Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards in Kuala Lumpur

Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards in Kuala Lumpur

Saranghae ~ Hyung dan Noona semua. Gembiranya dihati bila dapat tahu tak lama lagi Hyung dan Noona pujaan hati akan berkunjung ke Malaysia sempena Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards (GDA). Memang aku bangga sangat sebab secara rasminya mereka memilih Malaysia sebagai tuan rumah pada tahun ini dan merupakan satu hadiah berharga untuk peminat-peminat K-Pop di Malaysia bertemu artis pujaan masing-masing.  Bukan senang-senang tau nak tengok ikon pujaan kita beraksi di negara sendiri lebih-lebih lagi Hyung dan Noona yang kacak dan cantik-cantik tu kan.. :)

Super Junior SJ GDA

Super Junior

Anugerah berprestij Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards ini akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 15 Januari 2013 dan 16 Januari 2013. Ianya merupakan salah satu acara K-Pop terbesar yang pernah diadakan di Malaysia. Menampilkan lebih 20 ikon K-Pop terkenal dan MUNGKIN bakal beraksi seperti Infinite, K.Will, Secret, Sistar, B.A.P, B1A4, Beast, F(X), Juniel, Teen Top, Shinee, CNBlue, FTisland, T-Ara, Super Junior, Epik High, G-Dragon dari Big Bang, Lee Hi, Ailee, Kara, Exo-K dan Hyuna dari 4minute.

Golden Disk Awards Trophies 2013 Malaysia GDA

Golden Disk Awards – Trophies

Tentang Golden Disk Awards :-

Founded in 1986 and often referred to as the Grammy Awards of Korea, it is South Korea’s most prestigious K-POP music awards show and is presented annually for outstanding achievement in the music industry. Award categories are based on the most popular K-POP music from the past year based on the digital downloads industry whilst bolstering the creativity of pop music and finding talented artists.

Anugerah ini akan dibahagikan kepada 2 klasifikasi iaitu Song dan Album dan antara kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-

Disk Album

Grand Prize in Disk Album

Disk Album of The Year

Song

Grand Prize in Song of The Year

Song of The Year

Popularity Award

The Most Popular K-POP Star

MSN Southeast Asia Award

MSN International Award

Special Field

New Rising K-POP Star Award

Best Hip Hop Award

Single Album of The Year

Anugerah MSN bermula pada tahun 2010, memberi peluang kepada peminat untuk memahkotakan artis pop Korea mereka di Golden Disk Awards. Pengguna MSN di seluruh Asia Tenggara berpeluang untuk membuat undian artis kegemaran mereka di rantau ini melalui laman http://entertainment.malaysia.msn.com/27th-golden-disk-awards/online-voting.aspx. Talian undian dibuka melalui laman portal MSN Singapore, Thailand, Philippines, Hong Kong, Taiwan, China, Korea, Jepun dan undian boleh dibuat bermula pada 7 Disember 2012 dan ditutup pada 7 Januari 2013. Jadi peminat semua mari VOTE sekarang dan bawa artis kegemaran anda ke Malaysia ya.

5-SISTAR (2)

Sistar

Senarai pencalonan bagi kategori The Most Popular K-POP Star Award MSN Southeast Asia Award dan MSN International Award adalah seperti berikut :-

No.

Artist

Album

1

4minute

Volume Up

2

B1A4

1st THE B1A4I (IGNITION)

3

Beast

Midnight Sun

4

BIG BANG

ALIVE

5

Busker Busker

Busker Busker the 1st official Album

6

CNBLUE

3rd Mini Album Ear Fun

7

EXO

`MAMA` EXO-M The 1st Mini Album

8

f(x)

`Electric Shock` The 2nd Mini Album

9

F.T Island

Grown-Up

10

G-Dragon

One Of A Kind

11

GIRLS` GENERATION-TTS

`Twinkle` Mini Album

12

Infinite

Infinitize

13

JAY, PARK

New Breed

14

KARA

Pandora

15

MBLAQ

MBLAQ 4th Mini Album ‘BLAQ%Ver.’

16

Psy

PSY 6th album part.1

17

SHINee

`Sherlock` SHINee The 4th Mini Album

18

SHINHWA

the 10th album The Return

19

Super Junior

Sexy, Free & Single

20

T-ara

Funky Town (EP)

21

TVXQ

Catch Me

22

Jang, Woo Young

23, Male, Single

23

2AM

F.Scott Fitzgerald`s Way Of Love

24

2NE1

I Love You

25

Ailee

Heaven

26

Dynamic Duo

DYNAMICDUO 6th DIGILOG 2/2

27

IU

Spring of a Twenty Year Old

28

JUNIEL

My First June

29

K.Will

I Need You

30

miss A

Touch

31

Secret

POISON

32

Sistar

ALONE

33

Wonder Girls

Wonder Party

34

Hyuna, Hyun Seung

Trouble Maker

35

B.A.P

WARRIOR (Single)

36

Block B

Welcome To The BLOCK

37

John Park

Knock (EP) / Falling

38

Nu’est

Face (Single)

39

Ulala Session

ULALA SENSATION Part 1

40

Lee HI

1,2,3,4

41

After School

AFTERSCHOOL 5th Maxi-Single

42

Teen Top

It`s

43

Epik High

UP

44

Verbal Jint

You Deserve Better(Beautiful enoungh)

45

Dynamic Duo

Without You

46

Leessang

My Love

47

Baek, Ji Young

Voice

Jangan lupa ya untuk Vote disini : http://entertainment.malaysia.msn.com/27th-golden-disk-awards/online-voting.aspx.

Antara pencalonan-pencalonan bagi kategori lain adalah seperti berikut : -

Disk Album Of The Year

4 Minute (Volume Up)
B1A4 (The B1A4)
Beast (Midnight Sun)
BIGBANG (Alive)
Busker Busker (Busker Busker 1st Album) CNBlue (Ear Fun)

EXO (MAMA)
F(x) (Electric Shock )
FT Island (Grown-Up)
G-Dragon (One of A Kind)
Girl’s Generation-TTS (Twinkle) Infinite (Infinitize)
Jay Park (New Breed)
KARA (Pandora)
MBlaq (Blaq Ver.)
Psy [Psy 6 (Six Rules)]
SHINee (Sherlock)
Shinhwa (The Return)
Super Junior (Sexy, Free & Single) T-ara (Funky Town)
TVXQ (Catch Me)
Jang Woo Young (23, Male, Single)

Song of The Year

2AM (I Wonder If You Hurt Like Me) 2NE1 (I Love You)
Ailee (Heaven)
Busker Busker (Cherry Blossom Ending) Dynamic Duo (Without You)

f(x) (Electric Shock)
FT Island (Severely)
Girl’s Generation – TTS (Twinkle) IU (Every End of the Day)

JUNIEL (illa illa) K.will (I Need You) miss A (Touch)
Psy (GangNam Style) Secret (Poison) Sistar (Alone)

T-ara (Lovey Dovey)
Wonder Girls (Like This)
Baek Ji Young (Voice)
BIGBANG (Fantastic Baby)
Hyuna & Hyun Seung (Trouble Maker) G-Dragon (Crayon)

New Rising K-pop Star Award

Ailee (Heaven)
B.A.P (Warrior)
Block B (Nanrina)
Busker Busker (Cherry Blossom Ending) EXO (MAMA)

John Park (Falling)
JUNIEL (illa illa)
Nu’est (Face)
Ulala Session (Beautiful Night) Lee HI (1,2,3,4)

Single Album Of The Year

After School (After School 5th Maxi-Single) B.A.P (Warrior)
Nu’est (Face)
Teen Top (It’s)

Ulala Session (Ulala Session part 1)

Best Hip Hop Award

Epik High (UP)
Verbal Jint (You Deserve Better) Dynamic Duo (Without You) Leessang (My Love)

*Award categories may change due to the screening result.

1-FTIsland (2)

FTIsland

Malam anugerah berprestij Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards ini akan dikemudikan oleh 4 orang pengacara iaitu Jung Yong Hwa dari kumpulan CN BLUE, Lee Hong-Gi dari kumpulan FT Island, Kim Da Som dari kumpulan SISTAR dan Nicole dari kumpulan KARA.  Dua pengacara, seorang lelaki dan seorang wanita untuk setiap malam. Wah pengacara sahaja dah buat hati ini berdegup kencang. Tak sabar pulak nak tengok Nicole (KARA) mengacara majlis itu nanti mesti comelkan dia.

Tiket bagi menyaksikan Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards ini sudah mula dijual dan jualan tiket amatlah memberangsangkan. Harga tiket bagi kedua-dua hari acara tersebut adalah seperti berikut dan pembelian tiket boleh dibuat melalui laman web ticketpro.com.my atau talian hotline 03-78807999.

1-Screen Shot 2012-12-30 at 7.13.33 PM

Harga tiket seperti berikut:

Samsung Galaxy Zone: RM999

Rockpit : RM688

Rockpit DiGi & Samsung Promo (Limited) : RM551

Pembelian tiket boleh dibuat melalui laman : ticketpro.com.my

  • January 15th, 2013 (Tue) 19:30~22:30 Album
  • January 16th, 2013 (Wed) 19:30~22:30 Digital Music

 

3-fx

4-SECRET (3)
Untuk sebarang maklumat terkini sila LIKE di official 27th Samsung Galaxy Golden Disk Awards Facebook page disini http://www.facebook.com/GDA2013?fref=ts. Ayoh geng-geng K-POP semua, sudahkah anda bersedia? yahooo.. Anyohaseyo untuk semua Oppa, Unni, Hyung dan Noona semua dan Selamat Datang Ke Malaysia..

Cappuccino Ice..

Cappuccino Ice satuuuu…. haha boleh pulak main order kat rumah.. ehem..ehem.. ye memang boleh order pun kat rumah kita.. sebab rumah kita ada Nesface Dolce Gusto sebab tu kita boleh main order je Cappuccino Ice kat rumah.. tak yah lagi nak order kat kedai ngeh..ngeh..ngeh..

Hari ni mulut macam mengidam nak minum yang sejuk-sejuk pulak.. maklumlah cuaca kejap panas kejap hujan.. walaupun hujan pun rasa panas.. so bila duduk kat rumah ni tak buat something rasa tak best pulak. Untuk sedapkan mulut yang manja ni aku pun buatlah segelas Cappuccino Ice yang Ummmppphhhh… sodaaappppp…

Untuk pengetahuan semua, Krups Dolce Gusto Genio ni ada button untuk air sejuk dan air panas..  kalau nak buat air sejuk boleh la picit yang biru dan kalau nak yang panas picit je yang merah.. senang kan? nak kemas pun senang.. tak perlu nak beria-ia basuh mesin ni.. cuma bilas-bilas sikit je..

Yey… Cappuccino Ice.. satuuu.. dah siap pun.. jemput minum ye.. oh ye.. jom tengok video stopmotion kat bawah ni cara-cara mudah penyediaan Cappuccino Ice.. (Nescafe Dolce Gusto).

 

 

haha.. amacam? ok? kalau video terlalu cepat korang ulang la lagi ye.. slow-slow tengok..

Tiket VIP BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012

20121025-003051.jpg

BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012

Annyeonghaseyo, samseong-gwa Nuffnang gamsadeulibnida. imi BigBang konseoteu tikes-eul gajchugo issseubnida.

Maksudnya :- Hello terima kasih Samsung dan Nuffnang. Saya sudah ada tiket konsert BigBang.

Ewah-ewah.. Sejak dua menjak ni asik speaking Korea je. Maklumlah Sabtu ni aku pergi tengok Konsert BigBang. Untunglah dapat tiket VIP. Kalau nak beli sendiri tak mampu. So ucapan sejuta terima kasih kepada Samsung dan Nuffnang sebab beri tiket ni padaku. Siyyoookkkk sangat dapat jumpa BigBang akhirnya.

Nescafe Dolce Gusto : Cara Buat Latte Macchiato, Mocha & Cappuccino

 

Terbaik dari ladang. Nescafe Dolce Gusto telah pun sampai ke pasaran Malaysia. Aku pun dah dapat menikmati segelas coffee segar setiap hari dari Nescafe Dolce Gusto ni. So korang semua dah baca blog post aku pasal Buka Kotak (Unboxing) Nescafe Dolce Gusto : Krups (Genio), NESCAFÉ Dolce Gusto : Capsule Flavors dan NESCAFÉ Dolce Gusto @ Espresso Lab. Kalau dah baca baguslah.. Untuk entry kali ni aku nak tunjukkan video cara macam mana nak bancuh atau buat Latte Macchiato, Mocha & Cappuccino menggunakan Nescafe Dolce Gusto. Simple je.. mudah, cepat, bersih dan senang nak kemas. Memang patut korang dapatkan machine Nescafe Dolce Gusto ni.. kalau nak beli boleh masuk website ni https://www.dolce-gusto.com.my/

So jom layan video kat bawah ni.. manalah tahu boleh terbuka hati korang semua nak dapatkan satu mesin Krups ni.. hehe comel kan… :)

NESCAFÉ Dolce Gusto Malaysia : Latte Macchiato

NESCAFÉ Dolce Gusto Malaysia : Chococino

NESCAFÉ Dolce Gusto Malaysia : Mocha

 

Amacam? best tak mesin Nescafe Dolce Gusto ni? best kan..  Insyaallah next entry aku post pasal Flavors lain pulak..

 

Buka Kotak (Unboxing) Nescafe Dolce Gusto : Krups (Genio)

Ewah-Ewah sekarang ni tiap-tiap hari sekarang ni asik minum NESCAFÉ Dolce Gusto je tau. Maklumlah benda baru dalam rumah kalau tak guna rasa rugi pulak. Rugi tak rugi lah beli mesin pembuat kopi NESCAFÉ Dolce Gusto ni. Harganya tak lah mahal mana pun cuma RM399 je kat pasaran. Capsule NESCAFÉ Dolce Gusto pun tak mahal cuma RM 27.99 je.. ada box 8 capsule dan 16 capsule. Bandingkan kalau beli coffee kat kedai harganya hampir RM10-RM20 segelas kan membazir tuh?.. buat sendiri kat rumah lagi senang. Jimat masa, tenaga dan wang ringgit. So tak menyesalah beli sebiji mesin pembuat coffee NESCAFÉ Dolce Gusto ni.

Okey hari ni nak share kat semua pembaca blog Zaid ni apa yang ada kat dalam mesin NESCAFÉ Dolce Gusto. Jom tengok video Unboxing Nescafe Dolce Gusto Coffee Machine : Krups (Genio).

So dah tengok video tu?.. tak tergoda ke? haha beli jangan tak beli ye.. bila lagi nak merasa minum coffee kat rumah sendirikan. Asik beli kat kedai je buat sendiri lagi sodap.. Untuk pengetahuan semua Nescafe Dolce Gusto ni ada banyak flavours iaitu Cappuccino, Latte Macchiato, Grande Intenso, Espresso, Lungo, Chococino, Chai Tea Latte, Mocha dan Cappuccino Ice. So banyak pilihan sebenarnya. Tak kan hari-hari nak minum coffee je kan sekali sekala pekena Mocha ke Latte Macchiato ke syok juga.

Nescafe Dolce Gusto menambat hati keluarga saya.. ianya mungkin menambat hati keluarga anda juga semestinya.

Kalau berminat untuk beli mesin ini dan Capsule NESCAFÉ Dolce Gusto boleh masuk https://www.dolce-gusto.com.my. Beli sekarang sebelum terlambat.. Next entry aku tunjukkan cara buat coffee guna mesin Nescafe Dolce Gusto Coffee Machine : Krups (Genio) pulak. Sebelum tu korang belilah dulu ye machine ni.. :)

BigBang’s Journey To Stardom

G-Dragon, T.O.P, Teayang, Seungri dan Deasung merupakan nama besar dan tidak asing lagi bagi peminat K-POP di Korea dan seluruh dunia termasuk Malaysia. Menggunakan nama BIGBANG, kemasyhuran yang dicipta anak-anak muda ini mendapat perhatian ramai terutamanya peminat wanita dan kanak-kanak kerana kekacakkan dan kehebatan nyanyian mereka. Jangan kata wanita je minat mereka tau lelaki pun ada juga macam aku ni haha.. minat sebab mereka semua berbakat dan serba boleh tau tak lebih dari itu.

Kebelakangan ini banyak muzik K-POP sedang rancak diputarkan dicorong-corong radio. Walaupun banyak boyband lain yang tumbuh bagaikan cendawan namun nama BigBang tetap menjadi sanjungan dan melonjak naik. Apakah rahsianya? so aku saja nak cerita sikit pasal BigBang ni..

BigBang’s Journey To Stardom : Perjalanan ke kemasyhuran yang dibina oleh ahli kumpulan Bigbang amat menarik sekali untuk kita perlihatkan. BigBang adalah sebuah kumpuan boyband yang berasal dari Korea Selatan yang terbentuk pada tahun 2006. Terdiri daripada 5 anak muda bernama G.Dragon, Tea-Yang, Dea-Sung, T.O.P dan Seung-Ri.  Masing-masing mempunyai suara yang unik dan berbeza. Bermula sekitar tahun 2005-2006 mereka semua tidak asing lagi dalam dunia hiburan. G-Dragon dan Tea Yang telah menjadi anggota YG Entertaiment sejak mereka berusia 12 tahun lagi. Keduanya dikenali sebagai “GDYB” yang mana merupakan singkatan nama mereka berdua. T.O.P pula dikenali sebagai rapper hip hop underground sementara Seung Ri pula pertama kali masuk ke dalam dunia hiburan ketika dalam acara “Let’s Cokeplay Battle”.

Setelah anggota Big Band lengkap, jaringan television MTV Korea membuat 10 episode dokumentari yang memuat tentang aktiviti mereka selama menjalani latihan sebelum bergelar sebuah boy band. Episode 6 bagian pertama menceritakan tentang motivasi dan latar belakang mereka untuk menjadi seorang penyanyi. Dokumentari ini mengesahkan proses latihan yang sangat berat seperti sesi menari dan menyanyi. Dua orang anggota, SO-1 dan Seung Ri telah dipertimbangkan untuk tidak diteruskan dalam boy band ini, tetapi mereka diberi kesempatan untuk memamerkan kebolehan mereka dalam hal menari dan menyanyi. Namun Yang Hyun Suk (CEO YG Entertainment) akhirnya mengeluarkan SO-1 karana ia dianggap “terlalu malu-malu”. Sementara itu, Seung Ri dan dipilih sebagai anggota Big Bang kerana membuat Yang Hyun Suk terpesona dengan ketrampilan menyanyi dan menari yang dimilikinya.

Penampilan pertama BigBang sekitar tahun 2006 semasa konsert YG Family di Gymnastics Arena, Taman Olimpiade Seoul. Sebelum album pertama mereka dikeluarkan, mereka telah release 3 EP secara berturut dalam beberapa bulan. “This Love” merupakan nyanyian saduran dari Maroon 5 dan single ini laris terjual sebanyak 17 ribu cetakkan. Puncak kemasyhuran kumpulan ini pada tahun 2008 dimana  mereka telah melancarkan album konsert berjudul The First / Real Life Concert yang hampir terjual 30 ribu cetakkan akhir tahun 2007.

Continue reading

BIGBANG Special – My Favourite Korean Things

I love you baby I’m not a monster, Neon al-janha yejeon nae moseubeul shi-gani, chinamyeon sarajyeo beoril, Tende keu ttaen al tende baby“. Amboi mak jemah sejak dua menjak ni asik nyanyi lagu K-POP kau.. kelass kau mak jemah.. haha kalau mak jemah pun pandai nyanyi lagu dari kumpulan BigBang ni, aku pun pandai gak tau. Maklumlah sekarangkan musim demam K-POP dan terbaru 27 Oktober 2012 ni kumpulan muzik terkenal Korea iaitu Big Bang akan buat persembahan di Stadium Merdeka. Terima kasih banyak kepada SAMSUNG kerana sudi membawakan Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 terus ke GALAXY SAMSUNG. Tak sabar rasanya nak pergi tengok konsert mereka nanti. Oh ye ada juga yang tak kenal dengan kumpulan Bigbang ni kan? hokey kalau tak kenal sila Google ye..

My Favourite Korean Things, hokey disebabkan aku sekarang tengah demam K-POP sebab BigBang nak datang Malaysia, jadi hari ni aku nak cerita-cerita sikit pasal Korea kat korang boleh tak haha.. jangan marah sebab aku teringin sangat nak pergi sana. Dah lama aku idam-idamkan percutian musim salji disana. Diorang kat sana mungkin dah bosan kot dengan musim salji, ye la banyak aktiviti terpaksa ditunda tapi bagi aku tidak.. kalau ada salji lagi lah aku suka.. maklumlah orang tak pernah pegang salji katakan..

Kalau diberi peluang ke Korea tempat paling utama aku nak pergi adalah di Pulau Jeju yang terletak dihujung semenanjung Korea Selatan dan antara pulau yang berdekatan dengan Jepun. Orang Korea panggil Pulau Jeju ni Jejudo. Kalau korang peminat cerita Korea mesti korang selalu tengok diorang berlakon kat tempat bunga-bungan, gunung ganang, air terjun yang cantik, laut yang luas.. kebanyakkannya diorang berlakon kat Pulau Jeju lah.. Disini memang sesuai kalau nak bercuti bersama keluarga ataupun nak berbulan madu. Insyaallah kalau ada rezeki aku nak pergi sini satu hari nanti.

Continue reading

NESCAFÉ Dolce Gusto : Capsule Flavors

Siapa yang tak pernah minum coffee sebelum ni? kalau tak pernah memang rugilah korang sebenarnya. Satu kenikmatan yang tak dapat diluahkan kesedapannya. Kalau nak bercakap pasal coffee ni aku bukanlah seorang yang pakar. Lagilah kalau nak buat sendiri coffee pelbagai rasa yang macam kat cafe tuh. Lagi pun harganya agak mahal kalau beli di kedai kalau nak buat sendiri nanti lain pulak rasanya.

Kepada semua penggemar coffee atau bukan penggemar coffee korang patut dengar ini. Sekarang ni kecoh satu seantero dunia tentang kehebatan dan kenikmatan rasa NESCAFÉ Dolce Gusto. Mesti korang ada yang dah faham bila aku cakap Dolce Gusto kan? dan ada juga yang blur apa sebenarnya benda yang aku cakap tu.

Sebenarnya NESCAFÉ Dolce Gusto ni adalah coffee pelbagai rasa yang direka khas untuk kepuasan setiap orang yang merasainya. Jadi sekarang ni tak perlu lagi pergi ke cafe-cafe kat luar sana. Sebab sekarang kita semua dah boleh minum coffee bertaraf class A dengan buat sendiri di rumah serta ianya menjimatkan kos perbelanjaan harian kita. Cuma beli mesin “Krups” macam gambar diatas tu dan Capsule Flavors NESCAFÉ Dolce Gusto saja kita dah boleh buat Cappuccino, Latte Macchiato, Espresso dan banyak lagi. Suka ayat-ayat “Coffee Is Not Just Black”, “Coffee Can Be Art” dan “Coffee Beyond Covention”.

Hari ini aku nak cerita sikit yang aku baru je dapat mesin Krups dan 8 jenis rasa Capsule Flavors NESCAFÉ Dolce Gusto yang comel tu. Oh ye ada yang tanya pasal mesin Krups kat aku, yang tu nanti entry kedua aku cerita tapi kali ni aku nak cakap pasal flavors NESCAFÉ Dolce Gusto dulu ye. Jom kita tengok video ini dulu..

Continue reading

NESCAFÉ Dolce Gusto @ Espresso Lab

Sabtu lepas bertempat di Espresso Lab Publika, aku dapat jemputan untuk tengok sendiri dan rasai apakah yang diorang asik sebut Dolce Gusto tu. Memang menarik dan bagi penggemar coffee macam aku ni memang sesuai sangatlah. Event petang tu adalah undangan khas beberapa orang blogger dan semua blogger yang datang dapat free machine pembuat coffee NESCAFÉ Dolce Gusto.

So korang tengok dulu video kat bawah ni, sebab aku akan update secara keseluruhan apakah sebenarnya NESCAFÉ Dolce Gusto ini.

A Thousand Years with the Christina Perri and Celcom

Cantik, Comel, dan Cun adalah empat “C” untuk Christina Perri yang menarik bagi aku. Aik kenapa aku cakap empat sedangkan hanya Cantik, Comel, dan Cun mana lagi satu “C”.. Okey “C” yang lagi satu tu adalah kerana CELCOM lah aku dapat menonton konsert Christina Perri live in Malaysia 7 June 2012 ini di KL Live, Jalan Sultan Ismail. Hanya kerana Celcom Di Tangan Anda kini pilihan terbaik untuk berhibur sakan bersama Christina Perri. Waduhh serius aku happy giler bila dapat tahu Christina Perri akan beraksi di sini. Mula dulu aku tak berapa nak kenal dia ni tapi lepas dengar lagu Jar of Hearts, A Thousand Years dan Arms buat jiwa dan raga aku ni dah ngam dengan melodi yang dinyanyikan.

Korang semua sebenarnya kenal ke tak yek dengan Christina Perri ni? Kalau yang dah tonton cerita Twilight Saga mesti pernah dengar lagu A Thousand Years kan kan.. lagu ni bagi aku memang lagu yang menusuk kalbu, hati, jiwa dan raga lah.. memang best dan penuh dengan maksud tersendiri. Sesuailah kalau yang tengah cintan cintun tuh kan kan..  Ok ini aku paste sedikit info pasal Christina Perri dari Wikipedia.

 

Christina Judith Perri (born August 19, 1986)is an American singer-songwriter and musician from Philadelphia. Her song “Jar of Hearts” charted in the United States after it was featured on the Fox television show So You Think You Can Dance in 2010. Rolling Stone named her the “Band of the Week” on October 26, 2010. On May 10, 2011, Perri’s “Jar of Hearts” was featured on Glee (Season 2, Episode 20 “Prom Queen”).Also, on June 27, 2011, Perri’s “Jar of Hearts” was featured on Switched at Birth (Season 1, Episode 4 “Dance Amongst Daggers”). One of her songs, “A Thousand Years”, has been in the Twilight saga movie Breaking Dawn.

 

I have loved you for a Thousand years I’ll love you for a Thousand more … yaaa saya pun cintakan awak Christina Perri sampai bila-bila.. haha apa yang aku dah meroyan ni.. ok aku berharap sangat supaya dapat tiket ke konsertnya nanti sebab aku nak abadikan saat indah dan romantis sambil dengar lagu-lagu dia ni..  kan best kalau boleh bawa awek sekali mesti awek aku pun suka nanti.. apa-apa terima kasih kepada Nuffnang kerana memberikan peluang kepada semua blogger menang tiket ke konsert Christina Perri live in Malaysia dan khasnya kepada CELCOM dan XPAX kerana membawakan Christina Perri secara exclusive kepada semua rakyat Malaysia.

Kalau korang memang peminat setia Christina Perri mesti korang tak akan lepaskan peluang ni kan?.. apa lagi jomlah kita ramai-ramai mendownload Call Me Tones dan lagu-lagunya kedalam handphone. Kalau nak tahu lagu apa yang best dan macam mana nak download meh tengok kat bawah ni..

Continue reading