Selamat Berpuasa Dari Mohdzaid.com

Salam semua kawan-kawan, huhu kawan-kawan setan semua akan masuk penjara malam kang ye lah bulan puasa mana ada hantu. Jadi masa inilah kita bebas buat amal ibadat dengan ikhlas tanpa gangguan. Harap-harap tahun ni kita tingkatkan lagi amal ibadat dan buatlah amal kebaikan dengan banyak sebab bulan puasa inilah kita nak cari keberkatan dari Allah.  Korang semua dah tahu ke waktu berbuka puasa kat kawasan dan negeri korang?.. kalau belum bolehlah tengok kat sini Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H/2010M. Dikesempatan ni zaid nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, jangan makan banyak-banyak tau masa berbuka nanti, jangan membazir itukan amalan yang tak baik. Oh ye ada ke yang tak ingat doa untuk niat puasa nanti? kalau terlupa ini zaid sediakan lafaz niat puasa Ramadhan dan doa untuk berbuka puasa. Semoga ianya dapat membantu kawan-kawan ye.

Doa Niat Puasa Ramadhan

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala

Doa Berbuka Puasa Ramadhan

allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin.

Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih

Nuffnang Ads

Featured Blogger Nuffnang

Main Menu

Categories

CITCAT

Not supported! Not supported!

Popular Posts

Archives

Tags

Pelawat Mohdzaid.com

Pelawat Hari Ini: 144 orang

Tajaan Hosting

Mohdzaid.com Ditaja Oleh – Fivio.com | Premium Hosting Service

Search Results for ‘waktu berbuka’

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H/2010M