Detik Cemas Banjir di Kajang !!


Detik cemas Banjir di Kajang sangatlah merisaukan banyak pihak termasuk saya sendiri kerana kampung saya terletak di Kajang. Berita terkini dari kajang melaporkan jalan raya di sekitar pekan kajang ditutup dan hanya akan dibuka apabila keadaan benar-benar selamat untuk dilalui. Dilaporkan juga ada 2 nyawa telah terkorban namun berita tentang kematian masih belum lagi dapat disahkan kerana tidak ada bukti yang sahih dari mana-mana pihak.

air yang naik terlalu pantas telah menyebabkan 70 percent bandar kajang ditenggelami air dan ini berpuncari dari hujan berterusan dari jam 3 petang tadi sehingga lewat malam. selain itu, sistem perparitan yang kecil di sungai sekitar kajang menjadi faktor utama air tersumbat dan melimpah ke jalanraya disamping sampah sarap yang banyak menjadi air sungai lebih dalam sehingga melimpah melepasi tebing sungai.

saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga saya di kajang dan kepada rakyat kajang semoga anda melalui ujian ini dengan tenang dan diharapkan banjir ini dapat reda secepat mungkin..lihatlah beberapa video yang saya dapat melalui beberapa blogger dan ini dapat menggambarkan suasana yang sangat teruk di kajang ketika ini.


Credit video daripada UzairOthman.com dan Doposen.com ..

Terkini : Keadaan Banjir Di Kajang !

Gempar !! di Kajang, Selangor sebentar tadi baru sahaja seorang blogger iaitu Doposen.com merakam detik cemas banjir di Kajang kira-kira pukul 4.30 petang tadi..keadaan yang sangat teruk dan merbahaya ini membuatkan ramai pihak mula bimbang dengan paras air yang makin meningkat dan melepasi paras bahaya. Plaza metro kajang sudah mula ditenggelami air dan dijangka banyak kerugian yang bakal dialami oleh pemilik kedai di sekitar kajang.

keadaan banjir yang teruk ini meningatkan semula detik banjir pada tahun 2008..masih belum ada lagi pengesahan tentang jumlah mangsa banjir dan kematian..namun ada beberapa ini menyatakan bahawa sudah ada 2 orang telah mati akibat dihanyut arus deras tetapi berita tersebut masih belum disahkan lagi oleh pihak berkuasa.

diharap kepad semua pemandu kenderaan ke kajang diharap lebih berhati-hati dan dinasihatkan tidak masuk ke pekan kajang kerana jalan ditutup oleh pihak polis.