JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1432H / 2011M BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR/PUTRAJAYA DAN LABUAN

Salam, wahh tak lama lagi kita nak puasa kan, pejam celik dah nak masuk tahun 1432H dan beberapa hari lagi semua umat islam sedunia akan mengerjakan rukum islam iaitu berpuasa di bulan ramadhan.. insyaallah tahun ni kita dapat sekali lagi berpuasa dengan suasana harmoni dan tenteram di Malaysia. Ok ini aku nak share jadual berbuka puasa bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya dan Labuan untuk semua. Semoga dibulan yang mulia ini dapatkan kita hindarkan diri dari melakukan pekara-pekara yang tak baik dan banyakkan ibadah kepada Allah ya…

Lafaz Niat Puasa Ramadhan
 

 
Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. ”

 

JADUALWAKTUBERBUKA2011

 
 
Waktu bagi kawasan lain akan dikemaskini dari masa ke semasa..

 

Monsopiad Cultural Village – Kadazan Warrior

Memperingati kehidupan dan zaman lagenda Pahlawan Kadazandusun dan pemburu kepala Monsopiad…

Kampung Kebudayaan Monsopiad dibuka pada 1 May 1996 untuk memperingati kegagahan pahlawan Kadazan dan pemburu-pemburu kepala Monsopiad. Kampung tradisi tersebut merupakan tapak bersejarah yang dibina diatas tanah yang diduduki Monsopiad dan tempat Monsopiad merayau sejak tiga abad yang lalu.

Kampung tersebut memberikan anggapan yang interaktif dan menyerikan kehidupan seharian kumpulan etnik yang terbesar di Sabah iaitu Orang KadazanDusun dan setiap hari tarian-tarian serta muzik tradisional dipersembahkan disini.

Mengimbas kembali zaman lampau, iaitu zaman pemburuan kepala dan pemujaan roh serta pemerintahan Bobohizan, iaitu paderi perempuan tersuci di kalangan orang KadazanDusun. Beliau memerintah kampung-kampung dan juga menjaga kesihatan fizikal dan jiwa rakyatnya.

Kampung itu dikendalikan oleh orang keturunan Monsopiad. Disamping itu, cerita-cerita mereka begitu jelas sehingga seseorang itu dapat merasakan kehadiran pahlawan-pahlawan yang telah lama meninggal. Pelawat-pelawat akan dibawa kerumah mereka, iaitu tempat piala-piala pemburuan kepala Monsopiad dipamerkan dan dijaga.

Fungsinya yang melampaui fungsi sebuah muzium, konsem Kampung Kebudayaan Monsopiad adalah untuk tujuan penyelidikan, dokumentari, pemeliharaan kebudayaan kuno, dan mengekalkan tradisi kehidupan orang-orang KadazanDusun.

Kampung Kebudayaan Monsopiad dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Kunjungan berpandu pada pukul 10 pagi, 12 tengah hari, 3 petang dan 5 petang. Tarian kebudayaan akan diadakan pada pukul 11 pagi, 2 petang dan 4 petang.

Monsopiad Cultural Village Sdn Bhd

Harga tiket :-

International
RM 75 – Adult
RM 50 – Student
Free of Charge – Children

Malaysian
RM 20 – Senior (55 years and above)
RM 55 – Adult
RM 30 – Student
Free of Charge – Children

Tel : 6 088 774337
Fax : 6 088 761680
Website : http://www.monsopiad.com
Email : info@monsopiad.com

 

 

Jom Melawat Muzium Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Muzium Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (Sabah Civil Service Museum) terletak di Sabah Trade Centre, Jalan Istiadat, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Pertama sekali bila aku Google pasal muzium ni aku langsung tak jumpa apa-apa carian berkenaan, tak tahulah kenapa muzium yang bagus ini jarang-jarang sekali dilawati oleh pengunjung dan pelancong dalam dan luar negara. Tahu tak masa aku melawat muzium ni tiada seorang pun pengunjung yang ada. Apa kurangnya muzium ni aku pun tak tahu kerana bagi aku segala maklumat tentang perkhidmatan dan sejarah perdagangan negeri Sabah tersedia ada disini.

Mungkin kurangnya pendedahan media cetak dan media massa tentang muzium ni menyebabkan terbantutnya kunjungan para tetamu yang hadir ke negeri Sabah. Apa kata biar aku yang mulakan, lagi pun tak luak mana pun ruang kat dalam blog aku ni untuk mempromosikan negara dan negeri sendiri betul tak?..  mana tahu lepas aku cerita serba sedikit dapat beri ruang kepada pihak JPA Sabah untuk terus majukan muzium ni.. :) Orang yang belajar perdagangan dan ekonomi asas masa SPM perlu tahu semua benda ni haha.. jadi tak rugi la kalau korang ke sini dan satu yang korang perlu tahu masuk ke muzium ni adalah PERCUMA dan dibuka setiap hari dari 9 pagi – 5 petang.

Alamat Muzium Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

[mappress mapid="13"]

 

Di Muzium Perkhidmatan Awam ni terdapat banyak sumber dan khazanah tentang negeri Jesselton (Kota Kinabalu) suatu masa dulu. Banyak artifak-artifak tentang perdagangan dan sumber ekonomi purba negeri Sabah dipamerkan. Apa benda ni?.. ini adalah senjata Meriam dari Brunei abad ke 13 yang digunakan sebagai barangan hantaran perkahwinan kepada pengantin perempuan di kalangan masyarakat Kadazandusun suatu ketika dulu.

 

Ini pula adalah Tajau perdagangan abad ke 18 yang masih digunakan sehingga kini sebagai nepung (hantaran perkahwinan kepada pengantin perempuan) di kalangan masyarakat Kadazandusun dan Murud.

 

Gambar diatas adalah lukisan purba binatang di Gua Madai, Lahat Datu (Kiri) dan lukisan purba bot di Gua Madai, Lahat Datu (Kiri). Agaknya binatang apakah yang mereka lukis pada ketika itu ye?.. semut barangkali.. :)

 

Korang tahu tak apa nama Kota Kinabalu suatu ketika dulu?… ya Kota Kinabalu dipanggil Jesselton dan ini adalah gambar Bandar Jesselton pada tahun 1911.

 

Berikut adalah lokasi menhir di Kampung Kituau, Penampang (Pekan lot tanah berasaskan penyukatan pertama pada tahun 1904 oleh Jabatan Tanah dan Ukur, Kota Kinabalu.

 

Magellan pernah mengelilingi dunia dan pernah sampai ke laut utara Sabah. Walaupun Maggelan meninggal dunia di kepulauan Filipina, tetapi angkatannya meneruskan pelayaran mengelilingi dunia dan semasa melalui kawasan laut utara Sabah, mereka telah melawati dan berurus niaga dengan penduduk tempatan dan menjalinkan hubungan dengan kerajaan Brunei.

 

Ini adalah damak beracun dan sumpitan yang digunakan oleh masyarakat Murut semasa penentangan Rundum pada tahun 1911. Bagaimanapun penentangan tersebut dipatahkan oleh British yang menggunakan senjata moden. Yelah kita pakai sumpit diorang pakai pistol ..

 

Inilah dia Pahlawan Sabah iaitu Datu Paduka Mat Salleh yang mempelopori perjuangan menentang British pada tahun 1897. Bagaimapun belau terbunuh di Kampung Tibabar Tambunan pada 31 Januari 1900 ..

 

Mesin penggiling yang digunakan untuk menghasilkan kepingan getah di industri getah semasa era  Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.

 

Almari apakah ini?… haaa ni nak bagi tahu ni bukan almari tapi ni adalah sebuah mesin penetasan anak ayam yang digunakan dalam industri ternakan semasa era Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dan Koloni British.. agak moden juga kan suatu ketika dulu..

 

Berikut adalah duit dan matawang yang digunakan semasa era Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (Board Of Commissioners Of Currency Malaya And British Borneo)

 

Perjanjian Malaysia – Di muzium ini juga terdapat salinan perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963, pembentukan Malaysia sebagai negara merdeka yang terdiri daripada Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Disini juga dipamerkan Dokumentasi Pengisytiharan Malaysia.

 

Senarai Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

 

Banyak lagi sumber-sumber yang boleh kita perolehi disini. Aku tak nak la letak semua kang blog aku ni dah boleh jadi muzium online pulak haha… Jadi kalau ke Kota Kinabalu jangan la lupa melawat ke Muzium Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ye.. jauh perjalanan luas pemandangan..  :)

Jom Shopping Di Plaza Wawasan, Kota Kinabalu Sabah.

Nak cari barang kraftangan, tshirt, keychain, beg dan cendera mata lain untuk dibawa pulang? apa kata kalau ke Kota Kinabalu Sabah kita singgah sebentar di Plaza Wawasan. Disini terdapat pelbagai barangan kraftangan dan lain-lain dijual dengan harga yang cukup murah. Tempatnya mudah nak cari tapi kalau takut sesat apa kata tengok peta yang aku sediakan dibawah ni..

[mappress mapid="12"]

Plaza Wawasan
Lorong Plaza Wawasan, Api-api Commercial Centre, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

 

Plaza Wawasan adalah salah satu pusat membeli-belah yang popular di Kota Kinabalu ianya terletak bersebelahan dengan Api-api centre dan stesen bus Kota Kinabalu, terdapat banyak kedai menjual barangan kraftangan, alat elektronik, kedai makan dan sebagainya. Sekiranya anda ingin bermalam disekitar Plaza Wawasan, terdapat banyak tempat penginapan yang disediakan dan salah satunya yang popular berdekatan Plaza Wawasan adalah Hotel Tang Dynasty dan Promenade Hotel

 

Pakaian yang dijual disini amat murah sekali,.. jangan lupa untuk tawar menawar ya..

 

Pelbagai jenis pilihan dan kedai menjual pakaian di tingkat satu Plaza Wawasan.

 

Barangan Kraftangan yang dijual di Plaza Wawasan Sabah.

 

Mutiara juga dijual dengan harga yang murah

 

Alat permainan muzik tradisional juga dijual disini.

 

Tak dapat makan Ambuyat?.. dapat beli fridge magnet pun jadi lah…

 

Barangan kraftangan yang jual disini.

 

Kalau ke sini jangan lupa beli key-chain ye.. boleh tulis nama lagi.. :)

 

Menara Jam Atkinson & Signal Hill Observatory, Kota Kinabalu, Sabah.

Selepas membeli-belah dan beriadah di pekan Kota Kinabalu, apa kata kita singgah sebentar ke Menara Jam Atkinson dan Signal Hill Observatory. Disini kita boleh menyaksikan menara jam yang berusia lebih kurang 106 tahun dan menikmati pemandangan indah Kota Kinabalu dari atas Bukit Bendera.

Bangunan Menara Jam Atkinson telah dibina oleh Maryd Edith Atkison dari England pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1905. Menara Jam ini dibina sebagai tanda untuk memperingati Pegawai Daerah Kota Kinabalu (Jesselton) yang pertama iaitu Mr. Francis George Atkinson yang meninggal dunia akibat “Demam Borneo” (Malaria) ketika berusia 28 tahun. Jam ini telah mula berfungsi pada 19hb April 1905 ketika masih dalam pembinaan. Menara Jam ini juga berfungsi sebagai rumah api untuk memberikan maklumat kedudukan kapal-kapal yang melalui pelabuhan Jesselton yang juga dikenali sebagai nama lama Kota Kinabalu.

Menara jam ini dibina daripada kayu Mirabau dan berketinggian 157 meter (48 kaki). Selepas dibina dan melalui pembaikan dan pembaharuan yang menyeluruh, bentuk permukaan asalnya telah mengalami perubahan yang besar. Pada tahun 1979, pihak Muzium Sabah telah mengambil alih penjagaan dan pemeliharaan Menara Jam ini. Tapak bangunan telah diwartakan sebagai Simpanan Kerajaan pada bulan Ogos 1983.

Pernah menjadi isu sekitar tahun 2010 bahawa ada pihak yang nak mendirikan hotel dan bangunan komersial disekitar menara jam ni. Bagi aku ianya satu tindakan yang sangat buruk dan satu yang tidak wajar sama sekali. Menara Jam ini perlu dijaga dan dipelihara supaya generasi kita dapat melihatnya satu hari nanti. Kalau nak bina bangunan sekali pun pastikan kawasan dan jaraknya jauh dari tempat bersejarah ni.

Selepas melawat Menara Jam Atkinson kita boleh pergi ke Signal Hill Observatory yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 10-15 minit sahaja. Di Signal Hill Observatory kita boleh menikmati pemandangan Kota Kinabalu yang begitu cantik dan indah. Masuk disini adalah PERCUMA dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Jadi kalau ke Kota Kinabalu jangan lupa singgah disini ye..

Terdapat tempat rehat dan tempat duduk untuk menikmati pemandangan di Signal Hill Observatory. Memang rugi kalau tak pergi sini..

Pemandangan bangunan-bangunan di Kota Kinabalu yang pesat membangun.

Indah dan cantik sekali pemandangan di Signal Hill Observatory ni..

Bertemu Rakan Blogger & Makan Ikan Bakar Di Pasar Filipina, Sabah

Sabah merupakan sebuah negeri di Malaysia yang sangat cantik dan banyak tempat menarik yang boleh kita lawati. Percutian aku bersama keluarga di Sabah memang satu pengalaman yang tak akan aku lupakan. Sebut pasal Pasar Filipina di Kota Kinabalu Sabah aku mesti teringatkan makanan yang di jual disana.

Waktu malam adalah waktu yang paling dinanti-nantikan, kerana disini terdapat pelbagai makanan dan juadah untuk makan malam. Mak aku nak cari Ambuyat tapi cari punya cari tak jumpa, mungkin ada kot kedai yang jual tapi kami dah berpusing-pusing cari tetap tak jumpa. Jadi kami sekeluarga sepakat untuk makan ikan bakar di Pasar Filipina sebab dengar cerita kawan-kawan disini banyak pilihan ikan-ikan segar yang baru turun dari laut. Harga makanan disini tidaklah semahal yang disangkakan.. ada yang mahal dan ada yang murah, kena pandai tawar menawarlah.

Kebetulan berada di Sabah aku teringat rakan blogger yang sama tarikh lahir dengan aku iaitu Slyvister. Ingat tak lagi entry aku cerita tentang Siapa Lahir Pada 18 Oktober 1984, ya.. semasa di Sabah ni aku amat bertuah sekali sebab dapat jumpa kembar tarikh lahir dengan aku tu. Slyvister memang seorang yang peramah dan mudah mesra dengan kami, mak aku pun terkejut bila aku cerita yang Slyvister dan aku lahir pada tarikh, bulan dan tahun yang sama. haha memang susahkan nak jumpa. Kepada bro Slyvister, terima kasih ye sebab sudi luangkan masa dinner bersama kami, kalau ada kekurangan atau saya tersalah bahasa harap dimaafkan ye :) keep in touch ye bro.. :)

Saya Sayang Kinabalu Bah .. AramaiTi

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu, biru-biru hujung Kinabalu, tengok dari jauh hati saya rindu.. aramaiti kawan-kawan.. aduhh bestnya lagu Sayang Kinabalu dari Kimin Mudin ni. Jangan tak percaya aku memang hafal lagu ni sejak dari dulu lagi. Percutian ke Sabah tempoh hari membuatkan aku tak sabar-sabar nak pergi melawat Mt.Kinabalu (Gunung Kinabalu). Bukan mendaki gunung tapi sekadar nak melihat pemandangan dari jauh Gunung Kinabalu tu.

Perjalanan dari Tune Hotels Kota Kinabalu ke Ranau membuatkan aku begitu seronok sekali. Maklumlah aku tinggal di Kuala Lumpur iaitu bandar yang penuh kesesakkan. Jadi bila aku buat keputusan hendak melawat sekitar Kundasang dan Ranau perasaan aku jadi happy giler walaupun perjalanan mengambil masa dekat 2 jam 30 minit untuk ke Ranau.

Sepanjang perjalanan korang akan nampak dari jauh Gunung Kinabalu, bila dari jauh nampak kecik dan pendek je gunung kemegahan kita tu.. tapi bila dah sampai kaki bukit boleh nampak besar giler. Memang bestlah ke sini udara yang sejuk dan suasana damai mententeramkan jiwa lara ni.

Info berguna kepada korang semua.. tahukah korang berapa ketinggian Mt. Kinabalu?… ya betul jawapan korang tu.. jawapannya adalah setinggi 4,905.2 meter/13,445kaki dari aras laut. Gunung Kinabalu berkedudukan memanjang di Banjaran Crocker dan bersuhu mencecah sehingga 0′c darjah selsius. Kenapa nama Gunung Kinabalu ni Gunung Kinabalu?.. siapa boleh jawab?.. haha untuk pengetahuan korang nama Gunung Kinabalu ni berasal dari perkataan masyarakat Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan “Aki” dan “Nabalu” yang bermaksud Aki iaitu nenek moyang dan Nabalu bermaksud gunung. Kita patut berbangga kerana Gunung Kinabalu merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara tau dan keempat tertinggi di Kepulauan Melayu, dan paling tinggi di Malaysia dan Pulau Borneo. Apa yang menarik bagi aku adalah menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia. Wow sangat menarik untuk di pelajari kan.. ok ingat info-info ni mana tau nanti masuk SPM hehe..

Segak pulak mamat ni kan.. haha perasan tul aku ni.. tapi aku suka sangat gambar ni sebab ianya melatarbelakangkan Mt. Kinabalu yang indah dah permai ni.. untuk pengetahuan korang kat sini sejuk bah.. patutnya kena pakai baju sejuk datang sini.. tapi aku lupa la bah..

Pemandangan gunung-gunung lain sekitar Gunung Kinabalu..

Bunga-Bunga segar dan berlatar belakang Gunung Kinabalu Sabah.

Gunung Kinabalu di sebalik awan nan biru..

Bamboo Cafe kedai makan berhadapan dengan pemandangan Gunung Kinabalu.

Mula-mula satu kereta, lepas satu kereta dah jadi banyak kereta pulak yang berhenti di pinggir jalan ni.. sebab apa.. sebab kat sinilah kami bergambar berlatar belakang Gunung Kinabalu tu.. lagipun kat sini sejuk dan udaranya sangat segar tau.

Selepas seronok sakan ambil gambar latar belakang Gunung Kinabalu.. kami meneruskan perjalanan dan singgah jap kat Kinabalu Park. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kinabalu Park ni mengambil lebih kurang 90km perjalanan. Kinabalu Park merupakan salah satu tarikan pelancong dan disenaraikan didalam World Heritage Site. Di sinilah tempat kepada pendaki-pendaki Gunung Kinabalu berkumpul dan memulakan pendakian. Kalau nak masuk ke sini kena bayar tau.. tapi tak mahal pun.. :-

Bayaran Masuk / harga tiket Kinabalu Park

Malaysia 18 tahun keatas – RM3.00

Bawah 18 tahun – RM1.00

Non Malaysian – RM15.00 dan RM10.00

Tiket Kinabalu Park

Peta Gunung Kinabalu .. tinggi oohh..

Orang kata tak kenal maka tak cinta.. walau di puncak mana sekalipun pasti ada yang mengenali kita.. inilah rakan Alice yang kebetulan bersama 10 orang yang lain hendak mendaki Gunung Kinabalu. Tak sangka kan boleh bertemu disini..

Nama jalan ni adalah “Jalan Kinabalu”

Memang seronok sebab aku boleh sampai ke kaki Gunung Kinabalu.. mungkin suatu hari nanti aku akan menjejakkan kaki ke puncaknya pula. Kounsikahan Rumikot Kawagu (Bahasa Dusun) bermaksud Terima Kasih, Jumpa Lagi.

Jom Shopping Di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu (Pasar Filipina)

Aku pasti bila dengar pasal shopping a.k.a membeli dan belah ni pastinya ramai pembaca wanita yang berminatkan.. haha memang betul pun cakap je pasal beli belah mak, kakak dan Alice beria-ia nak pergi sini iaitu di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina, kenapa yek nama pasar ni dipanggil Pasar Filipina?..  mungkin kerana penjual dan pekedai disini kebanyakkannya berasal dari Filipina dan datang ke Sabah bagi mencari sesuap nasi, tapi kalau korang nak tahu sebenarnya Pasar Filipina ni dibina oleh The United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) bagi pelarian-pelarian Filipina suatu ketika dulu semasa pemberontakkan yang berlaku di Filipina. Pasar ini dibina untuk membantu mereka menampung kehidupan dan dibenarkan berniaga disini untuk mencari makan. Kalau ke Kota Kinabalu memang tak sah kalau tidak ke Pasar Filipina untuk membeli barangan kraftanngan, ikan masin dan mutiara kerana disini terdapat pelbagai jenis barangan untuk dibeli dan dijadikan cendera hati .

Pasar Filipina ini terletak di Jalan Tun Fuad Stephen. Beraneka barangan dijual disini dan tips aku kalau nak membeli rajin-rajinlah jalan keseluruh kedai dan rajin-rajinlah untuk tawar menawar, lain kedai lain harganya. Harga disini boleh tahan jugak mahalnya, mungkin tempat ini dah popular dengan pelawat dalam negeri dan pelancong disebabkan itulah pekedai sesuka hati menjual dengan harga yang tinggi. Kalau pandai tawar harga yang tinggi tu pun boleh jadi murah tau.

aneka barangan kraftangan dan peralatan muzik pelbagai etnik dijual disini.

Mak dan kakak aku borong sakan cendera hati untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Apa yang penting mesti beli fridge magnet ye untuk dilekatkan kat peti ais kat rumah nanti ..

Selain barangan kraftangan terdapat juga Pasar Ikan Masin disini. Macam-macam ikan ada dan boleh buat tawar menawar. Beli jangan tak beli ye kak..

Setelah penat shopping, singgah sebentar di kedai yang menjual air Kelapa Pandan kat Pasar Filipina ni.. memang layanlah minum air kelapa ni boleh sejukkan badan.. best.. nyam..nyam..

Air Kepala Pandan dijual dengan harga RM4.00 sebiji.. berbaloi atau tak?..

Pelbagai sayuran dan barangan dapur turut dijual di Pasar Filipina ni.. macam-macam ada..

Mak.. apa benda ni yek..?.. lupa lah..

Alice cakap kat sini ada satu kedai Murtabak sayur yang sedap.. ya ini lah dia kedai yang dimaksudkan.. memang sedap murtabak dan apam balik disini dan harganya sangat murah.

Murtabak Sayur yang dijual di Pasar Filipina .. Yammieee..

Best sini bah… mau shopping ka mau makan ka.. sini best bah.. (kata Alice) haha…

Muzium Negeri Sabah – Mesti Singgah!

Kalau dah nama pun aktiviti melancong bersama keluarga, memang tak sah kalau aku tidak ke Muzium.. tak kiralah negara atau negeri mana pun kalau berjalan bersama keluarga mesti harus singgah ke Muzium. Sebab apa bagi aku muzium adalah satu-satunya tempat yang kita boleh dapatkan pelbagai maklumat sejarah dan info tentang bandar atau negeri tersebut. Kali ini persinggahan kami ke Muzium Negeri Sabah yang beralamat di :-

[mappress mapid="10"]

Kompleks Muzium Sabah,

Peti Surat 2015 88566

Kota Kinabalu Sabah.

http://museum.sabah.gov.my

Waktu Lawatan Muzium Sabah:

Setiap hari mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kaunter tiket ditutup pada jam 4.45 petang.

Muzium Negeri Sabah memang banyak menyimpan pelbagai khazanah negara dan barangan peninggalan sejarah khususnya negeri Sabah. Selain itu pelbagai info mengenai adat resam pribumi dipertontonkan disini. Maaf kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam muzium oleh pihak pengawal, hanya gambar diluar bangunan sahaja dibenarkan. Tak apalah janji kami sudah pun melawat Muzium Sabah ni dan nak sarankan kepada semua pembaca juga pergi melawat.

Tiket berharga RM2 RM1 bagi warganegara Malaysia dan RM15 untuk warganegara asing. Bagi warganegara yang berumur 55 tahun kearas, kanak-kanak di bawah 12 tahun, pelawat kurang upaya dan pelajar berpakaian seragam atau kad pelajar adalah PERCUMA. Jadi tiada alasan untuk anda dan anak-anak anda pergi melawat muzium ini. Memang tak rugilah pergi..

Apa yang menarik perhatian aku semasa didalam bangunan Muzium Sabah ni terdapat rangka tulang ikan paus Bryde sepanjang 18.6 meter. Dianggarkan berat ikan paus ni seberat 20 tan semasa hidupnya dan terdampar di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah akibat cedera parah kerana hendak melapaskan diri dari laut cetek disitu. Pihak muzium telah menyediakan buku scrap dan video mengenai kronologi ikan paus ini di perkarangan muzium. Memang besar tau ikan ni dan tak sangka ianya terdampar dan mati di perairan negara kita iaitu Sabah tercinta.

Selain itu di dalam muzium ni terdapat Galeri Pesta Kaamatan dimana ianya merupakan sambutan tradisi bagi masyarakat Kadazan Dusun di negeri Sabah ini merayakan pesta menuai setiap tahun. Dalam galeri ini juga terdapat banyak infomasi tentang sejarah Pesta Kaamatan, peralatan ritual, seramik, instrumen muzik, kraftangan, pakaian dan juga hidangan tradisional masyarakat Kadazan-Dusun.

Banyak bahan-bahan menarik yang lain disini antaranya di Galeri Cosmos merupakan galeri yang menyimpan pelbagai pakaian pelbagai etnik dari suku kaum seperti kaum Bajau, Murut, Lotud, Panampang, Kadazan Papar, Dusun Tindalm Iranum, Ida’an, Bisaya dan banyak lagi. Koleksi-koleksi pakaian dan adat perkahwinan seperti ini memang susah nak tengok.. jadi inilah peluang untuk kita mempelajari bagaimana upacara dan majlis bagi suku kaum tersebut. Sebenarnya banyak lagi galeri yang ada kat dalam bangunan muzium ni seperti Galeri Terowong Masa, Galeri Tamadun Islam dan Galeri Zeologi kalau nak tahu lebih lanjut sila-silalah ke sini ye.. :)

Diluar bangunan pula terdapat banyak lagi galeri-galeri lain disediakan oleh pihak muzium, antaranya Galeri Teknologi Keretapi, Balai Senilukis, koleksi-koleksi kereta peribadi zaman dulu-dulu dan macam-macam lagi. Jom kita layan gambar kat bawah ni..

Replika bakul rotan yang digunakan oleh orang Sabah ketika mengambil hasil sayuran dari kebun.

Kereta ke lori ni.. ntah la yang penting ianya adalah kereta antik yang dipamerkan di luar bangunan Muzium Sabah ni..

Perahu peninggalan sejarah..

Kereta yang menarik perhatian aku.. Cantikkan kereta antik ni..

Gerabak kepala keretapi bernombor 7 yang dipamerkan disini.

Kenangan di Muzium Sabah memang tak dapat dilupakan.. rugi kalau datang ke Sabah tapi tak singgah kat sini..

Pon..pon..pon kereta kecil ku berbunyi, marilah naik mari adik.. boleh ku bawa ke Muzium Sabah.. haha…

Singgah Sebentar Di Jambatan Tamparuli, Sabah

Pak pak kang ku doh, Sumunsui doh jambatan, Jambatan doh Tamparuli, Bakasut tinggi oku… itulah dia antara lirik lagu Jambatan Tamparuli yang dinyanyikan oleh Justin Lusah sekitar tahun 1970 yang popular didalam masyarakat “Kadazandusun”. Lagu ini jugalah yang telah mempopularkan kawasan Tamparuli dan kini dijadikan sebagai tempat yang patut dilawati ketika berada di Sabah. Memang rugi kalau tidak singgah ke Jambatan Tamparuli ni, kalau ke sini korang boleh beli bermacam-macam sayur dan aneka juadah kuih muih yang enak dibuat oleh penduduk disekitarnya.

Menarik juga kalau kita nak tahu sejarah Tamparuli ni dan ada juga bermacam-macam mitos yang disampaikan oleh penduduk. Tetapi antara yang menarik adalah nama Tamparuli ini berasal dari perkataan orang Brunei iaitu “ditampar oleh air” dimana pada zaman dulu semasa pedagang-pedagang Brunei datang ke sini mereka tidak dapat naik ke hulu akibat air sungai yang tersangatlah deras, jadi dengan nama “ditampar oleh air” itu disingkatkan dan jadilah “Tamparuli” .. macam tulah ceritanya sejarah nama Tamparuli ni diambil kalau korang nak tahu..

Mitos yang diceritakan oleh penduduk setempat pula cakap suatu ketika dulu ada seorang perempuan yang tersangat cantik dan pandai menyanyi diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan yang dikenali sebagai “Tajau”. Menurut mitos kalau nak jambatan kukuh berdiri perlu mengorbankan satu nyawa sebagai penguat. “Tajau” itu diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli bagi mengugukuhkan lagi jambatan tersebut. Sehingga kehari ini mitos tersebut masih lagi diceritakan dan kita lihatlah sendiri Jambatan Tamparuli kian teguh berdiri walaupun usianya dah berpuluh tahun.