27 Oktober 2012 ni kumpulan muzik terkenal Korea iaitu Big Bang akan buat persembahan di Stadium Merdeka. Terima kasih banyak kepada SAMSUNG kerana sudi membawakan Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 terus ke GALAXY SAMSUNG. Tak sabar rasanya nak pergi tengok konsert mereka nanti. Oh ye ada juga yang tak kenal dengan kumpulan Bigbang ni kan? hokey kalau tak kenal sila Google ye..

My Favourite Korean Things, hokey disebabkan aku sekarang tengah demam K-POP sebab BigBang nak datang Malaysia, jadi hari ni aku nak cerita-cerita sikit pasal Korea kat korang boleh tak haha.. jangan marah sebab aku teringin sangat nak pergi sana. Dah lama aku idam-idamkan percutian musim salji disana. Diorang kat sana mungkin dah bosan kot dengan musim salji, ye la banyak aktiviti terpaksa ditunda tapi bagi aku tidak.. kalau ada salji lagi lah aku suka.. maklumlah orang tak pernah pegang salji katakan..

Kalau diberi peluang ke Korea tempat paling utama aku nak pergi adalah di Pulau Jeju yang terletak dihujung semenanjung Korea Selatan dan antara pulau yang berdekatan dengan Jepun. Orang Korea panggil Pulau Jeju ni Jejudo. Kalau korang peminat cerita Korea mesti korang selalu tengok diorang berlakon kat tempat bunga-bungan, gunung ganang, air terjun yang cantik, laut yang luas.. kebanyakkannya diorang berlakon kat Pulau Jeju lah.. Disini memang sesuai kalau nak bercuti bersama keluarga ataupun nak berbulan madu. Insyaallah kalau ada rezeki aku nak pergi sini satu hari nanti.

Continue reading

Nak Beli iPhone 5 Atau Samsung Galaxy S3?

Baca edisi mobile di : http://www.nuffnangx.com/l/WbHB22B

Sejak dua menjak ni terbayang-bayang nak beli smartphone baru. Sekarang ni aku masih lagi pakai iPhone 3GS yang boleh dikatakan sudah ketinggalan zaman tuh. Al-maklumlah bukan orang kaya untuk tukar handphone selalu. Dalam fikiran dah terfikir nak beli iPhone 5 bila dah sampai ke Malaysia nanti. Kenapa yek? bila dah pakai iPhone, iPad, Mac susah betul nak bertukar ke brand yang lain? ermmm ntah la aku pun tak tau nak cakap apa. Tapi aku memang suka gila kat iPhone 5 ni. Bagi mereka yang dah ada iPhone 4s rasa macam tak berbaloi kot untuk dapatkan iPhone 5 sebab functionnya lebih kurang je… tapi macam aku ni yang masih pakai iPhone 3gs ni memang dah patut tukar yang baru pun.

Tadi aku try usha kat Youtube tengok diorang try drop test kat iPhone 5 dan Samsung Galaxy S3. Ternyata iPhone 5 lebih kebal dari Galaxy S3.. tapi tak pastilah betul ke tak diorang ni.. rasanya macam betul kot?.. iPhone 5 bila di campak cuma calar sikit dan kemek kat tepi-tepi berbanding Galaxy S3 yang retak di screen dan kemek. Ermmm memang confirm lah aku akan ambik iPhone 5 nanti. Bila lah agaknya nak sampai ke pasaran Malaysia kan?

Kalau ada orang nak sponsor iPhone 5 pun best jugak. Tapi nanti nak try lah usha mana-mana contest yang ada hadiah iPhone 5. Mana tau boleh menang lagi macam dulu kan haha.. doakan je la ye.. Apa kata korang semua tengok video drop test iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3 kat bawah ni.. :)

Percutian Ke Legoland Malaysia – Part 2

Berikut adalah entry sambungan dari Percutian Ke Legoland Malaysia. Untuk pengetahuan semua memang banyak model-model Lego yang dipamerkan dalam taman tema Legoland ni. Hampir 50 juta bongkah Lego yang mereka gunakan untuk menyiapkan model-model tersebut. Memang satu pekara yang sangat membanggakan betul tak? hasil dan kekemasan pada model Lego ni bagi aku adalah yang terbaik walaupun aku tak pernah pergi kemana-mana Legoland diluar Malaysia sebelum ni. Tahniah lah Malaysia menjadi taman tema Legoland ke 6 dan pertama di Asia.

Model Lego dihadapan Big Shop dimana kedai ini menjual barang-barang cendera hati dan bongkah Lego untuk koleksi pengunjung. Anak buah aku Alia dan kakak aku bergambar dihadapan kedai Big Shop ni.

Model Lego menaiki sampan di taman tema Legoland Malaysia

Model Lego penyelam dasar laut. Ramai yang tanya kat aku macam mana diorang jaga model Lego ni. Adakah ianya tahan panas dan hujan. Ntah lah aku pun tak tahu.. nanti kena tanya orang yang buat Legoland ni sendiri.

Continue reading

Percutian Ke Legoland Malaysia

Since blog aku ni ramai orang masuk untuk cari tempat pelancongan, rasanya tak salah kalau aku promosikan juga Legoland Malaysia iaitu salah satu tarikan pelancong yang bakal buka 15 September 2012 nanti. Malaysia kini maju setapak lagi dengan adanya Legoland pertama dan terbesar di Asia. Syukurlah orang-orang Johor especially anak muda (Gen Y) boleh cari makan kat tanah kelahiran mereka sendiri.

Hari ini 1 September 2012 aku berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman bercuti ke Legoland atas jemputan dari Legoland sendiri. Nak ucap terima kasih kat adik aku UzairOthman.com sebab dialah yang dapat invite ni dan boleh bawa keluarga sekali. Hari ini adalah hari Opening Preview Legoland Malaysia dimana Media, Bloggers, dan keluarga para sponsors merasai sendiri kehebatan dan keunikan yang ada di Legoland Malaysia.

Untuk pengetahuan semua tiket masuk Legoland Malaysia terletak di Iskandar Malaysia, Nusajaya Johor. Sebanyak 40 tarikan dan permainan yang disediakan untuk para pengunjung disini. Legoland Malaysia memakan belanja sebanyak RM720 million ringgit termasuk water theme park yang bakal beroperasi pada 2013 nanti. Lagoland Malaysia juga bakal mencipta sejarah dengan terbinanya The Legoland Hotel yang memakan belanja sebanyak RM190 million dan bakal dibuka tidak lama lagi.

Harga tiket masuk Legoland Malaysia adalah RM140 untuk umur 12-59 tahun, RM110 untuk umur 3-11 tahun dan 60 keatas. Mereka juga menyediakan Annual Pass kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM275-RM210. Kalau beli annual pass ni boleh la main tiap-tiap hari dalam masa setahun.

Continue reading