Kerja Melampau

Sekadar Gambar Hiasan

Sejak kebelakangan ni badan asik sakit memanjang. Buat tu sakit buat ni sakit.. sampai dalam seminggu aku kena 3-4 kali migraine sampai langsung tak boleh nak buat semua kerja. Baru-baru ni pinggang pulak buat hal sampai tak boleh nak berjalan. Memang risau sebenarnya penyakit aku ni. Tapi bila cek kat doktor barulah tahu rupanya aku ni kerap kerja sampai lewat malam dan waktu tidur yang tak teratur boleh buat badan jadi lemah dan tak bertenaga.

Susah sebenarnya nak cakap cara kerja aku ni macam mana. Tidur tu jangan cakaplah kadang-kadang tidur siang, kadang-kadang tidur waktu malam. Maklumlah aku ni kerja shift jadi waktu tidur tu memang tak boleh nak cakap bila. Bila ada waktu untuk tidur aku tidurlah tu pun kadang-kadang tak tidur sebab ada ke benda nak buat. Kerja shift ni tak la berat sangat bagi aku sebab dah hampir 8 tahun lebih aku kerja 3 shift (pagi/petang/malam). Masa muda dan belum kawin ni boleh la kerja macam ni tapi nanti bila dah berkeluarga aku nak stop kerja 3 waktu ni. Pernah juga terbaca artikel kajian dari saintis luar negara cakap kalau kerap kerja malam ni boleh dapat kanser. Tak taulah kesahihannya harap-harap aku tak tergolong la dalam penyakit tu.

Masa aku pergi cek doktor hari tu, dia cakap aku ni terlalu kerap kerja sebab tu penyakit darah tinggi aku kerap naik dan berat badan aku pun makin bertambah sihat. Ye lah macam mana tak sihat, kalau kerja malam je mesti nak pergi kedai mamak 3-4 pagi makan sampai kenyang. Sepatutnya aku kena kawal makan aku diwaktu malam. Ok Insyaallah lepas ni aku kena stop makan malam dan kawal tidur aku dengan teratur. Doktor pun sarankan aku kurang-kurangkan duduk depan laptop dan PC setiap hari. Sebab tu ada juga efek aku kerap sakit kepala. Baiklah doktor.. insyaallah aku akan atur semua tu.

 

Monsopiad Cultural Village – Kadazan Warrior

Memperingati kehidupan dan zaman lagenda Pahlawan Kadazandusun dan pemburu kepala Monsopiad…

Kampung Kebudayaan Monsopiad dibuka pada 1 May 1996 untuk memperingati kegagahan pahlawan Kadazan dan pemburu-pemburu kepala Monsopiad. Kampung tradisi tersebut merupakan tapak bersejarah yang dibina diatas tanah yang diduduki Monsopiad dan tempat Monsopiad merayau sejak tiga abad yang lalu.

Kampung tersebut memberikan anggapan yang interaktif dan menyerikan kehidupan seharian kumpulan etnik yang terbesar di Sabah iaitu Orang KadazanDusun dan setiap hari tarian-tarian serta muzik tradisional dipersembahkan disini.

Mengimbas kembali zaman lampau, iaitu zaman pemburuan kepala dan pemujaan roh serta pemerintahan Bobohizan, iaitu paderi perempuan tersuci di kalangan orang KadazanDusun. Beliau memerintah kampung-kampung dan juga menjaga kesihatan fizikal dan jiwa rakyatnya.

Kampung itu dikendalikan oleh orang keturunan Monsopiad. Disamping itu, cerita-cerita mereka begitu jelas sehingga seseorang itu dapat merasakan kehadiran pahlawan-pahlawan yang telah lama meninggal. Pelawat-pelawat akan dibawa kerumah mereka, iaitu tempat piala-piala pemburuan kepala Monsopiad dipamerkan dan dijaga.

Fungsinya yang melampaui fungsi sebuah muzium, konsem Kampung Kebudayaan Monsopiad adalah untuk tujuan penyelidikan, dokumentari, pemeliharaan kebudayaan kuno, dan mengekalkan tradisi kehidupan orang-orang KadazanDusun.

Kampung Kebudayaan Monsopiad dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Kunjungan berpandu pada pukul 10 pagi, 12 tengah hari, 3 petang dan 5 petang. Tarian kebudayaan akan diadakan pada pukul 11 pagi, 2 petang dan 4 petang.

Monsopiad Cultural Village Sdn Bhd

Harga tiket :-

International
RM 75 – Adult
RM 50 – Student
Free of Charge – Children

Malaysian
RM 20 – Senior (55 years and above)
RM 55 – Adult
RM 30 – Student
Free of Charge – Children

Tel : 6 088 774337
Fax : 6 088 761680
Website : http://www.monsopiad.com
Email : info@monsopiad.com