Jom Follow My NuffnangX

Rasanya dah ramai diantara blogger dah tahu tentang kewujudan sebuah laman portal komuniti yang dipanggil NuffnangX. Merupakan sebuah laman komuniti sosial blogger menggumpul dan berkongsi maklumat dari segenap pelusuk dunia. Sekarang ni kalau nak cari maklumat senang je selain dari Google korang boleh juga cuba search kat NuffnangX ni. Sebab carian dan kumpulan data yang disimpan di NuffnangX ni di ambil dari RSS Feed sesebuah blog itu sendiri. Pengguna boleh mengiktiraf blog masing-masing dengan melekatkan kod (Script) yang telah disediakan oleh pihak NuffnangX.

Hampir sebulan kot aku dah guna aplikasi NuffnangX ni dan ternyata sedikit sebanyak ianya membantu menaikkan lagi jumlah pembaca yang masuk ke dalam blog aku ini. Korang sendiri yang masih belum mencuba boleh daftar blog korang di laman portal berkenaan dan ianya adalah percuma. Menariknya NuffnangX ini selain boleh di layari melalui website, pengguna juga boleh mengakses melalui aplikasi di Smartphone. NuffnangX sendiri telah mereka cipta aplikasi yang sesuai untuk smartphone iOS (Apple Store) dan pengguna Android. Aplikasi ini juga diberikan secara percuma.

Menariknya lagi NuffnangX ini, apabila korang telah mengiktiraf laman blog korang di website NuffnangX, sistem komen di blog korang akan terus menjadi kepada NuffnangX Conversations dimana fungsi bagi aku adalah fungsi komunikasi yang sangat efektif. Pembaca blog boleh terus komen di blog dan sekaligus akan disimpan di dalam sistem NuffnangX. Kita (blogger) pula boleh terus membalas komen berkenaan secara cepat dan pantas melalui aplikasi NuffnangX di Smartphone. Jadi tak ada lagi alasan untuk tidak membalas komen pembaca blog dan sebagai blogger kita boleh terus balas mesej pembaca dimana saja tak kira masa. Best kan?..

Terbaharu kini NuffnangX menyediakan hadiah lumayan kepada blogger dan pembaca yang mendaftar di laman mereka. Hadiah bermula dari USD 100 untuk 100 (Influential Bloggers yang mendapat 1000 followers) yang terawal, USD 500 untuk 50 (Aplha Bloggers yang mendapat 10,000 followers) terawal dan hadiah utama USD 10,000 (First Superblogger yang mendapat jumlah followers tertinggi sebanyak 100,000). Menarik bukan? jadi apa tunggu lagi.. aku sendiri dah ada 31 orang followers dan harap-harap sebelum tarikh tutup nanti boleh la dapat sekurang-kurangnya 200 followers.

So aku harap sangat korang daftar di NuffnangX dan berkomunitilah dengan hebat. Jangan lupa follow blog aku ni ye.. sayang korang.. Masih belum terlambat lagi ni.. jom follow aku kat sini http://www.nuffnangx.com/blog/J12222B

Nuffnangx – Aplikasi Terbaik Untuk Blogger


20120918-085411.jpg


Aku tak sabar nak tunggu lagi 4 jam untuk pelancaran sesuatu yang bakal hangat dan meletop untuk semua blogger. Hampir dua minggu aku dan antara 20 blogger terpilih untuk mengguna pakai dan mencuba aplikasi Nuffnangx ni dan ternyata ianya adalah satu aplikasi yang paling hebat aku pernah gunakan.

Opsss aku tak leh nak cakap apa-apa lagi. Korang tunggu la jam 12 tengah hari nanti ye. Apa yang aku nak bocorkan sikit. Nuffnangx ni turut menyediakan aplikasi untuk pengguna iPhone dan Android. Apps tu boleh dimuat turun secara percuma.

So jangan lupa masuk http://x.nuffnangx.com/ jam 12pm nanti.

Jom Pasang Widget Kalendar Hijrah

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog Mohdzaid.com dan semoga di bulan yang mulia ini kita sama-sama tingkatkan taqwa, sucikan niat, ikhlaskan ibadah kepadaNya. Ramai diantara blogger kat luar sana yang suka pasang widget kalender di blog masing-masing. Tak dinafikan tujuan pasang kalendar ni mengingatkan kita kepada tarikh penting dan menghargai masa. Hari ini tergerak kat hati untuk aku pasang widget Kalendar Hijrah dari dari website kalendarhijrah.com yang memaparkan tarikh dan kalendar dalam tahun Hijrah dan Masihi.

Sememangnya widget macam nilah yang perlu kita pasang kat blog ataupun website-website rasmi kerajaan dan bukan kerajaan supaya kita tidak alpa dengan tarikh-tarikh penting dalam kalender Islam. Tahniah kepada pengaturcara Kalendarhijrah.com kerana menyediakan aplikasi terbaru yang sesuai untuk dilayari melalui smartphone iPhone  dan mana-mana telefon pintar (Android, Blackberry, Windows Mobile, Symbian, etc). Pengguna boleh melayari http://touch.kalendarhijrah.com melalui smartphone dan paparan kalendar hijrah dalam bentuk Web Apps yang ringkas dan kemas.

Continue reading

DG Smart Plan and my Android Phone

 

Kadang-kadang bila duduk melepak kat mamak dengan kawan-kawan ramai yang nak menunjuk-nunjuk handphone dan smartphone masing-masing.  Tapi bila aku tanya pada mereka apa kelebihan yang ada pada smartphone tu ramai yang jawab boleh berFacebook, Twitter, Youtube, surf internet dan macam-macam lagi. Bila aku tanya kenapa mereka jarang kemaskini status FB korang melalui mobile semuanya terdiam. Alasannya pekej internet yang mereka pakai tak bagus dan kadang-kadang menyebabkan kelancaran internet terganggu akibat rangkaian yang kurang baik. Apa lah diorang ni pakai je smartphone mahal-mahal tapi tak gunakan sepenuhnya kemudahan yang ada.

Aku sebagai seorang rakan yang baik terus cadangkan DG Smart Plan kepada mereka semua. Pada mulanya mereka tak percaya tetapi apabila melihat aku dengan ghairahnya mengemaskini status Facebook, Twitter dan melayari blog tanpa sebarang gangguan terus mereka terpikat. Akhirnya kesemua rakan aku sekarang sudah pakai rangkaian DiGi untuk Smartphone mereka dan kini kami sentiasa berhubung kerana DiGi  satu-satunya pekej dan pelan yang paling murah di Malaysia.

 

 

Kini aku nak mengorak selangkah lagi dan IMPIAN aku untuk memiliki sebuah SAMSUNG GALAXY NEXUS mungkin akan tercapai suatu hari nanti. Kenapa Samsung Galaxy Nexus menjadi pilihan aku? ada lah.. haha.. ok ni nak cerita sebab sekarang aku tergila-gilakan smartphone ni. Pertamanya kerana aku nak beli di http://shop.digi.com.my/ alasannya sebab ianya sangatlah muraaaaaahhhhhhh gilllleeeeeeee…. ya memang selama ni pun aku pakai DiGi memang muraaaaaahhhhhhh gilllleeeeeeee… dari beli Smartphone, Internet hinggalah panggilan telefon..

Kalau beli diluar harganya RM2,099 (RRP) tapi kalau beli dari DiGi kita dapat diskaun RM100 jadi harganya cuma RM1999 sahaja, dan dapat juga Monthly Bill Rebates sebanyak RM720* (RM30x24 bulan) sekiranya buat auto billing. Jadi keseluruhan penjimatan yang kita dapat sebanyak RM820. Berbaloikan?.. ni bukan berbaloi-baloi lagi.. ni dah kira Jimat Gile Berbaloi-baloi kebabooomm!!… kalau beli online dari DiGi penghantaran adalah percuma dan mengambil masa 3 hari sahaja.

Continue reading

Manjakan Diri Di The Royal Malaysian Traditional Spa

Layanan Bak Permaisuri. Itulah yang membuatkan aku tertarik benar nak beli kempen yang tengah berjalan di laman MilkAdeal.com ni. Untuk pengetahuan aku beli deal ni bukan untuk aku tapi sebab nak hadiahkan kepada kakak aku yang baru menimang cahaya matanya yang pertama dan seorang lagi nak hadiahkan kepada seseorang yang banyak membantu dan memahami diri aku ni tak lain tak bukan kekasih aku lah siapa lagi.

Sebelum tu nak cerita sikit tentang MilkADeal yang mereka sekarang sudah melancarkan aplikasi terbaru untuk pengguna Apple Appe store dan Android Market dan aplikasi ini dibekalkan secara percuma untuk dimuat turun. Sekiranya anda berminat untuk mencuba boleh download pada link ini : iPhone Apps / Android. Buat pertama kalinya aku nak try guna apps dari iPhone Milkadeal ni untuk pembelian dari The Royal Malaysian Traditional Spa. Wah sekarang lagi mudahkan.. klik sana klik sini dah dapat beli barang. Tak payah lagi nak beratur panjang atau susah-susah nak keluar rumah, lagi bagus gunakan Milkadeal sebab kat sini kita boleh dapat diskaun dari 50-90% tau untuk setiap pembelian.

 

Bagi pengguna iPhone boleh klik icon Milkadeal dan pengguna perlulah memilih bandar dan tawaran yang berdekatan dengan anda. Ada 3 kawasan yang disediakan buat masa ini iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Selepas memilih bandar pilihan anda akan dibawa ke page “Today’s Deal” dimana page ini akan memaparkan tawaran/deal yang terbaru dan terkini dari Milkadeal. Sekiranya anda ingin melihat tawaran yang lain anda boleh klik ke tab “Side Deals” untuk maklumat lanjut.

Pengguna Milkadeal sedia ada boleh log masuk menggunakan email dan katalaluan dan sekiranya anda bukan ahli anda boleh memilih untuk membuat pendaftaran. Melalui apps MilkAdeal ini juga anda boleh membuat hebahan dan berkongsi maklumat serta tawaran yang anda beli.

Pembayaran tawaran boleh dibuat menggunakan PayPal dan eWallet. Selepas membuat pembayaran anda akan menerima voucher tawaran anda serta merta. Mudah bukan, selepas dapat voucher pembelian anda dah boleh menikmati penjimatan yang dikehendaki.

Okey bercakap mengenai tawaran yang aku beli baru-baru ni iaitu The Royal Malaysian Traditional Spa aku harap kakak dan kekasih aku happy dengan hadiah yang aku berikan ini. Bukan setakat murah semurah RM39 (harga asal RM373) iaitu penjimatan sebanyak 90% diskaun. Dengan hanya RM39 aku dapat Rawatan Menegang Kulit Wajah + Sauna + Skrub Badan dan Spa Kaki. The Royal Malaysian Traditional Spa sangat bagus dan mereka pernah memenangi anugerah “Asia-Pacific Excellence – Outstanding Beauty & Wellness Products”. Jadi jangan risaulah dengan kualiti dan perkhidmatan yang mereka sediakan kerana semua adalah terbaik untuk para pelanggannya. Selain dari itu spa ini diinspirasi oleh rawatan tradisional Malaysia dan rawatan disini menggunakan produk unik yang dirumus khas secara semulajadi tanpa pewarna tiruan, pewarna tiruan, bahan kimia aktif atau pengawet dan 100% bebas hydroquinone & diperkaya dengan AHA.

Sekiranya korang pun berminat dengan tawaran ini jom beli sekarang.. kalau bukan untuk diri sendiri pun kita boleh hadiahkan kepada orang yang tersayang..

Syarat-syarat

Tempoh Penebusan: 20 September 2011 – 20 Disember 2011
Tiada Had Pembelian & Tiada Had Penebusan Seorang
Untuk Lelaki & Wanita
Anggaran Tempoh Perkhidmatan: 135 minit.
Pecahan Tempoh Perkhidmatan: Rawatan Tegang Kulit Wajah (45 minit) + Sauna (15 minit) + Urut Badan (45 minit) + Skrub Badan (15 minit) + Spa Kaki (15 minit)
Perlu membuat temujanji sekurang-kurangnya 3 hari sebelum.
Hubungi Eve di +6014 3865873 / +603 6203 4448 / +603 6203 1844 to make an appointment
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am – 11pm)
Baucar harus diserahkan ketika Proses Penebusan bagi pengesahan
Cara untuk mendapatkan tawaran:

1) Beli baucar
2) Dapatkan baucar dalam akaun anda di “My Stuff” di MilkADeal
3) Hubungi Royal Malaysian Traditional Spa untuk membuat temujanji
4) Serahkan baucar anda di lokasi penebusan
5) Nikmatinya!
Sila lihat syarat-syarat yang diguna pakai untuk setiap tawaran

Jom kalau berminat sila klik sini : http://www.milkadeal.com/deals/royalmalaysianspa-completeexperience

Gunakan QR-Code Untuk Blog Anda

Pernahkah korang dengar perkataan  QR-Code atau bolehkah korang tafsirkan apa yang dimaksudkan untuk kod diatas tu?. oh ye kalau korang nak tahu kod diatas tu adalah barcode untuk blog aku dan tafsirannya disebalik kod itu adalah perkataan ‘http://www.mohdzaid.com/.

QR Code atau nama sebenarnya  ‘Quick Respon Code’  dicipta oleh Denso-Wave  yang berasal dari Jepun dan mula dikenali pada tahun 1994, pada awalnya QR-Code ini dicipta untuk syarikat Toyota Groups untuk merekod dan melabel data kenderaan namun kini digunakan secra meluas untuk kegunaan lain dan penyimpan data secara cepat dan tepat.  Tidak seperti barcode biasa, QR-Code mempunyai bacaan 2 dimensi (2D) berisi data, dan ini membuat QR Code lebih banyak memuat informasi dibandingkan dengan barcode biasa.

Menarik bukan QR-Code ni? macam-macam boleh buat sebenarnya tau, bukan sekadar boleh buat link blog korang je malah korang boleh simpan teks dalam QR-Code ni. Sekarang ni dah banyak handphone yang boleh baca QR-Code, tengok saja kegunaan BlackBerry dalam BBM? korang boleh share QR-Code untuk dapatkan BBPIN ID rakan korang tanpa perlu menaip lagi. Mudah bukan!

Okey sekarang ni mesti ramai nak tahu macam mana nak buat QR-Code ni betul tak?.. mudah saja sebab sekarang ni dah banyak laman yang menyediakan perkhidmatan generator QR-Code ni dan yang paling mudah sekali dari http://qrcode.kaywa.com/ yang boleh dibuat secara online.

QR Code mempunyai kualiti tinggi dalam penyimpanan kod data, ianya boleh menyimpan semua jenis data seperti nombor, data alphabets, kanji, kana, hiragana, simbol. Secara specific, kode QR mampu menyimpan data jenis numeric sehingga 7.089 karakter, data alphanumerik sehingga 4.296 karakter, kode binari sehingga 2.844 byte, dan huruf kanji sehingga 1.817 karakter. Lebih menarik lagi tentang QR Code ni ianya boleh dibaca walaupun permukaan QR Code yang rosak atau terkena air dan sebagainya kerana sistem kod ini mampu memperbaiki kesalahan sehingga 30% walaupun kod telah rosak.

Mesti ada yang tertanya-tanya kan macam mana dan apa device yang boleh digunakan untuk membaca QR Code ni?.. mudah saja.. korang pernah baca tak tutorial aku tentang Google Goggles? haaa kalau korang dah baca baguslah sebab korang boleh tafsirkan QR Code ni melalui Google Goggles , mudah bukan?.. ataupun ada banyak handphone yang menyediakan perkhidmatan scan QR Code, kalau tak ada korang boleh install java 2 (J2ME) disini

Download the Android client.
Download the Barcode Reader for J2ME.
(Download the alternate “basic” version for J2ME.)

 

Calvin Klein Jeans pun gunakan QR CODE gergasi Billboard di New York City, cuba korang scan QR Code tu dan korang akan dapati ianya adalah link ke laman web Calvin Klein Jeans, menarik kan..

 

Sekarang ni aku nak bagi satu test kat korang yang ada handphone yang boleh scan QRCode ni.. cuba korang translatekan kod dibawah ni untuk aku boleh tak hehehe?.. siapa yang boleh huraikan kod ni aku bagi hadiah misteri kat korang.. nak tak?..

// Nanti aku nak buat name kad yang ada QR-Code blog sendiri supaya mudah client-client aku masuk blog tanpa perlu menaip lagi :)

 

 

Sumber berlajar aku dari : http://www.belajarpc.info/

 

Apa Itu Google Goggles?

Tahukah anda apakah itu Google Goggles?.. Google Goggles adalah sebuah aplikasi carian maya seaca visual melalui telefon bimbit, kalau sebelum ni kita hanya menaip kata cari ataupun melalui suara tapi kini boleh buat carian melalui gambar pula. Pastinya ramai pembaca blog ini mempunya aplikasi Google di iPhone atau Android anda kan.. untuk pengetahuan anda Google Goggles boleh dimuatturun untuk telefon bimbit yang menggunakan system Android dan kini telah dilancakan untuk pengguna iOS (iPhone) dan aplikasi ini dibekalkan oleh Google secara percuma.

Fungsi utama adalah untuk memudahkan pencarian melalui telefon mudah alih dengan tanpa menulis kata kunci didalam kotak carian Google. Pengguna hanya perlu mengambil gambar dan sistem Google Goggles akan menganalisa gambar yang diambil dan ditejemahkan kepada teks, melalui teks berkenaan akan membantu carian Google mencari didalam database mereka. Sebagai contoh anda pergi ke negara China dan anda tidak faham akan papan tanya yang menulis perkataan didalam bahasa Cina. Apa yang anda perlu lakukan cuma mengambil gambar papan tanda berkenaan dan Google Goggles akan mentejemahkannya kepada pelbagai bahasa yang anda faham.

Saya telah mencuba mentejemahkan duit RM50.00 Malaysia kedalam Google Goggles dan hasilnya adalah seperti berikut

Memang mudah dengan menggunakan Google Goggles, cuma ambil gambar dan aplikasi ini akan membuat analisa terlebih dahulu sebelum membuat terjemahan. Kini tak perlulah kita nak menaip lagi kat kotak Google Search tu :)

 

Selepas dianalisa oleh Google Goggles, jawapan carian kata kunci untuk gambar tersebut akan dikeluarkan dan pilihlah mana yang berkenaan.

 

Ini adalah jawapan  carian kata kunci untuk gambar duit RM50.00 tu.. sistem Google telah menjumpaai keyword Bank Negara Malaysia. Anda boleh mencubanya dengan pelbagai gambar lain seperti Menara KL, Bangunan KLCC, alamat rumah, buku, gambar, lukisan, logo, barkod dan macam-macam lagi..

Buat masa ini Google Goggles sesuai dan ada barang yang tidak sesuai untuk membuat carian. Sila rujuk gambar diatas.

 

 

Cubalah pasti anda teruja selepas menggunakannya. Untuk memuatturun sila ke http://www.google.com/mobile/goggles/#text dan pilihlah sama ada untuk Android atau iPhone. Aplikasi ini adalah percuma jadi selamat mencuba :)

-Sharing Is Caring- Mohdzaid.com

Aplikasi Telefon Bimbit Raja Lawak 5

Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, Raja Lawak juga kini maju setapak lagi. Selepas memperkenalkan laman social Facebook dan Twitter, kini Raja Lawak memperkenalkan sesuatu yang akan sentiasa bersama anda di mana jua.

Dalam musim ini, satu aplikasi telefon bimbit telah disediakan. Segala berita, koleksi lawak, pelbagai muat turun dan maklumat-maklumat mengenai Raja Lawak 5 disediakan dalam aplikasi ini. Video-video daripada Raja Lawak 4 juga turut disediakan dalam aplikasi telefon bimbit ini.

Ciri-ciri Aplikasi:

1. Tonton SIARAN LANGSUNG Raja Lawak 5 menerusi telefon bimbit.
2. Koleksi Video Raja Lawak 5 dan 4. (lebih 100 video!).
3. Dapatkan berita terkini Raja Lawak 5.
4. Profil peserta dan galeri gambar eksklusif.
5. Undi peserta Raja Lawak kegemaran anda dengan mudah.
6. Koleksi Lawak harian oleh peserta Raja Lawak.

Sambungan internet (Wi-Fi, 3G atau EDGE) diperlukan untuk menggunakan aplikasi ini

Aplikasi ini disediakan khas kepada pengguna iPhone dan Android. Untuk muat turun taip RL5 dan hantar ke 32999.

Aplikasi ini disediakan secara PERCUMA sehingga 21 Januari 2011.

Undi Raja Lawak kegemaran anda! Taip LAWAK<jarak><nama peserta> atau LAWAK<3/5/10/20><jarak><nama peserta> untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999.

Contoh : LAWAK5 <nama peserta> ke 32999.

Jangan lupa saksikan Gelanggang Raja Lawak 5, malam ini, jam 9 malam siaran secara langsung di Astro Prima (105). Untuk maklumat terkini Raja Lawak 5, layari laman sosial Facebook dan Twitter di http://www.facebook.com/RajaLawak5 dan http://twitter.com/RajaLawakAstro.

Syok Main Game Angry Birds

Ntah bila aku ni tiba-tiba suka main game pula kan, sebelum ni korang ajaklah aku main PS ke main PSP ke main game komputer ke opsss sorry lah aku bukan kaki game sedangkan game Solitaire tu pun aku jarang main. Tapi sejak aku download apps game iphone Angry Birds ni aku semakin ketagih dan semakin rakus nak main game. Aku dah download 3 apps Angry Birds ni kat iphone aku antaranya Angry Birds Lite (Percuma), Angry Birds ($USD 0.99) dan Angry Birds Halloween ($USD 0.99) memang berbaloi lah guna credit card baru RM3.00 satu game tapi kepuasan yang dapat berbaloi-baloi. Permainan Angry Birds kini menjadi semakin kegilaan ramai dan menjadi game terlaris dan paling banyak di muatturun di iPhone (iOS), handphone keluaran Android, dan semakin panas di Symbian ^3 (Nokia N8 dan Nokia C7).

Jangan ingat game sempoi ni buang masa semata-mata ianya juga dapat merehatkan minda aku yang selalu serabut ni, game ni juga menguji minda kita berfikir macam mana nak selesaikan masalah dalam setiap level. Cara permainan senang je, setiap level korang akan bertemu dengan beberapa jenis burung dan setiap burung tu ada kelajuan dan kelebihannya tersendiri. Korang perlulah menangkap pencuri telur burung tu iaitu si Babi.. agak tak bestkan bila dengar babi pun wujud dalam game ni. Apa-apa pun ianya hanyalah game semata-mata jadi jangan take it serious sangat. Si pencuri telur tu akan bersembunyi didalam bongkah kayu dan batu dan burung perlulah memecahkan batu dan kayu tu untuk selamatkan telur mereka. Burung dan bilangan ekor babi akan semakin bertambah dan semakin susah pada level-level tertinggi.

Haha bestkan.. lepas ni siapa yang nak main game ni bersedialah dengan battery iPhone korang sebab bila dah main tak hengat dunia dah sampai lah battery pun kiokk.. Grafik dalam game ni sederhana je tapi animasi dan suara lucu burung tu buat game ni bertambah best dimain.

Info dari Wikipedia :-

Gameplay

In Angry Birds, players take control of a flock of birds that are attempting to retrieve eggs that have been stolen by a group of evil pigs. Using a slingshot, players launch the birds, in an attempt to eliminate all the pigs in each level. If all of the pigs are defeated by the time the last bird is used, the level is completed and the next level is unlocked.

The game starts with a basic type of bird that only allows to be thrown with the slingshot in order to achieve a direct hit on a target. As the game progresses, several other types of birds are unlocked, which present a special action they perform when the device screen is tapped after launching the bird, such as a blue bird which will separate into three smaller birds, a black bird which will self-destruct and a green bird which will reverse direction like a boomerang. Each level starts with pre-determined number and types of available birds. The birds must be launched in the order provided, thus requiring the player to strategically use each bird’s abilities in order to defeat the pigs.

In most levels, the pigs appear taking refuge on or within structures made of various materials, such as wood, glass, and stone. In these cases, the pigs can also be eliminated by causing these structures to collapse on, or under them, making them fall to the ground. In higher stages of the game, additional objects located within the structures, such as explosives and rocks, are used in conjunction with the birds to destroy hard-to-reach pigs. The pigs themselves also appear in different sizes and with different abilities. Small pigs are relatively weak and easily destroyed either by direct hits or by debris from the damaged structures. Larger pigs are able to sustain more damage before being destroyed, and some pigs wear helmets as armor making them even stronger.

A yellow bird collapses a structure onto several pigs

Points are scored for each pig defeated as well as for damage to, or destruction of, structures. Bonus points are awarded for any unused birds. Upon completing each level, players receive one, two, or three stars, depending on the score received. Players may re-attempt levels as many times as they wish, and may also replay completed levels in an attempt to boost their score.

Siapa yang berminat untuk muatturun game Angry Birds boleh download kat sini, sesuai untuk handphone berikut :-

Available on iPhone: http://iphone.angrybirds.com/

Available on the Nokia N900: http://nokia.angrybirds.com/

Available on Palm Pre:http://palm.angrybirds.com/

Official Website: http://www.angrybirds.com/