Jom Shopping Di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu (Pasar Filipina)

Aku pasti bila dengar pasal shopping a.k.a membeli dan belah ni pastinya ramai pembaca wanita yang berminatkan.. haha memang betul pun cakap je pasal beli belah mak, kakak dan Alice beria-ia nak pergi sini iaitu di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina, kenapa yek nama pasar ni dipanggil Pasar Filipina?..  mungkin kerana penjual dan pekedai disini kebanyakkannya berasal dari Filipina dan datang ke Sabah bagi mencari sesuap nasi, tapi kalau korang nak tahu sebenarnya Pasar Filipina ni dibina oleh The United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) bagi pelarian-pelarian Filipina suatu ketika dulu semasa pemberontakkan yang berlaku di Filipina. Pasar ini dibina untuk membantu mereka menampung kehidupan dan dibenarkan berniaga disini untuk mencari makan. Kalau ke Kota Kinabalu memang tak sah kalau tidak ke Pasar Filipina untuk membeli barangan kraftanngan, ikan masin dan mutiara kerana disini terdapat pelbagai jenis barangan untuk dibeli dan dijadikan cendera hati .

Pasar Filipina ini terletak di Jalan Tun Fuad Stephen. Beraneka barangan dijual disini dan tips aku kalau nak membeli rajin-rajinlah jalan keseluruh kedai dan rajin-rajinlah untuk tawar menawar, lain kedai lain harganya. Harga disini boleh tahan jugak mahalnya, mungkin tempat ini dah popular dengan pelawat dalam negeri dan pelancong disebabkan itulah pekedai sesuka hati menjual dengan harga yang tinggi. Kalau pandai tawar harga yang tinggi tu pun boleh jadi murah tau.

aneka barangan kraftangan dan peralatan muzik pelbagai etnik dijual disini.

Mak dan kakak aku borong sakan cendera hati untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Apa yang penting mesti beli fridge magnet ye untuk dilekatkan kat peti ais kat rumah nanti ..

Selain barangan kraftangan terdapat juga Pasar Ikan Masin disini. Macam-macam ikan ada dan boleh buat tawar menawar. Beli jangan tak beli ye kak..

Setelah penat shopping, singgah sebentar di kedai yang menjual air Kelapa Pandan kat Pasar Filipina ni.. memang layanlah minum air kelapa ni boleh sejukkan badan.. best.. nyam..nyam..

Air Kepala Pandan dijual dengan harga RM4.00 sebiji.. berbaloi atau tak?..

Pelbagai sayuran dan barangan dapur turut dijual di Pasar Filipina ni.. macam-macam ada..

Mak.. apa benda ni yek..?.. lupa lah..

Alice cakap kat sini ada satu kedai Murtabak sayur yang sedap.. ya ini lah dia kedai yang dimaksudkan.. memang sedap murtabak dan apam balik disini dan harganya sangat murah.

Murtabak Sayur yang dijual di Pasar Filipina .. Yammieee..

Best sini bah… mau shopping ka mau makan ka.. sini best bah.. (kata Alice) haha…