Samsung Galaxy Tab 10.1 Dilancarkan – 10 Sebab Kenapa Patut Memilikinya

 

Mesti ramai yang terpesonakan bila dengar tentang tablet terbaharu Samsung Galaxy Tab 10.1 telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini. Kalau korang nak tahu sebenarnya banyak keistimewaan yang boleh kita perolehi dan manafaatkan dalam penggunaan Samsung Galaxy Tab 10.1 ini.  Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd iaitu pengeluar telefon bimbit terkemuka dengan bangganya mengumumkan ketibaan yang dinanti-nantikan tablet ter nipis di dunia tak lain tak bukan iaitu GALAXY Tab 10.1 dalam pasaran tempatan hari ini.

Kalau bercakap pasal ternipis di dunia apakah difikiran korang? tentunya suatu yang menakjubkan betul tak? hari ini aku berkesempatan melihat sendiri tablet ni dan ternyata ianya begitu nipis senipis pensil. Samsung Galaxy Tab 10.1 mempunyai kenipisan ultra-slim sehingga 8.6 milimeter dan berat seringan hanya 565 gram yang sentiasa memastikan kelancaran dan pergerakkan pantas dan cemerlang serta keselesaan dalam penggunaannya. Paparan skrin sentuh 10.1 inci dengan resolusi WXGA 1280 x 800 memaparkan warna dan keluasan yang selesa apabila menonton video dan melayari internet.

Penggunaan PC mahupun laptop kini sudah agak ketinggalan bagi sesetengah orang, revolusi dunia sekarang ni ramai yang nak bertukar kepada sesuatu yang ringan dan pantas serta mudah dibawa kemana-mana dalam urusan kerja mahupun dalam penggunaan seharian. Samsung Galaxy Tab 10.1 mempunyai ciri-ciri yang diidamkan pengguna diseluruh dunia.

 

Berikut adalah 10 sebab mengapa anda patut memiliki Samsung Galaxy Tab 10.1 ini?

1. Berat Samsung Galaxy Tab 10.1 ini sama berat dengan segelas cawan kopi iaitu hanya 565 gram

2. Memiliki peranti paling nipis di pasaran dengan hanya setebal 8.6mm

3. Mempunyai kuasa 450 kali lebih laju dari penggunaan PC biasa dengan menggunakan 1GHz Dual Core processor.

4. Jangka hayat bateri bertahan selama 9 jam dan ini membolehkan anda menonton video HD tanpa gangguan kelancaran bateri.

5.  Melayari lebih dari 346 Juta laman web termasuk 86.5 juta laman web yang memerlukan aplikasi sokongan Adobe ® Flash

6. Menghubungkan jaringan sosial seramai 4.5 billion orang diseluruh dunia dengan SNS services.

7. Menggunakan sambungan +HSPA

8. Lihat dan edit dokumen-dokumen pejabat dengan menggunakan Microsoft Office yang dibekalkan secara percuma dalam peranti Samsung Galaxy Tab 10.1

9. Penyambungan Adaptor USB memudahkan proses plug-n-play dalam setiap peranti Samsung.

10. Menggunakan versi Android terbaru iaitu 3.1 Honeycomb, sistem operasi yang pertama di dunia.

 

Menarik kan?.. jadi apa tunggu lagi dapatkan dipasaran sekarang Samsung Galaxy Tab 10.1 anda dan rasai kelainannya… Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.facebook.com/#!/SamsungUnivez dan Samsung official website http://www.samsung.com/my

 

  • Product Specifications

 

Network

HSPA+ 21Mbps  850/900/1900/2100
EDGE/GPRS  850/900/1800/1900

OS

Android™ 3.1 (Honeycomb)

Display

 10.1” WXGA 1280×800

Processor

1GHz Dual Core application processor

Camera

Main(Rear) : 3.0-Mega Pixel Camera AF with LED Flash
Front : 2.0-Mega Pixel Camera

Video

Format : MPEG4/H263/H264,Xvid
Playback : 1080p Full HD Video @ 30fps
Recording : 720p HD Video

Audio

MP3, AAC, AAC+, eAAC+, OGG, MIDI, AMR-NB/WB
3.5mm Ear Jack, Surround Sound Stereo Speakers

Enterprise Solutions

Microsoft Exchange ActiveSync

 Polaris Office

Value-added Features

Android Market™
GoogleMobile Services :
Google™ Talk, Google™ Maps, etc.
Samsung TouchWiz UX
Samsung Mini Apps Tray
Social Hub, Readers Hub (coming soon)
Adobe Flash Player 10.3

Connectivity

Bluetooth® technology v 2.1 + EDR
USB 2.0
WiFi 802.11 (a/b/g/n)

Sensor

Gyroscope, Accelerometer, Digital Compass, Ambient Light sensor

Memory

16GB

*Size

256.7 x 175.3 x 8.6 mm, 565g(3G) / 560(WiFi)

Battery

Built-in 7,000mAh
Video: Up to 9 hours
Music: Up to 17 hours
*depending on network connection

Retail Price and Availability

RM1899 (3G & WiFi), 20 August onwards

 

 

*All functionality, features, specifications and other product information provided in this document including, but not limited to, the benefits, design, pricing, components, performance, availability, and capabilities of the product are subject to change without notice or obligation.

Saya Menang Samsung Galaxy Tab Di #DiGiWWWOW Awards

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang yang berjaya merangkul Anugerah #DiGiWWWOW tempoh hari. Ternyata blogger juga wajar diberikan anugerah atas usaha keras mereka dalam dunia blogger ni. Kepada yang kalah tidak bermakna anda tidak bagus, mungkin kali ini bukan rezeki anda mana tahu tahun depan anda pula yang dinobatkan sebagai juara. Blog Mohdzaid.com pun tidak berjaya merangkul mana-mana anugerah lagi, dan aku tahu blog ini masih belum mencapai tahap yang perlu dibanggakan. Apa-apa pun sekalung tahniah sekali lagi kepada para pemenang.

Pada malam anugerah #DiGiWWWOW aku diberi penghormatan untuk menyampaikan anugerah kepada pemenang “Fave Malaysian Female Online Celebrity” dari pihak DiGi dan Nuffnang. Memang tak sangka dapat berdiri depan pentas berprestij macam tu, siapalah aku ni kan.. apa-apa pun aku berterima kasih kepada semua yang terlibat dan memberi kepercayaan kepada aku untuk sampaikan anugerah pada malam itu.

Satu berita baik buat diri ini adalah aku menang sebiji Samsung Galaxy Tab dari DiGi bersama 2 orang pemenang lain. Kepada yang datang malam anugerah tu mesti tahu kan yang DiGi mengadakan satu pertandingan iaitu merakam QR Code yang diorang tampal merata kat dinding KLPAC tu.. peserta boleh download aplikasi QR Code dan seterusnya merakam gambar-gambar yang dikehendaki. Setiap peserta no 1, 3 dan 26 tak silap aku akan menerima sebiji Samsung Galaxy Tab untuk dibawa pulang. Aku pun sekadar suka-suka je join sebab aku tengok ramai gak orang yang kehulu-kehilir tangkap gambar tu.. Alhamdulillah dah nama pun rezeki aku terima dengan syukur kepada Allah. Terima kasih juga kepada pihak penganjur yang buat pertandingan ni atleast pelawat pun boleh menang hadiah juga.

Masa pengacara Baki Zainal umumkan pemenang Samsung Galaxy Tab aku tak dapat pergi depan pentas sebab tengah ready untuk tunggu que masuk depan pentas sebab nak sampaikan anugerah.. bila 3-4 kali pengacara panggil “Pemenangnya Mohd Zaidi” aku jadi blur jap kenapa tak ada orang keluar.. baru aku teringat sebab masa kat depan kaunter tu petugas kat situ salah tulis nama aku Mohd Zaidi bukan Mohd Zaid.. haha.. so aku tanyalah diorang nombor telefon aku sama tak dengan nombor yang tertulis kat form contest tu.. rupa-rupanya betullah nama aku yang diorang panggil dan nombor telefon itu juga adalah nombor telefon aku..

 

Inilah dia Samsung Galaxy Tab yang dimenangi.. (gambar ini diambil menggunakan webcam dari laptop)

huh sampai ari ni tak buka lagi plastik tau.. sayang.. nak tunggu masa nak beli screen protector dulu baru leh pakai hehe..

Blog Mohdzaid.com yang dilayari menggunakan Samsung Galaxy Tab dan talian internet DiGi. Memang murah kalau pakai line DiGi nih..

Aku juga menerima Prepaid DiGi Internet Modem sebagai tanda terima kasih sebab jadi presenter pada malam tersebut.. huh gabra tak ingat aku bila berdiri depan penonton..

Que Card untuk aku baca pada malam #DIGIWWWOW awards ari tu .. nak simpan sebagai kenang-kenangan…