Green Art Project – Honda Hybrid

Seringkali kita dengar di television dan radio mahupun di dalam surat khabar semasa mengenai projek Green Art tetapi apakah kesedaran dan tujuan sebenar mengenai projek berkenaan dijalankan untuk masyarakat?. Baru-baru ni timbul kesedaran dalam diri aku bahawa pentingnya kesedaran mengenai alam sekitar serta persekitaran sekeliling kita untuk menjaga kehijauan bumi. Ini sebenarnya penting dan perlu dipupuk dengan lebih awal supaya bumi kita tidak rosak dari penyebaran sisa bahan buangan yang menyebabkan sumber alam menjadi semakin haus sebelum usianya.

Apa yang aku nak sarankan kat sini supaya semua masyarakat tak kiralah dari mana asalnya supaya sentiasa menjaga kebersihan alam dan memupuk semangat kehijauan. Terpanggil untuk aku menulis artikel ini adalah kerana aku amat tertarik dan berminat untuk berkongsi apakah yang sedang dilakukan di luar sana mengenai kesedaran menjaga kehijauan dalam Honda Green Art Project di KLCC Convex Tunnel. Tujuan dan harapan sebenar Honda Green Art Project ini adalah untuk memberi kesedaran dan memupuk semangat kehijauan alam sekitar kepada masyarakat.

 

 

Melalui HondaGreen Art Project ini ianya menjadi salah satu medium terkini untuk menerangkan kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Dapat dilihat melalui ilustrasi lukisan dari artis tentang kehijauan flora dan fauna melalui lakaran yang dicipta khas. Syabas kepada 3 orang artis yang terlibat dalam Honda Green Art Project (KLCC Tunnel) untuk menyampaikan “Green Message” dalam lukisan mural di sepanjang laluan Kuala Lumpur City Centre Convex Tunnel. Dalam masa yang sama melalui Honda Green Art Project ini dapat memberi peluang kepada local artist kita untuk menunjukkan bakat seni lukis semulajadi yang mereka ada. Siapa sangkakan? Bakat yang dipendam dapat direalisasikan di Honda Green Art project (KLCC Tunnel).

 

Penglibatan seni hijau ini telah dijalankan pada 7 May hingga 9 May yang lalu dan kini masyarakat boleh melihat sendiri mesej yang ingin disampaikan di laluan KLCC Convex Tunnel. Memang cantikkan lukisan Mural yang mereka lakarkan ni dapat dilihat pelbagai motif flora dan fauna hasil dari imaginasi dan kreativiti artis yang terlibat.

 

Antara lukisan mural Green Art Project – Honda Hybrid di KLCC Convex Tunnel

Antara lukisan mural Green Art Project – Honda Hybrid di KLCC Convex Tunnel

Kerja-kerja lukisan mural Green Art Project – Honda Hybrid di KLCC Convex Tunnel

Kerja-kerja lukisan mural Green Art Project – Honda Hybrid di KLCC Convex Tunne

Selain memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia khususnya dan pelancong yang hadir disini. Kita sebagai seorang manusia perlulah menitik berat tentang sumber alam. Tahukah anda semua bahawa setiap hari kadar udara di bumi semakin tercemar dari perkembangan pesat di dalam industri automotif masakini? dengan bertambahnya bilangan kenderaan ianya menjadi kesan kepada atmosfera dan menjejaskan kesihatan serta merosakkan alam sekitar?. Ya Memang benar dan ini adalah fakta yang perlu anda semua tahu dan seringkali kita alpa dalam membendung gejala ini dan semakin hari ianya mungkin tidak dapat dibendung lagi.

Kini sebagai pencinta alam kita seharusnya bertukar dari memiliki kenderaan biasa kepada kenderaan yang menggunakan ciri-ciri teknologi Hybird. Seperti yang kita semua tahu di Malaysia, Honda Hybrid dalam rangkaian keluarannya iaitu Honda Insight, Honta CRZ & Honda Jazz memiliki ciri-ciri teknilogi Hybird yang membantu dalam sumber penjagaan alam sekitar serta menjimatkan minyak serta melancarkan perjalanan seharian.

 

 

Naturally Driven – Itulah merupakan faktor utama dalam Green Art Project – Honda Hybrid di KLCC Convex Tunnel dan melalui keluaran Honda Insight, Honda CRZ & Honda Jazz ini dapatlah kita sama-sama menjaga alam sekitar (eco-friendly) serta menjimatkan tenaga. Diilhamkan dari sumber semulajadi dan Honda mencipta kenderaan jenis teknologi Hybird dengan ciri-ciri mesra alam.

Apakah itu kenderaan Honda Hybird?  Kenderaan Honda Hybird merupakan sebuah kenderaan yang dikuasakan oleh enjin dan dibantu oleh sistem motor elektrik (IMa HyBRID SySTEM). Ini bermakna dalam penggunaan perjalanan kendaraan harian sistem enjin kereta akan bergabung dengan sistem motor elektrik yang membantu menjimatkan tenaga. Dalam keluaran Honda Hybird ianya dipanggil sistem Ecological Drive Assist (ECO) assist ataupun ECON mode.

Hybrid Car ini berfungsi dimana dua system tenaga digabungkan menjadi satu. Gabungan Hidraulik dan Elektrik menjadi pilihan Honda dalam memastikan ia menjadi sebuah kereta mesra alam. Jadi pengguna yang memandu kenderaan jenis Honda Hybrid seperti Honda Insight, Honda CRZ & Honda Jazz ini akan merasa lebih nyaman, selesa, tenang dan membantu pemandu memaksimumkan kecekapan semasa dalam pemanduan.

 

Bagaimana Honda Hybird berfungsi?.. klik infografik di atas untuk besarkan.

Seperti diketahui, Honda Hybrid ini banyak memberikan kelebihan kepada pengguna. Berkonsepkan kehijauan dan mesra alam merupakan salah satu cara terbaik yang digunakan Honda dalam menjaga alam sekitar. Oleh itu, Penggunaan Sistem Hybrid pada kereta Honda ini dapat mengurangkan kesan pencemaran dan gangguan ekosistem manusia. Ia juga dapat mengekalkan kesegaran udara alam sekitar dan dapat menhindari orang ramai dari menghirup udara yang kotor.

Bagaimana Eco Assist System berfungsi?.. klik infografik di atas untuk besarkan.

 

Banyak faedah yang dapat diperolehi apabila memandu kenderaan Honda Hybird. Ianya direkacipta khas untuk pengguna yang inginkan keselesaan. Ianya sebuah kenderaan yang sangat cepat dan membantu pemandu dalam perjalanan. Honda Hybird dikatakan mampu memberi kilas pada tahap rpm yang lebih rendah, cekap minyak dan rendah emisi. Melalui infografik diatas kita dapat lihat bagaimana fungsi Honda Hybird dan Eco Assist System berfungsi membantu menjimatkan tenaga, minyak dan alam sekitar. Ianya juga dikatakan lebih selamat dan lebih pintar.

Selain itu ianya juga membantu pemandu dalam memperoleh penjimatan maksimum setiap hari. Melalui rupa bentuk unik Honda Hybird seperti Honda Insight, Honda CRZ & Honda Jazz juga dapat dilihat ianya direka dengan teliti dan memenuhi kehendak pemandu. Dengan reka bentuk diperbaharui lebih aerodinamik dapat diperhatian dengan langkah inovatif dan inspirasi Honda dalam memasarkan produk keluaran mereka. Selain itu juga Honda Hybird ini lebih murah dan menjimatkan kos pengguna. Memang wajarlah kereta Honda Hybird ini dikatakan kenderaan terbaik masakini.

Jadi rumusan disini boleh dibuat iaitu teknologi Hybird perlu diguna pakai masa kini sebab ianya sangat mesra alam disamping menjimatkan wang ringgit. Memang berbaloi sebenarnya memiliki Honda Hybird ini kan?.. Okey kepada semua yang dah baca artikel ni nanti jangan lupa ya pergi ke KLCC Convex Tunnel untuk melihat sendiri Green Art Project – Honda Hybrid disana.
Ubahlah gaya hidup dengan Honda Hybird supaya kita sama-sama memupuk semangat kehijauan alam sekitar. WHO SAYS GREEN CAN’T BE THE COLOUR OF PASSION? Untuk maklumat lanjut tentang Honda Hybird dan kelebihan yang ada pada Honda Insight, Honda CRZ & Honda Jazz boleh lawati di http://hybrid.honda.com.my/.

Dato Sheila Majid – Live Concert in Jakarta

Wahhh ratu Jazz kita siapa lagi kalau bukan Dato Sheila Majid akan beraksi dipentas jiran seberang lah.. best nih, maklumat yang baru diterima konsert live Dato Sheila Majid in Jakarta ni akan berlangsung pada 23-September-2010 ini di Plenary Hall, Jakarta Convention Center, Senayan. Bagi rakan dan sahabat kita dari Indonesia mahupun peminat dari Malaysia yang ingin dapatkan tiket konsert ini boleh terus ke laman web http://www.rajakarcis.com/, harga tiket dan seats layout boleh tengok kat bawah ni ye..

Klik gambar untuk besarkan

Klik gambar untuk besarkan

Jadwal Acara
Tanggal 23 Sep 2010
Tempat/Venue Plenary Hall, Jakarta Convention Center, Senayan
Kota Jakarta
Harga VVIP : Rp. 2.500.000,-
VIP : Rp. 2.000.000,-
Class 1 : Rp. 1.000.000,-
Class 2 : Rp. 800.000,-
Festival : Rp. 500.000,-
Promotor TIS Communication