Kini Aku Seorang Pembela Sugar Glider

Sebenarnya dah lama aku mengidam nak bela Sugar Glider (SG). Bukan sebab nak ikut-ikut orang bela aku pun nak bela tapi sebab SG ni sangat comel dan manja dan naluri aku sendiri yang nak sangat jaga Suggies ni. Sugar Slider atau nama Scientific Petaurus Breviceps ni semenangnya binatang liar yang sangat jinak. Itu apa yang aku research dalam Google lah.. rata-rata pembela SG ni akan cakap lepas proses diorang Taming, Bonding SG diorang akan mesra dengan tuannya. Oh aku tak sampai lagi tahap tu sebab baru je membeli SG ni semalam. Nak kasi tips Taming/Bonding pun aku tak tahu lagi.. tunggulah 5-6 bulan lagi ye..

Shasha agak malu-malu

Shasha agak malu-malu

Semalam dengan rasa berbesar hati aku pergi ke Downtown Mines untuk beli SG pujaan hatiku.. dah lama Googling tentang SG ni so dah sampai masa mengawan aku dah tak tahan sangat nak membeli. Malam-malam buta gak pergi Downtown Mines padahal duit dalam poket tinggal RM6 je haha.. biasalah aku bukan orang kaya pun duit kais pagi makan pagi.. Tapi Alhamdulillah rezeki Allah bagi tak pernah putus.. jadi aku pinjam dulu duit akak aku.. nasib baik mood dia ok plak hari tu kasi pinjam.. haha so apa lagi terus rembat sepasang Sugar Glider

Pakej Sugar Glider

Harga Sugar Glider di Downtown Mines RM230 seekor.. tapi aku beli sepasang dan pakej permulaan Sugar Glider. Harganya RM550 dapat Cage (Sangkar), Makanan HWP, Bekas makanan, Bekas minuman, Sleeping Bag dan pouch bag. Pastu pouch bag yang dia bagi dalam set tu macam bag perempuan tak cantik jadi aku tambah RM10 untuk bag lain jadi semuanya RM560.

Agak mahal juga SG ni kan… ingat dah lama harga dah turun.. OK pasal harga aku tak nak kesah sangat asalkan aku dapat membela mereka itu sudah cukup best bagi diri aku. Kalau nak kira harga semahal tu dengan pahala kat akhirat esok lagi tak ternilai.. jadi pilih mana harga mahal atau pahala haha.. So aku pun baru 2 hari membela anak kesayangan aku ni.. nama pun dah diberi iaitu ShaSha dan ShuShu. Kenapa nama macam tu? ni sebab anak buah aku punya pasal haha.. ShaSha sebab si Alia tu suka sebut 1 Malaysia.. tang Malaysia tu dia punya sleng Sha (1 Meysha). ShuShu tu pulak sebab Alia bila nak mintak susu kat mak dia mesti cakap mama shushuuu.. haha melekat terus nama tu kat Suggies aku..

Sugar Glider

Masa makan..

Okeylah just nak berceloteh sikit je tentang SG baru aku ni.. Sekarang pun SG aku masih tak kenal bau tuan dia.. bila pegang asik nak crabbing tak tentu pasal.. bila aku hulur tangan buat-buat terkejut dan terus crabbing balik.. perhhh nasib baik la aku ni jenis tak lemah semangat.. sebab dari hasil pembacaan aku bila SG crabbing atau gigit atau cakar… jangan mudah terperanjat especially kalau perempuan tu sila jangan menjerit.. nanti SG akan rasa takut dan kalau lama kelamaan nanti SG naik lemak pulak sebab hanya dengan tindakkan seperti crabbing dan sebagainya tulah tabiat diorang untuk protect diri diorang.. sebaliknya sentiasakan bersama SG kalau boleh 24 jam sehari belai dia dengan penuh manja.. lama-lama nanti dia akan mesra dengan tuan punya badan.

1-2013-06-02 12.55.44

Shushu tidur je kejenye…

Cakap banyak pun tak guna sebab aku baru 2 hari bela. Nanti bila dah lama sikit aku share la apa-apa tips yang berguna..

Seronok BBQ Bersama Keluarga

Bila berkumpul satu keluarga memanglah seronok lebih-lebih lagi kalau dapat keluarga yang sporting dan peramah. Siapa yang masuk dalam keluarga Halimah sure akan sentiasa happy selalu. Kali ini dapat berkumpul ramai-ramai dan tinggal kat homestay di Melaka. Memang dah rancang dari awal untuk buat BBQ disini. Jadi bahan-bahan untuk buat BBQ serta lauk pauk dah bincang awal-awal. Menu yang kami bakar malam tu Ikan, Kerang, Udang, Kepah dan Otak-otak.

Sesi bakar arang.. haha biasalah kami semua bukan pro.. dapat tempat panggang pun kecik je.. ok la kan.. belajar berdikari haha.. sepupu sepapat semua rajin nak menolong jadi aku jadi mando je lah haha..

Mak aku pun nak bergambar gak haha.. kipas mak jangan sampai hangus..

Kerang, kepah, lala, semua ada.. bakar semuanya.. ngeehhh..

Ikan, Ayam Bakar…

Not much to say .. but my family is the best family in the world.

Percutian Ke Semarang Indonesia – Mari Cuba Lumpia Semarang

Kalau melancong ke negara orang memang tak sah kalau tak mencuba makanan yang ada. Di Semarang sempat jugalah merasa makanan unik yang dipanggil Lumpia Semarang ni. Rasanya cukup enak dan rangup makan dengan sos gula merah dan cili padi yang ummppphhhhh…. sodaaaappp…

Lumpia semarang adalah makanan semacam rollade yang berisi rebung, telur, dan daging ayam atau udang.

Cita rasa lumpia semarang adalah perpaduan rasa antara Tionghoa dan Indonesia karena pertama kali dibuat oleh seorang keturunan Tionghoa yang menikah dengan orang Indonesia dan menetap di Semarang, Jawa Tengah. Makanan ini mulai dijajakan dan dikenal di Semarang ketika pesta olahraga GANEFO diselenggarakan pada masa pemerintahan Presiden Soekarno.

rujukan : Wikipedia

Lumpia Semarang banyak terdapat di sekitar Jalan Pandanaran, hanya beberapa minit jalan kali dari Lawang Sewu. Aku tak berapa pasti namanya Lunpia atau Lumpia sebab aku Google semua orang cakap Lumpia tapi kat stall kedai tu tulis Lunpia haha.. apa-apa pun rasanya sama je..

Kalau di Malaysia aku rasa Lumpia ni seakan-akan Popiah. Cuba inti dalamnya special sikit ada Rebung, Telur, Daging Kisar dan udang. So adunan tu digaul-gaul sebati dan dibungkus dengan kulit popiah. Ada 2 jenis satu yang basah dan satu lagi digoreng, jadi aku pilih yang digoreng saja.

Gambar Lumpia Semarang tengah digoreng. Nyam-nyam…

Tadaaa… inilah hasilnya.. Lumpia Semarang seakan-akan dengan popiah goreng di Malaysia. Boleh makan cicah dengan sos manis, jeruk dan cili padi… so sesiapa yang nak try boleh lah datang ke Semarang ya..

Adakah Ini Proses Diet Dan Makanan Berkhasiat?

Gonjrennnggg tul.. Proses Diet Dengan Makan Makanan Berkhasiat la sangaaatttt… semalam aku pergi 1 Utama tengok wayang cerita Rise of the Guardian 3d (thanks tu Nuffnang) , tapi sebelum wayang start aku pi makan dulu isi perut kat Pepper Lunch. Memang terbaik.. aku memang suka makan kat Pepper Lunch sebab makanan dia best. So nak tanya lah.. adakah ini makanan berkhasiat untuk berdiet? kalau tidak sila bagi tahu saya ye sebab apa… sebab saya dalam proses diet dan makan makanan seimbang.. TQ

PS : kan best kalau Pepper Lunch ada kat ofis aku.. tiap-tiap hari gi makan situ..

Cara Buat Durian Crepe & Resepi

Sekarang ni kan sana-sini tengok blog tengok facebook tengok twitter diorang semua update padal Durian Crepe ni.. memula dulu rasa pelik gak apa bendalah makanan crepe crepe ni.. sebab sekarang dah jadi fenomena pasal Durian Crepe. Lagilah sekarang musim durian gugur so resepi terbaru tu jadi bualan hangat semua orang. Okey whatever lah orang nak cakap apa pasal Durian Crepe ni sebab hari ni aku dan mak aku nak cuba sendiri buat Durian Crepe air tangan kami berdua haha.. sebelum korang baca dengan lebih lanjut aku nak cakap awal-awal.. yang kami ni bukanlah chef profesional jadi Durian Crepe ni ala-ala syok sendiri orang cakap :P tapi jangan cuba-cuba nak perlekehkan rasanya.. mau cuba meh la datang rumah.. ni pakai durian kampung terbaik tau..

“Don’t judge my Durian Crepe by its appearance..”

Okey bahan-bahan yang kami gunakan dalam pembuatan Durian Crepe ini adalah seperti berikut :-


Bahan-bahan :-

  • 250 gram Tepung Gandum
  • 2 Biji Telur
  • 500ml Santan
  • 100ml Air (atau satu mangkuk kecil)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna (boleh ikut suka sendiri nak warna apa.. aku guna warna kuning telur dan hijau apple)
  • Satu botol kecil Whipped Cream – Boleh dapatkan kat Giant dan Tesco berhampiran
  • Aiskrim vanilla (bahan sampingan)

 

Bahan yang paling penting sudah tentulah Raja Buah iaitu durian. Tak kesah kot nak pakai durian apa D24 pun sedap.. ini aku pakai durian yang gugur belakang rumah.. syok kan belakang rumah ada dusun durian hehe..

Cara-cara:-

  • Masukkan kesemua bahan-bahan tadi dalam satu bekas besar.
  • Kemudian blander dan tapis bahan-bahan tersebut menjadi cair. Jangan sampai adunan tepung tadi jadi berketul-ketul sebab tu kena tapis
  • Panaskan kuali leper/pan. Kalau orang kaya boleh beli pan yang tak melekat. (harap maklum rumah aku tak ada kuali leper jadi cara alternatifnya guna je kuali bulat kat rumah tu. Jangan letak minyak.. nak seribu daya tak nak seribu dalih)
  • Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan.
  • Apabila adunan telah menjadi crepe, letak kat pinggan sehingga sejuk
  • Ingat Crepe yang telah sejuk tak perlu diterbalikkan.
  • Kemudian letak Whipped Cream diikuti dengan durian segar (pastikan durian telah dilenyek)
  • Lipat 4 pada crepe tersebut.
  • Tadaaa.. sudah siap..

Tengok gambar kat bawah ini untuk cara-cara pembuatan Durian Crepe.

Masukkan tepung gandum kedalam bekas adunan..

Masukkan dua biji telur

Masukkan 500ML santan dan 100ML air biasa

Masukkan 1/2 sudu teh garam dan kacau..

Masukkan adunan dalam blander dan bland sampai lumat. Kemudian tapis adunan takut tepung tak betul-betul lumat dan berketul.

Kemudian masukkan satu sudu teh pewarna. Abaikan senduk dalam gambar tu..

Cara-cara nak masak Crepe :-

Panaskan kuali/pan leper (cara alternatif guna je kuali bulat kalau tak ada kuali leper). Tuangkan satu senduk adunan dalam kuali.

Kemaskan crepe dengan mengangkat kuali tadi.. buat sampai nampak crepe berbentuk bulat.

Setelah crepe tadi masak, letakkan atas plate leper dan biarkan sehingga sejuk. Kemudian letak sedikit Whipped Cream.. macam aku tak suka letak banyak-banyak Whipped Cream ni.. so ikut la korang nak letak berapa banyak.

Kemudian letakkan buah durian atas cream tadi.. ikutlah nak letak banyak mana.. disebabkan belakang rumah banyak durian jadi kami letak banyak skit.. hehe..

Kemudian lipat crepe macam gambar kat atas.. lipat 4..

Tadddaaa… sudah siap…

Cadangan aku letak Durian Crepe dalam peti sejuk selama sejam dulu kemudian hidangkan dengan Aiskrim vanilla. Memang sedap dan terbaikkk…

Ini pula Durian Crepe warna hijau.. letak pewarna hijau apple..

So amacam? ok tak? haha inilah dia Durian Crepe yang menjadi fenomena tuh.. sekali cuba rasa nak buat lagi je.. so aku nak cakap sekali lagi aku dan mak aku bukanlah chef profesional jadi kalau masuk masterchef tu bahagian persembahan dah kena tolak markah haha.. tapi bab rasa.. korang rasalah sendiri.. memang ummppphhhh terbaik dari ladang..

Percutian Ke Legoland Malaysia – Harga Makanan Dan Souvenir

Sekiranya korang pernah pergi ke Disneyland Hong Kong atau pun Universal Studio Singapore mesti korang susah nak cari makanan Halal kan? tidak di Legoland Malaysia kerana disini kesemua kedai makannya adalah berstatus Halal. Jadi orang muslim dalam dan luar negara tak perlulah merasa was-was kalau nak makan disini.

Cuma satu yang kurang menariknya harga makanan dan Souvenir di Legoland Malaysia bagi aku ianya agak mahal berbanding harga-harga di USS dan Disneyland Hong Kong yang pernah aku lawati. Boleh dikatakan harga disini berstandard harga pelancong asing.

Permainan pedang Kingdom Sward Dragon ini berharga RM39.95. Permainan ini hanyalah sekadar pedang getah untuk dimainkan oleh kanak-kanak

Permainan Lego untuk kanak-kanak umur 4 tahun keatas ini berharga RM79.90. Bagi aku ianya terlalu mahal untuk aku beli untuk anak buah aku. Jadi bergambar sajalah.. nak beli tak mampu..

Princess Wand ini harganya RM34.95

Cuaca di Malaysia adalah panas dan hujan jadi kalau datang ke sini silalah bawa payung sendiri atau baju hujan kerana harga payung yang dijual hampir mencekik darah. Harga payung Legoland ini harganya RM70.00 dan Poncho (Baju Hujan) dijual antara RM10-15. Bagi anda adakah harga ini berbaloi?

Serius aku berkenan sangat dengan patung Legoland ni.. tapi harganya agak mahal juga.. nasib baik masa kami pergi ni ada diskaun 10% untuk media hehe.. tapi tak beli gak sebab tak ada duit.

Harga makanan di kedai Robot Kitchen. Chicken Pratta Wrap RM13.50, Roti Jon, RM8.50, Chicken Curry Rice Set RM16.50, Orange Juice RM6.00, Mineral Water RM2.50. Berbaloikah?

Di restoran Pizza Mania rasanya harganya ok sikit lah.. aku makan Family Combo Meaty Peppe RM58.00, Slushie Slush RM10.00 ermmmm ok ok lah.. tapi mahal giler.. Untuk harga pizza lain Aloha Chicken 10′ Pizza RM20.50, Just Tomato Cheese 10′ RM18.00.

Rasanya bagi aku yang tak berduit ni rasa tak berbaloi harga makanan dan cendera hati disini. Sebab ianya terlalu mahal. Rasanya lebih baik harga makanan dan barangan dikurangkan sedikit supaya orang Malaysia pun boleh beli gak. Atau sebagai cadangan untuk rakyat Malaysia harga makanan dan barangan boleh dapat diskaun 20%-30% baru berbaloi.

 

Harga Juadah Bazar Ramadan Mahal

Tiap-tiap tahun boleh dikatakan harga juadah di bazar Ramadan meningkat mendadak di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Kenapa ye peniaga bazar suka sangat naikkan harga makanan?.. nak naik haji cepatlah tuh.. Memang tak dinafikan harga barangan sekarang ni agak mahal tapi jangan lah sampai jual juadah berbuka puasa sampai nak cekik leher pembeli.

Hari ni hari ke 8 umat islam berpuasa dan hanya 2 hari je aku berbuka puasa di rumah sebelihnya aku beli saja di Bazar Ramadan. Bukan kerana suka membeli di bazar tetapi terpaksa sebab pada minggu ni aku kena kerja shif petang jadi tak sempatlah nak membekalkan nasi dan lauk dari rumah. Enam hari berturut-turut makan nasi bungkus buat aku semakin loya dengan karenah penjual di bazar. Sewenang-wenang naikkan harga makanan mentang-mentanglah kawasan KL ni ramai pembeli yang MALAS masak.

Nasi berlauk ayam dan sayur RM8.00, Nasi berlauk Begedil dan Sambal petai ini pula berharga RM7.00. Kalau bukan waktu puasa harga makanan cuma sekitar RM5.00 – RM6.00 sahaja. Apakah sebenarnya faktor penjual bazar ramadan menaikkan harga makanan? adakah sewa tapak terlalu mahal? atau harga barangan sudah naik melampau? atau penjual sengaja naikkan harga sebab nak kaya cepat? ye lah bulan ramadan macam ni lah penjual nak cari rezeki lebih untuk hari raya..

Apa-apa pun kepada pekedai bazar ramadan janganlah sengaja naikkan harga makanan. Kalau makanan tu sedap sehingga menjilat jari tu ok la juga.

PS : Pernah beberapa kali beli makanan dan sampai waktu berbuka puasa juadah tu dah pun basi… So siapa nak jawab? nanti pekedai tu jawab lah kat akhrat kelak.. :)

Mengidam Nak Makan Yee Sang

 

Pelik kan orang lelaki mengidam. Haha apa nak peliknya takkan orang perempuan mengandung je boleh mengidam tul tak? orang lelaki pun ada nafsu nak mentekedarah gak haha.. yang peliknya aku tiap-tiap tahun bila masuk tahun baru cina mesti nak mengidam nak makan Yee sang. Tapi sejak aku lahir sampailah umur dah nak masuk 28 tahun ni tak pernah dapat nak merasa. Syukurlah tahun ni tahun bertuah aku sebab dapat juga merasa makanan tradisi masyarakat cina ni.

Bagi yang tak tahu apa itu Yee sang ini aku copy paste dari Wikipedia Malaysia :-

 

Yusheng, yee sang atau yuu sahng (Cina Ringkas: pinyin: yusheng) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, “yusheng” diterjemah menjadi “ikan mentah”, namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

Sejarah

Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk ‘tuah’ untuk tahun berikutnya.

Kini, “Lo Hei” — melambung yee sang — ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.

Ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merah, cili kembung, halia, kaffir lime leaves, parsli Cina, potongan kacang tanah, biji bijan bakar, keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripad sos plum.

 

 
Continue reading

Buffet Ramadhan – Restoran Rasa Utara

 

 

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mencuba hidangan dan juadah istimewa berbuka puasa di Restoran Rasa Utara di Times Square Kuala Lumpur. Terima kasih kepada boss 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd iaitu Mr. U-Ming Tan yang belanja kami dan pihak pengurusan Restoran Rasa Utara yang menyediakan hidangan yang sangat lazat dan menyelerakan ini.

Bila bercakap pasal Rasa Utara pekara yang paling terfikir sekali adalah makanannya yang berasal dari utara Malaysia. Disini terdapat lebih dari 90 jenis citarasa makanan yang dihidangkan untuk buffet berbuka puasa. Selain daripada itu hidangan-hidangan ala-cart turut disediakan pada hari biasa. Memang sesuailah kalau nak bawa rakan atau keluarga menjamu selera disini lebih-lebih lagi ianya berada didalam pusat membeli-belah terkemuka Times Square Kuala Lumpur. Sambil membeli-belah sempena raya ni boleh la singgah ke Restoran Rasa Utara ye.

Buffet Ramadhan Restoran Rasa Utara bermula dari 1 Ogos hingga 29 Ogos 2011 ini .. masih sempat lagi kalau nak merasa keunikkan masakan dan hidangan ala utara ni. Harganya cukup berpatutan cuma RM48 Nett untuk dewasa dan percuma untuk 12 tahun kebawah jika pembelian untuk seorang dewasa. Antara hidangan buffet kesukaan saya adalah Ikan masak lemak, Daging Rendang, Ayam Goreng Berserai, Udang Petai masak pedas, Steamboat Tomyam, Sate, Kambing Kurma, Pechal, Nasi Briyani, Laksa Utara, Air Batu Campur dan banyak lagi.. Anda mesti cuba kalau betul-betul nak merasai keunikan masakan utara hanya di Restoran Rasa Utara.

 

Datang dan buat tempahan sekarang, Alamat Restoran Rasa Utara, G-12, 13, Ground Floor, Times Square Kuala Lumpur. Tel : 03 – 2144 7118.

 

Mira mencuba masakan istimewa dari Rasa Utara.

Hidangan berbuka puasa saya .. memang sedap betul Udang Petai masak sambal tu..

Ramai pengunjung yang datang mencuba hidangan disini ada yang dari luar negara dan ada yang berbilang bangsa. Semuanya ada disini.

Kerabu dan roti ini memang enak.

Buah Tembikai ini memang sedap jika disaluti dengan coklat panas.. memang best.

Steamboat Tomyam pelbagai rencah.

Air Batu Campur (ABC) istimewa Restoran Rasa Utara.

Hidangan Buffet Restoran Rasa Utara

Hidangan Buffet Restoran Rasa Utara

Hidangan Buffet Restoran Rasa Utara

Hidangan Buffet Restoran Rasa Utara

Hidangan Buffet Restoran Rasa Utara

Hidangan Buffet Restoran Rasa Utara

Hidangan Buffet Restoran Rasa Utara

Rakan-rakan pejabat saya yang turut menikmati hidangan disini.. semuanya terpancar satu senyuman kegembiraan dan kesedapan yang tidak terhingga. Jom ramai-ramai kita cuba makanan di Restoran Rasa Utara. Pasti tidak mengecewakan. Datang ye ..

Restoran Rasa Utara, G-12, 13, Ground Floor, Times Square Kuala Lumpur. Tel : 03 – 2144 7118.

MAP GOOGLE : http://g.co/maps/nj63