Portable Hard Drive : My Passport WD 1TB

 

Petang tadi rasa macam gatal kaki je nak pergi terjah Plaza Low Yatt. Ingat cuma nak beli thumb drive je nak cari yang murah-murah 16Gb baru RM29.00 jenama Kingston tapi bila setan nak rasuk mula lah niat tu bertukar dari sekecik benda terus tamak nak beli hard drive pulak. Cari pulak tak hengat nak yang 1TB je haha macam lah nak letak banyak benda kan.. Tapi memang nak beli pun sebab hard drive lama aku dah nak rosak lepas kena banjir hari tu. Siap dah hantar repair bagai tapi macam biasalah benda elektronik ni kalau dah kena air harapan nak sembuh tu memang susahlah. Tak pelah labur sikit duit lagipun aku baru je cashout duit Nuffnang. Jadi ada rezeki sikit ni alang-alang belilah sebiji Portable Hard Drive : My Passport WD 1TB dengan harga RM334.00. Fuhh meroyan 10 minit jap aku kat kedai Sri Computer tadi.. biasalah dah setan rasuk mata jadi rambang lah.. dari berputih mata lebih baik aku beli je.. kang sampai kesubuh mengidam nak benda tu. haha..

Banyak gak yek jenama hard drive kat pasaran.. pening nak pilih tapi mana yang bagus tak pastilah.. aku memang nak cari jenama Western Digital (WD) je sebab bagi aku jenama ni memang terbaik yang pernah aku pakai. Lantaklah harganya mahal sikit dari jenama lain janji aku puas dan selesa pakai. Hard drive lama pun pakai WD bertahun gak lah aku pakai sampailah hayat dia nak mampos lepas kena banjir. Best bila beli hard drive ni dapat warranty selama 3 tahun. Macam aku ni yang guna lasak memang patut pun dapat warranty lama sebab file yang aku nak masuk dalam HDrive ni memang banyak.

So lepas ni nak transfer semua data/gambar/video yang ada dalam hard drive lama ke hard drive 1tb yang baru ni.. harap-harap ianya boleh bertahan lama lah hendaknya.. amin..

My Passport Essentialc – Portable Hard Drive

Dah lama aku mengidam hard disk 1TB, huhu besarkan 1TB rasanya tah bila la nak penuh harddisk aku kalau aku beli 1TB.. Hari ni setelah 5hari berfikir nak beli atau tak external harddisk ni telah terjawab, sebelum apa-apa thanks kat Ruby dan Naim sebab ambik risalah harga kedai-kedai kat Plaza Lowyat, dapat juga aku mentelaah serba sedikit harga harddisk ni.

Petang tadi waktu rehat masa kerja, aku ajak Rina temankan aku pergi beli harddisk, kebetulan a.bob dan a.zaimi pun ada so diorang pun nak temankan sekali sambil-sambil tu bolehlah cuci mata dan tengok gedget baru kat Lowyat.  Jalan punya jalan aku terus pergi kedai C-Zone kat Lowyat dan terus rembat sebijik Harddrive 500GB brand Western Digital.. mula-mula nak ambik 1TB tapi bila fikirkan 1TB kena pakai adaptor tu yang malas tu.. walaupun harga 1TB lebih murah tapi kalau pakai adaptor rasa macam kuno pulak.. macam zaman desktop harddisk… Harganya boleh tahan gak mahal, RM350# . Apa lagi kredit kad la jawabnya… aku ni bukannya ada duit cash… huhu lagipun apalah sangat pakai kredit kad.. boleh kumpul point.. boleh tebus voucher KFC nanti huhu..

Lepas aku selesai beli harddisk ni, kami pun turun tinggat LG dan jalan-jalan kat lobby plaza lowyat a.bob berkenan pulak satu set PC wireless ni. Lawak la mamat cina yang menjual tu.. aku dan a.bob lah mangsa lawaknya. Huhu nak tahu apa dia… aku tanya la cina tu… PC ni boleh touch screen ke?… dia cakap memang boleh… so aku try la touch kat screen tu…. picit punya picit.. tekan punya tekan… hampeh… tak ada apa-apa effek pun…. pastu mamat cina tu gelak.. dia cakap tu kan you dah touch dia punya screen…. hahahahaah hampeh… memang la aku touch screen pc tu… tapi pc tu tak ada function touch panel kat screen… hahahahaha a.bob pulak kene gak… a.bob cakap keyboard ni wireless ke?.. mamat cina tu cakap ahha memang wireless… pastu a.bob tanya lagi.. berapa jauh keyboard ni boleh pakai wireless.. pastu mamat cina tu suh a.bob pergi jauh-jauh dan try…. kami dah tergelak dah… ye la kalau dah pergi jauh-jauh macam mana nak detect … sebab kalau dah jauh… PC pun tak nampak hahahaha…. korang paham ke cerita aku ni?… kalau tak paham tak apa la… janji aku paham dan tergelak sorang-sorang hahahaha…

oke ini ada video masa aku buka kotak My Passport Essentialc – Portable Hard Drive nih…