Nak Ke Ho Chi Minh City

Screen Shot 2013-01-16 at 3.06.40 AM

Meroyan aku tak dapat tiket 10,000 kerjasama PM dan Airasia hari tu tak abis-abis lagi.. dari nak pergi Kota Kinabalu tak dapat hari ni terus booking pergi ke Ho Chi Minh City pulak. Ambik kau merajuk la sangatkan dengan Airasia last-last beli jugak bila tergoda dengan tawaran Free Seats diorang tu. Ok ok oppa dah tak merajuk lagi sebab aku dah dapat tiket harga murah RM173 je ke Ho Chi Minh City..  ada yang cakap kat sana tak best.. lantak lah.. duit aku bukan duit diorangkan.. best tak best aku dah sampai sana baru boleh cerita.. ok perginya lambat lagi pun.. saja je nak kecoh awal haha.. so pada kengkawan yang pernah pergi sana boleh tak share apa tempat-tempat yang menarik boleh aku lawati..

Kalau ada itinerary untuk 5 hari 4 malam boleh share tak kat aku.. kalau ada pekej muslim lagi best sebab aku nak pergi 3 orang.. nak pakej muslim kalau bleh.. senang nak melantak kat sana nanti.. nak tengok bajet dulu kalau mahal sangat mungkin aku backpacker je nanti..

Destinasi Libur Warisan Di Putrajaya Dan Kuala Lumpur

Petang Sabtu hari tu secara tidak sengaja aku dan blogger si cantik manis Jardness jadi Tourist Guide (Pemandu Pelancong) untuk dua orang rakan dari Jakarta, Indonesia. Helga dan Singgih baru je sampai kat Kuala Lumpur, Malaysia dan ini adalah pertemuan kedua aku bersama Helga dan kali pertama bertemu dengan Singgih. Aku kenal Helga masa MSS2011 tahun lepas dan beliau seorang blogger yang hebat di Jakarta.

Beberapa hari sebelum Helga nak pergi Malaysia dia ada tweet aku cakap aku free tak Sabtu ni. Kebetulan aku cuti pada hari tu dan apa salahnya aku ambil kesempatan ni untuk berlibur bersama rakan-rakan luar, boleh juga tambah kenalan dan ilmu pengetahuan. Helga sebenarnya nak jumpa kami makan tengah hari tapi secara tidak sengaja gak Jard ajak kami semua pergi makan tengah hari di Bangi sebab ada open house kawan dia. Perrhhh ada kambing golek kau.. meriah kau..  tak apalah langkah kanan kita orang bertiga ni..

Jadi dalam kesempatan makan open house rumah member jard tu alang-alang dah sampai Bangi jadi bawalah kawan kami tu berjalan sakan di Putrajaya. Susah juga jadi pemandu pelancong ni ingatkan senang. Ye lah kita sebagai rakyat Malaysia mestilah tahu semua, especially kalau pasal tourism di Malaysia. Bukan tu je nama bangunan, tahun bangunan dibina, tarikh dan sebagainya. Kalau tak nanti susahlah nak terangkan kat pelancong betul tak?.. haha nasib baiklah aku dan Jard ni kira “ok ok” kalau bagi peratus tu dah dapat 50% untuk jadi tourist guide haha..

Tapi tu semua tak penting, yang penting tetamu kami hari tu mesti happy dan bawa 1001 kenangan cerita yang menarik dan tertarik pasal negara Malaysia ke negara mereka. Aku bangga dengan Helga dan Singgih sebab mereka sudi berkunjung ke Malaysia dan bercuti disini dan mereka juga orang yang baik-baik.

Inilah dia Helga dan Singgih. Ramah dan pemalu orangnya..

Bak kata Jard.. hari ni aku jadi supir haha..

Kami sempat bergambar di Jambatan Seri Warisan di Putrajaya. Cantik pemandangan disini nasib baik waktu kami sampai hari pun baru lepas hujan. Haha nama je juru pemandu pelancong tapi aku sendiri baru 1st time melawat kat jambatan ni hihi.. best juga ye jadi pemandu pelancong ni dalam masa yang sama boleh berjalan-jalan tambah ilmu pengetahuan sekali.

Masjid Putrajaya dan Bangunan Perdana Putra. Walaupun selalu datang ke Putrajaya tapi inilah pertama kali aku masuk masjid yang indah ni.

Baru aku tahu di bawah perkarangan masjid Purtajaya ni ada kedai makan dan kedai jual cendera hati.. tapi harganya boleh tahan mahal gak

Jard belanja kami makan ice cream kat bawah perkarangan Dataran Putra Putrajaya. Perhh satu ice cream harga dia dekat RM5.00 mahal tuhh.. tapi thanks ye jard sebab belanja kami.. haha..

Malamnya kami bawa tetamu kesayangan kami melawat bandar Kuala Lumpur. Dalam itinerary yang Helga buat. Malamnya mereka nak ke Bukit Bintang dan Jalan Alor. Disebabkan aku bekerja kat area ni jadi tak susah bagi aku untuk bawa mereka jalan-jalan kat area ni. Sempat jugalah bawa mereka ke Berjaya Times Square dan Plaza Low Yat dan tunjukkan dimana Pavillion.

Lepas kami melawat Jalan Bukit Bintang, Kami ke Dataran Merdeka pula.. tunjukkan dimana terletaknya Bangunan Sultan Abdul Samad – KL High Court. Memang cantik waktu malam disini sebab bangunan SAS ni berwarna-warni dengan limpahan cahayanya. Yang bestnya juga setiap hari Sabtu dan Ahad jalan raya depan Dataran Merdeka ni akan ditutup untuk pelancong bersiar-siar disini. Memang bestlah.

Kami seterusnya ke KLCC dan tengok pertunjukkan air pancut berirama. Malangnya masa kami sampai show pun nak habis. Mujur masih ada pertunjukkan air pancut dengan warna lampu yang menarik. Tapi tak ada sound lagu lah.. kira ok lah dari tak ada..

Last sekali sebelum aku hantar tetamu pulang ke tempat penginapan mereka di Jalan Ismail berdekatan Petaling Street. Kami di jamu dengan makan malam yang enak bangat. Tak silap aku nama kedai ni Restoran Al-Azmi di Sentul. Terima kasih sekali lagi kat Jard sebab sudi belanja kami makan dinner yang best ni. Maybe next time aku akan kesini lagi bawa kawan yang lain.. sebab makanannya sedap bangat sih..

Akhir kata kepada Helga dan Singgih. Kami ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi berkunjung ke Kuala Lumpur dan moga saudara berdua happy dengan layanan kami :) kalau ada salah dan silap harap dimaafkan ya. Insyaallah nanti kalau ada rezeki kami akan ke Jakarta pula :)

Gambar Kredit : Jardness

Jumpa Di Asian Bloggers and Social Media Conference 2010

Kawan-kawan semua, dah dengar tentang Asian Bloggers and Social Media Conference 2010?.. ya pada 28 dan 29 Julai ni akan berlangsungnya event Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Aku juga akan menyertai event ini sebab aku rasa ianya sangat bagus selain dapat mempelajari dan mengutip ilmu dari blogger-blogger terkemuka Malaysia dan luar negara kat sana nanti.

Lazimnya kita tahu kegunaan Facebook, Twitter, Friendster, Myspace dan sebagainya dapat menjadi hiburan dan dapat mencari kenalan diserata dunia. Tapi tahukah kita yang Social Media ini dapat membantu kita dalam aspek mempromosi, menyebarkan maklumat dalam bidang perniagaan?.. bagi blogger pula ianya dapat menjadi medium untuk menarik lebih ramai pengunjung ke blog kita. Bagaimana Social Media dapat membantu para blogger dan ahli Corporate untuk memajukan blog dan business mereka? Apakah yang menjadi tarikan orang ramai tentang Social Media masakini?..

Haaaa itulah yang aku nak tahu..! di Asian Bloggers dan Social Media Conference ini membariskan ramai ahli panel yang telah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi dengan penangan Social Media.. antara ahli panel yang terlibat adalah..

Klik gambar untuk besarkan..

Rasanya tak rugi untuk kita sebagai blogger menghadiri program macam ni kan, selain dapat mempelajari dan menambah ilmu kita boleh korek sikit rahsia mereka yang berjaya tu. Bukan kita nak jadi seperti mereka tetapi kita nak berjaya seperti mereka tak gitu.?.. huhu kalau ada sesiapa yang berminat untuk join event ni boleh masuk http://www.myevents-intl.com/asianbloggers/index.html dan banyak lagi info disana.

Download Itinerary Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 : Disini

Asian Bloggers and Social Media Conference 2010

Hong Kong – My Next Destination

Yahoo akhirnya terjawab sudah tanda tanya kat facebook hari tu.. kan aku kata nak pergi tempat salji.. luruh.. bunga kan… tapi tak jadi.. mula-mula nak tempah penerbangan kat Melbourne tapi last minit harga penerbangan AirAsia naik mendadak.. so terpaksa la tukar plan ke plan B.

Fikir punya fikir dan mak aku pun dah setuju kita orang pergi Hong Kong bulan 6 tahun depan 2010.. kalau tak nak pergi bulan 12 tahun ni.. tapi disebabkan adik aku ada exam so terpaksalah tangguhkan dulu percutian keluarga ni.. yahooo tak sabar rasanya nak pergi Disneyland, Wax House.. bla..bla..bla.. bla..blaa..blaa hehehehe

Mula-mula tu takut tak jadi sebab kad kredit asik kene reject bila booking tiket kat AirAsia.. tapi hari ni sistem diorang dah ok.. jadi apa lagi terus la beli… Beli punya beli tetiba tempat duduk yang aku pick hilang… perhh geram pun ada.. dah la kene caj tapi tak ada dalam travel itinerary.. apa lagi aku terus call helpline AirAsia.. (dekat 1jam dalam talian menunggu)..  nasib baik semuanya dah selesai so tinggal nak cari travel agency je lagi..

Ermmm nak tanya lah sapa-sapa yang tahu atau ada travel agency yang menyediakan pakej ke Hong Kong 6hari 5malam?… kalau boleh nak yang murah-murah… kalau ada tolong la paste kat komen di bawah ye..

Kalau yang dah pernah pergi Hong Kong tu boleh tak ceritakan sikit pengalaman korang kat sana.. tempat-tempat best ke.. tq.. tq..