DiGi BlackBerry – Apa Kata Mereka?

Ini adalah entey terakhir saya membuat review tentang DiGi BlackBerry dan pengalaman ini membuat saya sangat teruja sekali. Banyak benda yang saya belajar dan menginformasikan diri dalam membuat ulasan tentang DiGi BlackBerry. Tentunya anda telah membaca beberapa artikel saya tentang DiGi BlacBerry sebelum ini kan.. antaranya seperti berikut :-

DiGi Internet Unlimited Plan Paling Murah!

Blackberry Crazy Deals Roadshow at Mid Valley Megamall

“DG Smart Plan For Blackberry” Melalui Aplikasi Blackberry Yang GEMPAK!

OH BB! Aku Suka Sangat Blackberry Unlimited!

Tentunya banyak informasi yang telah anda perolehi dari ulasan saya sebelum ini kan…  bagi saya DiGi BlackBerry dengan pakej “DG Smart Plan for BlackBerry” adalah rangkaian dan pekej BlackBerry terbaik setakat ini. Setelah sebulan membuat ulasan tiada sebarang masalah rangkaian yang saya alami. Saya memang puas hati dengan perkhidmatan yang telah direka oleh telco DiGi ini. Tidak adil sekiranya saya seorang memuji-muji perkhidmatan ini kepada anda, oleh itu saya telah menemuramah beberapa rakan yang turut menggunakan DiGi Blackberry ini.

Shahrizal : Bagi saya DiGi BlackBerry sanggat pantas dan murah, mula-mula saya tak suka pakai BlackBerry tapi bila dah tengok Zaid pakai saya mula tertarik. Lebih-lebih lagi DiGi telah membuat promosi BlackBerry di MidVally tempoh hari, jadi saya tidak lepaskan peluang ini untuk merebutnya. Sekarang saya hanya BBM rakan-rakan untuk ajak lepak dikedai mamak, tak perlu sms lagi..

Rabiatul Adawiyah : Kenapa saya pakai DiGi BlackBerry?.. masuk ni dah ramai yang tanya kenapa.. tapi saya hanya cakap sebab saya percaya pada DiGi.. rangkaian telekomunikasinya yang tiada tandingan, saya melayari Twitter, Facebook dan mengupdate blog setiap hari setiap saat. Lagi pun plan DG Smart Plan menawarkan internet unlimited. Saya sukakan DiGi..!!

Aby : Saya tertarik dengan pakej yang ditawarkan oleh DiGi, BlackBerry Curve 8520 hanya RM1199 dan sangat berguna seperti saya yang gilakan Facebook. 24Jam Internet tanpa henti dengan DG Smart Plan hanya RM58 sebulan. Lagi satu saya kuat bersembang jadi dengan pekej ini saya dapat diskaun dari penggunaan kredit saya tau.. wahhh sambil BlackBerry sambil borak-borak hasilnya dapat diskaun.. murahh..murah.. Semua orang boleh pakai, semua orang boleh rasai kehebatannya.

Siti : Ingat Siti Nurhaliza je boleh pakai BlackBerry?? silap lah… Saya siti juga tapi saya pun mampu beli BlackBerry tau… “BlackBerrryyyyyyy” (sebut dengan nada manja…) heheheh.. Saya pula sukakan DiGi BlackBerry sebab saya suka tengok video online seperti Youtube.. memang pantas dan tak pernah lagi saya tension tengok video kegemaran saya selepas saya menggunakan DiGi BlackBerry… tak ada buffering langsung… ini bukan berbaloi lagi tapi ni dah berbaloi-baloi-baloi tau….

Zaimi : Saya seorang yang BZ man … saya kadang-kadang tak sempat nak berlawak kat tempat kerja, tapi selepas saya pakai DiGi BlackBerry saya dah boleh berlawak di Twitter dan Facebook. Duit bukan segalanya tapi kepuasan berhibur dengan DiGi BlackBerry adalah kepuasan sebenar. Sebelum ini saya menggunakan Telco lain untuk BlackBerry saya.. tapi mahalah… tak mampu saya.. dengan DG Smart Plan yang direka oleh DiGi memang puas hatilah.. murah gile.. tak tipu tau..

 

Itulah gelagat mereka yang menggunakan DiGi BlackBerry, tiada pun komen yang tak elok… sebab apa sebab ianya memang bagus.. tak percaya cubalah sendiri.. pasti anda rasai kelainannya..Okeylah ini entry terakhir saya untuk ulasan DiGi Blackberry, sekiranya anda berminat untuk mencuba, sila layari http://www.digi.com.my/blackberry/index.do dan dapatkannya satu hari ini juga..

Blackberry Crazy Deals Roadshow at Mid Valley Megamall

Anda mengidam nak pakai Blackberry?.. inilah masanya! DiGi sedang menawarkan penjimatan “DG Smart Plan for Blackberry” di Mid Valley Megamall dari 3 – 7 March 2010. Jangan lepaskan tawaran hebat ini dan pastinya sesuatu yang menarik buat anda disana semperna pelancaran BlackBerry Bold 9700 Smartphone yang lebih gempak dan lebih terkini. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan diskaun sebanyak RM700 menanti anda, lagi gempak DiGi menawarkan BlackBerry Internet Service untuk bulan pertama… WOW memang menarik ni!!

- Blackberry Bold 9700 Smartphone

- 3.2 MP Camera

- Trackpad Navigation & Full QWERTY Keyboard

- WiFi Enabled

- Bluetooth Enabled

- Integrated GPS & Maps

- 3G

 

- BlackBerry Curve 8520 Smartphone

- 2 MP Camera

- Dedicated Media Keys

- WiFi Enabled

- Bluetooth Enabled

- 256MB Flash Memory

- EDGE

 

Pastinya anda sudah membaca artikel saya yang bertajuk

 

OH BB! Aku Suka Sangat Blackberry Unlimited!

“DG Smart Plan For Blackberry” Melalui Aplikasi Blackberry Yang GEMPAK!

 

Dalam artikel tersebut telah saya terangkan tentang kebaikan dan kegunaan aplikasi BlackBerry ini.. Sekarang tibalah masa untuk anda membeli dan merasai sendiri kehebatannya. Saya amat sukakan DiGi BlackBerry Unlimited kerana internet dan saya tidak dapat dipisahkan, dengan “DG Smart Plan for Blackberry” saya dapat akses internet tanpa had setiap hari tanpa sekatan dan kepantasan internetnya yang sangat lancar dan pantas. “DG Smart Plan for Blackberry” antara pekej internet unlimited yang termurah di Malaysia yang menawarkan kadar RM58/bulan . Jadi jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan DiGi BlackBerry anda sekarang.

Jadi apa tunggu lagi dapatkan sekarang BlackBerry Curve 8520 dan BlackBerry Bold 9700 Smartphone di Mid Valley Megamall @ Blackberry Crazy Deals Roadshow, dan dapatkannya dengan harga yang berpatutan dan penjimatan yang hebat. Untuk maklumat lanjut sila lihat

Untuk maklumat lanjut sila rujuk : http://www.digi.com.my/blackberry/index.do

OH BB! Aku Suka Sangat Blackberry Unlimited!

Blackberry?? yes ini adalah Blackberry Curve 8520 yang original okey.. bukan cap ayam tau! diulangi ORIGINAL!.. Best sangat sebab diberi peluang mencuba dan merasai Blackberry Curve 8520 a.k.a (BB) kesayangan dan comel ini. Banyak kelebihan dan kebaikkan yang boleh kita perolehi sekiranya kita pakai Blackberry ni. Lebih-lebih lagi dalam dunia teknologi yang semakin canggih dan moden sekarang ni wajar kita berubah kepada sesuatu yang baru dan terkini dalam hidup kita. Tengok saja ahli politik seperti Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan artis-artis terkenal diluar sana seperti Paris Hilton dan Ashraf Sinclair semuanya pakai Blackberry sebab apa sebab ianya senang dan memudahkan dalam urusan harian.

Kalau semua nak tahu hanya orang-orang yang hensem dan macho je yang pakai Blackberry ni… hehhe belagak la pulak saya ni kan.. tak lah saja je nak sakat korang supaya beli Blackberry ni juga. Untuk pengetahuan semua saya bukanlah seorang yang kaya dan suka menukar telefon bimbit, kali terakhir saya membeli handphone pada tahun lepas tu pun sebab handphone lama dah rosak. Baru-baru ini saya telah mencuba Blackberry Curve 8520 pula dan amat berpuas hati denganya. Bagi seorang blogger tegar seperti saya yang tidak boleh dipisahkan dengan internet 24 jam sehari dan 365 hari setahun, memang sesuai menggunakan Blackberry.

Sebelum ini penggunaan internet bagi saya hanya di rumah sahaja, maklumlah saya tidak suka membawa laptop ke luar untuk berinternet. Tapi sekarang dengan menggunakan Blackberry saya dapat segala maklumat dengan pantas dan terkini, antara lain kerana ianya elegant, bergaya, comel dan nipis yang mudah dibawa kemana saja.

Banyak tau functioning yang boleh kita download dan install ke Blackberry ini. Dengan aplikasi yang disedia dan dibangunkan untuk Blackberry ini memudahkan saya mengemaskini dan membalas email dengan pantas, cit cat bersama kawan-kawan dengan YM, ICQ, MSN dan Google talk dalam satu masa, antara pengalaman saya yang menarik adalah menggunakan Blackberry Messenger yang membenarkan kita berkongsi nombor pin Blackberry kepada peminat ataupun rakan-rakan, melalui pin ini kita boleh bersembang melalui mesej dari jarak jauh. Banyak lagi aplikasi yang menarik dan memudahkan saya mengemaskini laman sosial seperti Twitter, Facebook, Blog dan lain-lain lagi… semua tentang aplikasi Blackberry ini akan saya huraikan pada post yang akan datang.

Ini adalah 10 fakta kenapa saya gemarkan dan suka sangat dengan Blackberry Curve 8520 …

Fakta 1 : Saya suka sangat-sangat sebab Blackberry ni ringan dan mudah dibawa kemana saja, Ya Blackberry Curve 8520 hanya seberat 105 gram sahaja. WOW ringankan…

Fakta 2 : Sekarang saya boleh bersembang dan mengemaskini aktiviti di blog dan laman sosial seperti Facebook, Twitter dengan menggunakan aplikasi yang tersedia.

Fakta 3 : Saya suka bercakap, bercakap dan bercakap, dengan Blackberry Unlimited ini saya dapat berbual dan dapat diskaun dari penggunaan panggilan harian saya.

Fakta 4 : Kerana Blackberry ini cantik dan dipakai oleh kebanyakkan artis.. huhu nampak bergaya tau pakai Blackberry ni..

Fakta 5 : Kadar internet unlimited “DG Smart Plan for Blackberry” yang sangat murah dan boleh dikatakan yang paling murah antara telco yang lain.

Fakta 6 : Trand dan teknologi applikasinya yang “UP TO DATE” dan selalu dikemaskini.

Fakta 7 : Saya boleh cek email dan membalas email dengan pantas. Jadi saya tidak lagi terlepas peluang perniagaan yang dikirim melalui email.. sentiasa update beb!!

Fakta 8 : Saya suka bercuti dan travel.. tetapi saya sukakan hiburan juga… dalam masa yang sama saya boleh menonton video klip artis kegemaran saya melalui laman web Youtube mobile tanpa sekatan dan tak ada buffering langsung.. tak percaya cubalah “DG Smart Plan for Blackberry”

Fakta 9 : Saya memang tak boleh hidup kalau tak baca suratkhabar sehari.. setiap hari saya akan abiskan RM3.00 untuk membeli suratkhabar.. sekarang tidak lagi.. saya hanya membaca suratkhabar kegemaran saya melalui Blackberry. Mudah dan yang penting percuma tak perlu beli suratkhabar lagi..

Fakta 10 : Saya suka Blackberry Curve 8520 ini kerana ianya best…best….best… dan besttttt… sangat..sangat… hehehehe

Sekarang saya menggunakan DiGi iaitu “DG Smart Plan for Blackberry” perkhidmatan semua dalam satu yang direka khas untuk Blackberry, ini menjadikan DiGi antara telco yang menawarkan perkhidmaran internet unlimited Blackberry yang paling murah di Malaysia. Dengan hanya RM58/sebulan saya dapat menyemak dan membalas Email tanpa had, Instant Messanging tanpa had, Social Networking tanpa had, dan melayari internet dan mengemaskini blog kegemaran saya tanpa had setiap hari. Dengan plan ini juga saya boleh membuat panggilan, SMS, MMS ke mana-mana dan akan diberikan diskaun kedalam akaun saya. Wahhh menarik dan tertarik bukan?..

Untuk maklumat lanjut sila semak di http://www.digi.com.my/blackberry