Mini Gath #MSS @ Glitz Genting

Selamam aku dan rakan-rakan dari #MSS (My Selangor Story) dapat jemputan dari PR RWGenting untuk menyaksikan persembahan Glitz yang baru je mula dipersembahkan kepada orang ramai sejak 1 November lalu. Ini adalah persembahan kedua aku tengok live di The Pavilion Genting selepas persembahan Dazzle sebulan yang lalu. Dikesempatan ni aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada RWGenting sebab tak jemu menjemput kami tengok show ni. Memang best betul management RWGenting ni, staffnya pun friendly dan dah macam keluarga.

The much awaited, brand new resident show at Resorts World Genting is finally here: GLITZ! An hour-long extravaganza bringing together internationally acclaimed performers in an East-meets-West concept, get ready to be dazzled by an enchanting and fabulous journey of wonder – guaranteed to be an amazing and unforgettable experience for the whole family!

Among the main acts featured will be the renowned magician, illusionist and escape artist – Charles Bach. With his extensive theatrical training, he will captivate you with amazing feats of illusion and deft sleight-of-hand. Next, we have the PuYang HuaChen Acrobatic Group – whose agility and dexterity is backed up with over 3000 years of tradition. Their skilled display of gravity-defying tricks will leave you on the edge of your seat. Last but not least, we have the brilliant and beautiful Daria Pushankina – mistress of sand art. Though young, her sheer talent in sand animation has won her accolades the world over. A truly unique form of story-telling that is sure to leave an impression!

All this and so much more awaits you this November. Come and enjoy the fun and excitement by delving into the depths of imagination today!

-from RW Genting Entertainment page Glitz

Persembahan #Glitz ni bermula pukul 9 malam setiap hari. Aku yang kebetulan kerja terpaksa balik awal supaya tak tertinggal bus, sebab pihak Genting ada menyediakan bus untuk kami kesana bersama para pemenang kuiz di Facebook RWGenting. Aku dan mak aku sampai kat KL Sentral jam 4.30 petang dan ramai lagi geng MSS yang belum sampai. Aku apa lagi mula lah tweet member-member dan aku ngan mak (Zara Aluwi) terus lepak kat MCD KL Sentral. Setengah jam lepas tu Dylan, Spectre, WenYiDenise pun sampai dan kita orang lepak sekali sambil bercerita tentang kehidupan masing-masing. Dalam pukul 6.10 kita orang terus turun ke perhentian Bus dan kebetulan Victor  pun sampai. Sampai je kat perhentian bus aku nampak MaxJoshuaLaw dan beberapa rakan lagi kat situ Nicole, TianChad dan Feeq.

Disebabkan jalan sesak dan pemandu bus tersalah parking bus, kami mula bergerak dari KL Sentral ke Genting dalam pukul 7 malam. Dalam perjalanan PR RWGenting iaitu Ms. Amelia berborak-borak dengan kami, jadi perjalanan tak lah terasa bosan sangat. Kira-kira jam 8.20 malam kami sampai kat Hotel Genting dan terus ke Coffee Terrace, Hotel Genting untuk dinner. Disebabkan lambat dan show Glitz pun dah nak start pukul 9 malam, kami terpaksa makan secepat yang boleh. Bila sebut pasal makan kami memang suka sangat.. sekejap je semua blogger hilang rupa-rupanya semua dah pergi serbu makanan yang ada kat situ. Kat sini macam-macam makanan ada dari makanan barat, makanan jepun, makanan asia dan sebagainya. Memang bestlah makan kat sini.. lagi best sebab malam ni kami dibelanja oleh pihak Genting.

ert

Gambar Kredit : http://dylan-zd.blogspot.com/ (Coffee Terrace, Hotel Genting)

Jam menunjukkan pukul 8.55 malam, kami terus menuju ke First World Hotel, Genting yang berada dibawah.. sekarangkan musim cuti sekolah jadi jalan nak menuju ke First World agak sesak dengan orang ramai kesana-sini. Tepat jam 9.00 malam kami terus masuk ke The Pavilion dan terus cari tempat duduk.. macam biasalah kami ni kan VVIP so tempat duduk mestilah kat depan hahaha.. teringat kembali show Dazzle yang aku tengok dulu kat sini, tapi hari ni aku datang nak tengok Glitz pulak.

Illusion, Suspense, Imagination itulah tema persembahan Glitz kali ini. Kali ini ada persembahan dari Mystical grace Pu Yang HuaChen Acrobatic Group dari China yang mempersembahkan tarian dan gaya acrobatic yang amat menarik sekali. Bukan calang-calang orang boleh buat aksi acrobatic ni tau, hanya mereka yang telatih je boleh buat. Kedua ada Daria Pushankina dari Ukraine. Pernah tak tengok kat Youtube yang orang buat lukisan dari pasir tu? haaa dia ni lah Daria Pushankina dia ni memang pandai dan sangat kreatif melukis dengan hanya menggunakan pasir, yang paling best kali ni dia melukis dan mengisahkan cerita tentang Michael Jackson. Ketiga ada persembahan magic dari Charles Bach yang berasal dari USA, dia ni memang popular dan persembahannya amat memukau mata kasar kita, tak caya pergilah tengok sendiri show diorang ni. Terakhir sudah semestinya ada tarian dari penari-penari yang cantik GILERRR dari Ukrain.

The extraordinary magic of
Charles Bach
– Magician (from USA)

Be thrilled and mesmerized with this multi award winning American magician as he transforms the theater into a world of imagination and excitement. Performing magic since the age of 8, Charles Bach is a world-class wizard of the arts. From floating bulbs to a grueling straight jacket escape, get ready to be thrilled by a master!

The mystical grace of the HuaChen Acrobatic Group
- Acrobats (from China)

Get swept off your feet with the artistic agility and skills of this highly renowned acrobatic group from China. Witness gravity-defying performances up close that’s guaranteed to keep you on the edge of your seat!

The wonders of sand art by Daria Pushankina
- Sand Artist (from Ukraine)

Witness the unique artistic flair of Daria Pushankina as she brings breathtaking works of art, drawn using just sand, to majestic life! An active performer on the international scene and an avid practitioner of innovative art forms, Daria brings you a show that’s never been seen performed live on stage in Asia! 

-from RW Genting Entertainment page Glitz

 

Gambar Kredit : http://www.zaraaluwi.com/

Gambar Kredit : http://dylan-zd.blogspot.com/

Gambar Kredit : http://dylan-zd.blogspot.com/

Show Glitz ni dalam sejam setengah dan tepat pukul 10.30 malam show pun dah habis. Bus kami untuk ke KL dalam pukul 11 malam jadi masa ni lah kami bergambar kenangan. Sempat gak lah bergambar dengan Mr.Charles Bach ni.. apa-apa pun persembahan Glitz ni memang syok dan rugi kalau siapa yang tak pergi tengok. Apa lagi ajak kengkawan semua pergi tengok Glitz ni tiket tak mahal, VIP RM100 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak. Kalau tiket biasa pulak RM70 dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak. Kalau korang ada Genting Worldcard boleh dapat diskaun 25% 

 

My Selangor Story – Hari Kedua (Genting Highland)

Hari ini penuh dengan aktiviti, selepas melawat Royal Selangor pada waktu pagi, kini kami dibawa menaiki ke Genting Highland untuk bercuti disana. Mesti ramai diantara anda keliru kenapa kami dibawa ke Genting?.. bukankah Genting terletak di negeri Pahang?.. baca entry saya selanjutnya dan anda akan temui jawapan kenapa kami ke Genting Highland. Pengamalan di Genting Highland tidak akan saya lupakan, siapa sangka layanan yang diberikan oleh pihak Resorts World Genting sangat bagus. Saya tidak pernah bercuti di Genting Highland dengan layanan super VVIP seperti ini, sangat teruja dan seronok sangat.

Sampai di Genting kami 30 blogger MY Selangor Story 2010 disambut bagaikan tetamu khas VVIP, pada hari itu kesemua blogger berpeluang makan tengah hari secara tertutup bersama YB Elizabeth Wong, Selangor’s EXCO for Tourism, Consumer Affairs & Environment serta bersama Dato Anthony Yeo, Senior Vice President of PR & Communications Genting Malaysia Berhad. Bukan senang-senang nak bertemu malah makan bersama mereka ni tau, inilah pengalaman yang paling indah sekali di Genting.

YB Elizabeth Wong dan Dato Anthony Yeo bergambar sambil ditemani oleh Tabby dan Ellie

Saya dan mak bersama maskot Genting Tabby dan Ellie, teringat pada adik saya, dia memang suka dengan maskot Tabby dan Ellie ni.

YB Elizabeth Wong dan  Dato Anthony Yeo menyampaikan cenderamata kepada kesemua blogger. Terima kasih Genting, kalau kawan-kawan nak tahu dalam beg kertas ni ada RM100 prepaid Holiday Card oleh Resorts World Genting dan 10000 World Points(WP) dalam World Card bernilai RM100, kesemuanya bernilai RM200. Jadi boleh shopping dan makan sepuas-puasnya di Genting.

Makanan tengah hari ini sangat sedap dan ditaja oleh Resorts World Genting, PR dari Genting juga sangat baik dan kami berbual-bual sambil bertuka pendapat dan pangangan antara satu sama lain. Manalah tahu kot-kot lepas ni pihak Genting nak Sponsor saya ke Genting lagi kan :)

Selepas makan tengah hari kami dibawa melawat ke The Visitor’s Galleria. Disini banyak info tentang sejarah dan pingat-pingat yang telah dimenangi oleh Genting dipamerkan disini. Disini kami diberi penerangan oleh Mr. Philip mengenai Genting Highland. Sebut saja Genting Highland mesti kita teringatkan mendiang Tan Sri Dato’ Dr. Lim Goh Tong, beliaulah yang mula membuka kawasan di tanah tinggi Genting ini. Dari susah hingga menjadi jutawan, itulah dia Tan Sri Dato’ Dr. Lim Goh Tong.

Trivia : Apa yang anda perlu tahu tentang Genting Highland :-

1 ) Asia’s leading integrated leisure & entertainment resort

2) 19.5  million visitors in 2009

3) Over 10,000 rooms at the resort

4) 2 million  Genting loyal  World Card members

5) 13,000 employees

Untuk pengetahuan anda semua, Genting Highland juga dibawah kawasan negeri Selangor dan Pahang. 25% tanah di Genting adalah terletak di kawasan Selangor dan selebihnya di Pahang. -Rujuk Rajah Diatas -

Selesai makan tengah hari kami Check-in di Hotel First World Genting, disini kami tidak perlu beratur untuk Check-in kerana semuanya sudah disediakan oleh pihak sponsor. Kalau anda ke sini tidak perlu risau banyak kaunter dibuka untuk check-in, tidak perlu risau dan tidak perlu beratur panjang. Itulah yang menariknya di Hotel First World, kalau anda nak tahu juga hotel ini telah dicatatkan dalam rekod dunia sebagai hotel terbesar. Memang besar pun disini je ada lebih kurang 6118 ribu bilik iaitu 3228 bilik di tower 1 dan 2890 bilik di tower 2. Tengok gambar kat atas tu, tulah bilik yang saya dapat.. yang bestnya disini diberi satu bilik setiap seorang, wahhh memang best sangat bilik yang sangat selesa dan saya akan tidur dengan nyenyak pada malam ni.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Pihak sponsor telah menaja tiket masuk ke taman tema Genting ini dengan percuma. Sudah lama tidak ke Genting bersama mak, inilah peluang keemasan yang saya dapat semasa bercuti bersama My Selangor Story. Kenangan yang tidak akan saya lupakan.

Amacam?.. macam kat London tak?.. haha  inilah antara tarikan di Genting Highland, rugi kalau tak ambil gambar disini.

Ini adalah hadiah patung kalau main game (Funfair) kat sini,…Saya tak menang main game ni… kalaulah saya dapat teddy bear ni saya nak hadiahkan kepada Alice.

Bergambar dengan kenderaan ini dan dibelakang tu adalah rumah hantu.

Antara tarikan dan permainan di taman tema Genting

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Bagi yang suka extreme boleh mencuba Go-kart

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Bagi orang yang bukan beragama islam anda boleh berkasino disini, dan bagi yang beragama islam anda boleh berlibur dan bershopping didalam First World Plaza kerana disini terdapat banyak kedai-kedai yang boleh dikunjungi. Makanan islam juga banyak disini, jadi bagi yang beragama islam tu jangan risaulah banyak makanan halal.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Satu yang saya paling gembira sekali bila pihak sponsor iaitu Resorts World Genting dengan murah hati memberikan tiket masuk untuk menyaksikan persembahan Dazzle – A Mystifying Journey yang sangat hebat sekali. Dalam banyak-banyak persembahan saya paling suka persembahan Jerome Murat aksi patung berkepala dua.

UNDI CERITA SAYA INI DI http://www.myselangorstory.com

MY SELANGOR STORY BLOGGERS COMPETITION SPONSORS.