Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang

Festival Layang-Layang Sedunia (World Kites Festival) yang ke 16 telah pun berjaya dilaksanakan baru-baru ni bertempat di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang Johor. Festival yang mengumpulkan pelayang-pelayang dan peminat dari dalam negeri dan dunia ini telah menjadi satu tarikan bagi negeri Johor sendiri dan telah menjadi salah satu program dalam kalender Tourism Malaysia dan Tourism Johor khususnya.  Karnival yang telah berjaya melakar nama dipersada dunia ini menaikkan lagi nama Johor dengan mengadakan Festival Layang-Layang Sedunia setiap tahun dan tahun ini adalah tahun yang ke 16.

Ini adalah kali pertama aku mengikuti rombongan bersama wartawan anjuran pihak Tourism Malaysia menyaksikan sendiri pengalaman bersama pelayang-pelayang menaikkan layang-layang dan wau ciptaan mereka. Memang terpegun sekejap melihat pelbagai layang-layang yang besar dan memukau mata memandang. Ada yang sekecil layang kanak-kanak dan ada yang sebesar gergasi serta berwarna-warni.

Pada tahun ini tercatat rekod Malaysia (Malaysia Book Of Records) dengan menerbangkan lebih kurang 3000 layang-layang sumbangan pihak KFC Malaysia kepada sekolah-sekolah seluruh Johor yang mengambil bahagian. Rekod ini telah berjaya dicipta oleh kanak-kanak dari sekolah terbabit yang berusaha bersungguh-sungguh menerbangkan layang-layang yang disumbangkan. Memang seronok melihat aksi kanak-kanak apabila bermain layang-layang, teringat semasa zaman kita kecil dulu. Terasa ingin sekali bermain bersama mereka pada ketika itu.

Pada tahun ini suasa di Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang begitu meriah dengan kehadiran ramai penonton yang berpusu-pusu untuk menyaksikan layangan kanvas di angkasa, ada yang datang dari utara tanahair dan ada yang datang dari negara jiran iaitu dari Indonesia dan Singapura. Bagi mereka kepuasan melihat dari mata kasar lebih puas dari menonton dikaca television. Ini menunjukkan Karnival ini berjaya menarik minat penonton dan pelancong asing melancong ke negara kita yang aman dan permai ini.

Malangnya pada tahun ini cuasa tidak begitu mengizinkan kerana hari hujan dan tiada angin. Perkara ini tidak mematahkan semangat pelayang dan mereka begitu rajin dan berusana untuk menerbangkan layang-layang ciptaan negara masing-masing bagi tidak menghampakan penonton yang hadir. Itulah semagat pelayang yang dapat saya lihat sewaktu dalam ekspidisi ini, tahniah diucapkan kepada pelayang semua yang bersungguh-sungguh menjayakan karnival pada kali ini.

Tahniah kepada Tourism Johor kerana menjadikan karnival ini sebagai salah satu aktiviti pelancongan kepada pelancong yang datang ke Johor. Terima kasih juga kepada Tourism Malaysia yang sudi menjemput saya berkampung selama 3 hari 2 malam disini. Semoga anda semua terus maju jaya dan wujudkan lagi pelbagai aktiviti menarik dimasa akan datang.

Jom tengok gambar-gambar yang saya rakam semasa di Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang baru-baru ini. Maaf gambar saya tak cantik..

 

 

 

Main Layang-Layang Bersama Churp2

Seronok sangat sabtu lepas sebab dapat pergi Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting , Lawatan Ke Taylor’s University (Lakeside Campus) , dan belah petangnya dapat main layang-layang dengan staff dan kawan-kawan @Churp2 . Memang berbaloi-baloilah event hari sabtu hari tu.. walaupun penat tapi memang best sangat sebab dah lama teringin nak main layang-layang. Terima kasih kat @Churp2 sebab bawa kembali permainan layang-layang ni dan main beramai-ramai memang syok.

Aku dah beli siap-siap Layang-layang ngan Ruby sebelum event ni, kalau tak beli pun tak apa, tapi aku nak beli sebagai tanda aku support event @Churp2 ni.. :)  Kita orang main layang-layang kat Taylor’s University (Lakeside Campus) dalam pukul 3 petang macam tu.. dah la panas terik angin pun kejap ada kejap tak ada, agak susah gak la nak naikkan layang-layang waktu macam ni.. tapi bila time ada angin waahhh kemain lagi layang-layang aku naik dengan megahnya. haha

Tengoklah orang yang tak pandai main nak naikkan layang-layang.. terkial-kial dekat 30minit baru layang-layang tu terbang haha

Apa yang diorang buat ni yek?.. main layang-layang atau menari poco-poco tengah panas terik ni?..

Hek eleh Alice tinggi tu je layang-layang ko boleh naik?… haha

Ehh abang Zaid, cuba tengok kak Alice tu biar betul.. abang zaid pun kalah..

Haa ambik kau Zaid, kau ingat kau sorang je pandai main layang-layang?.. Tengok layang-layang Alice ni dah naik tinggi tau… wow.. jangan jeles..

Layang-layang yang berjaya diterbangkan..

Timothy Tiah pun pandai main layang-layang tau.. cayalah.. :)

Timothy Tiah menunjukkan aksi comel (Burung @Churp ) dalam gambar ni haha.. kelakar lah tim ni..

Yuen Yee dah tak larat.. memang panas terik waktu ni.. tapi u tetap cool lah Yuen Yee.. :)

Michelle tetap cun walaupun tengah panas terik..  Jacqkie buat apa kat belakang tu?.. masih menari poco-poco ke?..

Jeles dengan aktiviti main layang2 ni?.. apa lagi jomlah join komuniti @Churp2 di http://www.churpchurp.com/

Ni layang-layang jenis helang

Smiley ni ruby punya

Layang-layang Dragon memang unik..

Ni layang-layang aku.. very colorful of Ranggoli lagi.. Nicholas main baru naik sampai awan kalau aku main asik terkandas je haha..

Layang-layang sotong pun ada tau.. jangan ingat sotong pun tak boleh naik .. haha

Jess dengan layang-layangnya.. haha kelakarlah jess main.. sampai habis layang-layang dia tak naik-naik.. :)

http://simonseow.blogspot.com/ dan Tim.. layang-layang kelawat dalam keadaan terbalik.. sorry bro gambar terbalik hehe..

Cantikkan Jacqueline , Jacqkie kita sama cute sama comel haha.

Memang best gila dapat main layang-layang ni.. harap pihak @Churp2 dapat buat aktiviti macam ni lagi dimasa akan datang.. kalau boleh tiap-tiap bulan buat lagi syok tul tak.. gerenti aku join sebab selain happy ianya dapat keluarkan peluh kira macam bersukan dan bersenamlah kan.. :) anyway thanks ye ChurpChurp. :)