Alhamdulillah Selesai Sudah Bayar Zakat Fitrah

Alhamdulillah Selesai Sudah Bayar Zakat Fitrah bagi tahun ini. Selalu bayar last minit kekadang risau gak sebab bayar last minit ni takut terlupa. Syukurlah semalam sudah bayar dan tertunailah hasrat di hati.  Kepada yang masih belum bayar tu harap segerakanlah jangan tunggu lama-lama takut terlupa. Semoga harta kita diberkati InsyAallah..

Zakat fitrah

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.