Google Zeitgeist 2012 – Search Trends Malaysia

Tadi usha-usha blog dan sesaja tengok Google Zeitgeist 2012 diorang dah update ke belum. Rupanya dah updated senarai Search Trends Malaysia. Wah-wah banyak juga carian yang dibuat oleh orang Malaysia kat Google ni ye.. Aku sendiri pun 100% kalau nak cari sesuatu bahan tu akan search kat Google. Mari kita lihat senarai Search Trends Malaysia kat bawah ni.. kalau tak boleh klik link Google Zeitgeist 2012.

Screen Shot 2012-12-19 at 12.47.37 AM

Untuk Trending Search 2012 top 1 orang Malaysia search katanama SAPS. Tak silap aku SAPS ni adalah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Yelah masa aku sekolah dulu mana ada sistem semak keputusan peperiksaan macam ni kan. Mungkin ramai ibu-bapa dan pelajar lebih gemar semak secara online je sekarang ni. Rotikaya mendapat tangga ke 7 dalam carian ini menunjukkan Rotikaya banyak menyampaikan sumber berita artis terkini dan sensasi untuk pembaca.

Screen Shot 2012-12-19 at 12.47.52 AM

Trending People – Shila Amzah mendapat carian tertinggi bagi orang Malaysia. Ini mungkin atas kemenangannya tempoh hari di Asian Wave. Diikuti dengan Allahyarham Izwan Pilus, Uncle Seekers dan Ustaz Azhar Idrus. Amboi kenapa UAI tak dapat nombor 1 kan..

Screen Shot 2012-12-19 at 12.48.03 AM

Trending Songs – Seperti semua dah tahu mesti PSY akan dapat carian tertinggi dengan lagunya Oppa Gangnam Style tu. Malas nak cerita pasal dia sebab aku lebih suka carian dari anak Malaysia. Anak Kampung – Jimmy Palikat mendapat carian no 2. Tahniah.. Tak sangka Ainan Tasneem pun masuk dalam carta. Tahniah..

Berikut adalah carian untuk TV Shows, Athletes, Sports Teams, What is.., Trevel Destinations, Image Search, Food & Drinks, Fashions Labels, Smartphones, Car Models dan Blog. So kalau nak full detail leh tengok kat sini Google Zeitgeist 2012. Tahniah kepada abang nara kita dengan blognya BeautifulNara.com mendapat carian tertinggi dalam kategori blog :) cayalah abang nara.. nanti nak minta belanje pizza bleh hihi..

Screen Shot 2012-12-19 at 12.59.46 AMScreen Shot 2012-12-19 at 1.00.22 AM

 

 

 

Pelancaran #DGiPhone4s Di DiGi SoHo

Ini adalah cerita sambungan dari Apa Yang Menarik Di DiGi Insiders 2011 , Bangunan Hijau Kerja Pun Hijau dan Unboxing DiGi iPhone4s di DGInsideJob. Pada sebelah malam hari kedua di DiGi Insiders 2011 kami dibawa ke DiGi SoHo di Solaris Mont Kiara bagi menyaksikan kemeriahan pelancaran dan melihat sendiri bagaimana operasi jualan iPhone 4s disana.

Pertama kali aku tengok secara live orang beli iPhone 4s, sebenarnya ada diantara pembeli ni yang dah tunggu dan beratur untuk dapatkan nombor giliran sejak dari pukul 5 petang lagi. Semata-mata nak dapatkan iPhone 4s, yaaahhh aku pun teruja sangat sebab bagi aku iPhone 4s ni memang dah terbaik untuk smartphone yang multitasking.

Lebih kurang 170 orang yang beratur dan membeli iPhone 4s mereka pada malam tu.. tapi sebenarnya ramai yang dah order secara online dari laman web DiGi. Jadi mereka yang tinggal jauh tu akan menerima iPhone 4s mereka melalui pos.

 

 

Kesemua DiGi Super Bloggers yang join DiGi Insiders 2011 ni hadir pada malam 16 Disember hari tu. Sambil belajar bagaimana operasi jualan kami juga diberi peluang untuk membeli iPhone 4s di laluan VIP. Huhu nak beli tak ada duit pulak waktu tu.. ermm mungkin aku akan beli dilain hari. Apa-apa pun aku tetap akan beli iPhone 4s ni melalui DiGi sebab dengan DiGi dapat diskaun dan pekej yang ditawarkan sangatlah murah giler..

 

 

Inilah pembeli no 1 #DGiPhone4s di Malaysia. Beliau dah tunggu dan beratur sejak dari jam 5 petang lagi untuk dapatkan nombor giliran. Perrrhhh memang peminat setia Apple betul dia nih kan.. Huhu tak sangka pemalu orangnya.. nak tanya lebih-lebih aku pulak jadi segan haha..

 

 

Pelanggan DiGi yang menunggu pintu masuk di buka jam 12 tengah malam. Apa lagi masa countdown ni kita boleh makan-makan.. sebab DiGi menyediakan makanan percuma untuk para pelanggannya. Wow baguslah, sambil menunggu giliran boleh reload perut juga..

 

Jam 12 tengah malam, DiGi Soho dikerumuni oleh orang ramai yang ingin membeli dan melihat sendiri iPhone 4s. Agak bz juga malam tu dibuatnya dan rata-rata ramai pembeli berpuas hati dengan layanan dan khidmat pelanggan dari pihak DiGi.

 

 

Suasana tenang walaupun orang agak ramai yang datang untuk beli iPhone 4s mereka. Staff dari DiGi sentiasa membantu para pelanggan dan menerangkan pekej yang disediakan untuk pembelian.

 

Hoho ikut nombor giliran ye.. so orang ramai kena beratur dulu sebelum nombor giliran mereka dipanggil. So semasa menunggu staff DiGi sempat menerangkan pekej yang ditawarkan kepada para pelanggan.

 

iPhone 4s bermula dari RM55/sebulan yang ditawarkan oleh DiGi. Untuk maklumat lanjut boleh refer kat laman web DiGi atau kunjungi DiGi yang berhampiran.

 

 

Satu yang aku agak kagum disini, pihak DiGi memberikan makanan (steamboat) percuma kepada pelanggannya. Makan sampai kenyang selagi boleh dan semua bayaran ditanggung oleh DiGi. Ini merupakan salah satu cara promosi dan tarikan yang dilakukan oleh DiGi untuk pelanggan setia mereka. Tahniah DiGi :)

Unboxing DiGi iPhone4s di #DGInsideJob

Ini adalah cerita sambungan dari Apa Yang Menarik Di DiGi Insiders 2011 dan Bangunan Hijau Kerja Pun Hijau. Hari kedua di DiGiInsiders 2011 memang sangat best. Sebab apa hari kedua tu kita orang dapat buka (unboxing) iPhone 4s sehari lebih awal dari orang ramai. Untuk makluman korang iPhone4s launching pada 16 Disember untuk semua telco termasuk DiGi. Untuk agenda iPhone 4S pre-launch GTM review ni kami telah diterangkan apa kelebihan yang ada pada iPhone 4s.  Memang sangat excited betul kita orang masa ni tau tak..  Aku yang menggunakan produk iOS taklah rasa ralat sangat sebab dah biasa guna iPhone ni.. cuma excited nak tahu apa itu iCloud dan kelebihan SIRI.

 

Apa kelebihan yang ada pada iPhone4s? beza antara iPhone 4s dan iPhone 4 adalah ianya menggunakan Apple’s A5 Chip Dual Core dimana fungsi pemprosesan yang lebih pantas dan lancar. Memaparkan kelancaran grafik dan menjimatkan kuasa bateri. Kedua ialah ianya mempunyai SIRI (intelligent personal assistance) yang memudahkan urusan harian dengan bercakap melalui SIRI. Kamera pada iPhone 4s ini juga sangat jelas dengan resolution 8 megapixel dan mempunyai Face detection. Untuk video kamera pulak ianya merakam dalam 1080p HD dan mempunyai video stabilization. Ok iCloud adalah yang terbaru dari iPhone 4s dimana pengguna boleh sync segala data dalam iCloud dan berkongsi pada mana-mana device Apple yang lain.

 

DiGi merupakan salah satu telco yang menjual iPhone 4s. Bagi aku pekej yang ditawarkan oleh DiGi sangat murah dan berpatutan berbanding dengan telco lain. Pekej terdiri daripada iDiGi 88, iDiGi 138 dan iDiGi 238 di reka untuk pengguna bergantung dari penggunaan mereka. Untuk maklumat tentang harga dan pekej yang ditawarkan DiGi boleh tengok kat sini : http://www.digi.com.my/PhonesDevices/iphone4s.do

 

Sangatlah teruja waktu ni sebab dapat jadi orang pertama di Malaysia yang unboxing iPhone 4s .. tak kesah la orang pertama ke orang ke 10 ke janji dapat pegang 1 demo unit iPhone 4s ni..Memang terbaiklah iPhone 4s ni aku memang rasa nak angkat satu je.. sesuai untuk aku yang suka buat live blogging ni..sebab kamera dia pun cantik dengan 8mp .. DAN yang paling penting adanya pekej DiGi yang aku pakai sekarang ni.. memang lancar dan rangkaian yang meluas. Sentiasa Bersamamu..

 

Yahoo setiap sorang dapat satu.. oppsss dapat pinjam je okey.. nampak tak blogger lain pun tengah excited nak unboxing.. tapi masa ni kita orang tak dibenarkan tweet, blog atau fb tentang iphone 4s atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. :)

 

 

Taddddaaaaa!!…  Inilah dia iPhone 4s yang aku nanti-nantikan.. huh masih panas dan baru keluar dari oven ..haha.. tersenyum lebar si pembuka kotak ni.. tapi hati kat dalam menangis sebab dapat pegang je.. tak dapat terus haha..

 

 Di Hujung Jari Anda.. ya inilah yang ada dalam kotang iPhone 4s ..

Jom lihat apa yang Rayyan dah buat dengan SIRI

Apple iPhone 4S

 

Ura-ura sebelum ni cakap Apple nak keluar iPhone 5 tapi kini diorang dah umumkan dalam press conference produk terbarunya iaitu iPhone 4S huhu, aku ni memang peminat tegar Apple dan aku rasakan iPhone 4S memang terbaiklah untuk aku sekarang nih. Bila agaknya nak sampai Malaysia yek? iPhone 4S akan dikeluarkan pada 14 Oktober ini dan Pre Order online boleh dibuat dilaman Apple mulai 7 Oktober, tapi rasanya pasaran untuk Malaysia lambat lagi kot. Menurut laman web Apple terdapat 2 warna yang dikeluarkan iaitu putih dan hitam. Harga iPhone 4S ni agak murah gak cuma $199 untuk 16GB, $299 untuk 32GB dan $399 untuk 64GB kalau di convert kepada duit Ringgit RM650 untuk 16GB, RM1000 untuk 32GB dan RM1300 untuk 64GB tapi tu harga anggaran aku lah.. harga rasmi tak tahu lagi kena tunggu la kot..

Dengan ada iPhone 4S ni dilengkapi dengan Siri dimana korang boleh menggunakan suara korang untuk mengendalikan iphone korang tuh. Hanya cakap dengan Siri dan dia akan tolong carikan apa yang korang nak dalam iphone korang tuh.. tapi rasanya Siri ni paham bahasa english je kalau bahasa melayu sure dia bengong jap.. kalau dia boleh paham cakap melayu sure nama dia tuka jadi Siti kan haha.. Pada kali ini iPhone 4S dilengkapi dengan Dual-Core A5 chip menjadikan penggunaan lebih pantas dan mendukung grafik yang tinggi. Selain daripada itu apa yang menarik perhatian aku adalah kameranya iaitu 8MP rasanya kalini Apple dah improvekan sikit kualiti kameranya, so bolehlah aku beli satu kan boleh sambung buat live blog aku tuh balik. Untuk video pulak iPhone 4S mempunyai video recording dalam 1080p dan merakan dalam bentuk HD Video serta mempunyai Video Stabilization bagi mengelakkan gambar jadi gegar. iPhone 4s menggunakan iOS 5 yang mana merupakan Sistem operasi mudah alih paling maju di dunia, ermmm laju ke?.. kita tengok je lah nanti.. Selain itu juga iPhone 4S dilengkapi iCould, Facetime, Retina Display, AirPlay, AirPrint dan kualiti HSDPA diupgrade sehingga 14.4 Mbps.

Continue reading