2 x 5 = ?

Sekarang ni aku dah jarang pegang calculator kalau nak mengira. Bukan sebab aku dah pandai sangat math, tapi sekarang ni kalau nak cari jawapan terus Google je. Kalau sebelum ni di Google kita boleh terus taip pengiraan contohnya 2 x 5 dan carian Google akan terus calculate kan jawapan tapi sekarang ni Google dah menaik taraf fungsi carian jawapan dengan paparan scientific calculator di Search Enginenya. Menarik kan?

Matematik bukanlah satu subjek yang susah.. cewah aku cakap pandailah cer kasi test tengok haha.. aku percaya Google Culculator ni boleh jawab segala jenis pengiraan. Bukan setakat boleh buat pengiraan tambah tolak darab dan bahagi tetapi kalkulator saintifik ini juga dilengkapi fungsi Sin, Cos, Tan, Log, exponential calculation, dan square root.

So.. kalau tak silap aku, tahun 2013 nanti pelajar sekolah dah dibenarkan bawa ipad dan iphone kat sekolah. Jadi mak bapak tak perlulah nak beli kalkulator saintifik untuk anak-anak.. kan jimat tuh.. suruh je anak-anak buat pengiraan kat Google.. siapa kata kalau bawa ipad ke sekolah tak bagus?.. yang tak bagus tu kalau budak-budak tu salah guna. Tul tak?..