Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Orang Langat kalau tak pergi Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) ni tak tau lah nak cakap apa. Haha Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) ni dekat je dengan rumah aku lebih kurang 5 minit je kalau naik kereta. Tadi sempat gak lah singgah pergi tengok KKR1M ni dengan mak aku. Tengok dan dengar kat TV kata harga kain kat KKR1M ni murah-murah benau. Untuk pengetahuan semua KKR1M ni terletak ni Hulu Langat beralamat No1, Jalan Lagenda Suria, Taman Lagenda Suria, Batu 14 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, bersebelahan dengan Stesen Minyak Petronas Batu 14.

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Harga kain kat KKR1M ni memang murah-murah belaka bagi wanita yang suka bershopping tu boleh la datang kesini dan borong kain yang sesuai dengan citarasa masing-masing. Terima kasih lah pada Perdana Menteri kita Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak kerana mewujudkan kedai kain rakyat ini untuk semua dengan harga yang amat berpatutan. Moga lepas ni Dato’ Sri boleh buat Kad Mesra Point 1Malaysia pulak supaya semua rakyat yang membeli belah di kedai rakyat 1M boleh kumpul point dan rebat pulangan.

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Baju Kurung Kanak-Kanak dari RM15.00 sepasang

Continue reading