Adakah Ini Proses Diet Dan Makanan Berkhasiat?

Gonjrennnggg tul.. Proses Diet Dengan Makan Makanan Berkhasiat la sangaaatttt… semalam aku pergi 1 Utama tengok wayang cerita Rise of the Guardian 3d (thanks tu Nuffnang) , tapi sebelum wayang start aku pi makan dulu isi perut kat Pepper Lunch. Memang terbaik.. aku memang suka makan kat Pepper Lunch sebab makanan dia best. So nak tanya lah.. adakah ini makanan berkhasiat untuk berdiet? kalau tidak sila bagi tahu saya ye sebab apa… sebab saya dalam proses diet dan makan makanan seimbang.. TQ

PS : kan best kalau Pepper Lunch ada kat ofis aku.. tiap-tiap hari gi makan situ..

Iftar DiGi Untuk DiGi Super Bloggers

Semalam meriah sakan pergi berbuka puasa kat Café Marmalade, Bangsar Village II sebab dapat jemputan terhormat dari Nuffnang dan DiGi bagi meraikan bulan Ramadan bersama-sama DiGi Super Bloggers yang lain. Orang cakap rezeki manusia siapa yang tahu, ya memang betul kata pepatah tu sebab rezeki aku semalam menang hadiah-hadiah dari DiGi termasuk Traveller Bag Special Edition dari DiGi. Perhh memang tengah cari beg besar sekarang ni maklumlah aku ni suka sangat pergi melancong. Selalu melancong pun pinjam beg orang tapi kini tidak lagi sebab dah ada beg sendiri.

Makanan kat Café Marmalade memang best dan sedap. Berkali-kali aku tambah siap boleh bungkus bawak balik lagi. Terbaik lah.. harap tahun depan DiGi dan Nuffnang buat lagilah iftar bersama bloggers. Malam tu pihak DiGi ada buat sikit intro/info pasal pekej DiGi Perantaun dan DiGi Smart Plan so bloggers yang datang turut dimeriahkan lagi dengan kuiz dan games yang diorang buat. Happening sangat.

Continue reading

Makan Malam Hari Ni

Minggu ni jadual kerja aku agak padat sikit, biasalah hujung-hujung bulan ni kena siapkan banyak kerja tertangguh. Jadual aku pulak time hujung bulan ni lah banyak OT masuk.. huhu rezeki siapa yang taknak kan?.. satu perkara yang selalu bermain-main dalam fikiran setiap hari kerja adalah pada waktu rehat. Bila time break je mesti aku dan kawan-kawan yang lain tertanya-tanya nak makan kat mana?.. sebenarnya banyak je kedai makan kat area Bukit Bintang, Jalan Imbi dan Berjaya Times Square ni tapi biasalah kerja kat kawasan Golden Triangle ni harga pun sedikit mahal dari tempat lain.

Minggu ni hampir setiap hari aku dan kawan aku Alice makan kat kedai Taste Of Asia, Berjaya Times Square. Kat sini banyak pilihan makanan dari Asia. Ada masakan Melayu, masakan Cina, Masakan India dan macam-macam lagi. Hari ni saja nak test makanan lain pulak. Harga makanan kat sini nak kata mahal sangat pun tak nak kata murah sangat pun tak. Bagi aku kalau dah duduk kat Kuala Lumpur ni harga makanan macam ni dah dianggap biasa dan murah. Kalau tinggal kat kawasan luar bandar tu lain lah.. harga macam ni boleh dikatakan cekik darah pulak.

 

Hari ni saja nak try Cantonese Yee Mee. Harganya RM6.50 tapi untuk staff Berjaya macam aku ni dapat diskaun 10% so harga semangkuk mee ni RM5.85. Bagi aku ni dah kira murah dah.. cuba cari kat tempat lain kat kawasan Golden Triangle ni boleh dapat tak harga macam tu?.. Cantonese Yee Mee ni memang sesuai makan time panas tambah pulak dengan cili potong perhhh.. dah nama orang melayu makan ala Cantonese pun kena makan dengan cili padi haha..

 

 

Yang ni pulak Cat Fish Set A (Ikan Keli Masak Sambal). Harganya RM7.90 termasuk nasi putih, Staff Berjaya dapat diskaun 10% so harga sebenar RM7.10. Memang sedap tapi untuk aku biasa-biasa je sebab aku tak pernah makan ikan keli.. huhu Alice ada pelawa gak rasa tapi aku memang tak suka ikan keli so aku pun tak tahu nak cakap masakan ni sedap gile atau sedap biasa je haha..

 

 

Beruntung sebenarnya makan kat Times Square ni sebab kami staff Berjaya dapat Diskaun untuk semua kedai makan yang ada dalam bangunan ni. Cuma tunjuk staff id dah boleh dapat diskaun. So kalau ada kawan-kawan yang singgah kat BTS ni dan nak diskaun staff boleh la roger2 aku. Kalau aku ada kat office boleh turun jap BTS.. :)

 

Memang tak sah kalau makan malam tanpa Chocolate Custard. Yang ni memang makanan kegemaran aku. So inilah makan malam aku hari ni.. sedap dan menyelerakan.. haha.. biasalah orang bujang makan luar je waktu kerja.. kalau dah kawin nanti mungkin boleh jimat banyak. Suh isteri masak je tiap-tiap hari kan..

 

SM*SH Makan Malam Bersama Blogger Malaysia

Sebenarnya tajuk nak buat Blogger Malaysia makan malam bersama SM*SH. Tapi tak salah juga kalau letak SM*SH makan malam bersama Blogger Malaysia. Ehh! bukan senang tau sesebuah kumpulan (Boyband) berpeluang makan malam bersama blogger. Haha.. saja je bergurau.. apa yang penting dapat makan malam dengan kenyang semalam. Peluang bertemu dengan boy band SM*SH ni datangnya dari peraduan yang aku masuk dari laman web Nuffnang dengan kerjasama Warner Music Malaysia. Terima kasih kepada mereka kerana sudi menjemput aku untuk memeriahkan majlis.

 

5 orang blogger Nuffnang yang bertuah Aku, Ciklily, Nisa Kay, Nurul dan Pen Merah… aku sorang je kumbang kat sini hehe.. Sesi bertemu peminat ni dibuat semalam di Restoran Dareen (Sajian Timur Tengah) yang terletak di Solaris Mont Kiara. Memang sedap-sedap makanan kat sini dan dapatlah merasa nasi kambing sekali. Tapi aku tak makan sangat Nasi Kambing takut darah tinggi aku naik kang tak pasal-pasal aku merosakkan majlis.

 

Rasa terharu pulak bila dapat bertemu dengan lebih dekat kumpulan ala K-POP SM*SH ni. Nak kata aku kenal dan big fan kumpulan ni tak la sangat. Minat gitu-gitu je.. tu pun aku kenal melalui Youtube dengan lagu-lagu popular diorang. Sekarang ni selalu gak denganr kat radio EraFM yang suka putar lagu SM*SH. Di Indonesia boyband SM*SH tak asing lagi dikalangan peminat-peminatnya. Tapi di Malaysia mereka masih baru dan mencari peluang untuk menapak disini. Baguslah mereka datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan peminat-peminat disini pulak at least diorang pun akan dapat hebahan melalui media dan juga blogger macam aku ni.

 

Mesti ada peminat SM*SH yang cemburu bila lihat gambar ni kan.. kan betul aku cakap SM*SH beria-ia nak jumpa kami.. haha sebenarnya bila SM*SH masuk je dalam dewan makan ni kita orang agak excited gile tengok mamat baju putih ni.. Orang perempuan sukalah bila tengok mamat hensem macam ni kan kan hehe.. Ok aku kenalkan nama dia Morgan Oey. Muka ala-ala model gitu.. ada yang cakap muka dia ni ada iras-iras Shahz Jaszle. Ada kot sikit.. tapi Morgan lagi hensem aku rasa dari Shahz Jaszle hihi.. kang marah pulak peminat Shahz Jaszle kat aku kang..

 

Perkenalkan ahli terbaru SM*SH – dari kiri Muhammad Ilham Fauzi, SEMaK (aku) dan Rafael hehe.. berangan jap nak jadi ahli kumpulan SM*SH. Diorang cakap kalau nak join diorang aku kena kuruskan badan dulu haha.. ok semangat aku nak kuruskan badan semakin berkobar-kobar.. lepas ni kalau aku dah kurus diorang tak panggil aku siaplah diorang haha..

 

Aku dan Reza SM*SH. Diorang ni memang pandai menari dan menyanyi.. jadi kalau ada yang cakap diorang ni tiru K-POP tu agak tak betul juga sebab diorang ni pun sebenarnya ada identiti sendiri. Kalau korang peminat SM*SH pasti korang tahu dimana kelebihan yang ada pada kumpulan ni betul tak?

 

Ini dia Rangga. Aku duduk semeja makan dengan dia. Memang peramah orangnya dan seronok berbual-bual dengan dia. Tak sangka dari perasaan aku yang suram-suram boleh terhibur dengan keletah diorang ni. Rangga ni lahir kat Belanda dan bila umur 6 tahun dia tinggal dan menetap kat Indonesia sampailah sekarang. Kepada Rangga semoga terus success ya.. Aku suka bangat rambut kamu.. Rangga ni cerita kat kami yang diorang ni sebenarnya tak berapa sihat. Maklumlah sekarang ni musim hujan, panas tak menentu jadi memang senanglah kena penyakit. Rangga cakap gak jadual diorang kat Malaysia agak bz so masa rehat pun agak terhad. Walaupun diorang ni agak capek tapi tetap melayan kami (blogger) dengan senyuman. Terima kasih SM*SH.

 

Kita orang sebenarnya tak sangka yang kumpulan SM*SH ni bawa 2 orang wartawan dari Indonesia untuk rancangan TV disana. Jadi kesempatan tu diorang temuramah semua blogger yang datang termasuk aku. Aduiiaaii jangan lah diorang tanya pasal SM*SH mau terbantut aku dibuatnya. Sampai giliran aku nasib baik soalan senang-senang je haha.. aku ni dah lah pemalu depan camera. So kawan-kawan aku yang berada di Indonesia kalau menonton siaran ni bagi tahu ye..

 

SO.. SWEEETTTT… thankslah kepada semua yang sudi invite sesi bertemu SM*SH ni.. sangat best dengar cerita diorang.. so kepada semua pembaca blog Mohdzaid.com ini ada suatu yang istimewa untuk anda dari SMASH! jom tengok video yang aku rakan ni..

Shopping, Makan Dan Santai Di Hatyai

 

Terus terang aku pergi Hatyai ni main redah je, duit dalam poket pun cuma bawa RM300 je untuk makan, shopping dan santai-santai. Nasib baiklah kadar pertukaran wang disini sama je nilainya. Cuba pergi New Zealand dulu gila aku dibuatnya bawak RM1k pun tak cukup. Rasanya kalau pergi bujang-bujang ke Hatay ni RM300 dah kira cukup sangat dah. Apa sangatlah yang hendak dibeli kat sini.. aku pun just shopping fridge magnet dan t-shirt je.. yang bestnya kat sini baju t sangatlah murah.. RM10 sehelai.. murah ke? ala cincailah kira murah juga la kan.. kalau pandai tawar menawar atau beli banyak mungkin boleh dapat lagi murah. Beginilah pemandangan malam di Hatyai. Aman, damai dan tenteram jiwa cuma jalan raya agak sesak sekitar 7 malam- 9 malam mungkin ramai yang baru nak balik kerja. Bagi yang nak melancong ke Hatyai ingat pesanan aku ni .. datang hari Sabtu dan Ahad je sebab waktu ni lah ramai peniaga yang menjual barang.. kalau datang hari lain macam suram je..

 

 

Pink Lady Complex merupakan sebuah tempat yang menjual pelbagai jenis cenderamata untuk dibeli. Kat sini aku perhatikan harganya agak mahal sikit berbanding pekedai yang jual ditepi jalan. So kalau nak bershopping korang roundlah dulu 3-4 kali tengok kedai mana harga murah. Jangan nanti bila dah beli awal-awal menyesal pulak tengok kedai depan harga lebih murah.

 

 

Berhadapan Pink Lady Complex pula terdapat banyak gerai makanan muslim. Jadi kalau kesini jangan cakap susah nak cari makanan islam sebab melambak ada. Yang menarik disini terdapat sebuah gerai kakak purdah ni yang menjual cendol, pulut mangga dan pulut durian. Rasanya sangat enak dan harga sepinggan 50B (RM5). Memang berbaloi sebab mangga dan durian yang dihidangkan sangat fresh sampai meleleh air liur.

Continue reading

Menginap Di Grand Plaza Hotel Hatyai

 

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hatyai menaiki keretapi mengambil masa lebih kurang 14 jam. Pemandangan sawah padi di utara tanah air membuatkan sesiapa saja teruja apabila melihatnya. Memang cantik pemandangan sawah padi terbentang luas sambil gerabak keretapi meluncur laju menuju ke Hatyai. Itulah pengalaman yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila dan akan tersimpan dalam memori ini sebagai kenang-kenangan.

Sampai di Hatyai aku dan kawan-kawan yang lain terus mencari hotel. Kami tak buat perancangan awal pun nak menginap dimana sebab waktu kami pergi ni bukanlah waktu cuti sekolah di Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca semua, di Hatyai ni memang ramai pelancong dari Malaysia boleh juga dikatakan setiap pelusuk kita boleh nampak rakyat Malaysia. Sebab tulah mejoriti pekedai-pekedai dan agent pelancongan disini fasih berbahasa Melayu. Lebih lagi Hatyai ni kan hanya bersempadan dengan negara Malaysia. Kalau nak pergi bercuti ke sini aku sarankan pergi bukan diwaktu cuti sekolah sebab bila sampai musim cuti sekolah harga hotel dan pengangkutan naik 2 kali ganda.

 

 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja dari stesen keretapi Hatyai menuju ke Grand Plaza Hotel. Mulanya nak tinggal di hotel-hotel murah je tapi kebanyakannya sudah penuh dengan pelancong Malaysia. So jalan punya jalan kami singgah dulu di Lee Garden Plaza Hotel. Memang cantik hotel ni dan terletak betul-betul ditengah pekan Hatyai. Malangnya harga bilik pada waktu tu agak mahal lebih kurang RM130 untuk satu malam. Jadi kami mengambil keputusan untuk cari hotel lain yang berdekatan. Disebabkan ini projek redah jee.. jadi kami pun tak tahu hotel mana yang murah. So lepas keluar dari Lee Garden Plaza terus ke hotel bersebelahannya iaitu Grand Plaza Hotel.

Grand Plaza Hotel ni rasanya hotel 3 bintang kot sebab mempunyai kolam renang dan biliknya pun bersih. Harga untuk satu malam disini adalah RM80 untuk satu bilik dan mempunyai 2 katil. Hotel ni memang bersih cuma bagi aku layanan di frontdesknya agak kasar sikit dan tak mesra pelanggan. Tak kisahlah tentang service frontdesk nya bukan aku datang sini nak berborak-borak dengan diorang pun kan..

So far Grand Plaza Hotel ni memang lokasi terbaik untuk pelancong sebab ianya terletak betul-betul ditengah pekan Hatyai. Turun je hotel jalan kiri kanan boleh jumpa banyak kedai jual cenderahati. Bagi orang islam pula jangan lah risau, Hatyai penuh dengan kedai Muslim. Boleh dikatakan kiri kanan kita banyak je kedai islam dan macam-macam pilihan makanan ada…

Continue reading

Jom Makan Steamboat Fresh di Umami Steamboat Restaurant

Baru-baru ni aku dan adik aku si Uzair pergi jenjalan kat Sunway dengan kengkawan yang lain. Memula tu si Uzair nak makan steamboat kat KL tapi datang pulak sorang lagi member ni nak belanje kitaorang makan kat sebuah restoran steamboat baru ni namanya Umami Steamboat Restaurant. Memula macam malas nak pergi tapi setelah di desak beberapa kali so aku ikutkan je lah, dah orang belanje kang tak pergi kata sombong pulak kan..

Pertama sekali kalau bercakap pasal Umami Steamboat Restaurant aku memang suka tempat ni sebab selesa dan besar. Kedua kat sini memang banyak pilihan makanan yang boleh dipilih. Dari makanan laut, darat dan nasi lauk pun ada. Harganya pun cukup-cukup murah dan berbaloi lah sebab harga kat sini kira harga buffet. So makan aje apa yang korang suka sampai kenyang.

Umami Steamboat Restaurant terletak di 12A (Ground Floor), Jln PJS8/17, Dataran Mentari, 46159 Petaling Jaya, Malaysia. Harga yang ditawarkan sangatlah murah iaitu bermula dari RM26.80 + Makan apa saja (Buffet). Untuk kanak-kanak dan warga emas pula harga diskaun 50%. Operasi restoran ini bermula dari 5 petang hingga larut malam. Untuk pengetahuan semua sekaran ni diorang tengah buat promotion beli 2 percuma 1 pada setiap hari Isnin dan Rabu sahaja sehingga hujung tahun ni. Jadi kepada yang teringin benar atau mengidam nak makan steamboat bolehlah ajak rakan-rakan atau keluarga makan kat sini sekali.

Kalau korang nak tahu mapnya boleh klik sini, atau tengok je map kat bawah ni..

 

Di Umami Steamboat Restaurant terdapat pelbagai jenis hidangat laut dan boleh dipilih. Kuah Sup untuk steamboat pun ada banyak pilihan antaranya Umami Chicken Soup, Thai Tomyam Soup, Fish Head Soup, HK Herbal Soup dan Umami Papper Soup. Aku suka sangat Thai Tomyam sup dia memang power lah.. sedap ya amat..

 

Lihatlah antara makanan yang ada.. ambil je yang mana suka..

 

Selain makanan seafood ada guna makanan goreng dan bakar. Kira macam-macam pilihan yang ada disediakan disini

 

Percuma ABC kalau siapa yang nak.. ABC memang sodap tau… ada juga ice cream bermacam-macam perasa.. so kalau teringin nak makan steamboat fikir-fikirkanlah Umami Steamboat Restaurant.

 

 

 

Buffet Ramadhan – Restoran Rasa Utara

 

 

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mencuba hidangan dan juadah istimewa berbuka puasa di Restoran Rasa Utara di Times Square Kuala Lumpur. Terima kasih kepada boss 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd iaitu Mr. U-Ming Tan yang belanja kami dan pihak pengurusan Restoran Rasa Utara yang menyediakan hidangan yang sangat lazat dan menyelerakan ini.

Bila bercakap pasal Rasa Utara pekara yang paling terfikir sekali adalah makanannya yang berasal dari utara Malaysia. Disini terdapat lebih dari 90 jenis citarasa makanan yang dihidangkan untuk buffet berbuka puasa. Selain daripada itu hidangan-hidangan ala-cart turut disediakan pada hari biasa. Memang sesuailah kalau nak bawa rakan atau keluarga menjamu selera disini lebih-lebih lagi ianya berada didalam pusat membeli-belah terkemuka Times Square Kuala Lumpur. Sambil membeli-belah sempena raya ni boleh la singgah ke Restoran Rasa Utara ye.

Buffet Ramadhan Restoran Rasa Utara bermula dari 1 Ogos hingga 29 Ogos 2011 ini .. masih sempat lagi kalau nak merasa keunikkan masakan dan hidangan ala utara ni. Harganya cukup berpatutan cuma RM48 Nett untuk dewasa dan percuma untuk 12 tahun kebawah jika pembelian untuk seorang dewasa. Antara hidangan buffet kesukaan saya adalah Ikan masak lemak, Daging Rendang, Ayam Goreng Berserai, Udang Petai masak pedas, Steamboat Tomyam, Sate, Kambing Kurma, Pechal, Nasi Briyani, Laksa Utara, Air Batu Campur dan banyak lagi.. Anda mesti cuba kalau betul-betul nak merasai keunikan masakan utara hanya di Restoran Rasa Utara.

 

Datang dan buat tempahan sekarang, Alamat Restoran Rasa Utara, G-12, 13, Ground Floor, Times Square Kuala Lumpur. Tel : 03 – 2144 7118.

 

Mira mencuba masakan istimewa dari Rasa Utara.

Hidangan berbuka puasa saya .. memang sedap betul Udang Petai masak sambal tu..

Ramai pengunjung yang datang mencuba hidangan disini ada yang dari luar negara dan ada yang berbilang bangsa. Semuanya ada disini.

Kerabu dan roti ini memang enak.

Buah Tembikai ini memang sedap jika disaluti dengan coklat panas.. memang best.

Steamboat Tomyam pelbagai rencah.

Air Batu Campur (ABC) istimewa Restoran Rasa Utara.

Hidangan Buffet Restoran Rasa Utara

Hidangan Buffet Restoran Rasa Utara

Hidangan Buffet Restoran Rasa Utara

Hidangan Buffet Restoran Rasa Utara

Hidangan Buffet Restoran Rasa Utara

Hidangan Buffet Restoran Rasa Utara

Hidangan Buffet Restoran Rasa Utara

Rakan-rakan pejabat saya yang turut menikmati hidangan disini.. semuanya terpancar satu senyuman kegembiraan dan kesedapan yang tidak terhingga. Jom ramai-ramai kita cuba makanan di Restoran Rasa Utara. Pasti tidak mengecewakan. Datang ye ..

Restoran Rasa Utara, G-12, 13, Ground Floor, Times Square Kuala Lumpur. Tel : 03 – 2144 7118.

MAP GOOGLE : http://g.co/maps/nj63

Laksa Sarawak Dan Teh C Peng Special

 

Memang seronok bila berada di Sematan Sarawak sebab dapat berjumpa dengan ramai kawan-kawan baru disini. Hari ini saya mencuba makanan yang amat jarang saya makan iaitu Laksa Sarawak dan Teh C Peng Special. Rasa Laksa Sarawak memang sedap dan hanya boleh didapati di Sarawak sahaja. Jika ada di semenanjung pun rasanya tidak sama macam disini. Terima kasih kepada DiGi dan mereka yang terlibat sebab invite saya datang ke Sematan. Saya tidak akan lupakan pengalaman menarik disini sampai bila-bila..

 

 Laksa Sarawak lebih enak dimakan dengan sambal belacan dan limau nipis. Siapa yang datang ke Sarawak jangan lupa mencubanya ya. Memang sedap dan berbaloi tau.. :)

 

 

 

Makan.Blog.Menang @ Selangorlicious

Makan… Blog…. Menang… mudah kan? tiga perkara yang sangat aku minati dan mungkin korang pun sama minat dengan aku ye tak?..  Kalau sebut pasal makan sebenarnya tak habis nak cerita kat dalam blog sebab korang kena pergi sendiri dan rasa keenakkan masakan diluar sana tu, tapi kalau sebut makanan unik di Selangor apa ya?.. hahh korang jangan terkejut tau sebenarnya di Selangor ni banyak tempat-tempat menarik dan semestinya makanan pun lazat dan sedap belaka. Jadi inilah masanya korang untuk keluar dan makan..makan..makan… blog…. dan menang hadiah.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan Eat.Blog.Win dari Selangorlicious ni boleh menyertainya sekarang kerana peraduan bermula 1 May 2011 sehingga 31 May 2011.  Pertandingan ini terbuka kepada semua blogger dan bukan blogger dalam dan luar negara. Syarat-syarat untuk menyertai pertandingan ini adalah korang perlu menulis 400 hingga 800 perkataan didalam Bahasa Malaysia atau English dan mesti ada sekurang-kurangnya 2 hingga 10 gambar. Penyertaan boleh dihantar di http://www.selangorlicious.my/

Hadiah-Hadiah menanti anda :-

1st Prize – RM5000 cash prize and a holiday package

2nd Prize – RM 3000 cash prize and a holiday package

3rd Prize – RM1500 cash prize and dinner vouchers

Consolation Prize – 3 x RM500 cash prize and dinner vouchers

Best Food Photography – RM1000 and digital SLR camera

Best Food Ptohography (Runner Up) – a digital camera

Best Food Photography (Consolation) – a digital camera

Weekly Prize – goodie hampers

 

Untuk maklumat lanjut sila ke :

http://www.selangorlicious.my
http://twitter.com/#!/Selangorlicious
http://www.youtube.com/user/Selangorlicious

 

Majlis di rasmikan oleh YB Elizabeth Wong di FullHouse Restaurant Sunway Giza pada 31 Mac 2011.