Astro B.yond Bloggers Night

Pertama-tama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi menjemput aku untuk pergi macam-macam event sebelum dan sehingga la sekarang. Keduanya kepada Astro yang menjemput kami sebagai tetamu khas untuk merasai pengalaman sebenar Astro Byond ni.. Malam tadi aku (Zaid), Alice, dan Ruby dapat jemputan untuk menghadiri Astro Byond Bloggers Night yang diadakan di Modestos Sri Damansara. Mungkin ada diantara korang yang masih tak tahu apa itu Astro Byond?.. tak perlulah aku bercerita panjang, seperti artikel aku sebelum ini Astro Byond Rasai Pengalaman Sebenar! (Klik Disini Untuk Info Lengkap), tetapi itu sekadar blog… hari ini aku dapat merasai dan melihat sendiri apa itu Astro B.Yond dan apa yang menariknya dengan Astro Byond ni.. Apa yang boleh aku katakan Astro BYond ni memang gempak dan sangat High Definition (HD) dan sistem bunyi Dolby Digitalnya yang sangat berteknologi tinggi.

Aku nak minta maaf kepada sesiapa especially blogger-blogger yang baru aku kenal, kalau-kalau aku ada terkasar atau tersilap bahasa masa borak-borak tadi.. ampunkan patik ye.. yelah mana la tahu kan kot-kot dalam gelak-gelak tu ada aku tercakap benda-benda tak elok ke… huhu Alice dan Ruby sememangnya tentu tahu perangai aku macam manakan (perangai aku yang gile-gile).. kekadang bila dah happy aku cepat lupa daratan.. hahaha.. Lagi satu sebenarnya mood aku tak berapa baik masa malam tadi.. ye lah bukan apa aku risau takut lambat ke event ni… balik je kerja terus mandi dan pergi jemput Alice dan Ruby… tambah pula dengan jalan jem kat jalan imbi dan jalan duta lagi lah buat darah aku naik menyirap macam air sirap bandung hehehe…

Aku sampai Modesto (Rain) ni tepat jam 7.00 malam, nasib baik dalam jem tu ada tempat parking kereta, kalau tak mau pukul 8 aku baru masuk, Masa pendaftaran aku tengok nama aku no1 waaa bangga jap walaupun aku tahu susunan email aku disusun dengan turutan ABC hehehe… ada chinese girl maybe dari Nuffnang kot kat registration counter minta aku tandatangan dan lepas tandatangan dia kasi aku goody beg, kat dalam tu ada (Botol Air Astro, Pen Astro, Organizer Astro)…  lepas pendaftaran kitaorang sempat snapy-snapy gambar kat sekitar Rain’s Club sebab masa ni orang tak ramai datang lagi.. jomlah tengok gambar-gambar masa aku kat event ni… tapi sebelum tu jom tengok video HD dari blogger popular tanahair..

Cuba teka apa yang aku tulis kat papan putih ni?... siapa jawab betul dia pandai.. hehehe (Alice/Ruby tak boleh jawab hahaha)..

Kami dengan Goody masing-masing.. (Smileee...)

Experience, See, Hear, Touch and Feel like never before...

Me with Mr Eyriqazz, aku kenal bro Eyriqazz sejak dari program Digi ari tu.. - http://eyriqazz.blogspot.com/

Aku dan blogger Seraphsam (Samuel) kalau nak kenal dengan dia masuk lah blog dia.. peramah orangnya..- http://seraphsam.blogspot.com/

Dari kiri Alice, Ruby, Aku, Sis Zaila (http://thezaila.blogspot.com/),Samuel (http://seraphsam.blogspot.com/) dan pekerja Modesto's

Kak Red pandang sini... Disebabkan banyak sangat kemera yang snapy gambar kami yang comel ni sampai mata kak red tak pandang kemera saya.. hehehe tak pe kak red len kali kita snap lagi ye..

Tak silap aku yang baju petak pakai cermin mata tu blogger terkenal sultan muzaffar kan?.. huhu... ok lupakan sultan muzaffar ni nak perkenalkan dua pengapit aku yang comel iaitu Jojo Struys dan Kak RedMummy.com yang sentiasa senyum melayan peminat bloggernya.. cayalah kak red..

Aku dan Mr Sixhseal dari Project Alpha 1 huhu dia ni memang sempoi dan peramah tapi bila tengok blog dia ngeri.. hehehe macam-macam dia dah makan.. - www.sixthseal.com

Masa dinner kami disajikan juga alunan gendang dari brother2 kental ni... tak sakit ke tangan diorang?...

Alice dengan makanannya.. kak Zaila kat belakang tu tengah menikmati makanan yang dia ambik... bagi aku.. makanan kat Modesto's Rain ni tak sedap langsung (tapi habis gak..)... berbeza dengan Mist Club dan Hard Rock Cafe KL.

Aku dan Mr Timothy Tiah - Nuffnang's Co-Founder (http://timothytiah.blogspot.com/)

http://fourfeetnine.com/ - She so cute ...

With thepinkstilettos.blogspo.com tak silap aku dia ni masuk project alpha musim kedua.. betul ke?..

Masa event ni semua orang ada peluang untuk menang TV dengan decoder Astro Byond dengan langganan selama setahun, tapi kene main game la pulak kalau nak menang. hahaha game dia tak susah pun kene cari clue tersembunyi dalam gambar-gambar yang diorang dah sorokkan.. huhu so at the end.. pemenangnya adalah Eric Yong dari http://eforericyong.blogspot.com/ ... congratulation bro...