Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 – AIFFA 2013

1-IMG_1604

Satu penghormatan kepada penggiat filem tanahair dan antarabangsa apabila Malaysia diberi peluang menjadi tuan rumah dalam acara berprestij Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013  (AIFFA 2013). Ianya bakal diadakan di ibukota Kuching, Sarawak pada Mac 28 hingga 30, 2013 selain memberi ruang kerjasama penggiat filem dari ASEAN, Bollywood dan Hollywood berkolaborasi kemahiran mereka di dalam industri perfileman.

Festival ini bertujuan untuk mempromosikan industri pelancongan serta mewujudkan ruang untuk semua penggiat filem ASEAN serta rakan-rakan Hollywood dan Bollywood untuk bertemu dan mengeratkan rangkaian dengan satu sama lain. Acara itu akan mengetengahkan Sarawak dan Malaysia sebagai destinasi unik untuk penggiat filem bagi lokasi penggambaran filem mereka.

Selain itu, AIFFA 2013 menyediakan platform yang kukuh bagi menjana ekonomi dan ini boleh dilihat dari usaha kesedaran dan promosi agresif di kalangan penggiat filem tempatan dan antarabangsa untuk memilih Sarawak sebagai lokasi penggambaran filem mereka.

Menurut Livan Tajang, Pengarah Festival AIFFA 2013, acara itu bukan sahaja mewujudkan kerjasama dan kolaborasi antara penggiat filem, tetapi memberi pengiktirafan kepada filem-filem dengan pencapaian cemerlang di peringkat ASEAN.

Continue reading

Kenapa Saya BOIKOT Astro First?

 

Pada awal kemunculan Astro First ni aku rasakan ianya amat bagus sekali sebab aku boleh tonton filem-filem yang masih fresh kat panggung dengan hanya menonton dirumah saja. Tetapi lama kelamaan aku rasakan ianya tak relevant dengan  industri perfileman negara kita kerana atas beberapa sebab musabab.

Pertamanya sekarang Astro First menayangkan filem-filem yang sudah 3 minggu ditayangkan dipawagan dan berkemungkinan tidak lama lagi seminggu je kat panggung dah ada tayang kat Astro First. Macam mana penerbit filem kita nak maju kalau kutipan panggung tidak setimpal dengan hasil usaha filem mereka. Sah-sah lah orang tak pergi tengok wayang dan tunggu Astro First je yang harganya lebih kurang RM15 untuk 2 hari dan boleh tengok ramai-ramai satu kampung berbanding tengok di panggung dengan harga RM11 seorang. Kiranya penjualan tiket wayang akan menjunam jatuh dan ini akan mendorong kejatuhan filem melayu juga.

Kedua adalah sebab dengan adanya Astro First ni lebih banyaklah DVDrip cetak rompak dijual di pasar malam atau senang didownload melalui laman web yang dimuatnaik oleh lanun-lanun cetak rompak. Tengok saja di Yahoo dan Google banyak cerita-cerita melayu terbaru yang mudah didownload hasil dari rakaman melalui Astro First dan kualitinya tak kurang hebat. Ianya menyokong kepada aktiviti cetak rompak sekaligus menutup periuk nasi para penggiat seni dan pengarah perfileman negara.

Aku bukanlah nak BOIKOT 100% Astro First tapi cuba cari penyelesaian kepada 2 sebab diatas tu, kalau ianya boleh membendung kepada gejala cetak rompak dan tidak menutup periuk nasi mereka yang terlibat dalam industri perfileman negara ni ok lah, tapi kalau tak, aku rasakan Astro First tak relevant lagi buat masa sekarang. Baik suruh orang ramai pergi tengok kat panggung dan rasai pengalaman sebenar dari sekadar menonton TV di rumah.

 

PS : kalau ada Astro First ni dah tak perlu takut untuk download DVDRipper.. hari masuk Astro First esok dah boleh beli kat pasar malam.. renung-renungkanlah.. kesian kat pelakon dan penerbit filem..

 

Antara cerita yang dah boleh dimuatturun Astro First.. !!

Momok – Jangan Panggil Aku

Tahniah kepada pengarah M.Jamil kerana berjaya menghasilkan filem seram bertajuk ‘Momok – Jangan Panggil Aku’ yang akan ditayangkan dipawagam berhampiran anda pada 5 May 2011 nanti. Menurut M.Jamil, cerita ini tiada kena mengena langsung dari filem ‘Momok The Movie’ dulu dan ini adalah hasil terbaharu keluaran beliau. Aku baru je tonton tayangan media cerita ‘Momok – Jangan Panggil Aku’ di Finas Jumaat lepas dan boleh dikatakan agak seram juga cerita ni. Jadi aku nak sarankan kepada semua pembaca blog mohdzaid.com jom kita pergi saksikan cerita ‘Momok – Jangan Panggil Aku’ ni nanti ye gerenti seram dan puas hati. Terima kasih juga kepada pihak Galaksi Seni Sdn. Bhd. kerana sudi menjemput ke majlis sidang media tempoh hari ye.

 

Para pelakon yang hadir semasa Majlis Pratonton dan Sidang Media Momok – Jangan Panggil Aku di Finas.

 

Mariani Ismail antara pelakon yang cukup berbakat dan saya hormati. Watak Saka yang beliau lakonkan amat menjadi dan hidup. Memang seram dan korang mesti tonton cerita ni kat pawagam nanti.

 

Sinopsis:
Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.
Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.

Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu. Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki misteri yang hanya dipanggil Abang Long.

Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Abang Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Abang Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Abang Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah didesak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.

Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.

Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Aziz ketika itu mereka telah diganggu `hantu’ yang mengakibatkan Ramlee dan Sudin pengsan.

Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej ‘hantu’ dengan lensa kameranya. Abang Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Aziz. Mereka berjumpa Aziz di simpang jalan dan Aziz telah menunjukkan arah ke rumahnya. Namun apabila mereka sampai ke rumah Aziz satu misteri telah terungkap…Misteri yang mengakhiri destinasi Ramlee, Sudin dan Qaseh. Siapakah Ita, Abang Long dan Aziz yang sebenarnya.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hoLoFp31ymE

Pengarah : M.Jamil
Syarikat Penerbit : Galaksi Seni Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Seram
Tarikh Tayangan : 05 Mei 2011
Durasi : 98 min
Audio : Stereo

Pengarah: M.Jamil
Penulis & Cerita Asal: M.Jamil

Lakonan:
M.Jamil : Ramlee (Pelakon Utama)
Ariff S. Shamsuddin : Sudin (Pelakon Utama)
Cassandra Patrick : Qaseh (Pelakon Utama)
Mariani : Chu Lamah/Saka (Artis Jemputan)
Zarina Zainuddin : Nik (Pelakon Pembantu)
Yassin Salleh : Deris (Artis Jemputan)
Amin Khan : Busu (Artis Jemputan)
Ery Zukhairi : Khalif (Pelakon Pembantu)

AXE Malaysia – Nak Dia Kejutkan Kamu? Oh Baby!

Wow tahu tak korang bahawa AXE telah datang ke Malaysia?.. ala ingat tak iklan deodorant yang agak-agak lucah tu?.. kini dah ada di Malaysia, diorang pun dah ada Facebook khas untuk orang Malaysia. Tapi kan macam mana boleh lepas yek iklan macam ni, macam ada unsur-unsur sex juga, macam mana boleh terlepas daripada Finas atau lembaga penapisan iklan kat Malaysia ni?..

Ini antara iklan-iklan AXE yang pernah ditayangkan kat TV Malaysia. Iklan ni mengesahkan seorang perempuan yang bekerja di sebuah kedai hotdog, dan ada seorang jejaka datang ke kedai ni dengan memakai wangian Axe. Bila si jejaka ni sampai kedai, si perempuan ni terbau wangian Axe yang lelaki ni pakai. Dalam kegersangan si perempuan ni memegang botol sos (macam pegang zakar) sambil menulis nombor telefonnya pada roti hotdog tu dan meminta si jejaka telefon si perempuan ni.., kalau anda baru pertama kali tengok iklan ni apa tanggapan dan fikiran korang?.. adakah ini iklan wangian atau iklan sex?.. bagi aku ok je sebab ianya menghiburkan tapi macam tak sesuailah kalau budak-budak bawah umur tengok iklan ni kan..

Ni video yang kedua untuk iklan Axe ni,… kelakarkan.. apa-apa pun ianya sekadar iklan untuk mempromosi barangan keluaran Axe je yang lelain tu pandai-pandailah korang menilai.. Oh ye.. kalau korang nak “SiGedik” ni telefon dan kejutkan korang tiap-tiap pagi boleh je, hanya call 010-225-3344 dan SiGedik ni akan call kejutkan korang tiap-tiap hari dari isnin-jumaat, Memang sexy dan menggedik suara perempuan yang kejutkan tu… aiseehhhmen.. kalau pepagi bagi orang lelaki yang tut dia mencanak macam KLCC tu apa lagi boleh try call nombor tu dan sensasikan diri korang hahaha cayalah..