Aku Insan Biasa

Category archive

OMG

Pak Pandir Yo! Terbaik Yo!

dalam OMG oleh
IMG_6377

Sapa yang tak pernah dengar cerita rakyat angkat tangan? Dulu masa kecik-kecik ingat lagi, kat perpustakaan banyak buku cerita yang mengandungi kisah rakyat ni. Yang masih Zaid ingat, Bawang Putih Bawang Merah, Kisah Si Pengembala Kambing, Sang Kelembai dan Kisah Pak Pandir. Rasanya yang paling terkenal ni kisah Bawang Putih Bawang Merah ataupun Kisah Pak Pandir. Ha… bercakap pasal kisah Pak Pandir, ceh ceh ayat intro pancing je ni. Minggu lepas Zaid telah diundang oleh Alam Wakaka merangkap kawan merangkap pembuli merangkap koreografer untuk datang ke studio Alamak Dance. Jeng jeng jeng… (que drumroll).

IMG_6377

Alam, alam… Dalam banyak-banyak nama Alamak juga yang dia pilih. Takpelah ‘catchy’ menurut tuan tanah ni. Hew hew hew. Bila ditanya ada apa kat studio, dia cakap suprise. Yelah, kami pun jarang berjumpa. Kalau ada pun berborak dalam ‘Whatsapp’ je. Masing-masing dengan komitment masing-masing. Faham. Sampai je kat studio Alamak Dance ni, terkejut Zaid ramai orang! Kau buat parti ke Alam? Apasal tak bagitau. Tak sempat berhias.

IMG_6375

Rupa-rupanya, ada rehearsal. Cantik studio ni. Setakat nak menari poco-poco 30 orang ni tak de masalah lah. Boleh muat punya. Maka Alam pun bagitau yang dia diberi amanat untuk mengarahkan sebuah teater tari bertajuk “Pak Pandir YO! Nampak? So dah faham kan kenapa Zaid bagi intro kat atas pasal cerita rakyat? Hehe. Bersempena KL International Arts Festival 2015 atau lebih dikenali sebagai Diversecity 2015, Pak Pandir YO! akan dipentaskan di Istana Budaya pada 19 dan 20 September 2015. Klik www.klidance.com untuk beli tiket. (Sempat promo tak menahan). Menurut Alam, seramai 26 orang penari akan menjayakan teater tari ni. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai “Street Dancers of Kuala Lumpur”. Teringat Step Up. Tetiba.

Selain daripada “Street dancers Of Kuala Lumpur”, teater tari ini akan dijayakan oleh abang Fear Factor Malaysia Redha Rozlan selaku Pak Pandir, Vicha Saywho yang akan membawakan watak Mak Andih, Hefny Sahad sebagai tukang karut ataupun “Narrator”, Hairul Azreen, yang mana menurut Alam wataknya dirahsiakan buat masa ini dan disokong oleh DJ Fuzz selaku Pengarah Muzik. Line-up kau tak nak kalah eh. Isk.

 

IMG_6237

Dalam masa 1 jam 10 minit, Pak Pandir YO! akan membawa penonton bersama-sama merasai pengalaman Pak Pandir dan Mak Andih ke KUALA LUMPUR. Yer. Capslock, KUALA LA LA LUMPUR. Haha.. Okay dah-dah Zaid berbalik pada kisah Pak Pandir. Pak Pandir menang tiket bas ke Kuala Lumpur dan macam biasa, Pak Pandir dan isterinya yang tak pernah datang ke KL merasai pelbagai pengalaman dan menariknya pengalaman dan pengembaraan diaorang ni dizahirkan melalui tarian. Ha.. macam mana agaknya kan? Tambahan teater tari ini tak ada dialog. Penari dah tentu akan menari, termasuklah pelakon yang akan menari juga. Macam mana Redha, Vicha, Hefny dan Hairul akan menari nanti? Tazabar abang.

Screen Shot 2015-09-10 at 8.49.02 PM

Walaupun Zaid hanya tengok preview je, bukan full dress lagi. Apa yang Zaid boleh cakap kat sini teater tari arahan dan reka tari sulung Alam Wakaka yang akan di pentaskan di Istana Budaya ini “quite promising”. Ni bukan sebab Alam ni kawan, tapi oleh kerana SATU – Pak Pandir YO! mengangkat kisah dongeng Melayu yang semakin tenggelam dek kemajuan teknologi, DUA – Ada banyakkkkkkkkkkkk suprise dalam ni, TIGA – muzik memang best sebab DJ Fuzz punya muzik kot, EMPAT – sapa yang suka tengok Step Up, confirm akan enjoy teater ni. LIMA – Tiket murah je. RM 60 ataupun RM 40. MURAH je kan? Kemon guys. Marilah kita support. KEENAM – ada penari-penari yang berpengalaman dan hebat. Diaorang ni dah pernah menjayakan pelbagai muzikal dan pementasan. Ada BBoy, Contemporary, Girl style, Waacking, Tradisional dan LED Dance dalam pementasan teater ni. Haaa… teruja tak?

poster-pak-pandir-yo

Zaid dah beli tiket dah. Bukan complimentary tau. Zaid beli sebab support. Lagi sekali Zaid nak menyeru, marilah kita layari www.klidance.com untuk pembelian tiket. Nak beli tiket direct pun boleh. Boleh call nombor ini. +6011-3223 6222.

 

Google Zeitgeist 2012 – Search Trends Malaysia

dalam OMG oleh
Screen Shot 2012-12-19 at 1.00.22 AM

Tadi usha-usha blog dan sesaja tengok Google Zeitgeist 2012 diorang dah update ke belum. Rupanya dah updated senarai Search Trends Malaysia. Wah-wah banyak juga carian yang dibuat oleh orang Malaysia kat Google ni ye.. Aku sendiri pun 100% kalau nak cari sesuatu bahan tu akan search kat Google. Mari kita lihat senarai Search Trends Malaysia kat bawah ni.. kalau tak boleh klik link Google Zeitgeist 2012.

Screen Shot 2012-12-19 at 12.47.37 AM

Untuk Trending Search 2012 top 1 orang Malaysia search katanama SAPS. Tak silap aku SAPS ni adalah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Yelah masa aku sekolah dulu mana ada sistem semak keputusan peperiksaan macam ni kan. Mungkin ramai ibu-bapa dan pelajar lebih gemar semak secara online je sekarang ni. Rotikaya mendapat tangga ke 7 dalam carian ini menunjukkan Rotikaya banyak menyampaikan sumber berita artis terkini dan sensasi untuk pembaca.

Screen Shot 2012-12-19 at 12.47.52 AM

Trending People – Shila Amzah mendapat carian tertinggi bagi orang Malaysia. Ini mungkin atas kemenangannya tempoh hari di Asian Wave. Diikuti dengan Allahyarham Izwan Pilus, Uncle Seekers dan Ustaz Azhar Idrus. Amboi kenapa UAI tak dapat nombor 1 kan..

Screen Shot 2012-12-19 at 12.48.03 AM

Trending Songs – Seperti semua dah tahu mesti PSY akan dapat carian tertinggi dengan lagunya Oppa Gangnam Style tu. Malas nak cerita pasal dia sebab aku lebih suka carian dari anak Malaysia. Anak Kampung – Jimmy Palikat mendapat carian no 2. Tahniah.. Tak sangka Ainan Tasneem pun masuk dalam carta. Tahniah..

Berikut adalah carian untuk TV Shows, Athletes, Sports Teams, What is.., Trevel Destinations, Image Search, Food & Drinks, Fashions Labels, Smartphones, Car Models dan Blog. So kalau nak full detail leh tengok kat sini Google Zeitgeist 2012. Tahniah kepada abang nara kita dengan blognya BeautifulNara.com mendapat carian tertinggi dalam kategori blog :) cayalah abang nara.. nanti nak minta belanje pizza bleh hihi..

Screen Shot 2012-12-19 at 12.59.46 AMScreen Shot 2012-12-19 at 1.00.22 AM

 

 

 

Cara Buat Durian Crepe & Resepi

dalam OMG oleh

Sekarang ni kan sana-sini tengok blog tengok facebook tengok twitter diorang semua update padal Durian Crepe ni.. memula dulu rasa pelik gak apa bendalah makanan crepe crepe ni.. sebab sekarang dah jadi fenomena pasal Durian Crepe. Lagilah sekarang musim durian gugur so resepi terbaru tu jadi bualan hangat semua orang. Okey whatever lah orang nak cakap apa pasal Durian Crepe ni sebab hari ni aku dan mak aku nak cuba sendiri buat Durian Crepe air tangan kami berdua haha.. sebelum korang baca dengan lebih lanjut aku nak cakap awal-awal.. yang kami ni bukanlah chef profesional jadi Durian Crepe ni ala-ala syok sendiri orang cakap 😛 tapi jangan cuba-cuba nak perlekehkan rasanya.. mau cuba meh la datang rumah.. ni pakai durian kampung terbaik tau..

“Don’t judge my Durian Crepe by its appearance..”

Okey bahan-bahan yang kami gunakan dalam pembuatan Durian Crepe ini adalah seperti berikut :-


Bahan-bahan :-

  • 250 gram Tepung Gandum
  • 2 Biji Telur
  • 500ml Santan
  • 100ml Air (atau satu mangkuk kecil)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna (boleh ikut suka sendiri nak warna apa.. aku guna warna kuning telur dan hijau apple)
  • Satu botol kecil Whipped Cream – Boleh dapatkan kat Giant dan Tesco berhampiran
  • Aiskrim vanilla (bahan sampingan)

 

Bahan yang paling penting sudah tentulah Raja Buah iaitu durian. Tak kesah kot nak pakai durian apa D24 pun sedap.. ini aku pakai durian yang gugur belakang rumah.. syok kan belakang rumah ada dusun durian hehe..

Cara-cara:-

  • Masukkan kesemua bahan-bahan tadi dalam satu bekas besar.
  • Kemudian blander dan tapis bahan-bahan tersebut menjadi cair. Jangan sampai adunan tepung tadi jadi berketul-ketul sebab tu kena tapis
  • Panaskan kuali leper/pan. Kalau orang kaya boleh beli pan yang tak melekat. (harap maklum rumah aku tak ada kuali leper jadi cara alternatifnya guna je kuali bulat kat rumah tu. Jangan letak minyak.. nak seribu daya tak nak seribu dalih)
  • Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan.
  • Apabila adunan telah menjadi crepe, letak kat pinggan sehingga sejuk
  • Ingat Crepe yang telah sejuk tak perlu diterbalikkan.
  • Kemudian letak Whipped Cream diikuti dengan durian segar (pastikan durian telah dilenyek)
  • Lipat 4 pada crepe tersebut.
  • Tadaaa.. sudah siap..

Tengok gambar kat bawah ini untuk cara-cara pembuatan Durian Crepe.

Masukkan tepung gandum kedalam bekas adunan..

Masukkan dua biji telur

Masukkan 500ML santan dan 100ML air biasa

Masukkan 1/2 sudu teh garam dan kacau..

Masukkan adunan dalam blander dan bland sampai lumat. Kemudian tapis adunan takut tepung tak betul-betul lumat dan berketul.

Kemudian masukkan satu sudu teh pewarna. Abaikan senduk dalam gambar tu..

Cara-cara nak masak Crepe :-

Panaskan kuali/pan leper (cara alternatif guna je kuali bulat kalau tak ada kuali leper). Tuangkan satu senduk adunan dalam kuali.

Kemaskan crepe dengan mengangkat kuali tadi.. buat sampai nampak crepe berbentuk bulat.

Setelah crepe tadi masak, letakkan atas plate leper dan biarkan sehingga sejuk. Kemudian letak sedikit Whipped Cream.. macam aku tak suka letak banyak-banyak Whipped Cream ni.. so ikut la korang nak letak berapa banyak.

Kemudian letakkan buah durian atas cream tadi.. ikutlah nak letak banyak mana.. disebabkan belakang rumah banyak durian jadi kami letak banyak skit.. hehe..

Kemudian lipat crepe macam gambar kat atas.. lipat 4..

Tadddaaa… sudah siap…

Cadangan aku letak Durian Crepe dalam peti sejuk selama sejam dulu kemudian hidangkan dengan Aiskrim vanilla. Memang sedap dan terbaikkk…

Ini pula Durian Crepe warna hijau.. letak pewarna hijau apple..

So amacam? ok tak? haha inilah dia Durian Crepe yang menjadi fenomena tuh.. sekali cuba rasa nak buat lagi je.. so aku nak cakap sekali lagi aku dan mak aku bukanlah chef profesional jadi kalau masuk masterchef tu bahagian persembahan dah kena tolak markah haha.. tapi bab rasa.. korang rasalah sendiri.. memang ummppphhhh terbaik dari ladang..

Koleksi Mutiara Kata

dalam OMG oleh

Sehari baca satu mutiara kata.. ye sebenarnya mutiara kata ni boleh buat seseorang itu memperbaiki diri sendiri dan mengenal dimana kelebihan dan kekurangan yang ada. Macam aku sendiri setiap hari aku mesti baca paling kurang pun satu mutiara kata untuk menambah semangat dalam hidup dan memotivasikan diri. So aku nak share kat kawan-kawan semua koleksi mutiara kata yang aku petik dari 2 website dibawah ni.. terima kasihlah kepada yang menggumpulkan kata-kata hikmah ni.. sungguh puitis dan boleh dijadikan petunjuk kepada semua.. kredit kepada 2 website tersebut..

Baca Lagi

Tiada Semangat Patriotisma

dalam OMG oleh

Gambar sumber Google Image : gmsriaman.blogspot.com

Masa kat sekolah rendah dan menengah dulu tiap-tiap pagi mesti ada perhimpunan dan menyanyi lagu kebangsaan Negaraku. Masa itulah semagat patriotisma dikalangan pelajar dan guru-guru melonjak naik. Tapi bila dah kerja ni tak pernah pulak kat office aku diorang buat macam tu lagi. Lagu Negaraku kini dah semakin pudar dan ada diantara mereka yang dah lupa pun lirik dan alunan lagu kebangsaan kita ni.

Sedih sebenarnya semangat patriotisma dilupakan apabila lepas dari zaman persekolahan. Cuba pergi kedai mamak lebih kurang jam 12 tengah malam. Kebiasaannya kedai mamak ni pasang TV dan radio dan kebiasaannya juga TV dan radio pasang lagu kebangsaan bila tepat jam 12 malam. Cuba tengok ada tak orang berdiri tegak tanda hormat pada lagu kebangsaan kita? rasanya tak ada kot yang sanggup berdiri sekejap untuk beri tanda hormat.

Aku bercakap ni pun nak ingatkan diri aku juga supaya semangat patriotisma dan budaya hormat, berdiri tegak ni jangan dilupakan. Mungkin mulai hari ini apabila aku dengar lagu Negaraku aku akan berdiri tegak dan menghayatinya. Kalau tak kita yang mulakan hari ini nanti anak cucu kita pun sama macam kita.

Susah Rupanya Buat Video Stop Motion

dalam OMG oleh

Salam, sekarang pukul 4.23 pagi waktu aku update blog ni.. dah biasa tak tidur malam sebab kerja jadi hari ni mata tak mau tidur pulak. Ok tu pekara biasa sebenarnya kalau orang yang keje 24 jam macam aku ni. Tidur tak tidur tu tolak tepi haha.. Disebabkan aku tak boleh nak tidur jadi hari ni aku buat kerja gile sikit haha.. dah lama sebenarnya mengidam nak buat video stop motion sendiri tapi tak pandai nak edit mengedit ni. Kalau nak buat video stop motion ni kena snap gambar dan jadikan gambar tu sebagai video. Nampak menarik gak tengok diorang buat video stop motion kat Youtube, bajet senang je kan sekali aku buat ambik 4 jam baru siap satu video yang berdurasi 1.29 saat.

Perrhhh sakit nak snap gambar satu-satu pergerakkan. Bayangkan video stop motion kat bawah ni aku ambil kira-kira 331 keping gambar. Tu tak pro yang ambik tu cuba kalau yang dah pro mesti beribu gambar kena ambil hanya untuk berapa saat je.. Okey ini video stop motion yang aku buat.. sebenarnya buat video ni untuk contest kat blog Airasia (AirAsia X Samsung Galaxy Tab Contest). Kalau menang dapat sebiji Samsung Galaxy Tab 10.1. Saja-saja je try nasib, manalah tahu kalau ada rezeki untuk menang. Kalau tak menang pun at least aku dah belajar satu benda baru iaitu buat video stop motion yang aku idamkan hihi..

taddaaa… itulah videonya.. simple je.. BI pun berterabur.. maklumlah aku tak pandai sangat Bahasa Inggeris. Tak pe cuba je nasib..

Untuk buat video stop motion ni aku gunakan apps iMotion for iPad dengan harga $1.99. Rasa mudah sikit guna apps ni snap-snap-snap dah siap haha cuma aku kena upload dulu dalam Macbook aku untuk diedit balik kat iMovie sebab nak tambah lagu latar sikit.

Mungkin satu hari nanti bila aku dah pro selalu main dengan stop motion video ni aku nak buat video macam kat bawah ni pulak..

Terbaik lah bagi aku video kat atas ni.. memang best dan teliti gambarnya.. cayorrrkk..

1 2 3 6
Kembali Ke Atas