Nak Ehem-Ehem Sila Tutup Lampu Ye

Xoxo.. dengar je ehemm…ehem… korang dah pikir lain kan?.. ni ehem-ehem pasal kempen Earth Hour 2010 lah.. ala kempen tutup elektrik tu.. bukan setakat lampu yang perlu tutup, aurat pun kene tutup gak..jangan buat maksiat time Earth Hour 2010 ni sudehh..

Jangan lupa pada 27 – March – 2010 ini jam 8.30 malam sama-sama kita tutup segala elektrik yang ada, lampu, TV, peti ais, laptop… ya laptop (no more Facebook,Twitter dalam sejam), handphone, kipas dan semualah yang menggunakan jana kuasa elektrik dalam sejam bagi menyahut seruan Earth Hour 2010 yang dilakukan setiap tahun. Bukan susah pun nak tutup hanya dalam masa sejam je satu dunia bergelap gelita, bayangkan kalau satu dunia bergelap tanpa kuasa elektrik kita dapat mengurangkan pembakaran karbon dioksida. Wahhh bayangkan hanya satu jam kita dapat selamatkan bumi dari pemanasan global dan perubahan iklim dunia yang tak menentu sekarang ni.

Tahun ni adalah tahun kedua selepas Earth Hour 2009 yang dilakukan di Malaysia. Pada tahun 2009 sebanyak 80 buah negara, 1429 kotaraya, 5085 organisasi, 16995 perniagaan dan lebih 1 billion orang telah menutup lampu selama sejam dan diharapkan ianya akan berkembang dan bertambah pada tahun 2010 ini. Rasanya kita tak rugi apa pun kalau nak join event ni.. sebab tak perlu keluar duit pun malah menjimatkan duit lagi adalah.

Ingat, Earth Hour 2010 akan dilakukan pada 27 – March – 2010 jam 8.30 malam, pastikan anda set jam dan bergelap selama satu jam dari timezone ke timezone yang lain satu dunia…, oh ye kalau dah bergelap tu pastikan juga keselamatan anda dirumah, kalau nak berlilin tu pastikan selamat jangan sampai terbakar rumah pulak… kalau tinggal sorang tu pastikan rumah dikunci kalau tak masuk perompak pulak heheheh..

Jom kita genapkan 5 million orang yang mendaftar di http://ehm.my sebagai tanda sokongan anda…

Anda juga boleh menyokong Earth Hour 2010 dengan cara ini :

  • Turning off your lights at 8.30PM on March 27
  • Pledge your support towards Earth Hour 2010!
  • Showing your support and adding yourself to our world map
  • Adding Earth Hour widgets, logos and banners to your blog or website to help us spread the word
  • Download e-cards and send them to your friends & family or share it on your social network
  • Download the poster pack and posters* especially designed by Vine House Productions and spread the word to colleagues, business partners, friends and family.
  • Talking about Earth Hour in your social network by updating your Social Network grabbing a Twibbon, tweeting about your support, and more
  • Get together with your friends and family, by hosting an Earth Hour party or holding your own candlelit affair
  • Rally your local council or community group to run an Earth Hour event for your community
  • Encourage your employer and workmates to take part in Earth Hour and make energy savings every day
  • Make an Earth Hour Lantern as a symbol of hope for the future
  • Be creative! Find a new way to mark Earth Hour and let us know all about it!

-

Earth Hour 2010 Global TV Commercial