SEOUL KOREA – Seoul Central Mosque

Percutian ke Seoul Korea sudah lama aku idam-idamkan. Mujurlah dapat harga promosi AAX hari tu jadi dari tak mampu pergi akhirnya mampu juga aku jejakkan kaki di bumi Allah yang indah tu. Percutian kali ni bukan pergi sebagai backpackers tapi pergi dengan tour agency yang dah siap semuanya. Senang sikit sebenarnya pergi dengan tour agen ni sebab tempat orang aku bukannya tahu sangat, lagi-lagi ini merupakan kali pertama aku ke Korea Selatan.

 Itaewon Seoul Central Mosque Korea

Hari pertama sesampainya aku di Incheon International Airport, aku sekeluarga disambut meriah oleh driver aka Tour Manager yang bernama James. James yang bawa kami jenjalan satu Seoul selama 5 hari 4 malam. Sebenarnya dalam itinerary hari pertama kami pergi banyak tempat tapi disebabkan hari dah mendung dan waktu di Seoul pun dah dekat pukul 5 petang jadi itinerary diubah mengikut kesesuaian. Terus keluar dari Incheon kami dibawa ke Seoul Central Mosque yang terletak di Itaewon.

Seoul Central Mosque merupakan satu-satunya masjid terbesar di Korea dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1976. Bagi yang beragama islam memang tak sah kalau berkunjung ke Seoul tapi tak kesini. Di Seoul Korea, agama islam merupakan agama minoriti yang dianuti kira-kira 2% population mereka.

 Itaewon Seoul Central Mosque Korea

 

Ramai yang tanya aku macam mana nak cari makanan halal di Seoul Korea.. mudah saja sebenarnya. Banyak negara yang aku pernah lawat terutamanya bukan negara islam. Cara paling baik dan berkesan untuk cari makanan halal adalah cari disekitar masjid. Jadi di Seoul Central Mosque ni memang banyak kedai-kedai makan yang halal boleh kita dapati.

Harganya pun tak lah mahal sangat dan pelbagai citarasa boleh kita dapat disini sebenarnya. Jadi kalau berkunjung ke Seoul dan nak makan makanan yang sedap-sedap datanglah ke Itaewon.

 

Gambar kat bawah ni merupakan pintu masuk ke Seoul Central Mosque. Kalau dapat dilihat keunikan pada tiang dan ukiran ayat suci yang sangat indah sekali.

 Itaewon Seoul Central Mosque Korea

Seperti biasa jika anda bukan seorang yang beragama islam tetapi datang kesini untuk melawat. Pakaian/kain/seluar disediakan bagi mereka yang datang untuk menutup aurat. Ye lah nak datang melawat tak jadi masalah, tapi mereka kena hormatlah agama islam kita kan.. masa aku pergi hari tu ada je ramai warga anak muda Korea yang datang sekali.. jadi mereka kenalah pakai pakaian yang menutup aurat sebelum masuk kesini.

 

Buku Belajar Jawi Bersalib

20120829-103237.jpg
20120829-105123.jpg

Buku ini adalah buku yang baru anak buah aku beli. Masa beli dalam plastik lagi so tak dapat la nak belek-belek dulu baru beli. Niat nak biar anak buah aku belajar pandai walaupun dia belum pandai membaca dan mengeja. Sampai rumah kita orang macam biasa letak buku ni kat atas meja study anak buah aku. So dia pun main la buku tu belek sana belek sini. Semalam waktu aku jaga dia aku pun tengok-tengok lah buku yang dia baca ni. Bagus lah ada dwi bahasa, ada ejaan rumi, jawi siap ada gambar so budak-budak kecik boleh paham.

20120829-103640.jpg

20120829-103748.jpg

20120829-103754.jpg

20120829-103806.jpg

Tengok dari luaran macam buku agama islam untuk budak-budak belajar alif ba tak tapi sampai kat Sad tertera gambar dan perkataan Salib. Aku pasti yang buku kanak-kanak ni bukan orang Islam yang buat. Kalau orang islam tak akan letak simbol dan perkataan Salib tu. Aku bukanlah marah kat pengedar dan pencetak buku ni tapi dalam banyak-banyak perkataan kenapa nak jelaskan yang Sad itu adalah Salib.. Banyak lagi perkataan boleh diterangkan.. Rasanya ini agak sensetif bagi aku dan keluarga sebab ianya melibatkan agama.

So aku rasa amat tak sesuailah buku “My Little Board Book – Belajar Jawi” dari syarikat Ladybug ni untuk anak buah aku. Lepas ni terpaksa simpan dan next time sebelum beli kena belek dulu takut ada pekara-pekara yang sensetif ada dalam buku tu. Tapi susah gak pemilik kedai dah siap bungkus dalam plastik. Tak pe lah.. Aku share kat blog aku dulu supaya orang lain tak terbeli buku yang sama.

Ini Malaysia OK

Sampai ke hari ni tak habis-habis cerita pasal BERSIH 3.0. Orang tu tuduh orang ni, orang ni tuduh orang tu.. yang di atas dikatakan bersalah, yang di bawah macam baik sangat. Kata aman tapi tak aman, tumbuk sana tumbuk sini, terbaik kereta, pecahkan cermin. Rosakkan harta benda awam. Langgar orang, bunuh orang.. APA SEMUA NI??? Ini Malaysia OK. Mana pergi sifat 1 Malaysia? Mana pergi Berbudi bahasa, mana pergi sopan santun aman mulia?

Entah lah rasa jijik bila tengok masyarakat yang tak ada akal otak pergi merusuh jalanan. Dah macam tak ada kerja nak dibuatnya. Kalau nak tunjukkan keadilan sekali pun tak usahlah sampai nak merosakkan harta benda dan melibatkan orang lain sampai cedera. Malaysia ni negara aman damai, jangan jadikan isu politik dan hal peribadi sampai negara sendiri musnah dan kembali dijajah oleh orang lain.

 

 

Kembalilah pada Rukun Negara kita iaitu :-

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

 

Jangan dek kerana nak menyokong politik sesetengah pihak sampai maruah negara sendiri tergadai. Aku bukan nak sokong sesiapa tapi aku sayangkan negara aku Malaysia yang tercinta. Jadi aku mohon sama-sama kita janganlah bergaduh sesama sendiri dan pupuk semula semangat dan nilai perpaduan yang erat antara semua bangsa dan agama dalam negara Malaysia ni. Sama-sama kita sayang dan menghormati antara satu sama lain.

Lantak pi lah diorang yang nak merusuh ke nak kejar pangkat ke nak jadi PM ke.. tapi kita sebagai rakyat kena ingat. Tanpa perpaduan dan mengekalkan Rukun Negara ni musnahlah masa depan anak-anak kita. Renung-renungkan..

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Xin Nian Kuai Le… Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua terutamanya semua kawan-kawan blogger berbangsa cina yang menyambut dan meraikan perayaan ini pada tahun 2012. 1 Malaysia bermakna semua bangsa bersatu dan memeriahkan lagi perayaan pada tahun Naga ini. Meriah tak doodle Tahun Baru Cina yang aku buat kat atas tu haha.. saja je melukis sebab aku bukannya pandai melukis pun.. tu pun lukis guna Microsoft Excel je.. kalau cantik Alhamdulillah lah.. kalau ramai yang suka nanti aku buat tutorial macam mana nak lukis doodle dengan mudah menggunakan Excel je..

Ok berbalik kepada sambutan Chinese New Year kali ni aku tengok meriah juga. Tahun 2012 merupakan tahun Naga dan menurut Feng Shui, tahun Naga sangat Ong bagi mereka. Kerana tahun Naga menurut kepercayaan merupakan lambang untuk mengecapi kejayaan dan kebahagiaan. Tahun ni merupakan tahun Naga Air dimana dalam zodiak Cina ianya merupakan haiwan ke lima daripada 12 haiwan yang lain. Wahh sorang kawan aku yang berbangsa cina ada cakap, siapa yang lahir tahun Naga ni memang ong lah… dimurahkan rezeki, mendapat kesihatan yang stabil dan bagi yang dah berkahwin memang sesuai untuk buat anak.

 

 

Itu kepercayaan mereka, Jadi kita sebagai masyarakat 1 Malaysia haruslah menghormati setiap budaya, agama dan bangsa setiap masyarakat majmuk di Malaysia ni. Baruah negara kita aman damai dan harmoni. Bak kata PM kita Marilah kita meneruskan tradisi terbaik warga Malaysia dengan berkongsi sambutan dengan semua kaum. Bukalah pintu-pintu kediaman kita kepada semua rakyat Malaysia. Runtuhkanlah tembok-tembok pemisah dan pagar-pagar penghalang dan binalah jambatan penghubung antara hati-hati kita. Dipetik dari http://www.1malaysia.com.my/speeches/perutusan-sambutan-tahun-baru-cina-2012/

 
Continue reading

Apakah Benar Tentang Band DEWA & Freemason

Apakah kaitannya Freemason dan band Dewa dari Indonesia ni?.. mungkin korang semua dah tahu kot, aku just nak share je kat korang.. Sebenarnya dah lama aku perhatikan video-video klip kumpulan Dewa ni macam ada sesuatu yang tersembunyi disebaliknya, tapi aku malas nak buat kajian. Tapi bila aku search kat Youtube aku ternampak video yang mengupas lebih lanjut tentang apa itu Freemason dan band Dewa ni. Ada kebenaran dan persamaan yang tersirat dan tersurat dalam album dan video klip yang disampaikan kumpulan Dewa, jadi korang tengok dan fikirlah sendiri ye.

Sedikit info tentang Freemason, mempunyai lebih kurang 6 juta anggota diseluruh dunia lebih dari 120 negara. Kebiasaannya penganut Freemason ni ramai dikalangan lelaki dan kini sudah banyak juga dikalangan perempuan. Organisasi ini bukan merupakan organisasi agama dan tidak berdasarkan pada teologi apapun. Perkataan mason berasal dari bahasa France iaitu maçon, yang bermaksud “tukang batu”.

Jom kita tengok video yang mengupas isu Freemason, mata satu, piramid tak siap, piramid mata satu, simbolik pikiran yang dikuasai dajjal, dan apa kaitannya dengan band Dewa ini. Mungkin ianya sekadar kebetulan tapi apakah yang tersirat hanya pemilik lagu dan band Dewa je yang tahu sebab diorang yang buat.

 

Sumber video dari : Sini

Misleading Titles – Nuffnang Buffered Earnings RM7000 Lagi Bulan Ini

Baru-baru ini satu blog post yang menghentam entry aku buat pada 04-September-2010 yang bertajuk Nuffnang Buffered Earnings – RM7000 Lagi Bulan Ini , untuk pengetahuan semua satu entry susulan iaitu First Time Dapat Featured Posts Di Innit Nuffnang! dan maaflah kepada sesiapa yang terasa tuh.. Sebenarnya aku tak ada niat langsung nak tipu korang sebab aku memang betul bermimpi yang aku dapat RM7k dari Nuffnang!, mungkin tajuk pada entry aku yang tak letak perkataan “MIMPI” telah menjadi isu pada sesetengah pihak yang tak suka misleading titles .

Wahh tak sangka aku ramai gak yang ambil kesempatan dari cerita hangat aku tu untuk meraih hit ke blog mereka.. antaranya A letter to Mr Mohd Zaid dan Mohdzaid.com penipu ada lagi kot.. ntah la malas nak Google, sebab aku tahu kalau aku google “Mohdzaid.com” ada 128,000 results, gile lah nak cari satu-satu… Huh tak apalah biar mereka dapat hit sikit dari blog aku ni pulak. Dah macam artis aku ni kan, baru buat cerita gempak sikit dah heboh satu dunia.. popular gak rupanya aku ni hahaha perasan XD .. apa-apa pun aku berterima kasih kepada korang semua. :)

Merujuk kepada entry Mr Jfook – A letter to Mr Mohd Zaid, aku amat berterima kasih kepada anda kerana mengingatkan aku tentang ini. Walaupun entry anda membuat aku sikit tersinggung hati tapi aku cuba untuk cool down dan tidak memperbesar-besarkan keadaan.. Aku harap anda jangan delete entry anda tu supaya semua orang boleh baca sebagai reference bersama. Ohh malangnya anda sudah buang beberapa perenggan entry anda itu.. tapi tak apa aku ada print screen untuk pembaca-pembaca setia blog Mohdzaid.com ini.. anda semua boleh baca penulisan Mr Jfook dibahagian akhir entry aku ni.. aku dah quote kan.. :)

Tajuk Mengelirukan/ misleading titles – Okey bayangkan kalau korang tengok cerita hantu kat panggung wayang tajuknya “Hantu Jerangkung Puaka Sundal Malam“, korang mesti ingat cerita tu seram kan, buatnya ending cerita tu cuma mimpi belaka?.. adakah korang akan minta pihak panggung wayang atau pihak terbitan cerita tu pulangkan duit korang balik?.. lagi satu contoh kalau korang baca suratkhabar, muka depan tajuknya “Mawis Ceraikan Isteri Dengan Talak 1” tapi bila selak muka surat cerita tu rupanya cerita dia belakon dalam satu siri popular di Astro yang bakal ditayangkan pada tahun 2020.. jadi jalan cerita tentang kes aku ni sama je, aku memang bermimpi sebab aku dapat BE RM7000 hari tu.. cuma tak cakap yang aku mimpi je kat tajuk entry aku tuh. Tak tahu la pula aku ada ke undang-undang blog tak boleh buat title gempak macam tu.. kalau tak boleh, harap pihak pawagam atau suratkhabar ambil perhatian sekali ye..

Aku ok je sebenarnya kalau ada yang tak puas hati ke yang nak marah ke, sebab ini blog aku, aku punya sukalah nak tulis apa, aku bayar tau domain dan hosting blog aku ni.. bukan pakai free dari BLOGSPOT.. tapi kalau aku salah tolong lah bagi tahu kan.. aku paham perasaan sesetengah korang yang tersinggung dengan tajuk mengelirukan ni dan ada juga yang OK JE dengan cerita aku tu.. alah ni blog lah, tak popularnya aku kalau aku letak tajuk yang hit macam tu.. tapi korang pun kalau nak sound orang tu elok-elok la sikit bahasa, jangan nak marah-marah tak tentu pasal nak maki hamun dengan bahasa yang kurang enak didengar. Walaupun aku tak pandai sangat bahasa inggeris tapi aku tahu gak apa makna “F**king” tuh.., ingat dunia ni kecil je mana-mana kita pergi esok lusa jumpa juga. Orang lain pun ada hati dan perasaan, kita rakyat Malaysia penuh dengan budi bahasa dan adat dalam satu masyarakat majmuk yang aman damai. Jangan huru harakan keadaan sudahlah. Aku cakap ni bukan aku tujukan kepada Mr Jfook tetapi kepada anda semua jangan lah sedap-sedap tangan je menghina orang.

Ini adalah satu mimpi buruk aku sebab pertama kali ada yang gelarkan aku “The lousiest featured blogger of Nuffnang ever“. Terima kasih dan saya amat menghargainya, untuk pengetahuan korang semua, aku dipilih sebagai Featured Blogger Nuffnang – August adalah dari jemputan pihak Nuffnang sendiri bukan aku yang hantar resume untuk jadi atau nak dapat TITLE berkenaan. Pihak Nuffnang mempunyai kredibeliti untuk memilih siapa yang mereka rasa layak untuk mendapat title berkenaan.

Ok aku ulang sekali lagi tujuan aku buat entry ni bukanlah untuk memperbesar-besarkan cerita atau pun ISU ini, yang pastinya aku telah buat ramai orang rasa tertipu dengan entry yang aku buat sebelum ni dan aku WAJIB untuk meminta maaf kepada korang semua. Jadi aku menyusun sepuluh jari tangan dan kaki untuk minta maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan entry Nuffnang Buffered Earnings – RM7000 Lagi Bulan Ini tu ye.. Aku harap lepas ni aku tak lagi yang buat entry yang tajuknya mengelirukan orang ramai..

KEPADA MR.JFOOK

Kita sudahpun bermaaf-maafan kan dalam twitter.. so lepas ni kalau saya ada salah boleh terus tweet atau facebook saya ye.. tujuan saya buat entry ni bukan nak besarkan lagi keadaan tapi nak bagi tau masyarakat 1Malaysia supaya kalau nak update blog tu kalau boleh jangan misleading title dan jangan mencarut tak tentu pasal. XD

A letter to Mr Mohd Zaid

If you haven’t read about my blog entitled “Be Honest when you’re writing a Blog, don’t Cheat”, please read here. It’s so f**king sickening to get cheated by “kua zhang”(exaggerating) blog tittle AGAIN. This time is by a rather famous blogger in the blogosphere- the author of mohdzaid.com.
I don’t care he is one of the featured bloggers of Nuffnang or he has how many thousands visitors per day, but now seriously I think he is the lousiest featured blogger of Nuffnag ever. Before that, when I knew this fellow was featured as the Nuffnang Featured Blogger of August, I was like “Ok lor…” and I seriously didn’t know whatever wonders his blog has to being featured. Then, I was thinking that perhaps his blog has some kinda attraction and aura that I couldn’t see, and others could actually see, that’s why he is that popular. XD Anyway, back to why I’m so unhappy with this fellow until I write a whole long blog post to contaminate my blog.  He wrote an entry entittled “Nuffnang Buffered Earning- RM 7000 lagi”. It’s sort of like attracting every single inniters to click and read this blog. So naturally it has become the top 8 featured blog in Nuffnang that day.
Teehee..Curi this pic from his blog.
I was like the others as well, because of my “kepo-ness”, I clicked and read, omg, a misleading entry again, I was like “Wtf” when I read this:-
Wahhh ni nak bagi tahu.. gempak kan aku dapat buffered earning Nuffnang sebanyak RM7000.00 semalam, haaaa ada sesiapa jealous-melous?.. mesti ramai yang cemburu-burukan.. alahai kengkawan janganlah cemburu tak tentu pasal dengan aku, rezeki masing-masing, hari ni hari aku esok hari korang pulak, bak kata orang cemburu tu tandanya sayang tul tak?.. oklah sebenarnya aku saja je gimik kat korang bulan-bulan puasa ni, kasi hit sikit blog aku bulan ni hehehee.. mana ada aku dapat buffered earning sampai RM7000.00, sebenarnya semalam aku bermimpi aku dapat RM7000.00 dari buffered Nuffnang… sampai terbawak-bawak pula ke alam realiti. Sebenarnya bulan ni aku dapat 7 buffered earning bukan RM7000.00 tau..  Alhamdulillah rezeki hari raya lagi, lepas je aku cashout semua duit NuffnangNuffnang yang sentiasa menjaga kebajikan para bloggernya. I love U Nuffnang!! hari tu, aku dapat lagi 7 buffered earning untuk bulan ni termasuk 1 advertorial yang masih belum di cashout. Rezeki tuhan bagi siapa yang tak nak, boleh lah simpan untuk backup duit gaji aku yang selalu tak cukup tuh. Terima kasih la
1# I’m not discriminating over people writing blog post in languages other than English. But please if you were to use English in your blog, please use proper English ok? What is “jealous-melous”?? Why I can’t see this word in Oxford dictionary?
2# Your blog entry title is “Nuffnang Buffered Earning- RM 7000 lagi”. It’s totally misleading. All you wish to do is attracting blog readers and disappoint them with “sebenarnya aku bermimpi aku dapat RM 7000 buffered earning”. I’m not sure whether you are that obsessed with earning through Nuffnang or not, but if I were to attract readers, I can dream about anything about blogging, like “Xiaxue visited my blog”, “my unique visitors hit 10k in one day”, and whatever shits that I could actually create. Ok, perhaps you really “siao” cos you dream about that, butplease don’t mislead your blog readers with that title.
3# Initially I didn’t plan to write about this entry. So I just commented in this fellow’s blog that “Can your blog entitled “Saya mimpi Nuffnang Buffered Earning- RM 7000″ instead of “Nuffnang Buffered Earning- RM 7000 lagi”? And I don’t like your way of blogging.” But after you deleted your comment, and mentioned that I danged you (yes I danged you, cos you deserve to get danged XD) I decided to write this entry now.
4# I always hear people say those keep on shouting “they love Nuffnang” will always get more benefits as in more buffered earnings and stuffs, now I finally belive it! Thanks for making me believing it! I LOVE NUFFNANG TOO! (LIKE HOW YOU LOVE)
To Mr Mohd Zaid,

Anyway, I’m just a tiny blogger, so what I wrote here won’t affect your popularity after all. So take a chill pill! Next time don’t mislead your blog readers again! You got a huge bunch of supporters I know! Don’t chase them away! XD

Regards,
Jfook

Novel – Tidakkah Ada Rindu – Zara Aluwi

Akhirnya penantian mak aku akan berakhir tak lama lagi, Novel kedua terbarunya Tidakkah Ada Rindu terbitan Fajar Pakeer akan berada dipasaran tak lama lagi.. tahniah mak.. teruskan menulis lagi.. biar apa orang nak kata janji mak happy ye.. menulis bukan sekadar nak cari duit tapi kepuasan … Sebelum ia terbit kat pasaran ni.. korang baca la blurb cerita ni ye.. harap lepas publish nanti cepat-cepat pergi kedai buku dan belikan original okey…

PS: – Dah dapatkan buku pertama mak aku?… (Belahan Jiwa)… dapatkannya info disini http://mohdzaid.com/2008/10/11/novel-pilihan-belahan-jiwa.html

[ Akan Datang Dipasaran ]

Kerana cinta, Asiah lalai dengan tuntutan agama, membuatkan dia melarikan diri mengikut kekasih hatinya, Ah Sim. Perlarian tanpa hala tuju itu akhirnya menjebakkan diri ke dalam kancah maksiat. Kematian kekasihnya menyebabkan Asiah mengalami tekanan jiwa.

Rafiza, Rufila dan Rafidi dibesarkan penuh kasih oleh Encik Abu Bakar dan Bidan Suriati. Kasih sayang mereka langsung tiada belah bahagi. Apa yang diperolehi oleh Lia Asmara dan Nia Astika, akan diperolehi juga oleh mereka bertiga.

Tahun berganjak, Rafiza melarikan diri bersama pemandu teksi demi hidup bebas sehingga tanpa sedar berlaku sesuatu yang langsung tidak diduganya. Rufila sanggup korbankan kasihnya buat Nazril Shah demi kebahagiaan Nia Astika. Rafidi tetap tidak mahu mengalah dalam mengejar cinta gadis impiannya.

Kerana rindu itu adalah cinta yang harus terus melekat di hati, apakah Rafiza yang lari akan pulang ke pangkuan keluarga? Mungkinkah Rufila akan turut bahagia dengan keputusannya? Bolehkah Rafidi berjaya merebut hati gadis igauannya? Tidakkah ada rindu dalam hati, menghambat semula pertemuan?

70 Dosa-dosa?

1. Syirik (secara tak sedar pun ada…tapi dah selalu….jadi laa DOSA BESAR)
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina (individu tertentu)
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong (yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak(individu tertentu)
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu (HOT)
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
29.Bunuh Diri
30.Berbohong (yang selalu di lakukan)
31.Hakim yang Tidak adil (HOT)
32.Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)
34.Tidak Cemburu
35.Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat (yang selalu di lakukan)
40.Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)
44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.Mengingkari Janji (individu tertentu)
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
48.Gambar pada Baju (hari-hari)
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain (hari-hari)
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (sentengah individu jgn lebih 3 kali dah laa….idea dan fatwa bodoh)
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu (Hari-hari)
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat